Memo Buka Sekolah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG SEKAH, MALIM NAWAR

MEMO
Kepada : Semua ibu bapa dan penjaga murid tahun 1- 6

PENGUMUMAN TERKINI

MAKLUMAN PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2022/2023

Sukacitanya dimaklumkan bahawa sesi persekolahan akan bermula pada 21 MAC 2022 (ISNIN) bagi
murid-murid tahun 1 - 6 TANPA PENGGILIRAN. Ibu bapa dan penjaga perlu memastikan anak-anak
hadir ke sekolah dan mematuhi perkara-perkara berikut :

1. Murid-murid hendaklah memakai uniform sekolah yang lengkap jika ada. Pihak sekolah memberi
kelonggaran kepada murid untuk memakai pakaian yang bersesuaian, kemas dan sopan
sekiranya murid menghadapi kesukaran untuk memakai pakaian seragam sekolah sedia ada.

2. Murid-murid sesi pagi iaitu murid tahun 3-6 perlu hadir ke sekolah sebelum pukul 7.30 pagi
manakala murid-murid sesi petang iaitu murid tahun 1-2 sebelum pukul 1.00 tengahari (Isnin-
Khamis) dan sebelum 2.30 petang (Jumaat). Murid sesi petang yang hadir awal sila berada di
kantin sekolah dan tunggu arahan guru untuk masuk ke kelas.

3. Ibu bapa/penjaga TIDAK DIBENARKAN masuk ke dalam kawasan sekolah sepanjang waktu
persekolahan. Ibu bapa dan penjaga hanya dibenarkan menurunkan anak/jagaan di kawasan
menurunkan murid sahaja (pintu pagar A/pintu pagar B).

4. Pesanan makanan boleh dibuat di kantin sebelum sesi PdPC bermula untuk murid yang tidak
membawa bekalan makanan sendiri. Pesanan hendaklah dibuat awal bagi mengelakkan masalah
penyediaan makanan oleh pihak pengusaha kantin ketika waktu rehat.

5. Murid-murid hendaklah memakai pelitup muka sepanjang berada di sekolah bagi menjaga
keselamatan masing-masing. Bagi murid yang bergejala, anda tidak dibenarkan hadir ke sekolah.
Ibu bapa dan penjaga hendaklah memastikan anak/jagaan berada dalam keadaan sihat dan
bersedia untuk ke sekolah. Murid yang hadir dan bergejala akan menjalani Ujian Kendiri Covid-19
dengan kebenaran ibu bapa/penjaga.

6. Semua murid digalakkan membawa sehelai kain buruk/tuala kecil untuk mengelap meja sendiri
jika ada makanan yang tertumpah.

7 Mohon ibu bapa/penjaga mematuhi waktu pulang anak/jagaan masing-masing bagi mengelakkan
kesesakan di khemah menunggu dan pintu pagar. (Rujuk Lampiran 1 : Jadual Waktu Pulang)

8. Semua murid perlu mematuhi SOP Pencegahan Penularan Covid-19 di sekolah bagi memastikan
wabak ini tidak merebak dalam kalangan kita. Jika terdapat sebarang kesulitan atau pertanyaan,
sila hubungi pihak sekolah di talian 05-477 5145.

Sekian dimaklumkan.Terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

............................
(ZAKI B. ISMAIL)
Guru Besar
Lampiran 1

SK TUALANG SEKAH, MALIM NAWAR

JADUAL WAKTU PULANG


SESI AKADEMIK 2022/2023

SESI PAGI

HARI TAHUN WAKTU


TAHUN 3 12.20 tengah hari
TAHUN 4 12.30 tengah hari
ISNIN, SELASA, RABU
TAHUN 5 12.40 tengah hari
TAHUN 6 12.50 tengah hari
TAHUN 3 11.50 pagi
TAHUN 4 12.00 tengah hari
KHAMIS
TAHUN 5 12.10 tengah hari
TAHUN 6 12.20 tengah hari
TAHUN 3 11.20 pagi
TAHUN 4 11.30 pagi
JUMAAT
TAHUN 5 11.40 pagi
TAHUN 6 11.50 pagi

SESI PETANG

HARI TAHUN WAKTU


TAHUN 1 6.10 petang
ISNIN, SELASA
TAHUN 2 6.20 petang
TAHUN 1 5.40 petang
RABU, KHAMIS, JUMAAT
TAHUN 2 5.50 petang

You might also like