Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

ISNIN/ 1.2.

2021
TOPIK 4 : Rekabentuk dan pembinaan ujian

Sub topik yang dibincangkan ialah peringkat pembinaan ujian.


Ada 5 peringkat pembinaan ujian iaitu:
1. Tujuan utama penggubalan ujian
2. Membina jadual spesifikasi ujian (JSU)
3. Menggubal item ujian
4. Memasang item ujian
5. Modifikasi dan memurnikan item ujian / reviu

Semua peringkat ini perlu dilalui dalam sesuatu pembinaan ujian.

Peringkat 1: Antara tujuan utama penggubalan sesuatu ujian iaitu:


1.Mengesan hasil pembelajaran yang patut dikuasai
2.Mengesan kemajuan yang telah diperolehi
3. Menentukan penempatan murid ikut kebolehan
4. Tindakan susulan yang boleh diambil oleh guru dan murid dalam proses p&p

Seseorang guru perlu mengenal pasti tujuan sesuatu ujian itu dibina seperti di atas. Selepas
mengenalpasti tujuan kajian, guru beralih ke peringkat kedua iaitu pembinaan JSU.

Peringkat 2: Pembinaan JSU [Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)]


Pembinaan JSU adalah untuk memastikan pembinaan alat pengukuran yang sah dan boleh
dipercayai.
JSU...
1. Satu blue print ujian / test specification
2. Satu matrik yang terdiri dua paksi iaitu paksi kandungan dan paksi aras kemahiran
3. Kandungan merupakan topik dalam sukatan pelajaran manakala aras kemahiran merupakan
taksonomi penguasaan
4. Dibina setelah penguji dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian
5. Membantu penggubal membina item soalan

JSU adalah peringkat yang sangat penting dalam pembinaan JSU. Tanpa JSU, ujian yang dibina akan
kucar kacir dan tidak selari dengan tujuan ujian. Oleh itu, guru perlu mahir membina JSU.

Dalam JSU garis menegak adalah untuk topik / tajuk yang hendak diuji. Manakala gari mendatar
adalah untuk aras kemahiran yang hendak diuji (berdasarkan taksonomi) dalam sesuatu ujian. Tengok
gambar rajah di bawah.

Letak gambar contoh JSU……

Q&A

Dr, saya ingin bertanya. Adakah JSU ini dibina berdasarkan tahap penguasaan pelajar kita di kelas?

Tidak, Dia bergantung kepada hasil pembelajaran yng dikehendaki dantujuna ujian dijalankan.
Maknanya, aras soalan itu tidak bergantung kepada tahap penguasaan murid, tapi apa hasil
pembelajaran yang hendak diuji berdasarkan taksonomi tertentu.
Peringkat 3, pembinaan ujian
setelah JSU siap ditentukan, langkah seterusnya (ke-3) ialah membina item ujian. Sebagai contoh, bina
soalan ujian aneka pilihan. Soalan yang dibina harus dibina berdasarkan topik-topik yang ditetapkan
dalam JSU. Item juga harus dibina berdasarkan tahap ksukaran yang ditetapkan dalam JSU
(berdasarkan taksonomi).

Peringkat 4: Memasang item ujian


Pada peringkat ini guru memasang item ujian. Dengan kata lain, guru akan menyusun item-item
soalan ujian. Sebelum memasang item ujian, guru perlu menyemak semula item sama ada:
i. mengikut JSU
ii. Aras kesukaran yg sesuai dan
iii. item tidak bertindan dan tidak memberikan bayangan jawapan untuk item lain.

Item soalan, perlu disusun dari senang kepada yg sukar


Item jenis yg sama perlu dikelompokkan
Arahan ujian perlu jelas

Peringkat 5: Modifikasi dan memurnikan item ujian


Perlu dibuat untuk memastika item ujian menepati JSU yang telah dibina. Pada peringkat ini, perlu
dikesan segala kesilapan dan ralat dalam item ujian

Q&A
1) Dr,saya ingin bertanya,untuk pemurniaan JSU,adakah memerlukan pemantauan daripada KP?
Tidak semestinya dipantau. Tetapi sebaiknya, boleh dirujuk untuk komen dan semakan KP.

2) Sy nak tny..Dr, pada peringkat inikah perlu ada semakan daripada pentadbir?
Tidak semestinya,bergantung kepada sekolah. Lazimnya, KP atau KB sudah memadai.

Taksonomi pembelajaran.

Seterusnya, selain daripada memahami peringkat pembinaan ujian, salah satu komponen penting yg
perlu diketahui dan difahami oleh seseorang guru ialah Taksonomi pembelajaran.

Ada 3 Taksonomi pembelajaran iaitu:


i. Domain Kognitif (Bloom,semak semula, 2001),
ii. Domain Afektif (Krathwohl)
iii. Domain Psikomotor (Simpson)
Taksonomi ini perlu diletakkan dalam aras kesukaran di JSU

Klu kita uji melibatkan kognitif maka kta perlu guna domain kognitif oleh Bloom, Begitu juga domain
afektif dan psikomotor, perlu menggunakan domain yang sesuai seperti yang telahsaya nyatakan.

i. Domain Kognitif (Bloom,semak semula, 2001)


Ada 6 aras kesukaran mengikut taksonomi Bloom iaitu:
1. mengingat
2.memahami
3. mengaplikasi
4. menganalisis
5. menilai
6. mencipta
Dalam kita membina item ujian, kita boleh tentukan aras kesukaran soalan ujian mengikut taksonomi
ini. Aras paling rendah ialah mengingat. Manakala aras yg paling tinggi ialah mencipta (6)
ii. Domain afektif (Krathwohl)Ada 5 peringkat domain afektif iaitu:
i.Menerima
ii. Memberi maklum balas
iii. Menilai
iv. Mengorganisasi
v. Menghargai nilai

Domain ini lebih menjurus kepada mengukur aspek sikap

iii. Domain psikomotor (Taksonomi Simpson)


Ada 7 peringkat:
i. Persepsi
ii. Set
iii. Respons berpandu
iv. Mekanisme
v. Respon ketara kompleks
vi. Adaptasi
vii. Lakuan tulen

Domain psikomotor ini,lebih kepada mengukur perlakuan fizikal seseorang murid atau pelajar.
Sebagai, contoh menguji ketangkasan seseorang pelajar dalam permainan badminton.

Semua taksonomi yang berkenaan perlu diletakkan atau ditetapkan terebih dahulu dalam JSU semasa
peringkat 2 pembinaan ujian iaitu peringkat Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Aras taksonomi ini lah yang menentukan aras kesukaran item soalan dalam pembinaan sesuatu ujian.

You might also like