Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 36

SEMESTER 2, SESI 2021/2022

AIG 1012: RESEARCH METHODS FOR


AREA STUDIES

TAJUK: RESEPSI PELAJAR JABATAN


ASIA TIMUR UNIVERSITI MALAYA
TERHADAP COOL JAPAN & HALLYU

NAMA PENSYARAH:
DR. GEETHA A/P GOVINDASAMY

NAMA PELAJAR:
NURUL NADIA BINTI NURDIN (U2104839)
RESEPSI PELAJAR JABATAN ASIA TIMUR UNIVERSITI MALAYA TERHADAP
COOL JAPAN DAN HALLYU

1.0 PENGENALAN
Berdaya saing dengan strategi yang positif merupakan cabaran globalisasi bagi kebanyakan
negara. Namun begitu, perhatian kali ini tertumpu pada strategi Jepun dan Korea yang berjaya
mempromosikan Cool Japan dan Hallyu kepada masyarakat di pelosok dunia. Menurut statistik
kajian, pada tahun 2019 jumlah penggemar Hallyu hampir mencecah 100 Juta orang di seluruh
dunia meningkat 11% berbanding tahun sebelumnya. Kejayaan ini telah menyebabkan
kebanyakan negara Dari Timur hingga ke Barat terpengaruh dengan budaya milik kedua-dua
negara tersebut. Jepun yang menggunakan konsep Cool Japan yang merujuk kepada budaya
terkenal mereka seperti Anime, Manga, cosplayer, makanan dan Nihongo (Bahasa Jepun) telah
memanfaatkan keunikan itu menjadi sebuah strategi melalui program untuk menyebarluaskan ke
seluruh dunia. Konsep Hallyu pula yang diperkenalkan untuk merancang hala tuju pemerkasaan
Bahasa dan Budaya Korea seperti K-Pop, K-Drama, pakaian serta makanan mereka ke peringkat
global. Kejayaan utama Hallyu adalah apabila demam drama winter sonata (2002) di terima baik
oleh Jepun, China, Taiwan dan negara ASEAN (Nor Hashimah Jalaluddin & Zaharani Ahmad,
2011). Hal ini menunjukkan bahawa pengaruh Cool Japan dan Hallyu amat memberi impak
yang besar kepada masyarakat di seluruh dunia terutamanya kepada golongan remaja atau
pelajar.
Dalam kajian mengenai budaya Asia Timur yang iaitu Cool Japan & Hallyu, pengkaji
berpandangan bahawa Cool Japan & Hallyu berada pada tahap populariti yang sama. Pelbagai
sorotan kajian lepas telah dianalisis dan difahami tentang Cool Japan & Hallyu yang
menyatakan tentang pengaruhnya di peringkat global. Seterusnya, perspektif pengkaji juga
terhadap Cool Japan & Hallyu ialah ia memberikan kesan ke atas gaya hidup penggemar. Hal ini
demikian kerana, Cool Japan & Hallyu telah menerima sambutan yang tinggi daripada rakyat
Malaysia terutamanya golongan remaja sehinggakan budaya, makanan dan fesyen daripada
kedua-dua itu boleh dilihat sudah terdapat dalam Malaysia. Pendirian pengkaji ini wajar dikaji
untuk mengetahui pandangan responden mengenai budaya popular Jepun dan Korea sehingga
mendapat tempat dan permintaan yang tinggi dalam pasaran Malaysia. Pengaruh Cool Japan dan
Hallyu telah mengakibatkan budaya atau pasaran tempatan terpaksa bersaing untuk mendapat
tempat di tanah air sendiri. Boleh dikatakan bahawa Cool Japan dan Hallyu sebenarnya berjaya
mempromosikan budaya mereka di Malaysia sejak sekian lama sehingga kini. Hal ini dibuktikan
dengan kemasukan drama, muzik, makanan, serta pengaruh bahasa mereka yang telah wujud
dalam pasaran Malaysia seperti dalam industri hiburan di kaca televisyen dan radio, restoran
serta dalam bidang pendidikan. Keadaan ini boleh menjejaskan Malaysia dari aspek sosial,
ekonomi dan budaya jika tidak dibendung oleh kerajaan. Dalam konteks ini, kerajaan tidak boleh
menyalahkan masyarakat Malaysia mahupun industri Jepun atau Korea kerana masalah ini
adalah tentang daya saing yang bersifat terbuka. Kerajaan Malaysia perlu mengkaji kelemahan
industri tempatan dan melaksanakan strategi untuk memperluas pengaruh budaya Malaysia
sehingga ke persada dunia.
Langkah awal boleh dilakukan dengan menyelidik pandangan masyarakat tempatan
khususnya remaja di Malaysia tentang pengaruh Cool Japan dan Hallyu yang sememangnya
mempunyai perbezaan dengan budaya dan konsep di Malaysia. Melalui kajian ini, kaedah
kuantitatif dan kualitatif akan dilaksanakan terhadap pelajar dari Jabatan Asia Timur, Universiti
Malaya. Pengkaji memilih untuk melakukan kajian terhadap pelajar dari Jabatan Asia Timur
kerana ia amat bersesuaian dengan topik yang hendak dikaji iaitu berkaitan pengaruh Asia
Timur. Pengkaji juga merasakan bahawa responden yang paling hampir dengan pengaruh Cool
Japan dan Hallyu ialah pelajar yang mengambil jurusan Jepun dan Korea. Hal ini akan
menjadikan hasil penyelidikan kajian lebih holistik dan efektif. Menerusi kaedah kualitatif,
pengkaji akan menggunakan data daripada bahan rujukan seperti e-journal,e-book, kajian lepas,
buku, laman sesawang dan sebagainya bagi mendapatkan informasi tambahan untuk menyokong
data yang diperolehi daripada kaedah kuantitatif.
Melalui kaedah kuantitatif pula, pengkaji akan menggunakan kaedah soal selidik iaitu
dengan menyediakan soalan di Google Form dan diedarkan kepada pelajar Pengajian Asia
Timur, Universiti Malaya. Soal selidik merupakan kaedah utama untuk pengkaji menyelidik
pandangan pelajar Asia Timur terhadap pengaruh Cool Japan dan Hallyu. Selain itu, pengkaji
turut menggunakan pendekatan pemerhatian untuk menganalisis sendiri kajian yang dijalankan
terhadap pelajar Jabatan Asia Timur mengenai implikasi Cool Japan & Hallyu yang diterima
oleh mereka. Secara ringkasnya, kajian ini dijalankan adalah untuk menyelidik resepsi pelajar
Jabatan Asia Timur, Universiti Malaya terhadap Cool Japan dan Hallyu bagi menjawab persoalan
atau pernyataan masalah bagi kajian ini. Di pengakhiran kajian ini, pengkaji juga akan
mengetahui tahap populariti Cool Japan dan Hallyu dalam kalangan pelajar Jabatan Asia Timur
serta impak kedua-dua budaya tersebut terhadap kehidupan atau kegiatan seharian mereka.

2.0 ANALISIS DATA DAN MAKLUMAT


Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas daripada
responden terhadap Resepsi Pelajar Jabatan Asia Timur Terhadap Cool Japan & Hallyu. Dapatan
kajian ini telah diperolehi daripada kaedah soal selidik dan pemerhatian bagi memenuhi objektif
kajian yang dijalankan.

2.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

2.1.1 MAJOR/PENGAJIAN RESPONDEN


Jadual 1: Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Major/Pengajian

Pengajian Bilangan (orang) Peratus (%)

Jepun 9 33.33

Korea 9 33.33

China 9 33.33

Jumlah 27 100.00

Sumber: Data soal selidik pengkaji


Carta 1: Major Responden
Berdasarkan carta 1 dan jadual 1 di atas, ia menunjukkan peratusan bagi setiap major responden
iaitu Jepun, Korea dan China. Berdasarkan skop kajian, pembahagian responden mengikut setiap
major telah dibahagikan iaitu seramai 9 orang atau bersamaan dengan 33.33% bagi major Jepun,
Korea dan China. Hal ini demikian kerana, kajian yang dilakukan adalah dibataskan kepada
pelajar dari Jabatan Asia Timur sahaja tanpa mengira tahun pengajian.

2.2 RESEPSI PELAJAR JABATAN ASIA TIMUR TERHADAP COOL JAPAN


& HALLYU

2.2.1 Pandangan Responden Terhadap Sambutan Cool Japan & Hallyu


Jadual 2: Peratusan pelajar Jabatan Asia Timur, Universiti Malaya
terhadap populariti Cool Japan & Hallyu

Pengajian Bilangan (orang) Peratusan (%)

Jepun 3 11.10

Korea 12 44.40
China 12 44.40

Sumber: Data soal selidik pengkaji

Carta 2: Pandangan Responden Terhadap Sambutan Cool Japan & Hallyu

Berdasarkan carta 2 dan jadual 2 di atas, ia menunjukkan soalan pilihan yang perlu responden
memilih sama ada ‘Cool Japan’, ‘Hallyu’ atau ‘Kedua-duanya sekali’. Berdasarkan soalan
pilihan tersebut, tujuannya adalah untuk mengkaji dan mendapatkan keputusan pandangan
pelajar Jabatan Asia Timur tentang populariti Cool Japan dan Hallyu. Hasil kajian mendapati
seramai 3 orang atau bersamaan dengan 11.10% berpandangan bahawa Cool Japan adalah lebih
popular pada masa ini berbanding dengan Hallyu. Namun begitu, keputusan yang sama dikutip
bagi yang berpandangan bahawa Hallyu lebih popular dan juga yang menyokong kedua-duanya
sekali iaitu seramai 12 orang (44.40%). Keputusan yang sama ini membuktikan bahawa
populariti Cool Japan & Hallyu berada pada posisi yang sama taraf dimana kedua-dua konsep ini
dikatakan begitu berpengaruh. Hal ini tidak boleh dinafikan lagi bahawa, seluruh dunia
sememangnya telah dilanda demam dua budaya terkenal dari Asia iaitu budaya Korea yang
dikenali sebagai Hallyu dan budaya Jepun iaitu Cool Japan. Hallyu yang membawa maksud
“gelombang Korea” merupakan satu fenomena budaya popular Korea yang telah melanda Asia
Tenggara dan tanah besar China pada lewat tahun 1990-an. (Nur Syafiqah Amira Bt Anuwa,
2018). Seterusnya, Cool Japan pula digunakan oleh kerajaan Jepun sebagai kempen
memperkenalkan budayanya menerusi pelancongan, anime, pakaian, makanan tradisional dan
sebagainya. Kedua-dua negara Asia Timur ini memperlihatkan kebijaksanaan dalam
mempopularkan nilai-nilai budaya mereka kepada masyarakat global. Tindakan ini bukan sahaja
dapat mempromosikan budayanya sahaja malahan dapat meningkatkan imej serta ekonomi
mereka. Menurut F. Allan Hanson (1975), dalam bukunya yang bertajuk Meaning Culture,
budaya itu wujud dengan cara yang sama seperti kepercayaan, nilai, adat resam, dan kewujudan
bentuk organisasi sosial dan ekonomi. Persaingan antara Hallyu dan Cool Japan mendapat
perhatian untuk mengetahui sejauh mana kedua-dua budaya ini menunjukkan tahap
popularitinya. Melalui dapatan kajian yang direkodkan, didapati pelajar Jabatan Asia Timur,
Universiti Malaya berpandangan bahawa Hallyu lebih popular berbanding Cool Japan. Namun,
begitu dalam peratusan yang sama banyak, terdapat pelajar Jabatan Asia Timur juga bersetuju
bahawa Cool Japan & Hallyu berada pada tahap populariti yang sama. Oleh kerana hal tersebut,
Cool Japan & Hallyu menerima jumlah populariti yang sama.

2.2.2 Perbandingan Pilihan Pelajar Jabatan Asia Timur Terhadap Cool


Japan & Hallyu
Jadual 3: Perbandingan Peratusan Pilihan Pelajar Jabatan Asia Timur
Terhadap Cool Japan dan Hallyu

Cool Japan/ Hallyu Bilangan (orang) Peratusan (%)

Perfileman J-Drama/Movie/Anime 13 48.10

K-Drama/Movie 23 85.20

Muzik J-Pop 3 11.10

K-Pop 19 70.40

Hiburan Festival Anime 10 37.00


Konsert Idol 11 40.70

Makanan Jepun 14 51.90

Korea 16 59.30

Budaya Jepun 14 51.90

Korea 15 55.60

Bahasa Jepun (日本語) 11 40.70

Korea (한국어) 15 55.60

Sumber: Data soal selidik pengkaji

Graf 1: Perbandingan Peratusan Pilihan Pelajar Jabatan Asia Timur Terhadap Cool Japan dan
Hallyu

Berdasarkan Graf 1 & Jadual 3 di atas, ia menunjukkan tentang perbandingan peratusan


pilihan pelajar Jabatan Asia Timur terhadap Cool Japan & Hallyu. Soalan tersebut berkaitan
dengan aspek yang digemari oleh pelajar terhadap Cool Japan & Hallyu dimana soalan tersebut
berbentuk multiples choice iaitu boleh memilih lebih daripada satu. Selain itu, carta di atas juga
menunjukkan perbandingan peratus antara Cool Japan dengan Hallyu dalam aspek perfileman,
muzik, hiburan, makanan, budaya dan bahasa. Hasil kajian mendapati bahawa Hallyu
mendominasi kesemua aspek berbanding dengan Cool Japan. Hal ini jelas terbukti dalam
perfileman, Hallyu mencatatkan sebanyak 85.20% (23 orang) mengatasi Cool Japan yang
mencatatkan sebanyak 48.10% (13 orang). Antara faktor yang menyebabkan drama Korea lebih
diminati oleh penonton adalah disebabkan muzik Pop Korea itu sendiri yang menjadi lagu latar
belakang setiap drama. Menurut Noosyukriah A.R (2013), setiap drama Korea mempunyai
lagu-lagu latar belakang yang mampu menarik perhatian penonton. Oleh hal yang demikian,
drama atau filem Korea mempunyai penilaian tinggi daripada masyarakat berbanding drama atau
filem Jepun. Selain daripada latar belakang muzik itu sendiri, jalan cerita yang pelbagai genre,
pelakon yang berperwatakan menarik dan Cinematography juga menjadi faktor pilihan
masyarakat terhadap perfileman Korea. Namun begitu, Anime Jepun kini semakin mempunyai
sambutan yang tinggi di seluruh dunia. Anime merupakan salah satu industri hiburan Jepun yang
menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi Jepun kerana ianya telah berjaya mencipta satu
fenomena pencinta Anime atau Otaku hingga ke peringkat antarabangsa. Antara faktor Anime
menjadi kegilaan masyarakat pelbagai lapisan umur ialah jalan cerita yang pelbagai genre, watak
& perwatakan Dimensi Anime tersebut dan lagu latar belakang dalam Anime. Menurut laman
rasmi Crunchyroll, Demon Slayer mendahului sebagai Anime paling popular di China pada tahun
2019 menurut penstriman BiliBili. Ringkasnya, industri perfileman Jepun & Korea
masing-masing mempunyai kelebihan yang menyebabkan mereka berada di tahap yang sama
dengan melihat Korea lebih mendapat sambutan terhadap drama manakala Jepun mendapat
sambutan daripada hasil karya animasinya.

Hallyu juga mencatatkan peratus tertinggi dalam industri muzik iaitu sebanyak 70.4% (19
orang) berbanding dengan Cool Japan sebanyak 11.10% (3 orang). Sebagaimana yang kita
maklumi, perkembangan Hallyu didorong oleh industri muzik Korea atau K-Pop yang dilihat
sangat berkembang hingga ke seluruh dunia berbanding dengan J-Pop. Namun tidak dinafikan
bahawa J-Pop juga telah mendapat tempat di hati masyarakat apabila industri Anime berkembang
dengan menghasilkan banyak lagu latar belakang yang popular. Menurut laman rasmi
AnimeNewsNetwork tentang lagu popular Anime sempena Best Winter 2021 Anime Opening
Songs, My War daripada Anime Attack Of Titan yang dinyanyikan oleh Shinsei Kamattechan
menduduki tempat pertama dalam carta diikuti oleh Vivid Vice daripada Anime Jujutsu Kaisen
yang dinyanyikan oleh Who-ya Extended dan tempat ketiga ialah Different daripada Anime Log
Horizon: Destruction of The Round Table yang dinyanyikan oleh Band-Maid.

Seterusnya, dalam bidang hiburan Cool Japan mencatatkan sebanyak 37% (10 orang)
manakala Hallyu mencatatkan sebanyak 40.70% (11 orang) dan kedua-dua ini hanya berbeza
sebanyak 3.70%. Industri hiburan seperti Festival Anime (Cool Japan) dan Konsert Idol (Hallyu)
sememangnya dua hiburan yang sentiasa mendapat sambutan oleh penggemar Cool Japan &
Hallyu sama ada di dalam atau luar negara. AniFest merupakan Festival Anime Tahunan yang
diadakan di Torrance, CA pada musim bunga. Menurut laman rasmi AniFest, acara ini
menganjurkan lebih daripada seratus vendor dan mempunyai dua peringkat untuk pelbagai
persembahan tradisional dan moden. AniFest ini turut akan diadakan setiap tahun terutamanya
pada musim luruh di seluruh dunia bagi memperkenalkan dan mempromosikan Cool Japan.
Antara festival Anime yang popular ialah Moshi Moshi Nippon Festival yang berperanan dalam
menyebarkan budaya popular Jepun dan mempromosikan pelancongan Jepun dengan
mengiklankan nama Jepun di dunia. Penggemar Cool Japan kebiasaannya akan menghadiri
Festival Anime untuk menikmati suasana seumpama di Jepun dengan kedatangan
selebriti-selebriti yang akan berpakaian dan berperwatakan seperti watak yang pelbagai dari
Anime atau dengan kata lain cosplayer. Seterusnya, konsert idol yang kini menjadi kegilaan
masyarakat seluruh dunia dimana Korean Boy-band dan Girl-Band seperti Big Bang, Exo, BTS,
Blackpink, Girl Generation, Twice dan banyak lagi akan mengelilingi dunia untuk menghiburkan
para peminat. Penggemar Hallyu sudah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menghadiri
konsert idol yang mereka minati untuk menemui & memberi sokongan yang hangat.

Sebanyak 59.30% bersamaan dengan 16 orang yang lebih menggemari makanan


korea berbanding 51.90% (14 orang) yang memilih makanan Jepun. Jika dilihat, restoran Jepun
& Korea mengalami perkembangan yang pesat di Malaysia seperti Sushi King, Family Mart &
Ichiban Ramen (Jepun) dan Dubuyo, Myeongdong & K-fry (Korea). Rata-rata rakyat Malaysia
amat menggemari makanan tradisional kedua-dua negara tersebut kerana pengaruh yang dibawa
daripada Cool Japan & Hallyu itu sendiri ke dalam negara.
Hallyu juga mengatasi Cool Japan dalam aspek budaya dan bahasa iaitu masing-masing
mencatatkan sebanyak 55.60% (15 orang) dengan 51.90% (14 orang) dan seterusnya sebanyak
55.60% (15 orang) dengan 40.70% (11 orang). Pengaruh Cool Japan & Hallyu juga telah
membawa kepada minat orang ramai untuk mempelajari budaya dan bahasa Jepun & Korea.
Contoh budaya Jepun yang telah diambil contoh oleh Malaysia ialah sikap menepati masa orang
Jepun, mengamalkan pendidikan kebersihan, penggunaan teknologi dalam pelbagai bidang dan
pakaian tradisional orang Jepun seperti Kimono, Yukata & Hakama. Budaya Korea turut
dicontoh oleh masyarakat seperti pakaian tradisonalnya yang begitu popular iaitu Hanbok.
Justeru itu, selain budaya, Cool Japan & Hallyu juga mempengaruhi orang ramai untuk
berbahasa Jepun dan juga Korea. Antara faktor yang menyebabkan keinginan mereka dalam
mempelajari bahasa-bahasa tersebut ialah disebabkan drama, anime dan musik.

.2.2.3 Impak Cool Japan & Hallyu Terhadap Kehidupan/Kegiatan Harian


Pelajar
Jadual 4: Peratusan Pelajar Yang Menerima Impak Cool Japan &
Hallyu Terhadap Kehidupan/Kegiatan Harian Mereka

Ya Tidak Mungkin

Bilangan 26 0 1
(orang)

Peratusan (%) 96.30 0.00 3.70

Sumber: Data soal selidik pengkaji


Carta 3: Peratusan Pelajar Yang Menerima Impak Cool Japan & Hallyu Terhadap
Kehidupan/Kegiatan Harian Mereka

Jadual dan carta di atas menunjukkan peratusan pelajar yang menerima impak Cool Japan &
Hallyu terhadap kehidupan atau kegiatan harian mereka. Berdasarkan data dalam jadual dan
carta, sebanyak 96.30% atau bersamaan dengan 26 orang pelajar bersetuju bahawa Cool Japan &
Hallyu mempengaruhi kegiatan atau gaya hidup mereka manakala terdapat sebanyak 3.70% atau
1 orang yang menyatakan ‘kemungkinan’ Cool Japan & Hallyu memberi pengaruh terhadap
kehidupan mereka. Perkembangan industri dab Japanese Popular Culture Jepun sememangnya
memberikan kesan ke atas masyarakat Malaysia. Hal ini demikian kerana, banyak drama, lagu,
anime & barangan Jepun di Malaysia pada awal tahun 1990 (Ibrah Hanisah Binti Abd Samad,
2011).

2.3 PERBANDINGAN PERATUSAN TERHADAP IMPAK COOL JAPAN &

HALLYU DALAM PELBAGAI ASPEK

Jadual 5: Perbandingan Peratusan Pelajar Terhadap Penerimaan Impak Cool

Japan & Hallyu Dalam Pelbagai Aspek


Aspek Bilangan (orang) Peratusan (%)

Fesyen Pemakaian 14 51.90

Produk Kecantikan 18 66.70

Pengaruh Makanan 20 74.10


Jepun/Korea

Pengaruh 23 85.20
Movie/Drama/Anime

Pengaruh Terhadap 22 81.50


J-Pop/K-Pop

Pengaruh Membeli 9 33.30


Merchandise

Keinginan Mempelajari 20 74.10


Bahasa Jepun/Korea

Keinginan Melanjutkan 16 59.30


Pelajaran ke Jepun/Korea

Sumber: Data soal selidik pengkaji


Graf 2: Perbandingan Peratusan Terhadap Impak Cool Japan & Hallyu Dalam Pelbagai Aspek

2.3.1 FESYEN PEMAKAIAN


Berdasarkan jadual dan graf di atas, ia menunjukkan peratusan pelajar
yang menerima impak Cool Japan & Hallyu dalam aspek kehidupan harian
mereka. Sebanyak 51.90% (14 orang) yang menerima impak daripada aspek
fesyen pemakaian. Pengaruh K-Pop dan J-Pop paling ketara dilihat dalam gaya
pemakaian penggemar Cool Japan & Hallyu. Hal ini demikian kerana, golongan
muda terutamanya, suka menggayakan rambut, pakaian, tarian dan lain-lain
dengan menjadikan idol K-Pop atau J-Pop sebagai ikon (Andalas Journal of
International Studies, 2012). Pengaruh Cool Japan & Hallyu terutamanya dalam
industri muzik iaitu yang dibawa oleh Idol sudah lama menjadi ikutan anak muda
di Malaysia. Dalam artikel Korean Landscape (2021), Trend Fesyen paling
popular di Korea Selatan pada tahun 2021 ialah Hongdae Look, High Teen Look,
Granny Look, & Gym Look bagi fesyen wanita. Antara Trend Fesyen Lelaki
Korea ialah Skinny Bottoms, Ripped Jeans, Knitwear, Loafers & Boots, Denim
Jackets & V-neckline. Seterusnya, masyarakat Jepun menunjukkan fesyen yang
tersendiri & unik serta berfikir dengan teliti tentang reka bentuk dan trend (Lien
Jian Li, 2016). Menerusi promosi Cool Japan, fesyen Jepun seperti Harajuku
telah mendapat sambutan masyarakat terutamanya di bahagian Asia apabila
Tokyo yang sebagai modal fesyen telah membawa masuk pelancong peminat
fesyen Jepun di seluruh dunia.

Rajah 1: Korean Men Fashion Style (Skinny Jean & Basic T-Shirt ) oleh Pelajar Pengajian Jepun
Sumber: Pmerhatian

Rajah 2: Korean Fashion (Granny Look) oleh pelajar Pengajian Jepun


Sumber: Pemerhatian
2.3.2 PRODUK KECANTIKAN
Berdasarkan data di atas, produk kecantikan telah mencatatkan sebanyak
66.70% (18 orang). Hal ini bermaksud, terdapat pelajar Jabatan Asia
Timur yang menerima kesan daripada Cool Japan & Hallyu dalam aspek
penjagaan kulit. Sebagaimana yang kita ketahui, Jepun & Korea antara
negara yang mementingkan penjagaan kulit dengan menghasilkan
pelbagai produk kulit & kesihatan. Produk-produk mereka mendapat
sambutan yang hangat daripada Asia termasuklah Malaysia seperti produk
OXY dari Jepun dan Laneige dari Korea yang sentiasa mendapat
permintaan yang tinggi.Umum mengetahui bahawa, bahan yang
digunakan dalam produk Jepun & Korea adalah daripada bahan-bahan
semula jadi dan natural bagi memberikan kesan yang terbaik pada kulit.
Menerusi laman rasmi Korean Beauty iaitu K Beauty World, produk
penjagaan kulit & kecantikan Korea menumpukan kepada kecantikan
semula jadi organik & produk vegan (organic natural beauty & Vegan).
K-Beauty berhasrat mengimbangi antara “Trendy & Innovative Beauty”
dan “Clean & Conscious Beauty” dalam rutin penjagaan kulit.

Rajah 3: Produk kecantikan dari Jepun (Oxy) & bahan yang diperbuat daripada Jepun (Garnigr
Sakura Glow) milik pelajar Pengajian Jepun
Sumber: Pmerhatian
Rajah 4: Produk penjagaan kulit K-beauty iaitu AXIS-Y milik pelajar Pengajian Jepun
Sumber: Pemerhatian

2.3.3 PENGARUH MAKANAN (JAPANESE/KOREAN)


Seterusnya, graf dan jadual di atas menunjukkan bahawa sebanyak
74.10% atau bersamaan dengan 20 orang menerima pengaruh makanan
Jepun dan Korea. Antara makanan Jepun yang popular dalam kalangan
masyarakat Malaysia ialah ramen dan sushi manakala makanan Korea
ialah tteokbokki, kimchi & kimbap. Kesemua makanan tersebut boleh
didapati dengan mudah di Malaysia kerana pelbagai restoran Jepun &
Korea menerima permintaan yang tinggi di Malaysia. Salah satu sebab
rakyat Malaysia boleh menerima makanan Jepun & Korea oleh kerana
pengaruh yang kuat terhadap Cool Japan & Hallyu menerusi pengaruh
drama, Anime dan selebriti.
Rajah 5: Pelajar Pengajian Jepun sedang menikmati Sushi
Sumber: Pemerhatian

Rajah 6: Pelajar Pengajian Jepun sedang menikmati Myeongdong


Tteokbokki
Sumber: Pemerhatian

2.3.4 PENGARUH MOVIE/DRAMA/ANIME


Berdasarkan data dan maklumat di atas, sebanyak 85.20% (23 orang) yang
menyatakan bahawa Cool Japan & Hallyu memberi impak terhadap pengaruh
untuk menonton movie, drama atau anime. Selitan budaya yang ditampilkan
dalam siri drama Korea atau anime Jepun adalah usaha mereka dalam
menyebarkan perlahan-lahan budayanya kepada masyarakat luar supaya ia boleh
diketahui dan disambut dengan baik (Ayu Basunanda,2020)
Penayangan drama, filem, dan anime Jepun di kaca televisyen menjadi
ikutan dan kegilaan penonton walaupun terdapat diantaranya yang ditayangkan
menggunakan bahasa melayu sebagai pengantar, namun disebabkan jalan cerita,
muzik, dan aksi yang hebat serta artis yang berperwatakan yang menarik telah
menyebabkan ramai penonton menggemarinya (Ibrah Hanisah Abd Samad, 2011).
Kesan kemasukan budaya J-Pop dilihat masih kekal di hati masyarakat hingga ke
hari ini walaupun Hallyu sedang melanda Malaysia. Hal ini terbukti dengan
generasi yang berada pada awal tahun budaya Jepun diperkenalkan membawa
minat yang mendalam terhadap Anime seperti Naruto, Goku, One Piece dan
lain-lain dari waktu kecil hingga ke alam dewasa. Kesannya, ramai kalangan
rakyat Malaysia telah mengikuti kursus pengajian Jepun disebabkan tertarik
dengan budaya, bahasa dan kemajuan Jepun. Selain itu, drama korea memainkan
peranan yang penting dalam fenomena Hallyu selain daripada K-Pop. Kelebihan
drama atau filem Korea yang membolehkannya berkembang di rantau Asia Timur
turut disumbangkan oleh faktor perkongsian budaya yang hampir sama serta lebih
mudah untuk diterima. (Noorsyukriah Binti Ab. Rahman, 2013/2014).

Rajah 7: Pelajar Pengajian Jepun sedang menonton Anime SpyXFamily


Sumber: Pemerhatian
2.3.5 PENGARUH MUZIK (J-POP/K-POP)
Graf dan jadual menunjukkan, sebanyak 81.50% bersamaan dengan 22
orang pelajar yang menerima pengaruh muzik J-Pop mahupun K-Pop. Industri
muzik Jepun telah berkembang sejak zaman 1950-an dimana ia berkembang sama
pesat dengan muzik Korea. Kedua-dua J-Pop & K-Pop mempunyai ciri-ciri yang
tersendiri yang menyebabkan ia menerima ramai penggemar dari seluruh dunia.
Muzik Jepun lebih banyak dipengaruhi nilai-nilai kebaratan, percintaan, dan
rentak kehidupan. Muzik Korea juga mempunyai pelbagai genre sama seperti
J-Pop namun K-Pop mempunyai nilai yang tersendiri iaitu kebanyakan rentak dan
alunan genre yang dihasilkan tidak dipengaruhi barat. Persamaan antara
kedua-dua industri muzik tersebut ialah terdapat penyanyi yang bergerak solo dan
berkumpulan yang biasanya dikenali sebagai idol. Walaubagaimanapun, muzik
J-Pop & K-Pop masih mampu menarik minat pendengar tanpa mengira peringkat
umur mahupun sempadan budaya & bangsa. Muzik Jepun boleh dianggap
medium komunikasi masyarakat Jepun dengan dunia luar (Ibrah Hanisah Abd
Samad, 2011/2012).

Rajah 8: Pelajar Pengajian Jepun sedang Melayani J-Pop The Rampagne


Boy Band
Sumber: Pemerhatian
Rajah 9: Koleksi Album Idol Korean (NCT) milik pelajar Pengajian Jepun
Sumber: Pemerhatian

2.3.6 PENGARUH MEMBELI MERCHANDISE


Berdasarkan maklumat dalam jadual dan graf, sebanyak 33.30% atau 9
orang pelajar sahaja yang menerima pengaruh untuk cenderung membeli
merchandise seperti koleksi rantai kunci (keychain), komik (manga), patung
anime, poskad idol, dan sebagainya oleh kerana impak daripada Cool Japan &
Hallyu. Hal ini demikian kerana, selepas Cool Japan & Hallyu menerima
sambutan yang tinggi daripada masyarakat, terdapat banyak barang dan
cenderamata yang berkonsepkan Cool Japan & Hallyu di jual dalam pasaran
Malaysia. Bukan itu sahaja, terdapat juga rakyat Malaysia yang sanggup
mendapatkan koleksi-koleksi tersebut dengan membelinya di luar negara
terutamanya dari China. Kebiasaannya, koleksi merchandise boleh didapati
dengan mudah dan murah di aplikasi Shopee atau Lazada.
Rajah 10: Koleksi Manga (komik) dan Merchandise dari pelajar Pengajian
Jepun
Sumber: Pemerhatian

Rajah 11: Keychain dan Merchandise Anime milik pelajar dari Pengajian
Jepun
Sumber: Pemerhatian
Rajah 12: Poster Idol Korean (NCT) milik Pelajar dari Pengajian Jepun
Sumber: Pemerhatian

2.3.7 KEINGINAN MEMPELAJARI BAHASA (JEPUN/KOREA)


Seterusnya, graf dan jadual di atas menunjukkan bahawa sebanyak
74.10% (20 orang) yang menyatakan bahawa Cool Japan & Hallyu
mempengaruhi keinginan mereka untuk mempelajari bahasa Jepun & Korea. Hal
ini jelas terbukti apabila responden sendiri merupakan pelajar yang mengikuti
jurusan Jepun & Korea, sudah pastinya mereka mempunyai keinginan
mempelajari bahasa untuk dijadikan nilai tambah & kelebihan dalam diri apabila
mengikuti jurusan ini. Pelbagai usaha yang dilakukan pelajar dalam memahirkan
diri untuk fasih berbahasa Jepun atau Korea seperti mencuba berbahasa Jepun
atau Korea dengan rakan panel, mengikuti program bahasa di bawah JACTIM dan
sebagainya.
Rajah 13: Perbualan di Instagram antara salah seorang pelajar dari Pengajian
Jepun dengan rakan Jepunnya
Sumber: Pemerhatian

2.3.8 KEINGINAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE JEPUN/KOREA


Berdasarkan graf dan jadual yang ditunjukkan di atas, impak Cool Japan
& Hallyu dalam mempengaruhi pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun atau
Korea adalah sebanyak 59.30% atau bersamaan dengan 16 orang. Sudah
semestinya, setiap pelajar yang mengambil jurusan Jepun atau Korea mahupun
China memasang hasrat untuk menyambung pengajian ke Jepun atau Korea atau
mengikuti program pertukaran pelajar untuk beberapa tempoh. Hal ini terbukti
apabila terdapat pelajar dari Jabatan Asia Timur sudah berpeluang mengikuti
program pertukaran pelajar ke Korea dan Jepun. Terdapat juga beberapa pelajar
yang memohon untuk mengikuti program tersebut bagi mendapatkan pengalaman
dari suasana tempat yang baru.
Rajah 14: Pelajar Jabatan Asia Timur (Pengajian Korea) Yang Mengikuti Program
Pertukaran Pelajar ke Korea
Sumber: Pemerhatian

2.4 USAHA KERAJAAN MEMPROMOSIKAN BUDAYA MALAYSIA


SEPERTI KONSEP COOL JAPAN & HALLYU DI PERINGKAT GLOBAL

2.4.1 Sokongan Pelajar Terhadap Usaha Kerajaan


Jadual 6: Peratusan Sokongan Pelajar Terhadap Usaha Kerajaan Dalam
Mempromosikan Budaya Tempatan ke Peringkat Global
Setuju Kurang Setuju Tidak Setuju

Bilangan 26 1 0

(orang)

Peratusan (%) 96.30 3.70 0.00

Sumber: Data soal selidik pengkaji

Carta 4: Peratusan Sokongan Pelajar Terhadap Usaha Kerajaan Dalam


Mempromosikan Budaya Tempatan ke Peringkat Global

Carta dan jadual di atas menunjukkan peratusan sokongan pelajar terhadap usaha
kerajaan dalam mempromosikan budaya tempatan ke peringkat global. Hampir kesemua
pelajar bersetuju iaitu sebanyak 96.30% (26 orang) menyatakan sokongan terhadap usaha
kerajaan manakala 3.70% atau 1 orang pelajar kurang bersetuju dengan perkara tersebut.
Secara keseluruhannya, kerajaan seharusnya mengambil usaha yang sewajarnya dalam
mempromosikan budaya Malaysia kepada masyarakat antarabangsa sebagaimana yang
dilakukan oleh Jepun & Korea melalui konsep Cool Japan & Hallyu.

2.4.2 Langkah-langkah Kerajaan Dalam Mempromosikan Budaya


Tempatan

Langkah-langkah Bilangan (orang) Peratusan (%)

Menganjurkan Festival 24 88.90


Kebudayaan Malaysia

Menyokong Industri 19 70.40


Perfileman/Hiburan Dalam
Mempromosikan Budaya
Malaysia

Mempromosikan Melalui 17 63.00


Media Cetak/Media Massa

Lain-lain 2 7.40

Sumber: Data soal selidik pengkaji


Graf 3: Antara langkah yang boleh kerajaan lakukan untuk memperkenalkan budaya Malaysia

a) Menganjurkan Festival Kebudayaan Malaysia


Kerajaan Malaysia seharusnya memperuntukkan modal yang besar
dalam mempromosikan warisan budaya seperti tarian, pakaian, alat muzik
dan lain-lain dalam satu festival pada musim atau hari khas. Misalnya,
festival kebudayaan bersempenakan Hari Kemerdekaan, Hari Agung atau
mengikut hari perayaan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Hal ini
bermaksud, pengenalan budaya bagi masyarakat Melayu boleh
dilaksanakan pada bulan syawal, masyarakat Cina diadakan pada Tahun
Baru atau budaya Bumiputera Sabah & Sarawak dilakukan pada Hari
Gawai. Kerajaan boleh menggunakan pengaruh daripada selebriti atau
Influencer tempatan dalam mempromosikan budaya dalam dan luar
negara. Selain itu, kerajaan haruslah membawa kemasukan pelancong
asing ke dalam negara dengan menarik minat mereka terhadap pakej
pelancongan. Dengan adanya kekerapan festival kebudayaan Malaysia
pada setiap tahun akan memberikan peluang kepada pelancong tempatan
dan asing mengenali dengan lebih mendalam tentang setiap budaya yang
Malaysia punyai.
b) Menyokong Industri Perfileman/Hiburan dalam
Mempromosikan Budaya Malaysia
Seterusnya, kerajaan Malaysia menerusi bahagian Kementerian
pelancongan dengan Industri perfileman & animasi tempatan perlulah
bekerjasama dan menyokong antara satu sama lain. Hal ini bermaksud,
kerajaan perlu memperuntukkan sejumlah modal yang besar dalam
industri perfileman & animasi tempatan dalam mencari pasaran global
untuk memperkenalkan drama, animasi & filem tempatan. Dalam pada itu,
Industri perfileman perlulah bertindak kreatif dalam menghasilkan karya
yang mampu menarik minat masyarakat global untuk mengetahui dan
menyokong industri perfileman Malaysia. Pihak industri perfileman juga
perlu bertindak bijak dalam memanfaatkan peluang di peringkat global
untuk mempromosikan budaya tempatan dengan menyelitkannya dalam
filem, drama dan animasi seperti yang dilakukan oleh Jepun & Korea
dalam konsep Cool Japan & Korea.

c) Mempromosikan Melalui Media Cetak/Massa


Pada zaman berteknologi ini, media massa merupakan medium
yang terbaik dalam mempengaruhi khalayak ramai khususnya masyarakat
dunia. Oleh itu, kerajaan perlu menggiatkan lagi usaha mempromosikan
budaya Malaysia dengan memanfaatkan teknologi sedia ada iaitu melalui
media massa. Media massa sangat membantu sebagaimana ia boleh
menyebarkan informasi atau mempromosikan sesuatu hingga merentasi
sempadan dengan cepat dan kos yang rendah. Usaha dalam
memperbanyak dokumentasi atau Vlog mengenai budaya di Malaysia dan
disebarkan keunikan itu dalam pelbagai platform seperti Youtube,
Instagram, Laman sesawang, Facebook & Tiktok amatlah membantu dunia
mengenali Malaysia. Konsep “Malaysia Truly Asia” yang digunakan
kerajaan juga perlu dipergiatkan lagi dengan menambahbaik
keberkesanannya agar konsep tersebut boleh berada di tahap yang sama
dengan Cool Japan & Hallyu.

3.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhan kajian, pengkaji mendapati segala data hasil daripada kaedah
kualitatif dan kuantitatif telah berjaya membuktikan segala pendirian pengkaji. Pertama,
pendirian pengkaji mengenai tahap populariti antara Cool Japan & Hallyu berada pada tahap
yang sama terbukti apabila sejumlah peratusan yang sama dikutip antara “Hallyu lebih popular
berbanding Cool Japan” dan “Kedua-duanya sekali”. Keadaan ini tidak boleh menilai begitu
sahaja bahawa Hallyu memegang tahap populariti yang tinggi sedangkan peratusan yang
menganggap kedua-dua Cool Japan & Hallyu berada di tahap yang sama juga adalah sama.
Dengan sokongan kaedah pemerhatian dan juga sumber rujukan melalui kaedah kualitatif
membuktikan bahawa pengaruh Cool Japan & Hallyu itu amat besar kepada masyarakat
Malaysia terutamanya bagi golongan remaja atau pelajar. Selain itu, pendirian tentang Cool
Japan & Hallyu memberi impak kepada kegiatan atau kehidupan harian pelajar juga jelas
terbukti apabila peratusan yang besar daripada responden menunjukkan pandangan yang sama
serta gambar-gambar pemerhatian telah menguatkan lagi tentang pendirian pengkaji mengenai
impak Cool Japan & Hallyu. Seterusnya, pada pandangan pengkaji juga kerajaan seharusnya
menumpukan perhatian yang lebih kepada usaha-usaha mempromosikan budaya Malaysia
menggunakan kesemua pendekatan yang dicadangkan. Malaysia turut seharusnya menjadikan
Jepun & Korea sebagai model dalam memperkembangkan budaya tempatan hingga ke persada
dunia agar masyarakat dunia dapat mengenali tentang budaya Malaysia seperti mana mereka
mengenali Cool Japan & Hallyu.
RUJUKAN

AniFest. (2022). AniFest 2022. https://anifest.org/

Crunchyroll. (2020). Demon Slayer Tops Most Popular Anime in China of 2019 According to

Streaming Site Bilibili (Daryl Harding, Ed.).

https://www.crunchyroll.com/anime-news/2020/01/05-1/demon-slayer-tops-most-popular

-anime-in-china-of-2019-according-to-streaming-site-bilibili

Hanson, F. A. (2013). Meaning in Culture. In Google Books. Routledge.

https://books.google.com.my/books?id=cTBFAQAAQBAJ&printsec=frontcover&dq=def

inition+of+culture&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwj536Oix_j3AhVlkNgFHelaALgQ6AF

6BAgJEAI#v=onepage&q=definition%20of%20culture&f=false

IBRAH HANISAH BINTI ABD SAMAD. (2011). JAPANESE POPULAR CULTURE KESAN

KE ATAS MINAT PEMBELAJARAN BAHASA JEPUN DI UNIVERISITI MALAYA [MSc

Thesis].

K Beauty World. (n.d.). Retrieved June 25, 2022, from https://kbeautyworld.com/

Korea Landscape. (2021). The most popular fashion trends in South Korea in 2021! Korea

Landscape. https://korealandscape.net/korean-fashion/

Lien Jian LI. (2016). PELANCONGAN BUDAYA POPULAR: BUDAYA POPULAR SUMBER

PEMBANGUNAN PELANCONGAN JEPUN [MSc Thesis]. UNIVERSITI MALAYA.

Lux, G. (2021). Cool Japan and the Hallyu Wave: The Effect of Popular Culture Cool Japan and

the Hallyu Wave: The Effect of Popular Culture Exports on National Image and Soft

Power Exports on National Image and Soft Power.

https://digitalcommons.ursinus.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=1004&context=eastasia_

hon
Lynzee Loveridge, & Jacki Jing. (2021). Top 10 Anime Opening Songs of Winter 2021.

AnimeNewsNewtork. https://www.animenewsnetwork.com/the-list/2021-02-05/.169207

NOORSYUKRIAH. (2013). PENGARUH DRAMA KOREA & ANIME JEPUN: KAJIAN

DILAKUKAN TERHADAP PELAJAR UNIVERSITI MALAYA [MSc Thesis].

Ayu Basunanda. (2020). PERALIHAN WESTERNISASI KE ASIANISASI TERHADAP

MASYARAKAT KONSUMTIF DI SURABAYA. Lakon: Jurnal Kajian Sastra Dan

Budaya, Vol. 9(2)(102-113).

Nor Hashimah Jalaluddin, & Zaharani Ahmad. (2011). HALLYU DI MALAYSIA: KAJIAN

SOSIOBUDAYA. Jurnal Komunikasi, 27(2), 203–219.

What Harajuku Girls Really Look Like | Style Out There | Refinery29. (2014, November 5).

What Harajuku Girls Really Look Like | Style Out There | Refinery29. YouTube.

https://youtu.be/WblNctc3ys0

Tonny Dian Effendi. (2012). K-Pop and J-Pop Influences to University students in Malang, East

Java - Indonesia: A Comparative Public Diplomacy Studies. Andalas Journal of

International Studies, 1(2), 182–199. https://doi.org/ISSN 2301-8208


Lampiran

Soalan Soal Selidik (Google Form)

You might also like