Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

 

 
SKPS  6053  
EKONOMI  ALAM  SEKITAR  
 
 
UNIVERSITI  KEBANGSAAN  MALAYSIA    
FAKULTI  SAINS  SOSIAL  DAN  KEMANUSIAAN  
SARJANA  PENGURUSAN  PERSEKITARAN  
 
 
TAJUK:  
Soalan  1  :  Takrif  Ekonomi  Alam  sekitar  
Soalan 2: Bincangkan ekonomi alam sekitar berdasarkan ulasan lima artikel jurnal  
Soalan  3  :  Alat-Alat Ekonomi dalam Mengurus Alam Sekitar  
 
 
 
PENSYARAH:  
PROF  MADYA  DR.  ER  AH  CHOR  
 
 
NAMA  :  
MAZNI  BINTI  BALI    
P74297  
   
 
SOALAN 1: Takrifan Ekonomi Alam Sekitar

Ekonomi alam sekitar menerangkan saling hubungan antara alam sekitar dengan
ekonomi, iaitu kesan ekonomi terhadap alam sekitar seperti pencemaran, dan
pengaruh alam sekitar terhadap ekonomi. Dengan perkataan lain, ekonomi alam
sekitar ialah sebahagian daripada ekonomi, dan bidang ekonomi ini menganalisis
masalah pilihan berhubung dengan keadaan sekeliling, sama ada fizikal atau semula
jadi, yang dihadapi oleh manusia dan masyarakat keseluruhannya.

Ekonomi alam sekitar juga mengambilkira nilai alam sekitar dan aktiviti
ekonomi serta membuat pilihan berdasarkan nilai-nilai tersebut. Tujuannya adalah
untuk mengimbangi aktiviti ekonomi dan kesan alam sekitar dengan mengambil kira
semua kos dan faedah. Terdapat dua sebab utama ekonomi alam sekitar menjadi sutu
budang kajian yang penting: pertama, masalah alam sekitar merupakan contoh amat
jelas tentang kesan kuaran yang tidak diberi nilai ringgit (harga). Kedua, masalah
kekurangan tenaga, pencemaran air dan udara, bahan buangan nuklear, pencemaran
bunyi dan sebaginya semakin ketara sehingga dirasakan bahawa ekonomi perlu
menyediakan alat dan cara-cara menyelesaikan masalah ini.

Alam sekitar dilihat sebagai masalah ekonomi adalah disebabkan kegagalan


sistem pasaran dalam mengagihkan sumber alam antara pengguna alternatif
Kegagalan ini perlu ditangani dengan membetulkan harga dengan mengambil kira
kos luaran. Kos luaran adalah berkaitan kesan-kesan sampingan yang tidak
dikompensasi tindakan manusia. Sistem ekonomi secara amnya bergantung pada
pertukaran barang dan perkhidmatan dalam pasaran bagi menentukan nilai dan
kuantiti sesuatu output dikeluarkan. Sistem ini merupakan alat yang berkesan untuk
menunjukkan nilai relatif dan tingkat output. Sistem ini juga merupakan alat bagi
peruntukan faktor pengeluaran tertentu dengan cekap untuk mengeluarkan barang dan
perkhidmatan alternatif. Walau bagaimanapun sistem pasaran ini gagal menyelesaikan
masalah peruntukan sumber alam sekitar. Sebab utama wujudnya masalah peruntukan
ini ialah alam sekitar merupakan sumber hak milik bersama, oleh yang demikian
setiap orang layak menggunakannya. Namun begitu penggunaan yang tidak terhad
dan kurang teratur pastinya menjadi punca masalah kemerosotan alam sekitar.
SOALAN 2: Bincangkan ekonomi alam sekitar berdasarkan ulasan lima artikel jurnal

ARTIKEL 1
Tajuk : Economic and environmental evaluation via an integrated method
based on LCA and MCDA , Procedia –Social and Behavioral Science 99
(2013) 1-10
Penulis : Fabio De Felice, Fabrizio Campagiorni, Antonella Petrillo

Penyelidikan serta penambahbaikan yang berterusan dapat mempertingkatkan


keuntungan dan daya saing sesebuah organisasi. Selain dari sudut ekonomi, alam
sekitar juga harus dianalisis dan dibuat penilaian. Walaupun terdapat pelbagai cara
untuk menilai kedua-dua aspek ekonomi dan alam sekitar ini, namun untuk menjamin
peningkatkan kualiti yang tinggi pengintegrasian metod dan teori yang berbeza
diperlukan. Oleh itu, kajian ini mengunakan pengintegrasian dua metod yang berbeza
iaitu: Life Cycle Assessment (LCA) dan Multi Criteria Decision Analysis (MCDA).
Kaedah pertama membolehkan penganalisis untuk memahami masalah alam sekitar
manakala, kaedah kedua membantu membuat pilihan penyelesaian yang terbaik untuk
pernambahbaikan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk membangunkan satu kaedah
yang sistematik, mudah untuk digunakan dan memberikan hasil yang bermanfaat.
Dalam kajian ini pendekatan yang sedia ada dikaji semula dan disepadukan dalam
pendekatan baru agar dapat memberi peningkatan yang berterusan kepada sesebuah
organisasi.

ARTIKEL 2
Tajuk : Economic Valuation of Forest Ecosystem Services in Heshui
Watershed using Contingent Valuation Method. Energy Procedia 6 (2011)
361–370
Penulis : Zhang Tao, Haiming Yan, Jinyan Zhan

Kajian dijalankan bagi menganggarkan nilai ekonomi perkhidmatan ekosistem hutan


di kawasan penanaman semula hutan deforestation di kawasan tadahan air Heshui di
wilayah Jiangxi. Perkhidmatan Alam Sekitar yang disediakan oleh pemulihan
ekosistem hutan Heshui termasuk bekalan keperluan asas, pemuliharaan tanah-air,
kitaran iklim, pemurnian persekitaran dan habitat biologi. Satu kajian penilaian luar
jangka [Contingent Valuation Survey(CVM)] dijalankan ke atas 200 isi rumah di tiga
daerah khas, Anfu, Yongxin dan Lianhua bagi untuk menganggarkan nilai ekosistem
hutan. Responden diberi situasi semasa dan senario hipotetikal untuk meminta
kesediaan mereka untuk membayar pemulihan dan perlindungan hutan di daerah
tersebut. Hasil analisis daripada 170 soal selidik dan 80 [Willingness to pay (WTP)]
menunjukkan bahawa responden akan membayar untuk pemulihan hutan dan
perlindungan 238 yuan setiap tahun. Kertas kerja ini akan memberikan panduan
ringkas mengenai aplikasi CVM dan membolehkan pembuat keputusan untuk
menguruskan ekosistem hutan untuk pembangunan mapan.

ARTIKEL 3
Tajuk : Modeling for Environmental-Economic Management Systems under
Uncertainty , Procedia Environmental Science 2 (2010) 192-189
Penulis : Y.F. Li, Y.P. Li ,G.H. Huanga, M. Zhou, Y.L. Xiea
Dalam kajian ini, Interval-Fuzzy Multiobjective Programming (IFMOP) dibangunkan
untuk menyokong perancangan alam sekitar dan aktiviti pengurusan ekonomi daerah
industri kimia di Tianjin, China. Dalam model IFMOP, kedua-dua kaedah Interval-
Parameter Programming (IPP) dan Fuzzy Programming (FP) diperkenalkan ke dalam
pengaturcaraan rangka kerja multiobjektif. Model yang dibangunkan dapat
membantu menangani ciri-ciri multi objektif sistem pengurusan alam sekitar dan
ekonomi dalam industri kimia, serta boleh menangani isu-isu berkaitan dengan pelan
pengeluaran perindustrian yang mempunyai kos yang efektif.

ARTIKEL 4
Tajuk : Environmental & economic life cycle assessment of current & future
sewage sludge to energy technologies. Waste Management 34 (2014)
185–195
Penulis : N. Mills, P. Pearce, J. Farrow, R.B. Thorpe, N.F. Kirkby

Industri Air UK saat ini menghasilkan sekitar 800 GW h pa tenaga elektrik daripada
enap cemar kumbahan. Kajian ini membuat perbandingan lima konfigurasi teknologi:
Conventional AD with CHP, Thermal Hydrolysis Process (THP) AD with CHP, THP
AD with bio-methane grid injection, THP AD with CHP dan THP AD AD. Penilaian
Kitaran ekonomi dan Life Cycle Assessment (LCA) mendapati bahawa kedua-dua
pilihan pengeringan jawatan AD prestasi yang baik tetapi pilihan yang digunakan
untuk membuat bahan bakar yang kukuh untuk menggantikan arang batu adalah
penyelesaian yang paling mampan dari segi ekonomi dan alam sekitar. LCA
menyediakan alat untuk menentukan pilihan yang terbaik secara keseluruhan untuk
situasi tertentu dan membolehkan sumber inovasi dan pelaburan yang akan memberi
tumpuan sewajarnya.

ARTIKEL 5
Tajuk : Economic instruments for managing industrial waste in Malaysia
Malaysian Journal of Environmental Management 6 (2005): 87 - 106
Penulis : Mohd Nasir Hassan, Rafia Afroz, Ahmad Fariz & M. Awang

Pembangunan industri pembuatan yang begitu pesat di Malaysia telah menyebabkan


peningkatan penghasilan bahan buangan industri yang berbahaya. Sememangnya
diketahui bahawa perindustrian mempunyai keseimbangan daripada segi ekonomi,
alam sekitar dan sosial. Apabila wujud keseimbangan diantara pengekalan alam
sekitar dengan pembangunan ekonomi, beberapa alternatif diambil untuk menangani
akibat buruknya. Langkah sedemikian adalah diperlukan di bawah undang-undang
dan peraturan alam sekitar sedia ada dan yang sedang dikaji semula serta galakan
ekonomi yang dicadangkan. Pada masa lalu Malaysia menekankan kepada
keuntungan ekonomi sesuatu pembangunan. Kini telah wujud penekanan terhadap
alam sekitar. Seperti banyak negara membangun yang lain, Malaysia sepatutnya
memikirkan tentang penggunaan alat ekonomi dan galakan untuk menjadi sebuah
negara maju yang amat bingkas. Alat-alat tersebut diperlukan untuk menggalakkan
pembuatan keputusan yang bertanggung jawab alam sekitar oleh pelabur, pengguna
dan peserta ekonomi lainnya.

KESIMPULAN ULASAN ARTIKEL


Tuntasnya, kelima-lima artikel ini menyentuh tentang kesan ekonomi terhadap alam
sekitar dan bagaimana ekonomi itu sendiri berfungi sebagai alat mengurus alam
sekitar. Pelbagai kaedah dan metod kajian dilaksanakan dalam menilai alternatif yang
paling ideal bagi mengimbangi keperluan ekonomi dan pengurusan alam sekitar itu
sendiri. Altenatif ini diharap dapat dijadikan sebagai wadah untuk mencapai matlamat
pembangunan ekonomi dan pelestarian alam sekitar.
SOALAN 3 :Bincangkan Alat-Alat Ekonomi Yang Boleh Dilaksanakan Oleh
Kerajaan Untuk Mengurus Alam Sekitar Di Sebuah Negara Terpilih.

Alat Ekonomi dalam Perancangan dan Pengurusan Alam Sekitar


di Kawasan Timur Afrika

Proses pembinaan pembangunan, pengeluaran barangan dan perkhidmatan


sememangnya dapat menyebabkan degradasi dan impak negatif kepada alam sekitar
seperti pencemaran udara, pencemaran air, pembuangan sisa pepejal dan kumbahan.
Selain daripada kawalan melalui pelaksanaa perundangan dan bukan perundangan,
permasalah ini juga kaedah boleh dikawal menggunakan alat ekonomi. Alat ekonomi
merupakan satu kaedah ekonomi bagi mengawal alam sekitar yang berasaskan
pasaran untuk menggalakkan penggunaan dan pembangunan teknologi mesra alam
dalam produk atau perkhidmatan. Penggunaan alat ekonomi dalan perancangan dan
pengurusan alam sekitar dk kawasan Afrika Timur seperti Kenya, Tanzania, Eritrea
dan Uganda. Antara alat ekonomi utama yang diimplentasi dalan perancangan dan
pengurusan adalah:

1. Menyediakan intensif ekonomi dalam pengurusan pemuliharaan alam


sekitar
Pertimbangan insentif ekonomi merupakan melaksanakan pemberian insentif
positif kepada syarikat yang memelihara alam sekitar dalam perjalanan aktiviti
ekonomi mereka, sebaliknya insentif negatif akan dikenakan terhadap pihak yang
mendorong kemerosotan alam sekitar. Insentif ini dilihat sebagai dorongan kepada
pihak tentu dalam menjaga kebajikan alam sekitar bukannya mengejar keuntungan
semata-mata.
a) Property rights
Pemberian property right dapat menangani kegagalan sesebuah institusi
pengurusan alam sekitar di Africa Timur. Melalui Village Government,
Masyarakat Babati telah diberi hak harta langsung untuk mengurus,
memanfaatkan dan mentadbir Hutan Simpan Tanzania. Pada peringkat awal,
ia melibatkan kawasan hutan semula jadi, di mana penduduk kampung
menyedikan dan mengimplementasi pelan rancangan pengurusan. Baru-baru
ini perjanjian ini telah dilanjutkan kepada pengurusan komuniti kawasan
perladangan dan pengeluaran.

b) Penggunaan Sumber
The Bazaruto Mozambique merupakan salah satu kawasan laut yang paling
berharga dan kaya dengan sumber semulajadi namun mempunyai ekosistem
yang paling lemah dan fragile (rapuh) di negara ini. Dalam usaha untuk
memastikan pemuliharaan jangka panjang kawasan marin ini, beberapa
aktiviti yang telah ditetapkan bertujuan untuk merangsang penggunaan lestari
oleh masyarakat setempat. Strategi memberi tumpuan kepada eko-
pelancongan dan penggunaan sumber yang diperkenalkan khusus untuk
memberi pampasan kepada penduduk kampung yang telah kehilangan
penempatan dan sumber makanan (perikanan) dengan penubuhan Taman
Negara. Pada masa yang sama pelbagai aktiviti baru yang diperkenalkan
kepada penduduk kampung, termasuk projek-projek permaculture dan
penanaman sayur-sayuran yang dapat mengurangkan tekanan kepada sumber
laut.

c) Fiskal dan Instrumen kewangan


Fiskal dan instrumen kewangan merupakan kaedah yang efektif bagi
menyalurkan dan mengagihkan pendapatan bagi tujuan pemuliharaan alam
sekitar. Kaedah ini dapat menyediakan dana bagi kumpulan yang
menanggung kos pemuliharaan. Instrumen fiskal termasuklah pelbagai subsidi
dan cukai dapat menggalakkan pelaburan dalam teknologi dan proses
pengeluaran mesra alam yang dapat mengembangkan aktiviti penggunaan
sumber yang mampan. Pelbagai bentuk pinjaman, geran dan dana dapat
disediakan sebagai instrumen kewangan untuk menyokong pemuliharaan alam
sekita serta menggalakkan pembangunan aktiviti pengeluaran dan penggunaan
alternatif yang lebih mesra alam. Sebagai contoh ialah pemberian cukai tenaga
dan subsidi sebagai insentif untuk forest-saving technologies di Eritrea.
Penyahutanan akibat eksploitasi berlebihan kayu api adalah masalah utama di
Eritrea. Bagi menggalakkan orang ramai untuk mengubah corak penggunaan
tenaga dan menggunakan kurang bahan bakar kayu kerajaan Eritrea telah
melaksanakan beberapa siri pembaharuan fiskal dalam sektor tenaga, termasuk
subsidi untuk minyak tanah, promosi cekap tenaga dapur kayu bakar dan
pembongkaran duti import teknologi solar.

2. Mekanisme pembiayaan dalam pemuliharaan alam sekitar.


Mekanisme pembiayaan yang merupakan sebahagian daripada elemen penting
dalam perancangan dan pengurusan alam sekitar kerana mekanisme ini dapat
menyediakan pembiayaan kewangan bagi pelaksanaan projek dan program
pemuliharaan alam sekitar.

a) Caj, yuran dan pasaran


Sekiranya barang dan perkhidmatan alam sekitar yang diterima secara bebas
atau pada kos yang rendah, yuran boleh ditubuhkan bagi penggunaannya.
Hasil daripada caj, yuran dan cukai yang dikenakan kepada pengguna ini
boleh digunakan dalam usaha membangunkan pasaran baru bagi produk dan
perkhidmatan alam sekitar di samping memulihara sumber alam tersebut. Di
Afrika Timur, langkah pemuliharaan Hutan Gunung Kenya dilaksanakan
melalui pembiayaan Downstream water Levies. Strategi yang dilaksanakan
dalam Pemuliharaan dan Pengurusan Hutan Adat Projek Hutan Simpan
Gunung Kenya ini adalah mengenakan bayaran yang perlu ke atas skim
tenaga air hiliran dan bayaran tersebut akan diperuntukkan kepada Jabatan
Perhutanan. Gunung Kenya membentuk kawasan tadahan air bagi dua sungai
Kenya dan kawasan ini merupakan lokasi semua skim hidroelektrik utama
negara tersebut. Skim ini secara langsung bergantung kepada perkhidmatan
tadahan kawasan tadahan air yang disediakan oleh hutan.

b) Bon dan Deposit


Bon dan deposit (simpanan) digunakan dalam pembentukan pasaran yang
disasarkan secara khusus untuk memastikan pembangunan ekonomi tidak
menyebabkan kerosakan alam sekitar. Bon dan deposit merupakan jumlah
yang perlu dibayar oleh pengeluar atau individu yang akan menjalankan
aktiviti pembanguan yang berpotensi menyebabkan kesusutan nilai pada alam
sekitar sebelum aktiviti pembangunan tersebut dilaksananakan. Surcaj akan
dikenakan kepada pengeluar atau individu tersebut sekiranya aktivti yang
dijalankan mendatangkan terbukti mendatangkan impak negatif dan
kerosakan kepada alam sekitar. Selain daripada memastikan terdapat dana-
dana dan intensif dari pemaju dapat mengimbangi atau mengatasi pencemaran
alam sekitar, kaedah ini juga dapat menggalakkan pemaju lebih peka untuk
meminimumkan kewujudan impak negatif dan kerosakan alam sekitar yang
berlaku agar bon dapat ditebus semula.

Interim Concession Deposit Bonds telah dijalankan di Republik Demokratik


Congo untuk pembalakan secara lestari. Bon deposit ini dibentuk pada pada
awal 1990-an untuk operasi perhutanan komersial yang menyediakan insentif
ekonomi bagi firma untuk mengelakkan kerosakan pembalakan dan
menggalakkan pertumbuhan semula hutan. Pelaksanaan ini memberikan satu
interim concession licence kepada pembalak. Syarikat konsesi perlu
membayar jumlah pendahuluan untuk aktiviti pembalakan yang akan
dijalankan. Jika pemegang konsesi tidak membuat pelaburan yang diperlukan
dalam tempoh 3 tahun, lesen sementara dibatalkan dan wang tidak
dikembalikan.

c) Menggalakan pelaburan dan sumbangan sektor swasta


Terdapat pelbagai cara dalam menggalakan penglibatan sektor swata dalam
melabur dan memberikan sumbangan terhadap pemuliharaan alam
sekitar.penglibatan ini bukan sahaja dapat menjana kewangan, malah
meningkatkan penglibatan masyarakat dalam pemuliharaan. Peluang
pelaburan haruslah diberikan kepada sektor swasta untuk terlibat langsung
dalam pemuliharaan. Pemberian kredit, francais dan konsesi dalam sumber
alam sekitar boleh menggalakkan pelaburan. Selain itu, sektor swasta juga
boleh digalakkan untuk membuat sumbangan amal atau sumbangan sukarela
bagi kos pemuliharaan dan aktiviti institusi, terutama jika mereka mempunyai
kepentingan langsung dalam memelihara alam sekitar. Kaedah ini telah
dijalankan dalam menggalakkan pelaburan sektor swasta dalam pemuliharaan
hidupan liar di sekitar Taman Negara Seregeti, Tanzania.

d) Pelepasan Hutang Antarabangsa


Pelbagai pendekatan kepada pelepasan hutang, seperti penjadualan semula
hutang, penghapusan hutang, debt-forequity dan debt-for-nature swaps boleh
digunakan sebagai satu cara untuk menjana wang pada masa yang sama,
meningkatkan penyertaan swasta dan badan bukan kerajaan dalam
pemuliharaan alam sekitar dan mengurangkan hutang negara. Beberapa
negara-negara Afrika telah terlibat dalam debt-for nature swaps, di mana
sebahagian daripada hutang yang negara itu dibeli di bawah nilai nominal oleh
sebuah agensi luar - biasanya sebuah NGO - dan ditebus terhadap mata wang
tempatan yang diperuntukkan kepada aktiviti pemuliharaan nasional. Ini
termasuk pertukaran dibuat di Madagascar dengan WWF dan Pemuliharaan
Antarabangsa (menjana AS $ 6.1 juta untuk pemuliharaan), Zambia dengan
WWF (AS $ 2.3 juta), Ghana bersama Pemuliharaan Antarabangsa (AS $ 1
juta), Nigeria bersama Nigeria Conservation Foundation (US $ 0.1 juta).
Rujukan

Fabio De Felice, Fabrizio Campagiorni, Antonella Petrillo. 2013. Economic and


environmental evaluation via an integrated method based on LCA and MCDA.
Procedia –Social and Behavioral Science 99 (2013) 1-10

Lucy Emerton. 1999. Economic Tools for Environmental Planning and Management
in Eastern Africa . IUCN – The World Conservation Union

Marlies Wierwnga. 2003. A Brief Introduction to Environmental Economic.


Environmental Law Alliance Worldwide (ELAW)

Mohaini Tajudin. 1989. Teori Alam Sekitar. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur

Mohd Nasir Hassan, Rafia Afroz, Ahmad Fariz & M. Awang. 2005. Economic
instruments for managing industrial waste in Malaysia. Malaysian Journal of
Environmental Management 6 (2005): 87 - 106

N. Mills, P. Pearce, J. Farrow, R.B. Thorpe, N.F. Kirkby. 2014. Environmental &
economic life cycle assessment of current & future sewage sludge to energy
technologies. Waste Management 34 (2014) 185–195

Y.F. Li, Y.P. Li ,G.H. Huanga, M. Zhou, Y.L. Xiea. 2010. Modeling for
Environmental-Economic Management Systems unde Uncertainty . Procedia
Environmental Science 2 (2010) 192-189

Zhang Tao, Haiming Yan, Jinyan Zhan. 2012. Economic Valuation of Forest
Ecosystem Services in Heshui Watershed using Contingent Valuation Method.
Energy Procedia 6 (2011) 361–370

You might also like