Ciri Masyarakat Maritim Di Jepun

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

BINCANGKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT MARITIM DI JEPUN PADA ABAD KE-16

DAN ABAD KE-17 MASIHI.


Masyarakat maritim bermaksud masyarakat yang memberikan tumpuan utama
terhadap perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut. Masyarakat ini mempunyai
pelabuhan sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan perdagangan atau kegiatan
kelautan. Pelabuhan ini akan dilengkapi dengan berbagai-bagai kemudahan seperti bekalan
air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan kawasan untuk berjual beli. Masyarakat
maritim merupakan masyarakat yang tinggal di pesisir pantai, menjalankan aktiviti
perdagangan, membuat kapal, menangkap ikan dan mengutip hasil laut. Penduduk peribumi
Jepun dikenali sebagai Ainu manakala yang lainnya adalah pendatang dari Tanah Besar Asia
yang menetap di pesisir pantai membentuk masyarakat maritim. Bagi negara Jepun, dasar
pemerintahan yang dijalankan hanya menumpukan aktiviti perdagangan dengan negara
China dan negara-negara Asia Tenggara bagi mengawal rakyatnya serta daimyo-daimyo di
bawah kekuasaan shogun. Abad ke 16 Oda Nabunaga (1534-1582) telah berjaya
menyatukan Jepun dan menyedari kepentingan mengadakan hubungan dengan Barat dan
ini telah merancakkan perdagangan Jepun. Jepun juga membuka pintu negaranya kepada
negara barat tetapi mengadakan perdagangan secara terhad dengan pelbagai peraturan
tertentu. Abad ke 16, pedagang-pedagang dan mubaligh dari Eropah telah datang dan mula
bertapak di Jepun. Abad ke17, Jepun mengamalkan dasar tutup pintu iaitu hubungan
dengan Barat dijalankan secara terhad, penganut Kristian mula ditindas dan orang-orang
Jepun dilarang ke luar negara.

Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Jepun adalah . Kegiatan Ekonomi Berasaskan Kelautan.


Masyarakat Jepun terlibat dengan kegiatan penangkapan ikan. Harold M. Vinacke
mengatakan makanan orang yang sama penting dengan nasi ialah ikan, mengutip hasil laut
seperti mutiara, perdagangan, membaiki dan membuat kapal. Perikanan merupakan
pekerjaan utama penduduk Jepun kerana makanan kedua selepas nasi bagi masyarakat
Jepun ialah ikan. Nelayan Jepun juga adalah penyelam mutiara yang handal.

Ciri yang kedua adalah Lokasi Petempatan Di Pesisir Pantai. Lebih kurang 97% wilayah
daratan Jepun berada di keempat-empat pulau terbesarnya iaitu Hokkaido, Honshu (pulau
terbesar), Shikoku, dan Kyushu. Sebanyak 72% pulau-pulau di Jepun bergunung-gunung, dan
sebahagian di antaranya merupakan gunung berapi. Masyarakat maritim Jepun tinggal di
pesisir pantai seperti di perkampungan nelayan di Yokohama dan menetap di kawasan-
kawasan bandar-bandar pelabuhan seperti di Nagasaki, Nagoya, Hiroshima dan lain-lain
bandar pelabuhan.

Ciri yang ketiga adalah Masyarakat pelbagai Budaya. Jalinan perhubungan dengan
masyarakat antarabangsa menyebabkan masyarakat Jepun menerima pelbagai pengaruh
budaya luar seperti pengaruh agama Kristian yang dibawa oleh mubaligh-mubaligh Kristian
Portugis, agama Buddha dan Confucius dari China serta Shinto yang merupakan
kepercayaan tempatan. Dibandar-bandar pelabuhan pula terdapat pedagang-pedagang
Portugis, Sepanyol dan China. Sebelum pengamalan dasar tutup pintu, mubaligh Kristian
dibenarkan menjalankan aktiviti penyebaran agama Kristian dan mendirikan gereja bagi
menjalankan kegiatan agama mereka.

Ciri yang keempat adalah Menguasai Ilmu Kelautan Dan Pelayaran. Masyarakat maritim
Jepun menguasai ilmu pelayaran mereka belayar hingga ke Australia, Asia Tenggara,
Amerika Selatan, Korea dan China. Mereka mampu membina kapal besar meredah lautan.
Kapal mohor merah (Shuinsen) adalah kapal layar bersenjata pedagang Jepun yang berlayar
dalam perdagangannya ke pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara, di awal pemerintahan
Keshogunan Tokugawa. Antara 1600 dan 1635, lebih dari 350 kapal Jepun melakukan
pelayaran dagang ke luar negeri.

Ciri yang kelima adalah Pelabuhan Entreport. Masyarakat Jepun mengendalikan


perdagangan melalui pelabuhan entreport Kyushu, Shimoda, Hokodate dan Nagasaki. Para
pedagang Jepun pada abad ke-16, telah mengeksport perak, berlian, tembaga, pedang, dan
barang-barang lainnya. Jepun juga telah mengimport sutera Cina dan produk-produk Asia
Tenggara (seperti gula dan kulit rusa). Lada dan rempah-rempah jarang diimport oleh Jepun
kerana masyarakatnya tidak banyak makan daging. Pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara
menjadi tempat pertemuan antara kapal-kapal Jepun dan China.

Ciri yang keenam adalah Menerima Pengaruh Luar. Sebelum dasar tutup pintu abad-
17, masyarakat maritim Jepun mudah menerima pengaruh luar seperi agama Buddha,
Confucius dan agama Kristian. Para pedagang dan mubaligh Jesuit dari Portugal pertama kali
tiba di Jepun, lalu memulakan kegiatan pertukaran perniagaan dan kebudayaan antara
Jepun dan Dunia Barat (Perdagangan dengan Nanban). Penganut Kristian bebas
menjalankan aktiviti mereka dan mubaligh juga bebas berdakwah. Malah tulisan Jepun
berasal dari huruf China dan kosa kata Bahasa Jepun juga menerima pengaruh bahasa
Portugis. Orang Jepun ketika itu menggelar orang asing dari Dunia Barat sebagai namban
yang bererti kaum gasar dari selatan.

You might also like