Dapatan Kajian

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

6.

0 DAPATAN KAJIAN

6.1 Konsep dan takrifan sistem pengangkutan awam

Pengangkutan memainkan peranan penting dari zaman berzaman, baik dari segi
memindahkan barangan mahupun pergerakan manusia dari satu tempat ke yang lain.

Pengangkutan didefinisikan sebagai satu konsep pemindahan daripada satu tempat ke


tempat yang lain (kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007). Pengangkutan juga terbahagi
kepada beberapa jenis iaitu pengangkutan darat, air dan udara.

Mengikut kamus dewan Bahasa dan Pustaka, awam bermaksud sesuatu yang tidak bersifat
individu dan terbuka kepada semua. Ini dapat disimpulkan bahawa, pengangkutan awam
ialah pemindahan dari satu tempat ke satu tempat yang tidak bersifat individu.

Mengikut Wikipedia Ensiklopedia Bebas Bahasa Melayu, Pengangkutan awam atau transit
awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak
menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap
sebagai perkhidmatan rel dan bas, definisi yang lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan
penerbangan berjadual, feri, teksi dan sebagainya. Satu lagi batasan lanjut yang kadang-
kadang dikenakan adalah bahawa pengangkutan itu sepatutnya dijalankan dalam kenderaan
yang sentiasa dikongsi.

Pengangkutan awam biasanya dikenali sebagai pengangkutan umum dan biasanya diatur
untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa penempahan.
Kebanyakan penumpang transit bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara
rumah mereka dan tempat kerja, pusat beli-belah atau institusi pendidikan.

6.2 Analisis Dapatan Kajian


6.2.1 Kaedah Pemerhatian
Mengikut pemerhatian saya, terdapat beberapa pengangkutan awam yang dapat
diperhatikan di kawasan kajian, antaranya ialah :

Teksi

Perkhidmatan teksi di kawasan kajian adalah banyak/sedikit. Dan ini


memudahkan/menyukarkan penduduk untuk mendapatkan perkhidmatan teksi ke destinasi
tujuan. Perkhidmatan Penghantaran teksi tertakluk di seluruh Lembah Klang atau Kuala
Lumpur International Airport 2 (KLIA2) dari rumah , pejabat atau hotel mahupun di luar
kawasan . Perkhidmatan teksi membolehkan orang menuju kemana sahaja destinasi yang
hendak dituju.

Bas/van sekolah
Perkhidmatan bas/van sekolah dilihat menjadi pilihan kebanyakan orang di kawasan kajian.
Perkhidmatan pengangkutan awam ini menjadi pilihan kebanyakan ibu bapa yang hendak
menghantar anak-anak ke sekolah kerana dilihat pengangkutan ini mudah dan lebih
selamat. Pemandu van/bas sekolah adalah dikenali dan dapat mengambil serta menghantar
anak-anak ke destinasi mengikut masa yang ditetapkan.

Antara masalah pengangkutan awam yang dapat saya perhatikan ialah ,

 Pengangkutan awam ini menyumbang kepada pencemaran udara kerana rata-rata


kenderaan awam yang di terdapat di atas jalan raya dilihat tidak diselenggara
dengan baik. Kebanyakan kenderaaan awam mengeluarkan asap kenderaan yang
tebal dan hitam.
 Terdapat juga kenderaan awam yang kurang kondusif untuk dinaiki kerana keadaan
dalam kenderaan yang kotor dan kusyen kerusi yang koyak dan berhabuk.
 Segelintir pemandu pengangkutan awam kurang berhemah dalam pemanduan dan
ini membawa kepada peningkatan kadar kemalangan jalan raya.

6.2.2 Kaedah borang kaji selidik

Berikut merupakan analisis dapatan daripada borang kaji selidik yang telah saya edarkan
kepada 10 responden.

Bahagian A

1.
Bil. Jantina Jumlah
1. Lelaki 4
2. perempuan 6
10
2.

Bil. Bangsa Jumlah


1. Melayu 3
2. India 2
3. Cina 5
4 Iban
5. Melanau
6 Lain-lain
10

borang kaji selidik telah diedarkan kepada 10 orang respondan yang terdiri daripada 4 orang
lelaki dan 6 orang perempuan. Responda terdiri daripada berbilang bangsa iaitu 3 Melayu, 2
India dan 5 berbangsa Cina.
Bahagian B
3. Jenis pengangkutan awam yang pernah dinaiki

Bil. Pengangkutan Awam Jumlah


1. Bas 6
2. Bas/van Sekolah 10
3. Komuter KTM 5
4 Teksi 8
5 Lain-lain
29

Melalui jadual, dapat dinyatakan bahawa pengangkutan awam merupakan alternatif


popular untuk kesesuatu tempat. Kebanyakkan orang pernah menaiki pengangkutan awam
terutamanya bas sekolah. Bas/van sekolah terkenal dalam kalangan penduduk yang
mempunyai anak-anak yang masih bersekolah kerana ini memudahkan urusan seharian
penjaga terutamanya penjaga yang bekerja. Keselamatan anak-anak juga lebih diyakini.
4. Pada pendapat anda apakah masalah sistem pengangkutan awam yang dihadapi

Bil. Masalah pengangkutan awam Jumlah


1. Kekurangan pengangkutan awam 6
2. Jangka masa lama 5
3. Darjah ketersampaian rendah 5
4 Keselamatan penumpang terancam 4
5. Tambang mahal 8
6 Kenderaan lama 6
7. Pendemaran udara 5

Rata-rata respondan menyatakan masalah pengangkutan awam yang paling utama ialah
tambang yang mahal. Seramai 6 orang respondan menyatakan kekurangan pengangkutan
awam dan kenderaan pengangkutan awam yang lama menyumbang kepada masalah
pengangkutan awam di kawasan kajian. Seramai 5 orang respondan menyatakan jangka
masa menunggu yang lama, darjah ketersampaian rendah dan peningkatan masalah
pencemaran udara.
5. Cadangan untuk mengatasi masalah pengangkutan awam

Bil. Cadangan mengatasi masalah pengangkutan Jumlah


awam
1. Kuat kuasa undang-undang 10
2. Kempen alam sekitar 8
3. Mengurangkan kos operasi 7
4 Kursus pemanduan berhemah 4
5. Penggunaan petrol tanpa plumbum 7
6 Pendidikan alam sekitar 8

10 orang respondan bersetuju agar penguatkuasaan undang-undang diperketatkan bagi


mengelakkan masalah-masalah yang melibatkan pengangkutan awam seperti mendenda
syarikat bas atau teksi yang mengeluarkan asap kotor . Kempen alam sekitar telah menarik
perhatian 8 orang respondan kerana kepentingan bagi semua orang untuk sedar akan
pentingnya persekitaran yang bersih untuk mendapatkan kesihatan yang terbaik.
Pendidikan alam sekitar juga dianggap penting oleh 8 orang respondan kerana pemupukan
mencintai alam sekitar haruslah dimulai dari sekolah.
6.2.3 kaedah temu bual
Temu bual telah di laksanakan terhadap 3 orang respondan yang menetap di Kawasan
kajian. Berikut di nyatakan hasil temu bual bersama respondan – respondan tersebut :

Respondan 1
Nama : Nor Balqis binti Ramli
Umur : 24 tahun

Soalan Jawapan
1. Apakah jenis perkhidmatan pengangkutan Saya pernah menaiki teksi, bas dan komuter .
awam yang pernah anda gunakan ?

2. Adakah anda mendapati menggunakan Ya, terutamanya komuter kerana saya tidak
pengangkutan awam dapat memudahkan perlu berpanas dan mengalami kesesakan lalu
urusan seharian ? lintas. Namun, terlalu ramai orang yang telah
menyedari keadaan ini dan mnyebabkan
keadaan komuter agak sesak terutamnya pada
waktu kemuncak.

3. Pada pendapat anda, apakah masalah Masalah utama yang dapat saya perhatikan
pengangkutan awam yang sering terjadi di ialah kekurangan pengangkutan awam
kawasan ini ? terutamanya bas dan teksi. Selain itu, sebagai
seorang wanita, saya juga merasakan kurang
selamat untuk menaiki pengangkutan awam
terutamanya teksi sekiranya bersendirian.

4. Apakah cadangan yang dapat anda nyatakan Saya berharap agar pihak yang
bagi mengatasi masalah tersebut ? bertanggungjawab dapat mengkaji kaedah-
kaedah yang berseuaian supaya wanita-wanita
merasa lebih selamat dan yakin untuk menaiki
pengangkutan awam.
Respondan 2
Nama : Mohamad Ali Bin Abu
Umur : 40 tahun

Soalan Jawapan
1. Apakah jenis perkhidmatan pengangkutan Saya pernah menaiki teksi dan bas.
awam yang pernah anda gunakan ?

2. Adakah anda mendapati menggunakan Ya saya setuju kerana terdapat banyak


pengangkutan awam dapat memudahkan pengangkutan awam tetapi adakalanya
urusan seharian ? tambang yang dikenakan agak mahal.

3. Pada pendapat anda, apakah masalah Masalah yang utama ialah asap kenderaan
pengangkutan awam yang sering terjadi di terutamnya bas yang sangat hitam. Ini
kawasan ini ? menyebabkan ramai orang yang mengalami
sesak nafas dan tidak selesa.

4. Apakah cadangan yang dapat anda nyatakan Pemandu dan syarikat-syarikat bas perlu peka
bagi mengatasi masalah tersebut ? kepada masalah ini. Penjagaan kenderaan yang
teratur perlu dilaksanakan.
Respondan 3
Nama : Hussin Bin Arifin
Umur : 15 tahun

Soalan Jawapan
1. Apakah jenis perkhidmatan pengangkutan Saya selalu menaiki komuter dan van sekolah
awam yang pernah anda gunakan ?

2. Adakah anda mendapati menggunakan Ya, kerana saya masih seorang pelajar. Komuter
pengangkutan awam dapat memudahkan mudah dan cepat selain terdapat potongan
urusan seharian ? harga untuk pelajar sekolah.

3. Pada pendapat anda, apakah masalah Masalah yang utama ialah jangka masa
pengangkutan awam yang sering terjadi di menunggu bas adalah terlalu lama. Saya
kawasan ini ? terpaksa menunggu kadangkala hampir 1 jam
untuk menaiki bas.

4. Apakah cadangan yang dapat anda nyatakan Syarikat-syarikat bas perlu mengaturkan jadual
bagi mengatasi masalah tersebut ? perjalanan bas yang leh baik terutamanya di
kawasan yang ramai penduduk.

Menurut dapatan temu bual juga didapati pengangkutan awam menjadi pilihan kebanyakan
orang tidak kira peringkat umur.

You might also like