Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

Tema 2 : Belanjawan Negara Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2021

Tajuk : Perbelanjaan kerajaan persekutuan Malaysia dan perbelanjaan pembangunan kerajaan


persekutuan mengikut sub sektor pada tahun 2011 hingga tahun 2021.
Objektif :
1) Mengenal pasti arah aliran perbelanjaan kerajaan.
2) Mengkaji peratus sumbangan perkhidmatan sosial dan masyarakat, perkhidmatan
pertahanan dan keselamatan terhadap perbelanjaan pembangunan.
Iaikandunagan
Bil Butiran Muka Surat
1. Tajuk Kajian
2. Abstark
3. Isi kandungan
4. Penghargaan
5. 1.0 Latar Belakang
2.0 Penyataan Masalah
3.0 Objektif Kajian
4.0 Kaedah Kajian
5.0 Hasil Kajian dan
Perbincangan
5.1
5.2
6.0 Cadangan
7.0 Penutup
8.0 Rujukkan
6. Lampiran
Penghargaan
1.0 Latar Belakang

Menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka, belanjawan bermaksud peruntukan wang untuk
sesuatu keperluan atau untuk menentukan sesuatu jangka waktu. Belanjawan negara
merupakan satu penyata yang menunjukkan anggaran perbelanjaan dan hasil kerajaan untuk
satu tahun kewangan yang akan datang.

Belanjawan Negara terdiri daripada hasil kerajaan dan perbelanjaan kerajaan. Hasil kerajaan
meliputi hasil cukai dan hasil bukan cukai. Hasil cukai dibahagi kepada dua bahagian iaitu
cukai langsung dan cukai tak langsung. Cukai langsung ialah cukai yang bebannya tidak
boleh ditangung oleh orang lain manakala cukai tak langung ialah cukai yang bebannya
boleh dipindah dan ditangung oleh orang lain. Hasil bukan cukai pula merupakan sumber
pendapatan negara selain daripada cukai langsung dan cukai tak langsung. Contoh hasil
bukan cukai adalah seperti permit dan bayaran lesen.

Perbelanjaan negara pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu perbelanjaan mengurus dan
perbelanjaan pembangunan. Perbelanjaan mengurus ialah perbelanjaan kerajaan untuk
membiayai kos pengurusan dan pentadbiran kerajaan bagi memenuhi keperluaan semasa
sebagai contoh, pencen. Perbelanjaan pembangunan pula adalah perbelanjaan kerajaan untuk
membiyai projek pembangunan negara seperti perbelanjaan infrastruktur atau prasana.
Perbelanjaan ini tidak akan berulang pada setiap tahun kerana peruntukkan mengikut
keperluaan.

Terdapat tiga jenis belanjawan negara, iaitu belanjawan lebihan, belanjawan kurangan dan
belanjawan terimbang. Jika jumlah hasil kerajaan melebihi jumlah belanja kerajaan, maka
belanjawan ini dipanggil belanjawan lebihan. Belanjawan kurangan juga dipanggil sebagai
belanjawan deficit dimana, jumlah hasil kerajaan kurang daripada jumlah perbelanjaan
kerajaan. Belanjawan terimbang pula merupakan satu keadaan apabila jumlah hasil kerajaan
adalah sama dengan perbelanjaan kerajaan.

Daripada definisi diatas, Belanjawan kurangan akan membawa banyak impak yang negatif
kepada negara. Apabila berlaku keadaan belanjawa kurangan, hutang negara meningkat dan
secara tak langsung menyebabkan tingkat harga umum meningkat dan kadar bunga atas
pinjaman juga akan meningkat sehingga nilai mata wang tempatan juga meningkat.

Perbelanjaan pembangunan pula merupakan perbelanjaan kerajaan untuk membiayai projek


pembangunan negara seperti perbelanjaan infrastruktur atau prasarana seperti Hospital atau
Pengangkutan awam. Perbelanjaan ini tidak akan berulang kerana peruntukan untuk
perbelanjaan ini adalah mengikut keperluaan.

Selain perbelanjaan infrastuktur, komponen perbelanjaan pembangunan juga terdiri daripada


perkhidmatan sosial dan masyarakat serta perkhidmatan pertahanan, dan keselamatan.
Perkhidmatan pertahanan dan keselamatan dalam belanjawan pembangunan merujuk kepada
perbelanjaan terhadap peralatan pertahanan seperti Senjata infantri standard, Kenderaan
bertempur, Artileri, Kenderaan utility, Radar dan juga Aset udara. Semua peralatan
pertahanan ini penting dalam melindungi keselamatan negara sama ada dalam negara atau
luar negara daripada pelbagai ancaman manakala perkhidmatan sosial dan masyarakat dalam
belanjawan pembangunan merujuk kepada perbelanjaan terhadap pelajaran, kesihatan dan
perumahan. Contoh perbelanjaan perkhidmatan sosial dan masyarakat dalam aspek pelajaran
adalah penambahbaikan sesebuah sukatan mata pelajaran, dalam aspek kesihatan pula adalah
perbelanjaan vaksin seperti vaksin Basile Calmette-Guerin yang memberi perlindungan
terhadap Tuberkulosis, manakala dalam aspek perumahan inisiatif seperti skim rumah smart
Selangor di wujudkan bagi memudahkan golongan pendapatan rendah untuk memudahkan
mereka memiliki kediaman sendiri.

Pejabat Belanjawan Negara (NBO) telah ditubuhkan untuk mewujudkan satu sistem
belanjawan yang cekap dan berkesan bagi memenuhi keperluan ekonomi negara. Objektif
pejabat ini adalah memastikan pengagihan dan penggunaan peruntukkan kewangan antara
semua agensi adalah teratur, cekap dan berkesan selaras dengan dasar-dasar negara.

Belanjawan negara Malaysia yang pertama telah dibentangkan oleh YB Encik Tan Siew Sin
iaitu Menteri kewangan pada masa itu pada tanggal 16 Disember 1963. Peruntukkan pada
ketika itu adalah sebanyak RM 1254 juta dan RM 71 juta daripada perbelanjaan ini adalah
untuk perbelanjaan kerajaan pusat.

Belanjawan pada tahun 2011 bertemakan “Transformasi Ke Arah Negara Maju


Berpendapatan Tinggi”. Belanjawan pada tahun tersebut menekankan kepada empat startegi
utama iaitu Mendaya Kembali Pelaburan Swasta, Membangunkan Modal Insan,
Mensejahterakan Hidup Rakyat dan Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam.
2.0 Penyata Masalah

Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti arah aliran perbelanjaan kerajaan pada tahun 2011
hingga tahun 2021. Dimana pengkaji dapat melihat perbezaan yang tidak ketara antara
jumlah perbelanjaan pembangunan perbelanjaan sosial dan masyarakat dari tahun 2011
hingga tahun 2021. Begitu juga dengan perbelanjaan pembangunan pertahanan dan
keselamatan.

Kajian yang dijalankan dapat membantu kerajaan pusat dalam menambahbaikan


perbelanjaan perkhidmatan sosial dan masyarakat dari segi pelajaran, kesihatan dan
perumahan. Tidak lupa juga penambahbaikan dalam perbelanjaan perkhidmatan pertahanan
dan keselamatan.

3.0 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah:

1) Mengenal pasti arah aliran perbelanjaan kerajaan dari tahun 2011 hingga tahun 2021.
2) Mengkaji peratus sumbangan perkhidmatan sosial dan perkhidmatan keselamatan terhadap
perbelanjaan pembangunan dari tahun 2011 hingga tahun 2021.
4.0 Kaedah Kajian
Kajian ini telah menggunakan kaedah sekunder iaitu kaedah pengumpulan data dan Teknik
penganalisisan data. Kedua-dua kaedah ini telah digunakan untuk menghubungkaitkan objektif
dengan hasil kajian.

4.1 Kaedah mengumpul data


Data diperoleh melalui sumber sekunder iaitu mengumpul maklumat daripada sumber lain
seperti internet dan laporan agensi kerajaan. Data-data penting telah dikumpul daripada laman
web daripada laporan jabatan perangkaan Malaysia.

4.2 Kaedah Penganalisis data


Kaedah deskriptif dalam bentuk nilai peratusan dan graf telah digunakan oleh pengkaji untuk
menganalisis data yang dikumpul. Analisis data telah dilakukan selepas memperoleh data
sekunder daripada internet dan portal portal rasmi. Hasil data tersebut akan digunakan untuk
menghasilkan jadual dan graf.
5.0 Hasil Dapatan

5.1 Mengenal pasti arah aliran perbelanjaan kerajaan persekutuan dari tahun 2011 hingga tahun
2021.

Jadual 1 menunjukkann arah aliran perbelanjaan kerajaan persekutuan dari tahun 2011 hingga
tahun 2021 manakala rajah 1 merupakan graf garis yang menunjukkan arah aliran perbelanjaan
kerajaan persekutuan dari tahun 2011 hingga tahun 2021.

Jadual 1: Arah aliran perbelanjaan kerajaan persekutuan dari tahun 2011 hingga tahun 2021.
Tahun Perbelanjaan kerajaan Perbelanjaan mengurus Perbelanjaan Pembangunan
persekutuan (RM Juta) RM Juta RM Juta

2011 211987.0 162594.029 49392.971


2012 230833.0 181434.738 49398.262
2013 249667.0 201980.603 47686.397
2014 262151.0 217847.481 44303.519
2015 271940.0 223534.68 48405.32
2016 265224.0 215361.89 49862.11
2017 260800.0 214899.2 45900.8
2018 280250.0 234289.0 45961
2019 314550.0 259818.3 54731.7
2020 297020.0 241180.24 55839.76
2021 322540.0 236421.82 86118.18

Formula
Data-data yang berkaitan diperoleh dalam jadual di atas dikira dengan menggunakan formula
yang telah diberikan

1) Perbelanjaan Pembangunan
= Perbelanjaan kerajaan persekutuan – perbelanjaan mengurus

Contoh
Tahun 2011 = RM 211987 juta – RM 162594.039 juta
= RM 49392.971 juta
Arah Aliran Perbelanjaan Kerajaan
Persekutuan

322540
314550

297020
280250
271940

265224
Jumlah Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan (RM

262151

260800
249667
230833
211987
juta)

2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021
Tahun

Jadual 1 dan rajah 1 menunjukkan arah aliran perbelanjaan kerajaan persekutuan dari tahun 2011
hingga tahun 2021. Arah aliran perbelanjaan persekutuan menunjukkan pola yang tidak
konsisten dari tahun 2011 hingga tahun 2021.
Arah aliran perbelanjaan kerajaan persekutuan pada tahun 2011 sebanyak RM 211987 juta dan
meningkat kepada RM 230833 juta pada tahun 2012. Arah aliran perbelanjaan kerajaan
persekutuan terus meningkat bagi tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2013 hingga tahun
2015 dengan nilai masing-masing sebanyak RM 249667 juta pada tahun 2013, RM 262151 juta
pada tahun 2014 dan RM 271940 juta pada tahun 2015. Walau bagaimana pun, arah aliran
perbelajaan kerajaan persekutuan menunjukkan penurunan pada tahun 2016 dan tahun 2017 iaitu
sebanyak RM 265224 juta pada tahun 2016 dan RM 260800 juta pada tahun 2017. Pada tahun
2018 hingga tahun 2019 pula, perbelanjaan kerajaan persekutuan menunjukkan peningkatan
yang positif iaitu sebanyak RM 280250 juta pada tahun 2018 kepada RM 314550 juta pada tahun
2019. Pada than berikutnya, perbelanjaan kerajaan persekutuan terus mengalami penurunan
sebanyak RM 297020 juta sebelum meningkat kembali sebanyak RM 322540 juta pada tahun
2021.
Berdasarkan jadual 1, pengkaji mendapati bahawa pada tahun 2011 hingga tahun 2015
berlakunya peningkatan perbelanjaan kerajaan persekutuan. Antara faktor yang menyebabkan
berlakunya peningkatan perbelanjaan kerajaan persekutuan dari tahun 2011 hingga tahun 2015
ialah kutipan hasil yang lebih tinggi. Kutipan hasil yang lebih tinggi boleh menampung
perbelanjaan tambahan seperti peningkatan subsidi bahan api dan minyak masak dan juga
perbelanjaan lain. Selain itu, penambahbaikkan pengurusan perbelanjaan kerajaan juga
merupakan salah satu fakor peningkatan belanjawan kerajaan persekutuan. Hal ini dikatakan
demikian kerana tanpa penambahbaikan pengurusan perbelanjaan, kerajaan tidak dapat
mengoptimumkan perbelanjaan yang diperlukan. Contoh, penambahbaikan pengurusan
perbelanjaan adalah memastikan defisit belanjawan kerajaan persekutuan dikurangkan pada
secara beransur-ansur bagi setiap perbelanjaan kerajaan persekutuan.
Seterusnya, pada tahun 2016 hingga tahun 2017 berlakunya penurunan perbelanjaan kerajaan
persekutuan. Faktor yang menyebabkan penurunan perbelanjaan keraja persekutuan pada tahun
2016 hingga tahun 2017 ialah kejatuhan harga minyak dunia. Harga minyak merupakan garis
penentu yang penting untuk ekonomi negara kita. Menurut penulis artikel laman web Pena
Minang, Fadhil Zil Ikram mengatakan bahawa 31.2% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) negara bersumberkan hasil galian minyak. Katanya lagi, Kejatuhan harga minyak dan
keadaan ekonomi sudah menjadi sepasang serta sepadan kerana asas kebanyakan produk untuk
penggunaan masyarkat berteraskan harga minyak.
Pada tahun 2018 hingga tahun 2021, pengkaji dapati bahawa arah aliran perbelanjaan meningkat,
menurun dan kemudian meningkat kembali. Faktor yang menyebabkan arah aliran perbelanjaan
kerajaan persekutuan dari tahun 2018 hingga tahun 2021 tidak konsisten adalah kerana
berlakunya perubahan ketua pemerintah. Hal ini dikatakan demikian kerana perbelanjaan
kerajaan persekutuan bergantung kepada corak pemerintahan ketua pemerintah. Selain itu, faktor
pandemik Covid-19 juga menyebabkan perbelanjaan kerajaan persekutuan meningkat. Kerajaan
telah menambah perbelanjaan Covid-19 sebagai satu langkah untuk melawan penyebaran virus
tersebut. Perbelanjaan seperti vaksin, perkhidmatan pusat kuraintin dan perbelanjaan sara hidup
telah diberikan untuk seluruh rakyat Malaysia secara percuma menggunakan perbelanjaan
tersebut.
5.2 Mengkaji peratus sumbangan perkhidmatan sosial dan perkhidmatan keselamatan terhadap
perbelanjaan pembangunan dari tahun 2011 hingga tahun 2021.
Jadual 2 menunjukkan peratus sumbangan perkhidmatan sosial dan perkhidmatan keselamatan
terhadap perbelanjaan pembangunan dari tahun 2011 hingga tahun 2021.

Tahun Perbelanjaan pembangunan Peratus sumbangan Peratus sumbangan


RM billion perkhidmatan sosial perkhidmatan
keselamatan
2011 49392.971 7.3 2.1
2012 49398.262 5.9 2.0
2013 47686.397 4.5 1.8
2014 44303.519 4.0 1.5
2015 48405.320 4.6 1.8
2016 49862.110 4.9 1.9
2017 45900.800 4.7 2.0
2018 45961.000 4.3 1.0
2019 54731.700 4.8 2.3
2020 55839.760 5.1 2.2
2021 86118.180 5.7 2.4

Peratus Sumbangan Perkhidmatan Sosial Dan Perkhidmatan


Keselamatan Terhadap Perbelanjaan Pembangunan
100000 8
90000 7
80000
6
70000
60000 5

50000 4
40000 3
30000
2
20000
10000 1

0 0
2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021

Perbelanjaan Pembangunan (RM juta) Peratus Sumbangan Perkhidmatan Sosial (%)


Peratus Sumbangan Perkhidmatan Keselamatan (%)

Rajah 2
Jadual 2 dan Rajah 2 menunjukkan Peratusan sumbangan perkhidmatan sosial dan peratusan
sumbangan perkhidmatan keselamatan terhadap perbelanjaan pembangunan dari tahun 2011
hingga tahun 2021. Perbelanjaan Pembangunan, peratusan sumbangan perkhidmatan sosial dan
peratusan perkhidmatan keselamatan masing-masing menunjukkan pola yang tidak konsisten
dari tahun 2011 hingga tahun 2021.
Perbelanjaan pembangunan pada tahun 2011 hingga tahun 2012, tahun 2015 hingga tahun 2016
dan tahun 2019 hingga tahun 2021 menunjukkan pola peningkatan. Perbelanjaan Pembangunan
pada tahun 2019 hingga tahun 2021 menunjukkan pola meningkat secara drastik iaitu sebanyak
RM 54731.700 pada tahun 2019 kepada RM 86118.180 pada tahun 2021. Perbelanjaan
pembangunan pada tahun 2019 hingga tahun 2021 menunjukkan peningkatan sebanyak 57.3%.
Perbelanjaan Pembangunan pada tahun 2013 hingga tahun 2014 dan tahun 2017 hingga tahun
2018 menunjukkan pola penurunan. Perbelanjaan Pembangunan pada tahun 2013 adalah
sebanyak RM 47686.397 bilion sebelum menurun kepada RM 44303.519 bilion pada tahun
berikutnya. Perbelanjaan pada tahun 2013 hingga tahun2014 menunjukkan penurunan sebanyak
7.1%. Peratusan sumbangan perkhidmatan sosial dari tahun 2011 hingga tahun 2014 dan tahun
2016 hingga tahun 2018 menunjukkan pola penurunan manakala peratusan sumbangan
perkhidmatan keselamatan dari tahun 2011 hingga tahun 2014 dan tahun 2019 hingga tahun
2020 menunjukkan pola penurunan. Peratusan sumbangan perkhidmatan sosial pada tahun 2011
menunjukkan sebanyak 7.3% dan menurun sehingga 4.0% pada tahun 2014. Peratusan
sumbangan perkhidmatan keselamatan pada tahun 2011 adalah sebanyak 2.1% sebelum menurun
kepada 1.5% pada tahun 2014.
Daripada jadual 2, pengkaji dapati bahawa Peratusan sumbangan perkhidmatan sosial dan
peratusan sumbangan perkhidmatan keselmatan daripada tahun 2011 hingga tahun 2014
menunjukkan pola menurun. Hal ini kerana pada tahun 2011, sebanyak RM 10.4 bilion telah
diperuntukan kepada sektor perkhidmatan sosial dengan subsektor pendidikan dan latihan. Ini
merupakan peruntukkan yang terbesar daripada perbelanjaan pembangunan. Peruntukkan ini
disediakan untuk peningkatan infrastruktur dan kemudahan, serta penyelenggaraan dan naik taraf
peralatan di universiti, politeknik, kolej komuniti, dan kolej latihan perguruan. Tidak lupa juga
untuk pendidikkan prasekolah, pendidikan rendah dan pendidikan menegah. Peruntukan ini juga
untuk subsektor kesihatan yang merupakan penerima kedua terbesar dalam sektor perkhidmatan
sosial dengan peruntukkan sebanyak RM 2.2 bilion. Peruntukkan ini digunakan untuk
pengambilan balik tanah, pembinaan, penaiktarafan dan penyelenggaraan hospital dan klinik
kesihatan serta memperkasakan sistem teknologi maklumat hospital dan kemahiran. Dibawah
perkhidmatan sosial peruntukan juga disediakan bagi menambah baik dan meningkatkan
kemudahan dan perkhidmatan pada peringkat kerjaan tempatan iaitu sebanyak RM 1.2 bilion dan
sebagainya. Peruntukkan perbelanjaan pembangunan bagi sektor keselamatan pula dianggarkan
sebanyak RM 4.4 bilion dan digunakan untuk membina dan membaik pulih kemudahan sedia
ada, membeli dan menaik taraf peralatan pengawasan serta membina kapasiti pasukan
keselamatan. Sejumlah RM 867 juta juga diperuntukkan kepada subsektor keselamatan dalam
negeri bagi meningkatkan keselamatan awam dan menyediakan persekitaran berniaga yang
selamat. Peruntukkan juga disediakan bagi memperkasakan anggota pertahanan awam melalui
pembelian dan penaiktarafan peralatan serta meningkatan kapasiti dan keupayaan anggota
uniform dan menambah baik pengawasan dan penguatkuasa maritim. Tidak lupa juga, untuk
menambahbaikan sistem penyampaian perkhimatan di Jabatan Imigeren, Jabatan Pendaftaran
Negara dan Jabatan Penjara di seluruh negara. Oleh kerana peruntukkan peratusan sumbangan
perkhidmatan sosial dan perkhidmatan keselamatan diberikan adalah antara sumbangan
terbanyak pada tahun 2011, peratusan sumbangan perkhidmatan sosial dan peratusan sumbangan
perkhidmatan keselamatan mula berkurang sedikit demi sedikit sehingga pada tahun 2014.
Pada akhir tahun 2014, bencana alam iaitu banjir lumpur telah menghancurkan sebahagian besar
kawasan sekolah, hospital, perumahan, infrastruktur seperti jalan raya dan sebagainya.
Sehubungan itu, peratusan sumbangan perkhidmatan sosial meningkat pada tahun 2015 begitu
juga dengan peratusan sumbangan perkhidmatan keselamatan. Peratusan sumbangan
perkhidmatan sosial mula meningkat pada tahun 2015 dan seperti tahun-tahun sebelumnya,
peruntukkan dibahagikan kepada subsektor pendidikan latihan, subsektor perumahan dan
subsektor kesihatan. Dengan peruntukkan yang dibahagikan, kerajaan telah menambahbaik dan
menaik taraf perkhidmatan kesihatan supaya setiap satu rakyat Malaysia menerima perkhidmatan
yang berkualiti begitu juga dengan, pembinaan sekolah dan institusi latihan. Bagi subsektor
perumahan pula kerajaan telah berhasrat untuk menyediakan rumah mampu milik dan berkualiti
kepada rakyat. Peruntukkan bagi sektor keselamatan pula digunakan untuk memastikan
sempadan negara dan keselamatan negara sentiasa terkawal. Oleh disebabkan itu, peruntukkan
digunakan untuk mempertingkatkan pengawaasan, menaik taraf dan pembelian peralatan
ketenteraan serta membina dan membaik pulih kuaters dan kem. Peruntukkan juga digunakan
untuk meningkatkan keselamatan dalam negeri dan keteraman awam. Sehubungan itu,
peruntukkan bagi memperkasakan kapasiti dan keupayaan anggota beruniform melalui
pengiktirafan sistem dan peralatan forensik, membaik pulih ibu pejabat polis daerah serta
mempertingkat kemahiran dan latihan anggota beruniform dalam mengatasi jenayah siber.
Peningkatan peruntukkan peratusan sumbangan perkhidmatan sosial dan peratusan sumbangan
perkhidmatan keselamatan ini meningkat dan diteruskan sehingga dua tahun berikutnya dengan
penambahan pembinaan Kolej Kemahiran Tinggi, Inisiatif pemulihan projek terbengkalai,
pembinaan hospital pengajar di Universiti Putra Malaysia dan kompleks obsterik di Hospital
Tengku Ampuan Rahimah, Pembesaran Hospital Kuala Krai serta perolehan ambulans
tambahan dan klinik bergerak, perolehan helicopter untuk Polis Diraja Malaysia, menaik taraf
sistem ICT dan sistem pengawasan di pusat pemeriksaan Imegresen dan penjara diseluruh
negara pada tahun 2016 dan pada tahun 2017 pula, program R&D serta program pendidikan dan
latihan teknikal dan vokasional (TVET), perkhidmatan kesihatan diperluaskan ke dalam dan luar
bandar seperti di Kota Tinggi, Johor.
Peratus sumbangan perkhidmatan sosial dan peratus sumbangan perkhidmatan menurun pada
tahun 2018. Walaubagaimana pun, sumbangan perkhidmatan sosial bagi subsektor pendidikan
dan latihan diutamakan manakala sumbangan perkhidmatan keselamatan bagi tahun lepas
diteruskan dengan penambahan pada tahun tersebut adalah menaik taraf satelit komunikasi dan
pembangunan kem tentera kawasan keselamatan khas pantai timur sabah (ESSCOM).
Pada tahun 2019 hingga tahun 2021, peratus sumbangan perkhidmatan sosial dan peratus
sumbangan perkhidmatan keselamatan menunjukkan pola meningkat. Pada tahun 2019, kerajaan
menyalurkan peruntukkan keatas sektor perkhidmatan sosial dengan subsektor utama iaitu
subsektor pendidikan, perumahan dan kesihatan. Dibawah subsektor pendidikan, peruntukkan
disalurkan untuk pembinaan sekolah baharu, menaik taraf dan pembaiki sekolah dan kuarters
guru dan sebagainya. Dibawah subsektor kesihatan ialah membina dan menaik taraf hospital
manakala dibawah subsektor perumahan pula peruntukkan pembinaan rumah mampu milik bagi
kumpulan sasar. Peruntukkan sektor perkhidmatan keselamatan pula pada tahun 2019
memfokuskan kepada program dan projek memperkukuhkan dan meningkatkan pertahanan dan
keselamatan dalam negeri. Ini termasuklah perbelanjaan seperti menaik taraf peralatan
ketenteraan, membaik pulih pejabat, kuarters dan kem serta penyelenggara sistem komunikasi
bersepadu. Pada tahun 2020 perbelanjaan kerajaan persekutuan telah disemak semula oleh
kerana berlakunya pandemik Covid-19 dan penanguhan projek serta kemajuan projek bagi
perbelanjaan pembangunan. Berdasarkan perbelanjaan pembangunan kerajaan yang disemak
semula, peruntukkan untuk menambah baikan sekolah dan projek lain diteruskan dengan
penambahan pemberian pinjaman pendidikan. Begitu juga untuk subsektor kesihatan, subsektor
perumahan dan sektor keselamatan. Tahun 2021 merupakan tahun bagi fasa pemulihan ekonomi
jadi, semua tumpuan diberikan kepada sektor ekonomi. Walaupun begitu, kerajaan tetap
memberikan fokus kedua dan ketiga kepada sektor sosial dan sektor keselamatan. Pembinaan,
penaik taraf dan penambah baikkan projek-projek dibawah sektor sosial dan sektor keselamatan
tetap diteruskan walau negara dalam pandemik.
6.0 Cadangan
Bahagian ini membincangkan cadangan daripada pengkaji selepas mengenal pasti arah aliran
perbelanjaan kerajaan persekutuan dan peratusan sumbangan perkhidmatan sosial dan peratusan
sumbangan perkhidmatan keselamatan terhadap perbelanjaan pembangunan dari tahun 2011
hingga tahun 2021.
Negara patut mempergiatkan usaha bagi meningkatkan jumlah hasil negara supaya perbelanjaan
kerajaan persekutuan dapat dioptimumkan dengan lebih tinggi. Oleh itu, pihak yang terlibat
dalam usaha meningkatkan jumlah hasil negara haruslah memberi kerjasama baik.
Selain itu, Kerajaan juga hendaklah meningkatkan jumlah perbelanjaan pembangunan serta
mengembangkan pembiayaan sektor perkhidmatan sosial dan sektor perkhidmatan keselamatan
dengan lebih luas. Pembiayaan sektor perkhidmatan sosial dan sektor perkhidmatan keselamatan
tidak semestinya harus biayai dalam menaik taraf institusi pendidikan, perumahan, hospital, kem
tentera dan sebagainya. Pembiayaan sektor perkhidmatan sosial dan sektor perkhidmatan boleh
diperluasakan dalam silibus pendidikan, latihan ketenteraan dan sebagainya.
7.0 Penutup
Berdasarkan daripada hasil kajian tentang arah aliran perbelanjaan kerajaan persekutuan dan
peratusan sumbangan perkhidmatan sosial dan peratusan sumbangan perkhidmatan keselamatan
terhadap perbelanjaan pembangunan dari tahun 2011 hingga tahun 2021 dapat dirumuskan
bahawa arah aliran perbelanjaan kerajaan persekutuan adalah tidak konsisten. Hal ini kerana,
jumlah hasil negara yang tidak konsisten menyebabkan jumlah perbelanjaan kerajaan
persekutuan tidak konsisten. Selain itu, peratusan sumbangan perkhidmatan sosial dan peratusan
sumbangan perkhidmatan keselamatan terhadap perbelanjaan pembangunan juga tidak konsisten
ekoran perbelanjaan pembanguanan yang tidak konsisten. Perbelanjaan kerajaan persekutuan
memainkan peranan penting dalam pentadbiran negara. Oleh itu, kerajaan memerintah hendaklah
mengambil perhatian dan sentiasa cakna sitituasi seluruh pelusuk negara.

You might also like