Isi Kandungan Penulisan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

ABSTRAK

KAJIAN TENTANG CIRI, PERANAN DAN CABARAN USAHAWAN DALAM


MENGURUSKAN PERNIAGAAN SELERA TEA_Q

Kajian ini dijalankan adalah untuk memilih seorang usahawan tempatan bagi menjalankan
kajian tentang kejayaan yang dicapai oleh Puan Mashitah bt Abdul Kadar. Objektif kajian
pertama yang ingin dicapai ialah menganalisis ciri-ciri ushawan dari segi sifat-sifat peribadi
usahawan berjaya dan tabii orang yang berjaya. Kedua, mengkaji kaedah usahawan
memulakan dan menjalankan perniagaan dari segi kaedah yang digunakan oleh usahawan
dalam memulakan dan perniagaan pembiayaan serta kemudahan dan bantuan yang diterima
bagi memulakan perniagaan. Ketiga, menghuraikan peranan ushawan dalam melaksanakan
fungsi pengurusan dalam organisasi. Keempat, membincangkan cabaran persekitaran luaran
dan dalaman yang mempengaruhi perniagaan. Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan
maklumat perniagaan adalah menggunakan data primer yang diperoleh hasil dari temu bual
usahawan. Kaedah sekunder ialah melalui laman rasmi dan blog rasmi syarikat serta laporan
daripada media massa. Hasil dapatan mendapati bahawa ciri-ciri peribadi usahawan berjaya
yang ada pada Puan Mashitah ialah sanggup bekorban dan berani mengambil risiko. Bagi
tabii orang berjaya pula, pengkaji mendapati bahawa Puan Mashitah mempunyai sifat cuba
memahami dahulu kemudian cuba untuk di fahami dan tajamkan gergaji. Kaedah yang telah
dipilih bagi menjalankan perniagaan beliau ialah perniagaan secara maya dan fizikal. Puan
Mashitah juga telah memulakan perniagaannya dengan memulakan sendiri. Bagi jenis
pembiayaan pula Puan Mashitah telah menggunakan sumber formal iaitu dari pinjaman
TEKUN manakala bagi sumber modal tidak formal ialah hasil simpanan sendiri. Tambahan
pula beliau juga menerima bantuan dari pihak kerajaan iaitu Bantuan Geran Khas Prihatin.
Pengkaji juga mendapati Puan Mashitah telah melaksanakan fungsi pengurusan dalam
organisasi iaitu pengawalan dan kepimpinan. Seterusnya, beliau juga menghadapi cabaran
dalam menjalankan perniagaan iaitu politik dan perundangan serta teknologi bagi cabaran
persekitaran luaran. Bagi cabaran persekitaran dalaman pula ialah pesaing dan pelanggan.
Akhir sekali cadangan bagi pembahbaikan perniagaan Puan Mashitah yang pertama ialah
menjual makanan mengikut trend semasa. Cadangan kedua pula menyediakan perkhidmatan
penghantaran barang bagi meningkatkan keuntungan perniagaan.

i
ISI KANDUNGAN PENULISAN

No Kandungan Muka Surat

Abstrak (i)

Isi Kandungan (ii)

1.0 Pengenalan 1

2.0 Objektif Kajian 2

3.0 Latar Belakang 3

4.0 Kaedah Kajian 7

5.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan 9

6.0 Rumusan Kajian, Rumusan & Penutup 24

7.0 Rujukan 27

8.0 Lampiran 28

ii

You might also like