Pengenalan Intipan Siber

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Artikel jurnal yang dikarang oleh Asiah Bidin, Shariffah Nuridah Aishah Syed Nong

Mohamad & Akmal Mohamad(2015) telah diterbitkan di dalam Jurnal Islam dan Masyarakat
Kontemporari, bil.11 bercetak di halaman 12 hingga 25. Artikel keluaran Universiti Sultan
Zainal Abidin (UnisZA) ini bertajuk, Intipan Siber: Jenayah Baru Dalam Masyarakat
Kontemporari. Asiah Bidin merupakan pensyarah Unisza di Fakulti Undang-Undang,
Perakaunan dan Hubungan Antarabangsa. Manakala, Shariffah Nuridah Aishah Syed Nong
Mohamad merupakan pensyarah UnisZA di Fakulti Undang-Undang, Perakaunan dan
Hubungan Antarabangsa. Dan Akmal Mohamad merupakan pensyarah UnisZA di Fakulti
Undang-Undang, Perakaunan dan Hubungan Antarabangsa.

Para penulis artikel ini bersetuju bahawa intipan siber merujuk kepada perbuatan ugutan
atau sebarang perbuatan yang mempunyai niat jahat dalam penggunaan Internet, emel atau
alat komunikasi elektronik. Ini adalah termasuk perbuatan mengintip, mengugut mengancam,
menakutkan atau mencederakan mangsa sama ada fizikal, emosi atau reputasi. Artikel ini
bertujuan untuk membincangkan bagaimana jenayah intipan siber berlaku di media internet.
Selain itu, artikel ini juga membincangkan tentang kajian peningkatan kes intipan siber
berlaku di media internet dalam negara Malaysia.

Tema yang dipaparkan ialah intipan siber dalam menangani jenayah baru dalam
masyarakat kontemporari dalam media internet. Menurut Bociji (2002), intipan siber meliputi
penghantaran ugutan dan tuduhan palsu, kerosakan data, kecurian data dan identiti, memujuk
kanak-kanak di bawah umur untuk tujuan seks dan sebarang bentuk keganasan atas talian.
Kajian ini dijalankan secara analisis terhadap bahan bukti digital seperti komputer, telefon
bimbit dan pemain digital mudah alih. Seterusnya, kajian ini dijalankan dengan menyimpan
maklumat dan statistik kes jenayah siber pada tahun 2005-2011.

Fenomena jenayah intipan siber telah dibuktikan dengan hasil kajian yang telah dibuat.
Harapannya agar jenayah intipan siber dalam masyarakat kontemporari dapat digambarkan
dengan lebih jelas berdasarkan pengumpulan dan statistik kes dari tahun ke tahun.

You might also like