Soalan Sains Pat K2

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

BAHAGIAN A

[20 markah]
Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1 Jadual 1 menunjukkan keputusan eksperimen untuk menyiasat kesan aktiviti fizikal


terhadap kadar denyutan nadi manusia.

Jenis aktiviti fizikal Kadar denyutan nadi (bpm)


Murid 1 Murid 2 Murid 3 Purata
Berehat 62 60 61 61
Berjalan 66 68 67 67
Berlari 125 136 147 136
Jadual 1

(a) Hitung purata kadar denyutan nadi dalam Jadual 1.

(b) Nyatakan hipotesis bagi eksperimen ini


Semakin lasak aktiviti fizikal yang dilakukan, semakin tinggi kadar denyutan nadi

(c) Apakah pembolehubah bergerak balas dalam eksperimen ini?


Kadar denyutan nadi

(d) Mengapakah kadar denyutan nadi semasa berlari lebih tinggi berbanding
dengan waktu berehat?
Semasa berlari, otot memerlukan bekalan oksigen yang lebih maka jantung
mengepam darah lebih cepat untuk mengangkut oksigen yang cukup ke seluruh
badan

1
2 Sekumpulan murid telah menjalankan satu penyiasatan tentang kumpulan darah bagi
50 orang murid di dalam makmal. Rajah 2 menunjukkan data yang dikumpulkan dalam
penyiasatan tersebut.

A AB B AB A B A O A AB
AB O A B B O AB B AB B
O B AB B AB AB A AB O B
A AB A O AB B O B O AB
B B AB B AB A AB B AB A
Rajah 2

(a) Berdasarkan Rajah 2, lengkapkan Jadual 2.

Kumpulan darah Bilangan murid


A 10
B 15
AB 17
O 8
Jadual 2

(b) Berdasarkan Jadual 2, Lukis carta bar yang menunjukkan bilangan murid
melawan kumpulan darah

(c) Beri satu perbezaan antara jenis variasi bagi kumpulan darah dengan jenis
variasi bagi ketinggian dalam kalangan individu.
Perbezaan ciri bagi kumpulan darah (variasi tak selanjar) adalah ketara atau
jelas manakala perbezaan ciri bagi ketinggian (variasi selanjar) adalah tidak
ketara.

2
3 Rajah 3 menunjukkan susunan radas bagi suatu penyiasatan untuk membandingkan
kekuatan tulang yang padat dengan tulang berongga. Berapa buah bukukah diletakkan
satu demi satu ke atas setiap model meja sehingga gulungan silinder bengkok

Rajah 3

Keputusan eksperimen ditunjukkan dalam Jadual 3.

Jenis silinder Jumlah buku


Berongga 10
Padat 6

Jadual 3

(a) Berdasarkan Jadual 3, silinder yang manakah lebih kuat?


Silinder berongga

(b) Nyatakan pembolehubah dimalarkan bagi eksperimen ini


Panjang silinder/jisim silinder

(c) Nyatakan satu hipotesis untuk eksperimen ini


Tulang berongga lebih kuat daripada tulang padat

(d) Apakah kelebihan haiwan yang mempunyai tulang berongga


Tulang berongga kuat dan ringan, Tulang berongga kurang memerlukan kurang
kalsium dan fosforus semasa pemanjangan tulang

(e) Berikan satu contoh haiwan yang mempunyai tulang berongga


Burung

3
4 Jadual 4 menunjukkan satu eksperimen untuk menyiasat kekerasan aloi dengan logam
tulen.

Rajah 4

Jadual 4 menunjukkan keputusan eksperimen.

Jenis bongkah Diameter lekuk (cm)


Kuprum 6
Gangsa 3
Jadual 4

(a) Berdasarkan Jadual 4, tuliskan satu pemerhatian bagi eksperimen ini.


Kuprum menghasilkan lekuk yang lebih dalam daripada gangsa

(b) Nyatakan pembolehubah dimanipulasikan bagi eksperimen ini


Jenis blok

(c) Nyatakan satu hipotesis untuk eksperimen ini


Aloi lebih keras berbanding logam tulen

(d) Ramalkan keadaan lekuk pada bongkah gangsa sekiranya pemberat 3 kg


digunakan.
9 cm

(e) Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi aloi
Aloi adalah suatu bahan yang lebih keras dan menghasilkan lekukan yang lebih
kecil

4
BAHAGIAN B
[38 markah]
Jawab semua soalan dalam bahagian ini

5 Rajah 5 menunjukkan seorang murid yang berada di dalam makmal sains.

Rajah 5

(a) Senaraikan dua peralatan perlindungan diri yang dipakai oleh murid tersebut
semasa menjalankan eksperimen
Gogal, sarung tangan, baju makmal ( pilih mana-mana 2 jawapan)

(b) Mengapakah makmal merupakan kawasan larangan?


Terdapat banyak bahan berbahaya
Contoh : bahan mengakis, bahan toksik dan bahan diperbuat daripada kaca

(c) Mata Rahman terkena percikan asid sulfurik cair. Apakah tindakan yang perlu
dilakukan olehnya?
• Bilas dengan air yang banyak dengan keadaan kelopak mata terbuka luas.
• Maklumkan kepada guru atau pembantu makmal untuk mendapatkan
rawatan seterusnya

5
6 Rajah 6 menunjukkan satu kaedah bantuan kecemasan

Rajah 6

(a) Nyatakan kaedah bantuan kecemasan ini.


Resusitasi kardiopulmonari (CPR)

(b) Berikan dua situasi yang menyebabkan pernafasan atau degupan jantung
terhenti
serangan jantung, renjatan elektrik, lemas (pilih mana-mana 2 jawapan)

(c) Apakah tujuan tekanan dada?


Untuk menghasilkan peredaran darah secara buatan

(d) Terangkan proses tekanan dada yang betul.


• Letakkan sebelah tapak tangan di bahagian tengah dada mangsa dengan
tangan dalam keadaan lurus
• Tekap tangan tadi dengan selangselikan jari, tekanan dada dilakukan pada
kadar 100 – 120 tekanan per minit

6
7 Rajah 7 menunjukkan dua jenis termometer K dan L.

Rajah 7

(a) Namakan termometer K dan L


K : Termometer rektal
L : Termometer inframerah

(b) ( i ) Encik Wong dan Puan Wong mempunyai anak yang berusia 2 bulan. Anak
mereka tidak sihat dan di bawa ke klinik dengan segera. Termometer manakah
sesuai digunakan untuk mengambil bacaan suhu anak mereka?
K / Termometer rektal

( ii ) Berdasarkan jawapan anda di 7 (b) (i), pada bahagian badan yang manakah
termometer ini digunakan?
Rektal/rectum/Dubur

(c) Jelaskan bagaimana senaman boleh menyebabkan suhu badan melebihi


normal.
• Semasa bersenam, kadar metabolisme badan meningkat.
• Otot yang meregang dan mengecut dengan cepat akan menghasilkan tenaga
yang lebih banyak yang menyebabkan suhu badan meningkat

7
8 Rajah 8 menunjukkan isu sosiosaintifik dalam sektor tenaga

Rajah 8

(a) Nyatakan dua kesan isu sosiosaintifik ini terhadap alam sekitar.
• Pemanasan global
• Hujan asid

(b) Cadangkan dua kaedah bagi mengatasi isu ini dengan menggunakan teknologi
hijau.
• Pembersih udara digunakan untuk menyingkirkan bahan cemar daripada
asap sebelum dibebaskan ke persekitaran
• Kitar semula sisa industri secara maksimum

(c) Apakah dua tindakan yang boleh anda lakukan sebagai masyarakat yang
bertanggung jawab terhadap kelestarian alam sekitar?
• Menggunakan barangan bioterdegradasi untuk mengurangkan pencemaran
alam
• Menggunakan sumber tenaga secara berhemah seperti air dan elektrik di
rumah

8
9 Rajah 9 menunjukkan kelenjar endokrin utama di dalam badan manusia.

Rajah 9
(a) ( i ) Antara kelenjar endokrin tersebut, yang manakah dikenali sebagai kelenjar
induk?
W

( ii ) Berikan sebab bagi jawapan anda di 9 (a)(i).


Kelenjar W menghasilkan hormon-hormon yang mengawal kelenjar endokrin
yang lain

(b) ( i ) Encik Rajan adalah ialah seorang pesakit diabetes melitus. Kelenjar
endokrin yang manakah telah terjejas?
Y

( ii ) Jelaskan bagaimana kegagalan kelenjar endokrin yang anda nyatakan


di 9 (b)(i) menyebabkan En Rajan menghidap diabetes melitus.
Kurang insulin dihasilkan oleh kelenjar Y (pankreas) menyebabkan aras glukosa
dalam darah meningkat

(c) Seorang murid lelaki berusia 13 tahun mengalami masalah pada kelenjar Z yang
menyebabkan kelenjar Z tidak dapat menghasilkan hormon X yang secukupnya.
Nyatakan dua kesan daripada aras hormon X yang rendah yang mungkin
dialami murid tersebut dan cadangkan satu cara yang dapat membantunya.
• Lambat akil baligh
• Bilangan sperma rendah
• Dia boleh mendapatkan suntikan hormon serta mengamalkan diet yang
seimbang dan mengambil suplemen

9
10 Jadual 10 menunjukkan unsur H, I, J dan K dengan nombor proton dan nombor nukleon
masing-masing.

Unsur Nombor proton Nombor neutron Nombor nukleon


H 6 X 12
I 13 14 27
J 17 18 Y
k 6 7 13

Jadual 10

(a) ( i ) Nyatakan X dan Y


X:6
Y : 35

( ii ) Unsur yang manakah adalah pasangan isotop? Jelaskan jawapan anda.


H dan K. Unsur yang atomnya mempunyai bilangan proton yang sama tetapi
bilangan neutron yang berbeza

(b) Perkembangan teknologi menyebabkan penggunaan isotop secara meluas.


Apakah kegunaan isotop dalam bidang perubatan?
Sinar gamma daripada kobalt-60 digunakan untuk membunuh sel kanser
(c) Lukis dan tulis susunan elektron bagi elemen I

Susunan elektron = 2.8.3

10
BAHAGIAN C
[22 markah]
Jawab Soalan 11 dan sama ada Soalan 12 dan Soalan 13

11 Kaji maklumat berikut,

Seorang pekebun getah menambahkan larutan ammonia ke dalam lateks untuk


mengekalkan keadaan cecairnya dan menjualnya dalam bentuk cecair. Untuk leteks
yang lain, dia menambahkan asid formik dan menjualnya dalam bentuk getah pepejal.

(a) Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat maklumat di atas


Alkali mengekalkan lateks dalam keadaaan cecair manakala asid asid
menukarkan lateks cecair kepada pepejal

(b) Berdasarkan hipotesis tersebut, reka bentuk satu eksperimen makmal


menggunakan lateks, asid etanoik dan larutan ammonia.

Huraian anda haruslah mengandungi aspek berikut:

( i ) Tujuan eksperimen (1 markah)


Untuk mengkaji kesan alkali dan asid ke atas lateks

( ii ) Mengenal pasti pembolehubah (2 markah)


• Pembolehubah yang dimanipulasikan : Jenis bahan / ammonia dan asid
etanoik
• Pembolehubah yang bergerak balas : keadaan lateks
• Pembolehubah yang dimalarkan : Isipadu lateks

( iii ) Senarai radas dan bahan (1 markah)


Lateks asid etanoik, larutan ammonia, bikar, rod kaca

( iv ) Prosedur atau kaedah (4 markah)


1) Tuang lateks dengan isipadu yang sama ke dalam dua bikar berbeza
yang dilabelkan dengan A dan B.
2) Tuangkan asid etanoik ke dalam bikar A dan kacaukan
3) Tuangkan larutan ammonia ke dalam bikar B dan kacaukan
4) Biarkan susunan radas selama 30 minit
5) Perhatikan keadaan lateks di dalam keadaan kedua-dua bikar dan
rekodkan pemerhatian di dalam jadual.

( v ) Penjadualan data (1 markah)

11
12 Isotop dalam bentuk radioisotop mempunyai banyak kegunaan

(a) Apakah definisi isotop? (1 markah)


Isotop adalah atom atom suatu unsur yang mempunyai bilangan proton yang
sama dan bilangan neutron yang berbeza
(b) Nyatakan satu contoh radioisotop dan kegunaannya dalam bidang berikut:

( i ) Perubatan : Kobalt-60 digunakan untuk merawat kanser/membunuh sel


kanser
( ii ) Pertanian : Fosforus-32 digunakan untuk mengkaji kadar penyerapan baja
fosforus dalam tumbuhan
(4 markah)

(c) Encik Kay merupakan seorang ahli arkeologi. Beliau sedang melakukan kajian
lapangan untuk mengkaji usia artifak di sebuah tapak arkeologi.

Fosforus - 32 Karbon - 14 Kobalt - 60

Encik Kay perlu memilih antara ketiga-tiga radioisotop di atas untuk digunakan
dalam kajiannya.

Terangkan pilihan yang boleh beliau lakukan berdasarkan aspek berikut:

( i ) Tujuan pemilihan (1 markah)


Untuk memilih radioisotopp yang paling sesuai digunakan dalam kajian lapangan
untuk mengkaji usia artifak

( ii ) Bandingkan antara kegunaan radioisotop tersebut (2 markah)


• Fosforus-32 digunakan untuk mengkaji kadar penyerapan baja fosforus
dalam tumbuhan
• Karbon-14 digunakan untuk mengkaji usia fosil dan artifak
• Kobalt-60 digunakan untuk merawat kanser/membunuh sel
kanser/menghapuaskan organisma dalam pengawetan makanan

( iii ) Pilih radioisotop yang paling sesuai digunakan dan terangkan mengapa
Radioisotop yang paling sesuai digunakan ialah Karbon-14 kerana dapat
membantu Encik Kay untuk menganggarkan usia fosil dan artifak
(2 markah)

( iv ) Unsur R mempunyai nombor proton 19 dan nombor nukleon 39.


Berapakah bilangan neutron yang dimiliki oleh unsur R dan nyatakan bilangan
elektron unsur R.
Bilangan neutron = 20
Bilangan elektron = 19
(2 markah)

12
13 (a) Berikan dua jenis ubat moden dan kegunaannya (4 markah)

(b) Rajah 13 menunjukkan tiga amalan perubatan komplementari

Rajah 13

Kaji maklumat dalam Rajah 13 dan bina konsep perubatan komplementari

Jawapan anda hendaklah berdasarkan aspek berikut:

( i ) Kenal pasti dua ciri sepunya (2 markah)


1. Tidak melibatkan pembedahan atau jahitan terhadap badan.
2. Tidak menggunakan ubat terapeutik, dadah atau bahan kimia sintetik

( ii ) Berikan satu contoh lain bagi perubatan komplementari (1 markah)


Homeopati/terapi herba

( iii ) Berikan satu bukan contoh bagi perubatan komplementari dan sebabnya
Antibiotik kerana ubat ini adalah merupakan sejenis ubat yang digunakan di
dalam perubatan moden
(2 markah)

( iv) Hubung kait ciri-ciri sepunya untuk membina konsep sebenar perubatan
komplementari
Perubatan komplementari adalah perubatan yang tidak melibatkan pembedahan
atau jahitan terhadap badan dan tidak menggunakan ubatan terapeutik, dadah
atau bahan kimia sintetik (1 markah)

( v ) Nyatakan dua bahagian perubatan komplementari (2 markah)


1. Produk semula jadi
2. Senaman badan dan minda

13
14

You might also like