Bab 1 Konsep Maqasid

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 38

WSK3043

OBJEKTIF PERUNDANGAN
ISLAM

KONSEP MAQASID

NADIAH HJ MOHD ZIN


FUG

IDEA ASAL
US AFFANDI
OUTLINE…

1.1. Definisi Maqasid

1.2. Istilah Berkaitan Maqasid

1.3. Perkembangan Maqasid


KONSEP MAQASID

Maqasid Syariah menjadi asas di sebalik


pensyariatan hukum-hakam Islam. Sarjana hukum
Islam begitu memahami kehendak Maqasid Syariah
dan sentiasa memeliharanya dalam memutuskan
sesuatu hukum terutama dalam kes-kes baharu
yang melalui proses ijtihad bagi menghasilkan
hukum yang berkaitan dengan kes-kes tersebut
DEFINISI MAQASID
(BAHASA)

Meminta sesuatu dan menuju ke arah


sesuatu )‫(األم واتيان الشئ‬

)‫فقصدت لعثمان حتى خرج الى الصالة (رواه البخاري‬

Saya mengekori Uthman sehingga beliau keluar


menunaikan solat
DEFINISI MAQASID
(BAHASA)

Jalan yang lurus (‫(استقامة الطريق‬

)16:9 ‫سبِي ِل َو ِم ْن َها َجائِر (النحل‬ ِ ‫علَى‬


ْ َ‫هللا ق‬
َّ ‫ص ُد ال‬ َ ‫َو‬

Dan kepada Allah jualah tertentunya urusan


memberi panduan yang menerangkan jalan yang
lurus
DEFINISI MAQASID
(BAHASA)

Kesederhanaan )‫(االعتدال والتوسط‬

ِ ‫َوا ْق‬
)31:19 ‫ص ْد فِي َم ْشيِ َك (لقمان‬

Dan sederhanakanlah langkahmu


DEFINISI MAQASID
(BAHASA)

Keadilan dan kesaksamaan


)‫(العدل والالنصاف‬

Pecah dan tikam )‫(الكسر والطعن‬

Keras dan paksa (‫(القهر والجبر‬


DEFINISI MAQASID
(BAHASA)

SYARAK
DEFINISI MAQASID
(ISTILAH)

Sarjana hukum Islam klasik tidak memberikan definisi


Maqasid Syariah secara jelas dan terperinci, walaupun
istilah ini kerap digunakan di dalam karya penulisan
fiqh klasik. Ketiadaan pengertian khusus berkaitan
Maqasid Syariah adalah berkemungkinan istilah ini
sudah difahami dengan jelas oleh sarjana hukum
Islam
DEFINISI MAQASID
(ISTILAH)

al-Syatibi

Oleh itu, jelaslah bahawa tujuan Allah SWT


menetapkan syariat adalah untuk memberi kebaikan
di dunia dan akhirat... Allah SWT menjadikan
tujuannya kebaikan semata-mata. Maka sudah pasti
kebaikan yang dijanjikan Allah SWT dalam syariat-Nya
itu bersifat kekal dan umum, serta meliputi kesemua
perintah-Nya, semua hamba-Nya yang mukallaf dan
pada setiap keadaan (al-Muwafaqat, 2001).
DEFINISI MAQASID
(ISTILAH)

al-Ghazali

Maksud maṣlaḥah pada asalnya ialah mendatangkan manfaat dan


menolak mudarat. Namun, ia bukan apa yang saya maksudkan di
sini, kerana mendatangkan manfaat dan menolak mudarat adalah
kepentingan dan manfaat kepada seorang hamba dalam mencapai
matlamat mereka. Tetapi yang saya maksudkan dengan maṣlaḥah
ialah memelihara Maqasid Syariah. Maqasid Syariah daripada
penciptaan makhluk adalah untuk menjaga lima perkara yang
menyentuh aspek menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal,
menjaga keturunan dan menjaga harta.
DEFINISI MAQASID
(ISTILAH)

al-Ghazali

Segala sesuatu yang dapat memastikan


penjagaan lima perkara asas ini adalah dianggap
maṣlaḥah, manakala sesuatu yang merosakkan
lima perkara asas ini dianggap mafsadah, dan
apa jua bentuk tindakan untuk menghindarinya
merupakan maṣlaḥah yang dituntut (al-Mustasfa
min ‘Ilm al-Usul, t.t)
DEFINISI MAQASID
(ISTILAH)

Ibn Taymiyah

Tujuan-tujuan baik yang dicapai selepas


melakukan perintah-perintah-Nya. Ia
juga bermaksud kesudahan yang baik
untuk segala perintah-Nya yang
menunjukkan kebijaksanaan-Nya (al-
Majmu’ al-Fatawa, 1977)
DEFINISI MAQASID
(ISTILAH)

al-Amidi

Tujuan disyariatkan hukum sama ada mendapat


kebaikan ataupun menolak kemudaratan ataupun
kedua-duanya untuk seseorang hamba. Selepas
diketahui tujuan pensyariatan adalah mendapat
kebaikan dan menolak kemudaratan, maka perlu
diketahui bahawa ia berlaku sama ada di dunia
ataupun di akhirat (al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, 1968)
DEFINISI MAQASID
(ISTILAH)

al-Amidi

Tujuan disyariatkan hukum sama ada mendapat


kebaikan ataupun menolak kemudaratan ataupun
kedua-duanya untuk seseorang hamba. Selepas
diketahui tujuan pensyariatan adalah mendapat
kebaikan dan menolak kemudaratan, maka perlu
diketahui bahawa ia berlaku sama ada di dunia
ataupun di akhirat (al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, 1968)
DEFINISI MAQASID
(ISTILAH)

Ibn ‘Asyur

Maqasid Am : Makna-makna dan hikmah-hikmah yang telah


diperhatikan oleh Allah SWT pada setiap perkara yang disyariatkan atau
sebahagian besar; iaitu pemerhatian kepada makna dan hikmah ini
tidak tertumpu pada hikmah hukum tertentu sahaja. Sebaliknya, ianya
meliputi sifat syariat Islam dan tujuan umumnya. Sifat dan tujuan
tersebut merupakan hikmah yang menjadi tumpuan syariat Islam
apabila mensyariatkan sesuatu hukum. Termasuk dalam matlamat
umum ini juga, hikmah yang tidak diketahui pada keseluruhan hukum
tetapi dapat diketahui dan diperhatikan pada sebahagian besar
daripada hukum-hukum yang disyariatkan itu
DEFINISI MAQASID
(ISTILAH)

Ibn ‘Asyur

Maqasid Khas : Cara-cara yang dimaksudkan


oleh syariat, sama ada untuk mencapai
maksud yang berfaedah untuk manusia, atau
untuk memelihara kepentingan umum
mereka pada urusan sesama mereka
(Maqasid Syariah al-Islamiyyah, 2009)
DEFINISI MAQASID
(ISTILAH)

‘Ilal al-Fasi

Kesudahan (ghayah) yang ingin


dicapai di sebalik penggubalan setiap
hukum syariah serta rahsia yang
berkait dengannya (Maqasid Syariah
al-Islamiyyah wa Makarimuha, 2011)
DEFINISI MAQASID
(ISTILAH)

‘Ilal al-Fasi

Kesudahan (ghayah) yang ingin


dicapai di sebalik penggubalan setiap
hukum syariah serta rahsia yang
berkait dengannya (Maqasid Syariah
al-Islamiyyah wa Makarimuha, 2011)
DEFINISI MAQASID
(ISTILAH)

Wahbah al-Zuhayli

Makna dan matlamat yang dapat diperhatikan di


sebalik setiap atau kebanyakan hukum syarak;
dalam erti kata lain, ianya merupakan objektif
syariah dan rahsia (hikmah) yang Allah SWT
letakkan pada setiap hukum hakam yang
terdapat dalam syariah (Usul al-Fiqh al-Islami,
2003)
DEFINISI MAQASID
(ISTILAH)

Muhammad Uqlah

Tujuan pensyariatan Islam (Maqasid) adalah


setiap urusan mempunyai makna, hikmah, nilai
yang bersifat tinggi syariat Islam, diwujudkan
bagi mencapainya menerusi naṣ-naṣ yang
menyebutkan berkenaannya, ataupun menerusi
hukum-hukum yang disyariatkan kepada manusia
(al-Islam wa Maqasiduhu wa Khasaisuhu, 1991)
DEFINISI MAQASID
(RUMUSAN)
Satu ilmu yang membahaskan tujuan pensyariatan atau pun
objektif pensyariatan kepada manusia. Maqasid syariah
merupakan matlamat, hikmah, rahsia, objektif dan kesudahan
(ghayah) di sebalik penetapan sesuatu hukum syarak.

Sarjana hukum Islam mendapati bahawa tujuan Syariah yang


utama adalah untuk menjamin manfaat (maṣlaḥah) kepada
manusia serta melindungi manusia daripada kemudaratan dan
kerosakan, sama ada dalam kehidupan mereka di dunia mahupun
di akhirat.

Perkara tersebut dikenali sebagai penjagaan al-ḍarūriyyat al-


khams yang merangkumi penjagaan agama, nyawa, akal,
keturunan dan harta
ISTILAH BERKAITAN MAQASID

‘Illah

Maqasid

Munasabah Hikmah
AL-HIKMAH

Penggunaan perkataan hikmah adalah sinonim


dengan istilah Maqasid Syariah. Ulama fiqh dan usul
mengungkapkan maksud Maqasid dengan al-hikmah.
Justeru itu, tidak ada perbezaan antara kedua-dua
penggunaan perkataan tersebut. Para fuqaha banyak
menggunakan perkataan hikmah berbanding
penggunaan perkataan Maqasid (al-Raysuni,
Nazariyyah al-Maqasid ‘inda al-Imam al-Syatibi).
AL-HIKMAH

Majoriti fuqaha berpendapat tidaklah Allah SWT


segala mensyariatkan daripada segala hukum,
melainkan untuk mencapai maslahah atau menolak
kemudaratan. Oleh itu maslahah merupakan tujuan
pelaksanaan syariat dan ia dinamakan juga sebagai
hikmah. Hikmah al-Hukm merupakan motif
pensyariatan yang telah ditujukan oleh Allah SWT
bagi syariat yang dihukumi (Badrān Abū al-‘Aynayn
Badrān, Adillah al-Tashrī‘)
AL-’ILLAH

Sebahagian ulama berpandangan maqasid adalah al-


‘illah (alasan) yang terkandung di dalam
pensyariatan hukum Allah. Al-‘illah adalah sifat zahir
yang kekal pada sesebuah hukum syarak yang
dilaksanakan. Sifat yang ada pada sesebuah hukum
itu seolah-olah menggambarkan Maqasid syarak di
mana Maqasid sesuatu hukum dapat difahami
daripada kefahaman terhadap al-‘illah.
AL-’ILLAH

Sifat yang memberi kesan (mewujudkan) kepada kewujudan


sesuatu hukum dengan sebab penentuan al-syari‘, bukan dengan
sebab zat sifat tersebut semata-mata (al-Ghazali, al-Mustasfa).
al-Syari‘ telah meletakkan perkaitan di antara al-‘illah dengan
ma‘lulnya dengan ikatan kemestian, iaitu kewujudan suatu sifat
akan memastikan wujudnya hukum dan sebaliknya. Namun,
ikatan tersebut bukanlah semata-mata dengan zat (hakikat)
sifat itu sebaliknya Allah merupakan penentu sebenar kepada
ikatan tersebut contohnya kaitan antara potong leher dengan
tercabutnya nyawa.
AL-MUNASABAH

al-Munasib adalah sifat yang jelas dan terikat dengan peraturan


tercapai oleh akal fikiran daripada susunan hukum mengenai
apa yang boleh diterima sebagai sesuatu yang mencapai
manfaat dan kerosakan (Ibn Hajib). Ia adalah bersesuaian
dengan sifat untuk hukum dari sudut penyusunan hukum yang
telah mencapai manfaat atau menolak kerosakan seperti mana
yang dimaksudkan oleh Allah SWT dalam pensyariatan hukum
benda yang mengkhayalkan, maka bersesuaian dengan
pengharamannya kerana ia merosakkan akal dan untuk menjaga
akal adalah maslahah.
AL-MUNASABAH

al-Munasabah ialah kesesuaian di antara sifat dengan hukum


iaitu penetapan sesuatu hukum berdasarkan sifat yang
membawa tercapainya maslahah dan ternafinya mafsadah dari
manusia. Al-Munasabah merupakan metod yang paling penting
dalam qiyas. Perbicaraan al-munasabah dan maslaḥah adalah
sama kerana maslahah mengandungi munasib dan sebaliknya.
Semuanya mempunyai kaitan rapat dengan Maqasid Syariah
AL-MUNASABAH

al-Munasabah ialah kesesuaian di antara sifat dengan hukum


iaitu penetapan sesuatu hukum berdasarkan sifat yang
membawa tercapainya maslahah dan ternafinya mafsadah dari
manusia. Al-Munasabah merupakan metod yang paling penting
dalam qiyas. Perbicaraan al-munasabah dan maslaḥah adalah
sama kerana maslahah mengandungi munasib dan sebaliknya.
Semuanya mempunyai kaitan rapat dengan Maqasid Syariah
PERKEMBANGAN MAQASID

Abad ke-5H menyaksikan kelahiran disiplin Falsafah


Perundangan Islam (Ben Bayyah). Teori ini mengisi
jurang dalam metodologi literal seterusnya melahirkan
teori Maqasid dalam perundangan Islam. Fuqaha’ yang
memberi sumbangan penting antara abad 5H-8H ialah
al-Juwayni, al-Ghazali, Ibn ‘Abd al-Salam, al-Qarafi, Ibn
Qayyim dan al-Syatibi.
AL-JUWAYNI DAN AL-HAJAH
478H
AL-’AMMAH

Al-Burhan fi Usul al-Fiqh

Al-Darurat>al-Hajat al-’Ammah>al-Makrumat>al-
Mandubat (Darjat Maqasid)

Al-’Ismah al-Aqa’id>al-Arwah>al-Uqul>al-
’Aurat>al-Mal (Maqasid al-Khams)
AL-GHAZALI DAN TERTIB
505H
AL-DARURIYYAT

Al-Mustasfa min ‘Ilm al-Usul

Hifz al-Din>Hifz al-Nafs>Hifz al-’Aql>Hifz al-


Nasl>Hifz al-Mal (Maqasid al-Khams)

Tertib yang tinggi perlu diutamakan jika berlaku


pertentangan dengan tertib yang rendah dalam
kes-kes praktikal (Kaedah Asas)
IBN ‘ABD AL-SALAM DAN
660H
HIKMAH AL-AHKAM

Al-Qawa’id al-Ahkam fi Masalih al-Anam

Setiap perbuatan yang kehilangan tujuannya


adalah terbatal

Sesiapa yang mengikuti Maqasid al-Syara’ akan mendapat


keyakinan bahawa maslahah tidak harus mengabaikan
syarak dan mafsadah tidak perlu mendekatinya.
AL-QARAFI DAN JENIS
684H
PERILAKU NABI SAW

Al-Furuq

Terdapat perbezaan antara perbuatan-perbuatan Nabi SAW


berkaitan al-Qada’ dengan Fatawa, dan ia adalah Tabligh dan
Imamah. Perbuatan Baginda berdasarkan ciri ini mempunyai
kesan yang berbeza dalam Syariah

Al-Qarafi juga memperkenalkan teori Fath al-Dhara’i li


Tahqiq al-Masalih sebagai lanjutan daripada perbincangan
Teori Maqasid
IBN QAYYIM DAN HAQIQAH
784H
AL-SYARIAH

I’lam al-Muwaqqi’in

Ibn Qayyim memberikan kritikan terperinci terhadap al-Hiyal


al-Fiqhiyyah kerana ia bercanggah dengan maqasid iaitu
mendatangkan kemaslahatan pada manusia

Syariah itu binaan dan asasnya berdasarkan hikmah dan


maslahah hamba di dunia dan akhirat. Setiap perkara
yang keluar daripada keadilan bukanlah Syariah meskipun
didakwa sebagai Syariah mengikut tafsiran tertentu
AL-SYATIBI DAN MAQASID
790H
SEBAGAI USUL AL-SYARIAH

Al-Muwafaqat fi Usul al-Syariah

Al-Syatibi mengembangkan teori maqasid menerusi 3 jalan


iaitu daripada al-Masalih al-Mursalah>Usul al-Syariah, al-
Hikmah min Wara’ al-Ahkam>Qawa’id al-Ahkam dan al-
Zanniyyah>al-Qat’iyyah

Karya ini menjadi teks standard Maqasid al-Syariah sehingga


abad ke-20 namun idea beliau menjadikan maqasid sebagai
Usul al-Syariah tidak diterima secara menyeluruh
SEKIAN,
TERIMA KASIH

You might also like