Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Ahli terdiri daripada murid-murid Tahun 6 iaitu Muhammad Jundullah bin Zakaria,Qholimin bin

Abdullah,Muhammad Musyrif Mustaqim bin Mat Ali,Nur Ilyani Solehah binti Yahaya,Nurul Marsya

Qaisara binti Mohd Nasir ,Sharifah Nur Syahirah binti Syed Mohd Shahrizal dan Nur Annis Azharina

Zafirah binti Azhari.

Projek ini dapat disiapkan setelah mendapat bimbingan daripada Ustaz Ku Md Razif bin Ku Ahmad.

Dapur ini direka menggunakan bahan E-Waste iaitu CPU yang sudah rosak sebagai rangka luar , tin

sebagai tempat letak bahan bakar, kipas CPU diubahsuai untuk kipas menyalakan api. Kipas dihidupkan

mengguna bateri, 'powerbank' atau tenaga solar.

Ketika masak, dapur itu menggunakan minyak masak terpakai, arang ,sabut kelapa atau kertas untuk

bahan bakar.

Dapur ini akan digunakan semasa perkhemahan unit beruniform semasa sesi 'Burung Hantu' nanti.

Kebolehpasaran pula, boleh digunakan oleh peniaga yang menggunakan basikal@ motorsikal sebab ia

ringan.
Mudah dibawa ke mana-mana dan tidak memerlukan sumber elektrik.

Dapur SMART MASK merupakan satu inovasi "from trash to treasure" yang mengumpulkan teknik

tradisional dan teknologi terkini dalam satu produk.

Dapur ini mempunyai dapur api dari minyak terpakai dan dapur pemanggang (bara).

Tarikan utama produk ini ialah penggunaan minyak masak sebagai sumber api. Minyak ini dihasilkan dari

minyak masak terpakai, mentega atau majerin tamat tempoh.

Selain itu, dapur minyak ini menggunakan sumbu dari bahan kitar semula seperti kertas, jerami, batang

pisang kering, kain kapas, tandan

sawit kering dan pelbagai lagi bahan yang boleh diolah menjadi sumbu.

Manakala, dapur panggang pula yang menggunakan kipas kuasa bateri dan solar bagi mengawal nyalaan

bara api merupakan satu nilai tambah dalam penggunaan elemen teknologi terkini dalam produk dapur

SMART MASK
Langkah seterusnya ialah proses pengasingan,pembersihan dan penyusunan bahan-bahan dan

kompenan yang diperlukan untuk membina dapur.Selanjutnya,kompenan-kompenan tersebut diukur

dan dipotong mengikut ukuran yang telah disediakan.

Tungku dapur diperolehi daripada bahan dapur yang rosak. Fungsi dapur tungku ialah untuk memasak

atau mengoreng. .Sumber minyak pula diperolehi daripada minyak yang terpakai.Kami mengumpul

minyak terpakai yang telah disumbang daripada pihak kantin sekolah,restoran dan para waris.Sumbu

boleh diperbuat daripada pelbagai bahan yang mudah bakar seperti sabut, tisu,surat khabar dan sarang

telur.

Manakala,dapur arang pula untuk membakar. Contohnya membakar salai,sosej,daging,ayam dan lain-

lain.Untuk menghidupkan api pula boleh menggunakan sabut,daun kering dan lain-lain lagi.Keunikan

barang dapur ini ialah kipas untuk mengawal bara api .Keistimewaan kipas ini ialah mempunyai 2

sumber tenaga iaitu tenaga bateri dan tenaga solar.

You might also like