Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) merupakan skim takaful pelindungan

di bawah Takaful Malaysia bagi murid-murid di sekolah di seluruh Malaysia.

TPSM memberikan pelindungan kepada murid-murid 24 jam sehari dan 7 hari


seminggu dan ianya percuma kepada seluruh murid di Malaysia.

Jika berlaku kemalangan melibatkan murid-murid terbabit di mana-mana sahaja di


seluruh dunia, mereka boleh membuat tuntutan menerusi TPSM dan akan
memperoleh manfaat mengikut skop perlindungan yang telah ditetapkan.

Skop Perlindungan

Terdapat 5 skop pelindungan yang boleh dituntut oleh ibu bapa murid tersbut
sekiranya berlaku kemalangan iaitu:

 Kematian akibat kemalangan: RM5,500.00


 Lumpuh berkekalan seluruh anggota akibat kemalangan: RM22,000.00
 Terpisah atau hilang anggota kedua-dua tangan, kaki, atau mata:
RM22,000.00
 Terpisah atau hilang anggota salah satu tangan, kaki, atau mata:
RM11,000.00
 Khairat Kematian: RM1,500.00
 Tuntutan Elaun Tunai Hospital bagi setiap hari yang dimasukkan ke
hospital kerajaan/swasta tidak melebihi 60 hari berturut-turut: RM25.00
sehari
 Elaun Kerusi Roda: RM1,000.00

Tatacara Tuntutan

Setiap tuntutan mestilah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh kemalangan yang
dialami oleh murid terbabit.

Tatacara untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

1. Ibu bapa perlu membawa dokumen berkaitan kepada pihak sekolah.


2. Pihak sekolah perlu memuat turun borang tuntutan di
pautan https://www.moe.gov.my/muat-turun/borang/bpsh/4060-borang-
tuntutan-skim-takaful-pelajar-sekolah-malaysia-2/file.
3. Pihak sekolah perlu mengisi borang tuntutan tersebut dengan lengkap dan
betul.
4. Setelah siap, borang tuntutan, dan dokumen berkaitan perlu dihantar ke
mana-mana pejabat Cawangan Takaful Malaysia atau dihantar terus kepada:

Urusetia Tuntutan TPSM


Syarikat Takaful Malaysia Berhad,
Tingkat 19, Blok Utama, Menara Takaful Malaysia,
No. 4 Jalan Sultan Sulaiman,
50000 Kuala Lumpur, Malaysia.

Dokumen Berkaitan

Dokumen berkaitan yang perlu dikemukakan bersama borang tuntutan adalah


seperti berikut:

i) Tuntutan Kematian Akibat Kemalangan

 Laporan Polis (Kematian kemalangan sahaja).


 Salinan Sijil Kematian/Permit menguburkan.
 Salinan Sijil Kelahiran, Muka Hadapan Buku.
 Bank/Penyata Bank & Kad Pengenalan Penerima.
 Bayaran Tuntutan Takaful

ii) Tuntutan lumpuh berkekalan/terpisah atau hilang anggota

 Borang Tuntutan TPSM (diisi lengkap) bersama-sama dokumen sokongan


termasuk gambar sebelum dan selepas kemalangan dan Laporan
Perubatan/Pakar (kos laporan ditanggung oleh waris).
 Laporan Polis.
 Salinan Sijil Kelahiran.
 Muka hadapan buku bank/penyata bank & kad pengenalan penerima bayaran
tuntutan takaful.

iii) Khairat Kematian

 Borang Tuntutan TPSM (diisi lengkap).


 Salinan Sijil Kematian/Permit Menguburkan.
 Salinan Sijil Kelahiran.
 Muka hadapan buku bank/penyata bank & kad pengenalan penerima bayaran
tuntutan takaful.

iv) Tuntutan Elaun Tunai Hospital

 Borang Tuntutan TPSM (diisi lengkap).


 Pengesahan Rawatan/Ward Chit/Discharge Note.
 Salinan Sijil Kelahiran.
 Muka hadapan buku bank/penyata bank & kad pengenalan penerima bayaran
tuntutan takaful.

v) Elaun Kerusi Roda

 Borang Tuntutan TPSM (diisi lengkap) bersama-sama dokumen sokongan


termasuk gambar sebelum dan selepas kemalangan dan Laporan
Perubatan/Pakar (kos laporan ditanggung oleh waris).
 Salinan bil asal pembelian Kerusi Roda
 Salinan Sijil Kelahiran
 Muka hadapan buku bank/penyata bank & kad pengenalan penerima bayaran
tuntutan takaful.

You might also like