Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Bilionaire Tan Sri Syed Azman:

Antara kekayaan dan


keazaman membantu anak
bangsa
By@bisnes

January 23, 2018

SIAPA tak kenal jutawan Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, pemilik yang juga Pengarah
Urusan Weststar. Namanya mula menjadi sebutan apabila syarikatnya muncul sebagai
penyedia perkhidmatan helikopter luar pesisir terbesar di Asia Tenggara dengan
perolehan kontrak bernilai berpuluh bilion ringgit!
Tidak hanya dikenali sebagai seorang ahli perniagaan berjaya, Syed Azman juga secara
‘diam-diam’ banyak memberi sumbangan kepada kepada masyarakat melalui pelbagai
tajaan dan dana yang dikeluarkan melalui ‘poketnya’ sendiri.
Terbaru, beberapa hari lepas beliau telah ‘terbang’ ke Universiti Putra Malaysia (UPM) dan
memberi sumbangan sebanyak RM1 juta serta menandatangani Memorandum
Persefahaman (MOU) antara Kumpulan Weststar dan UPM.Dana ini akan digunakan untuk
pelbagai aktiviti terutamanya biasiswa pelajar dalam membuat kajian khususnya
berkaitan aeroangkasa, sesuailah dengan perniagaan yang dijalankan beliau.“Dana ini
adalah untuk sepuluh tahun tapi kalau tidak cukup, UPM boleh mohon lagi peruntukan
dana,” katanya dalam majlis tersebut.

Naib Canselor UPM, Profesor Datuk Aini Ideris (dua kiri) menukar dokumen perjanjian bersama Pengarah Urusan
Kumpulan Weststar, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim (dua kanan) diiringi Penasihat Kewangan Kumpulan Weststar,
Datuk Syed Izuan Syed Kamarulbahrin (kiri) dan Dekan Fakulti Kejuruteraan UPM, Profesor Datuk Mohd Saleh Jaafar
(kanan) pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Pemberian Dana Endowmen di UPM, Serdang

Untuk pengetahuan anda, Kumpulan Weststar juga menyasarkan penyenaraian di Bursa


Malaysia pada suku ketiga tahun ini.Cadangan pelaksanaan IPO Weststar telah dikaji sejak
2014 yang melibatkan pengumpulan dana antara AS$300 hingga AS$600 juta (RM966 juta-
RM1.9 bilion).“Kami bukan buat ini terburu-buru, kami ada aliran wang. Semua itu
bergantung kepada penilaian, jika dapat penilaian yang baik yang boleh saya terima, kita
akan masuk IPO suku ketiga tahun ini “Syarikat ini saya buka di Malaysia, dan sepatutnya
kekal sebagai syarikat di negara ini. Kami lebih suka memasuki Bursa Malaysia daripada
pasaran saham luar negara,” katanya.

You might also like