Professional Documents
Culture Documents
Rumusan Tajuk 1-4
Rumusan Tajuk 1-4
Rumusan Tajuk 1-4
Antara fungsinya adalah untuk membuat pesanan pizza melalui telefon (B1). Selain itu,
Revolusi Industri memudahkan segala urusan rumah (B1). Seterusnya, urusan pemanduan akan
dikawal sepenuh melalui satelit (B1). Antara kelebihannya, Revolusi Industri dapat mengoptimumkan
keperluan dan keselesaan manusia (B1). Selain itu, membantu dalam bidang pertanian dengan
menjadikan tanaman terpelihara dan lebih hebat. (B2). Malahan, membantu dalam bidang
perubatan dengan mempercepat proses rawatan (B2). Justeru, membawa kepentingan dalam bidang
ketenteraan dan keselamatan negara (B2). Akhir sekali, membantu manusia menjalankan tugas
dalam pelbagai rutin kehidupan (B2).
Punca sastera dilupakan ialah media sosial telah menjadi pilihan masyarakat (B1). Antara
kepentingan sastera ialah sastera menyuburkan minat membaca dalam masyarakat (B1). Seterusnya,
sastera memupuk semangat cinta akan negara, memupuk perpaduan dan menyerlah identiti bangsa
(B2). Antara fungsi sastera ialah mengemukakan ilmu dan pemikiran (B2). Selain itu, menyampaikan
suara golongan tertindas (B2). Malahan, sastera menyampaikan buah fikiran dan meluahkan
perasaan (B2). Justeru, sastera menggambarkan ketinggian budaya sesuatu masyarakat (B2). Akhir
sekali, sastera menjadi tulang belakang hampir semua disiplin ilmu. (B2)
Ciri-ciri seni jalanan ialah lukisan besar pada ruang bangunan atau ruang dinding (B1). Selain
itu, seni jalanan berkisarkan sesuatu benda, peristiwa, cerita atau pengalaman yang mengusik
perasaan (B1). Ciri seterusnya ialah seni jalanan dikaitkan dengan golongan muda yang mahu
meluahkan perasaan (B1). Malahan, seni jalanan berlatarkan cerita dongeng rakyat yang terkenal
(B2). Selain itu, membawa mesej keunikan kebudayaan dan kesenian dalam kalangan masyarakat
majmuk di Malaysia (B2). Antara kepentingannya ialah seni jalanan menceriakan sesuatu kawasan
(B1). Justeru, seni jalanan memperindah persekitaran bandar (B1). Akhir sekali, seni jalanan
menyebabkan kawasan tersebut menerima kunjungan daripada peminat seni dan pelancong dari
serata tempat. (B1)
Ciri-ciri caklempong ialah caklempong berasal dari Sumatera Barat yang dibawa oleh
masyarakat Minangkabau yang menetap di Negeri Sembilan (B1). Selain itu, caklempong tergolong
dalam kumpulan gong berukuran kecil (B1). Ciri seterusnya ialah caklempong diperbuat daripada
gangsa menggunakan teknik acuan (B1). Cabaran-cabaran dalam menguasai caklempong ialah
cabaran untuk diterima oleh masyarakat berbilang kaum (B1). Selain itu, cabaran untuk menarik
minat generasi muda untuk mempelajari dan menghayati muzik tersebut (B1). Malahan, cabarannya
ialah kesukaran untuk mendapatkan murid yang mahir atau mempunyai kemahiran asas caklempong
(B2). Justeru, cabaran kekangan waktu untuk latihan (B2). Akhir sekali, cabaran kekangan kewangan.
(B2)