Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Nama: ………………………………………. Kelas: ……..…………................

SULIT KOLEJ TINGKATAN ENAM PUCHONG


946/1 47100 PUCHONG SELANGOR DARUL EHSAN
PENGAJIAN
PERNIAGAAN
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM SEMESTER 1 TAHUN 2022
KERTAS 1
TINGKATAN 6
JAN
2 JAM

PENGAJIAN PERNIAGAAN
KERTAS 1
Dua jam

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Jawab semua soalan dalam Bahagian A


Jawab soalan 11 dalam Bahagian B
Jawab soalan 12 atau 13 dalam Bahagian B
Anda boleh menjawab kedua-dua soalan, iaitu 12 dan 13 tetapi hanya satu jawapan yang
pertama akan diperiksa.

___________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 4 halaman bercetak termasuk muka depan.

(Lihat sebelah)
SULIT 2

Bahagian A [50 markah]

Jawab semua soalan.

1. Jelaskan pengaruh persekitaran tugas yang berikut dalam perniagaan:

a. Pelanggan [2]

b. Pesaing [2]

c. Masyarakat [2]

2. Jelaskan dua faktor pengeluaran dalam industri makanan ringan. [6]


3. Berikan empat evolusi pengeluaran [4]
4. Nyatakan dua kebaikan dan dua keburukan sistem pembuatan luwes. [4]
5. Berikan maksud pemasaran dan empat pendekatan pemasaran yang boleh
digunakan oleh pemasar. [5]
6. Senaraikan langkah-langkah pembelian produk pengguna. [5]
7. Senaraikan empat kepentingan pengurusan kewangan [4]
8. Huraikan tiga perkaitan fungsi unit kewangan dengan
a. fungsi unit pemasaran [3]
b. fungsi unit sumber manusia [3]
9. Huraikan tiga faktor penentu keperluan sumber manusia [6]
10. Senaraikan empat masalah yang dihadapai dalam penilaian prestasi [4]

946/1
SULIT 3

Bahagian B [50 markah]

Baca kajian kes di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.

Soalan 11

GINTELL

GINTELL yang ditubuhkan pada 1996, adalah pengeluar yang terkemuka dalam pasaran
produk penjagaan kesihatan di Malaysia. Kini, GINTELL mempunyai lebih daripada 100
cawangan di seluruh negara dan dianugerahkan 'Rangkaian Produk Penjagaan Kesihatan
Terbesar' oleh Malaysia Book of Records. GINTELL sudah mengukuhkan penjenamaan di
pasaran selama 20 tahun dengan prinsip utamanya yang menggalakkan kesihatan, kasih
saying serta kehidupan. GINTELL berusaha untuk membina kehidupan rakyat Malaysia yang
lebih sihat melalui empat kategori produk penjagaan kesihatan mereka iaitu Relaxation,
Reflexology, Beauty and Slimming dan Fitness. Kategori yang paling popular ialah
Relaxation yang menawarkan pelbagai rangkaian sofa dan kerusi urutan.

Baru-baru ini dengan pemasaran rangkaian sofa urutan GINTELL De'Vano S, GINTELL
memperkenalkan duta terbarunya iaitu pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat. Pemilihan
artis berkenaan adalah inisiatif dan langkah strategik GINTELL untuk mengukuhkan
jenamanya kepada pasaran yang lebih muda. Ayda yang memegang watak utama drama
'M.A.I.D' dan drama baharu 'Awak Sangat Nakal', memaklumkan moto 'Health Love Life'
memang serasi dengan dirinya yang mengutamakan kesihatan, ikatan kasih sayang
keluarganya dan dirinya. Bagi Ayda, kesihatan adalah penting untuk menikmati rasa cinta
yang indah dan bermakna dalam kehidupan. Pemilihan Ayda Jebat sebagai duta juga dilihat
mampu membantu memperkenalkan rangkaian sofa urutan GINTELL De'Vano S yang lebih
bercita rasa muda.

Menurut Ayda, kerjayanya sebagai pelakon dan penyanyi menuntut masa yang tidak menentu
dan ini memberinya tekanan dan kadang kala menjejaskan kesihatan. Bagaimanapun, dengan
adanya sofa urutan GINTELL De'Vano S di rumah, Ayda dapat menghilangkan tekanan dan
kepenatan kerja pada bila-bila masa sahaja. Dia kagum dengan lanjutan Trek V yang
berukuran 105cm Panjang dalam reka bentuk sofa itu yang dapat melegakan kesakitan dan
tekanan dengan urutan yang selesa pada bahagian leher dan pelvic. Dengan hanya
meluangkan sedikit masa setiap hari bersama GINTELL De'Vano S, Ayda dapat
menenangkan diri dan berehat dengan sepenuhnya. Ayda juga yakin ciri beg tekanan udara
pada sofa urutan ini yang terdapat pada GINTELL De'Vano S dapat membentuk dan
membetulkan pinggul dan paha, agar terus tampil anggun dan segar. Beliau turut memuji
rupa bentuk sofa urutan ini yang bergaya moden dan ergonomik serta diperkemas dengan
fabrik yang berwarna ceria dan cerah. Sofa urutan itu mempunyai 4 sistem kawalan mudah
dan mesra pengguna. GINTELL De'Vano S FUNtastic Sofa yang ringan dan bersaiz kecil ini
adalah pilihan yang tepat dan sempurna untuk kediaman dan juga pejabat kerana sofa ini
sesuai untuk diletakkan di mana-mana sahaja.

946/1
SULIT 4

Sebagai duta terbaru GINTELL, Ayda membuat penampilan khas di AEON Mall Bandaraya
Melaka, untuk sesi temu salam dengan peminat dan pelanggan GINTELL semasa Program
SIHAT bersama GINTELL 2017. Pada hari berkenaan, Ayda berpeluang untuk membuat
persembahan nyanyian dan beramah mesra dengan orang ramai, sekali gus mengeratkan lagi
hubungan dengan peminat dan pelanggan GINTELL. Bagi pelanggan yang hadir pada hari
itu, GINTELL menawarkan kombo pakej terhebat bagi kedua-dua GINTELL De'Vano S dan
mesin urut kaki G-Beetle Plus dengan hanya RM3,988. GINTELL turut membuka kiosk yang
dikendalikan oleh pakar kesihatan agar pelanggan dapat menjalankan pemeriksaan sendi-
sendi dan urat di badan mereka dan mendapat khidmat nasihat tentang produk yang paling
sesuai untuk mereka.

(Sumber: http://galaksi-media.com.my, 25 Januari 2021)

Berdasarkan kajian kes di atas,

a) Terangkan campuran promosi yang dilaksanakan oleh GINTELL untuk mempromosikan


poduknya. [18]

b) Jelaskan atribut produk GINTELL De'Vano S. yang dikeluarkan oleh syarikat GINTELL.

[12]

Jawab satu soalan sahaja.

12. Jelaskan klasifikasi produk pengguna [20]


13. Jelaskan lima aspek takaful dalam konsep kepatuhan kepada Syariah
[20]

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

(Norlizah Binti Mohamad Yatim) (Farah Aznur Binti Abu Said ) ( Zarina Binti
Othman)
Guru Mata Pelajaran Ketua Panitia Ketua Jabatan

946/1
SULIT 5

SKEMA JAWAPAN
PERCUBAAN PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 1
STPM 2022
1 1. Jelaskan pengaruh persekitaran tugas yang berikut dalam perniagaan:
a. Pelanggan 2
b. Pesaing 2
c. Masyarakat 2
Pengaruh persekitaran tugas dalam perniagaan:
a. Pelanggan
- Merupakan individu atau pihak yang membeli barang atau perkhidmatan. [1]
- Citarasa pelanggan yang akan menentukan jenis barang/perkhidmatan yang
ditawarkan oleh perniagaan [1]
- Pembelian oleh pelanggan akan menentukan keuntungan perniagaan [1]
b. Pesaing
- Merupakan firma perniagaan lain dalam industri yang sama yang mengeluarkan
atau menawarkan produk yang hampir sama dalam pasaran yang sama. [1]
- Persaingan yang sihat mendorong setiap perniagaan untuk mengeluarkan barang
dan perkhidmatan yang lebih bermutu. @ persaingan akan mewujudkan inovasi
terhadap produk/pengeluaran [1]
c. Masyarakat
- Merupakan komuniti yang mempunyai kepentingan atau pengaruh secara langsung
ke atas sesebuah perniagaan. [1]
- Persepsi masyarakat terhadap imej, tanggungjawab sosial yang dilaksanakan,
keprihatinan peniaga terhadap keperluan masyarakat akan mempengaruhi prestasi
perniagaan [1]
- Masyarakat sebagai pengguna barang/ perkhidmatan yang dihasilkan oleh
perniagaan, pembekal input dan pekerja kepada perniagaan [1]
- terima mana-mana pengaruh yang sesuai.
[(1D + 1P = 2M) x 3 =6M]
2 Jelaskan dua faktor pengeluaran dalam industry makanan ringan. 6

946/1
SULIT 6

3 Berikan empat evolusi pengeluaran 4


Empat evolusi pengeluaran ialah
1. Revolusi Industri
2. Pendekatan saintifik
3. Hubungan Manusia
4. Penyelidikan operasi
5. Kualiti
6. Globalisasi
7. Revolusi Teknologi Maklumat

4 Nyatakan dua kebaikan dan dua keburukan sistem pembuatan luwes 4

946/1
SULIT 7

5 Berikan maksud pemasaran dan empat pendekatan pemasaran yang boleh 5


digunakan oleh pemasar.
F1- Pengagihan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada
pengguna pada tempat, masa, harga dan mengggunakan saluran pengedaran
yang sesuai. @ Mana-
F1- Aktiviti perniagaan yang melibatkan proses penyelidikan dan analisis mana
terhadap gelagat pengguna, persekitaran pemasaran, saluran promosi dan satu
pengedaran produk serta penetapan harga barang dan perkhidmatan yang dapat
1m
memuaskan keperluan pengguna dan mencapai objektif organisasi.
H1- melibatkan empat aktiviti iaitu membangunkan produk, menetapkan
harga, menjalankan promosi dan mengedarkan produk. 1m
F2- Pendekatan pemasaran pengeluaran mengandaikan pengguna akan
membeli apa sahaja produk yang ditawarkan di pasaran 1m
F3- Pendekatan pemasaran produk mengandaikan pengguna lebih menggemari
produk yang berkualiti tinggi dan inovatif 1m
F4- Pendekatan pemasaran penjualan mengandaikan pengguna akan membeli
produk yang menjalankan promosi yang agresif dan kreatif 1m
F5- Pendekatan pemasaran moden menekankan kepada usaha perniagaan
memnuhi keperluan, kehendak dan kepentingan pelanggan dengan cara lebih 1m
cekap berbanding pesaing Max 5m
F6- Pendekatan pemasaran kemasyarakatan memerlukan perniagaan
mengambil berat kebajikan sosial masyarakat.
6 Senaraikan langkah-langkah pembelian produk pengguna 5
1. Mengenalpasti keperluan
2. Mencari maklumat
3. Menilai alternatif
4. Membuat keputusan pembelian
5. Gelagat selepas pembelian
7 Senaraikan empat kepentingan pengurusan kewangan 4
1. Pengurusan kewangan yang sistematik dapat membantu organisasi
mencegah penyelewengan seperti belanja tak ikut prosedur.
2. Membuat perancangan kewangan iaitu menentukan objektif kewangan
yang hendak dicapai dengan jelas seperti memaksimumkan keuntungan
syarikat.
3. Mengagihkan sumber kewangan mengikut peruntukan yang ditetapkan.
4. Mengawal penggunaan kewangan setiap jabatan
5. Memastikan sumber kewangan digunakan dengan cekap
6. Memastikan organisasi mengawal kecukupan aliran tunai
8 Huraikan tiga perkaitan fungsi unit kewangan dengan 3
a. fungsi unit pemasaran 3
b. fungsi unit sumber manusia
Perkaitan fungsi unit kewangan dengan unit pemasaran
F1-Unit pemasaran memerlukan sumber kewangan untuk menjalankan
aktiviti pemasaran.
F2- Unit pemasaran akan menggunakan peruntukan kewangan yang diterima
untuk melakukan promosi dan pengedaran.
F3- unit kewangan perlu mengetahui keperluan unit pemasaran, terutama
anggaran promosi dan pengedaran.
F4- Unit kewangan akan membantu membuat belanjawan bagi merancang

946/1
SULIT 8

strategi pemasaran
F5- Unit kewangan membantu mempertimbangkan aspek kewangan dalam
menilai alternatif promosi, pengedaran atau harga produk yang kompetetif Max 3
untuk memastikan sumber kewangan memberi keuntungan
Perkaitan fungsi unit kewangan dengan unit sumber manusia
F1- Unit sumber manusia merancang perbelanjaan seperti pembayaran gaji,
elaun dan bonus.
F2-Unit sumber manusia merancang perbelanjaan untuk aktiviti pengrekrutan
dan latihan serta seminar kepada pekerja.
F3-Unit kewangan akan membuat perancangan kewangan bagi unit sumber
manusia
F4- unit kewangan akan membantu membuat perancangan dan keputusan
Max3
berkaitan aspek gaji , bonus, biasiswa, bengkel, kursus, seminar, kebajikan
pekerja dan alat memotivasikan pekerja.
9 Huraikan tiga faktor penentu keperluan sumber manusia 6
Tiga faktor penentu keperluan sumber manusia Mana-
F1- perubahan teknologi mana 3
H1- perlu menyediakan pekerja yang mempunyai kepakaran dan kebolehan yang
dalam mengendalikan mesin secara cekap dan berkesan selaras dengan pertama.
perubahan semasa
H2- kemahiran sumber manusia sesebuah perniagaan perlu sesuai dengan jenis 1F+1H
dan tahap teknologi yang digunakan
H3- pengurus sumber manusia perlu memastikan peningkatan kemahiran
pekerja adalah selaras dengan perubahan teknologi dengan sentiasa memberi
Latihan untuk peningkatan kemahiran
F2- Perubahan sosioekonomi
H1- Perancangan sumber manusia banyak dipengaruhi oleh faktor ekonomi semasa,
demografi, tahap pengetahuan, kemahiran pekerja, dan penglibatan golongan wanita dalam
sektor pekerjaan.

H2- kegawatan ekonomi menyebabkan permintaan terhadap tenaga kerja berkurang.

F3- Pertumbuhan perniagaan


H1- Semakin berkembang sesebuah perniagaan semakin banyak peluang pekerjaan.
F4- Penamatan perkhidmatan
H1- Penamatan perkhidmatan secara sukarela dan bersara wajib menyebabkan berlaku
perubahan dalam keperluan sumber manusia, maka organisasi perlu ambil pekerja baru.

F5- permintaan Perkhidmatan

H1-Berlaku ketidakcukupan tenaga kerja menyebabkan permintaan tenaga kerja terus


meningkat seperti sektor pembinaan , perladangan dan perubatan.

F6- Keadaan ekonomi


H1- ekonomi meleset organisasi akan mengurangkan pekerja
H2- Ekonomi baik dan berkembang permintaan terhadap sumber manusia
meningkat
10 Senaraikan empat masalah yang dihadapai dalam penilaian prestasi 4
1. penilaian secara subjektif menimbulkan banyak masalah.
2. Penilai menilai pekerja berdasarkan satu faktor positif sahaja (kesan halo)
3. Penilai menilai pekerja berdasarkan satu faktor negative sahaja (kesan horn)
4. Penilai terlalu bermurah hati dalam memberi markah.

946/1
SULIT 9

5. Penilai terlalu tegas dalam memberi markah penilaian


6. Penilai cenderung memberi markah memusat iaitu markah sama sahaja
kepada pekerja prestasi baik atau lemah
7. Bias peribasi dalam memberi markah seperti berdasarkan hubungan
persaudaraan, tempat asal atau bangsa menyebabkan penilaian tidak adil.
8. Sikap penilai yang sambal lewa dalam melaksanakan penilain
9. Penilai menilai berdasarkan tingkaah laku terkini
10. Penilai hanya berdasarkan maklum balas dari satu sumber sahaja

11a) Terangkan campuran promosi yang dilaksanakan oleh GINTELL untuk mempromosikan [18]
produknya.

Fakta Huraian Kaitan Kes


Perhubungan Langkah syarikat K1: GINTELL memperkenalkan duta
Awam menjalin terbarunya iaitu pelakon dan penyanyi
hubungan baik dengan terkenal, Ayda Jebat.
masyarakat umum K2: Ayda yang memegang watak utama
termasuk pihak drama 'M.A.I.D' dan drama baharu 'Awak
berkepentingan Sangat Nakal',
Atau K3: Ayda memaklumkan moto 'Health Love
Life' memang serasi dengan dirinya yang
Publisiti Komunikasi yang mengutamakan kesihatan, ikatan kasih
disampaikan melalui saying keluarganya dan dirinya.
cerita dan berita berkait K4: Bagi Ayda, kesihatan adalah penting
dengan produk syarikat untuk menikmati rasa cinta yang indah dan
bermakna dalam kehidupan.
K5: Pemilihan Ayda Jebat sebagai duta juga
dilihat mampu membantu memperkenalkan
rangkaian sofa urutan GINTELL De'Vano S
yang lebih bercita rasa muda.
Promosi Jualan Memberi insentif K6: GINTELL menawarkan kombo
kepada pengguna dan pakej terhebat bagi kedua-dua
mendorong membuat GINTELL De'Vano S dan mesin urut
keputusan pembelian kaki G-Beetle Plus dengan hanya
dalam jangka masa RM3,988.
pendek
Jualan Satu promosi yang K7:Ayda membuat penampilan khas di
Bersemuka melibatkan hubungan AEON Mall Bandaraya Melaka,
peribadi antara pembeli K8: Sesi temu salam dengan peminat dan
dengan penjual untuk pelanggan GINTELL semasa Program
melakukan jualan dan SIHAT bersama GINTELL 2017.
membentuk hubungan K9: Ayda berpeluang untuk membuat
persembahan nyanyian dan beramah mesra
dengan orang ramai
K10: Sekali gus mengeratkan lagi hubungan
dengan peminat dan pelanggan GINTELL 7
K11: GINTELL turut membuka kiosk yang
dikendalikan oleh pakar kesihatan agar
pelanggan dapat menjalankan pemeriksaan
sendisendi dan urat di badan mereka
K12:mendapat khidmat nasihat tentang
produk yang paling sesuaiuntuk me reka.

[3F+3H+12KK = 18m]
11b) Jelaskan atribut produk GINTELL De'Vano S. yang dikeluarkan oleh [12]
syarikat GINTELL.
Fakta Huraian Kaitan Kes

946/1
SULIT 10

Atribut Keputusan K1: Ayda dapat menghilangkan tekanan dan kepenatan


Produk utama yang kerja pada bilabila masa sahaja
perlu dibuat K2: Trek V yang berukuran 105cm panjang dalam reka
dalam bentuk sofa.
pembangunan K3: Trek V dapat melegakan tekanan dengan urutan yang
sesebuah selesa pada bahagian leher dan pelvic
produk yang K4: dapat menenangkan diri dan berehat dengan
melibatkan sepenuhnya
faedah dari K5: ciri beg tekanan udara pada sofa urutan ini yang
segi kualiti, terdapat pada GINTELL De'Vano S
ciri, gaya dan K6: dapat membentuk dan membetulkan pinggul dan paha,
rekabentuk agar terus tampil anggun dan segar
K7: rupa bentuk sofa urutan ini yang bergaya moden dan
ergonomik
K8: serta diperkemas dengan fabrik yang berwarna ceria
dan cerah.
K9: Sofa urutan itu mempunyai 4 sistem kawalan mudah
dan mesra pengguna.
K10: GINTELL De'Vano S FUNtastic Sofa yang ringan dan
bersaiz kecil ini adalah pilihan yang tepat dan sempurna
untuk kediaman dan juga pejabat
K11: sofa ini sesuai untuk diletakkan di mana-mana sahaja

[1H+11KK = 12m]

12 Jelaskan klasifikasi produk pengguna. 20


Klasifikasi produk pengguna ialah
F1-Produk mudah beli
H1-Merujuk kepada produk yang selalu dibeli oleh pengguna
H2-Keputusan pembelian produk dibuat serta merta tanpa
perancangan atau tanpa membuat perbandingan harga dan kualiti
H3- Biasanya dipromosikan dengan strategi perletakan harga rendah
H4- Produk yang mudah dibeli oleh pengguna
H5- Terbahagi kepada 3 jenis iaitu produk asas untuk keperluan harian, produk
gerak hati yang dibeli tanpa pernacangan dan produk kecemasan dibeli apabila
terdesak.
C1-Produk asas seperti beras / garam/ gula
C2- Produk gerak hati seperti gula-gula / makanan ringan
C3- Produk kecemasan seperti membeli ubat apabila sakit
F2- Produk beli belah
H1- Merujuk kepada produk yang tidak kerap dibeli
H2- Pengguna akan membuat perbandingan beberapa produk sebelum membuat
keputusan pembelian
H3- Pengguna membuat perbandingan dari segi harga, kualiti dan jenama produk
C1- Pakaian / perabot / peralatan elektrik
F3- Produk Istimewa
H1- Merujuk kepada produk yang mempunyai ciri unik / produk yang mempunyai
tarikan istimewa
H2- Produk yang sukar dicari / sukar dihasilkan / yang mempunyai nilai
sentimental dan klasik
H3- Pengguna sanggup membayar harga tinggi untuk mendapatkan produk ini.
C1- kereta mewah / barang antik / jam tangan mewah
F4- Produk tidak dicari
H1- merujuk kepada produk yang pengguna tidak sedar tentang kewujudannya
H2- strategi harga dan pengedaran berbeza mengikut produk
H3- menggunakan campuran promosi seperti pengiklanan yang agresif dan jualan
terus untuk meingkatkan permintaan terhadap produk
Cth insuran, ensiklopedia

946/1
SULIT 11

13 Jelaskan lima aspek takaful dalam konsep kepatuhan kepada Syariah 20

946/1

You might also like