Mooting Autoriti 2022

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 54

DIPLOMA LANJUTAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

KEHAKIMAN ISLAM (DAIJ)

SUBJEK :
KAEDAH KAJIAN & MOOTING (LAWD 6311)
____________________________________
IKATAN OTORITI PERAYU
____________________________________

PENSYARAH :
PROF. DR . NAJIBAH MOHD ZIN

DISEDIAKAN OLEH :
NAMA PELAJAR NO. MATRIK

MOHAMMAD IZZUL HANIF BIN AHMAD G2139411

MUHAMMAD HAKIMI BIN MOHD NOOR G2138345

MUHAMMAD AMIRUDDIN BIN RAINI G2132463

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MOOTS UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA


MALAYSIA GOMBAK, SELANGOR
RAYUAN NO : 18188-010-2911-2022

ANTARA
KUMARI PERAYU

DENGAN
MAJLIS AGAMA ISLAM (WP) RESPONDEN

IKATAN PENGHUJAHAN PERAYU

DISEDIAKAN OLEH :
(TETUAN IZZ & ASSOCIATES)
Advocate & Solicitor, Peguambela Syariah Counsel

NO 155, ARAS G,
JALAN TUN RAZAK,
50400 KUALA LUMPUR
TEL : 09-8882340

ISI KANDUNGAN

2
BIL PERKARA LAMPIRAN MUKA
SURAT
1. AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM A 1
( WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN)1984

2. KITAB HADIS 40 (IMAM NAWAWI) B 2-4

3. KES MAJLIS AGAMA ISLAM PULAU PINANG Lwn C 5-6


SITI FATIMAH TAN ABDULLAH
4. SEKSYEN 4 (3) PERENGGAN B (AKTA 164) D 7-8
MEMBAHARUI PERKAHWINAN DAN PENCERAIAN
1976
5. KES EASWARI VISUVALINGAM LAWAN E 9-10
GOVERNMENT OF MALAYSIA
6. SEKSYEN 51 AKTA 164 MEMBAHARUI UNDANG- F 11-15
UNDANG (PERKAHWINAN DAN PENCERAIAN) 1976
7. PEDLEY LAWAN MAJLIS UGAMA ISLAM PULAU G 16-18
PINANG

8. SEKSYEN 46(2) AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA H 19-20


ISLAM(WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984
9. SEKSYEN 3(1) AKTA PEREMPUAN BERSUAMI DAN I 21-22
KANAK 1950
10. KES KARUNAIRAJAH RASIAH LAWAN J 23-26
PUNITHAMBIGAI PONIAH
11. SEKSYEN 51(1) DAN SEKSYEN 51(2) AKTA K
MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN
DAN PENCERAIAN 1976
12. SESKYEN 3(3) AKTA MEMBAHARUI UNDANG- L
UNDANG PERKAHWINAN DAN PENCERAIAN 1976
13. KES LETCHUMY LWN MAHKAMAH TINGGI M
RAMADASON MALAYA, KUALA LUMPUR

3
(LAMPIRAN A)

1. AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM ( WILAYAH-


WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984

Seksyen 5. Kriteria bagi memutuskan sama ada seseorang itu orang


Islam
Jika bagi maksud Akta ini timbul apa-apa soal tentang sama ada seseorang
itu orang Islam, soal itu hendaklah diputuskan mengikut kriteria reputasi
am, tanpa membuat apa-apa percubaan untuk mempersoalkan keimanan,
kepercayaan, kelakuan, perangai, watak, perbuatan, atau kemungkiran
orang itu.

5
(LAMPIRAN B)

2. KITAB HADIS 40 (IMAM NAWAWI)

6
Daripada Abū ʿAbd al-Raḥmān ʿAbdullāh bin ʿUmar bin al-Khaṭṭāb
(w.73H), beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Saw
bersabda:

“Islam itu terbina di atas lima perkara:


(i) Persaksian bahawa sesungguhnya Tiada tuhan [yang layak disembah]
melainkan Allah, dan sesungguhnya [Nabi] Muhammad SAW] itu hamba
dan utusan-Nya; dan
(ii) Mendirikan solat [lima waktu]; dan
(iii) Menunaikan zakat; dan
(iv) Mengerjakan haji ke Baitullah; dan
(v) Berpuasa di bulan Ramadan.”

Al-Bukhari (w.256H) dan Muslim (w.261H) yang telah meriwayatkan


hadith ini.

7
(LAMPIRAN C)
3. KES :

162 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

MAJLIS AGAMA ISLAM PULAU PINANG A

lwn.

SITI FATIMAH TAN ABDULLAH

MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH, PULAU PINANG B


IBRAHIM LEMBUT HR MUHAMAD ASRI ABDULLAH
HR ABU BAKAR AHMAD HR
[RAYUAN MAL NO: 07000-043-0003-2008]
16 MAC 2009 C

BIDANGKUASA: Mahkamah Tinggi Syariah - Murtad - Muallaf - Kembali ke


agama asal - Sama ada Mahkamah Syariah berbidangkuasa untuk mengisytiharkan
responden murtad - Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang)
2004, ss. 61(3)(b)(x), 107(1), 108 D

PENTAFSIRAN STATUT: Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau


Pinang) 2004 - Seksyen 61(3)(b)(x), 107(1), 108 - Murtad - Muallaf - Sama
ada s. 61(3)(b)(x) memberi kuasa kepada mahkamah untuk membenarkan
seseorang keluar dari Agama Islam - E
Pentafsiran waja
PERKATAAN DAN ISTILAH: “bukan lagi” - Seksyen 61(3)(b)(x), Akta
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 - Makna dan maksud -
Sama ada memberi kebenaran kepada seorang Islam untuk
F
keluar dari Agama Islam
Responden, seorang yang beragama Buddha, telah memeluk Islam apabila
berkahwin dengan seorang lelaki rakyat Iran di Pulau Pinang. Setelah
ditinggalkan oleh suaminya, responden ingin kembali ke agama asalnya
dan dengan itu telah membuat G
permohonan ke Mahkamah Tinggi Syariah di bawah s. 61(3)(b) Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 (‘Enakmen 2004’) untuk
perisytiharan-perisytiharan berikut: (i) bahawa beliau bukan lagi seorang yang
beragama Islam; dan (ii) bahawa Majlis Agama Islam Pulau Pinang, iaitu
perayu di sini, H
hendaklah membatalkan Sijil Akuan Memeluk Islam yang telah dikeluarkan
untuknya. Di perbicaraan, perayu tidak membantah atau mempertikai keterangan
responden yang menyatakan bahawa beliau memeluk Islam semata-mata
8
untuk memenuhi keperluan perkahwinannya, bahawa beliau masih
menyembah berhala walaupun I
setelah memeluk Islam dan bahawa sebenarnya beliau tidak pernah

9
Majlis Agama Islam Pulau Pinang lwn.
[2009] 1 CLJ (Sya) Siti Fatimah Tan Abdullah 163

A
meninggalkan Agama Buddhanya. Walaupun begitu, setelah
permohonan responden dibenarkan oleh hakim bicara, perayu merayu
dengan berhujah bahawa hakim bicara khilaf dalam mencapai
keputusannya, terutama dalam membaca maksud dan kehendak
ss. 61(3)(b)(x) dan 107 Enakmen 2004. Isu-isu penting yang
B
berbangkit adalah: (i) sama ada Mahkamah Tinggi Syariah di bawah
berbidangkuasa untuk mengisytiharkan seseorang keluar dari Agama
Islam; dan (ii) sama ada pemelukan Islam responden di sini sah
atau sebaliknya.
C
Diputuskan (menolak rayuan atas alasan lain dari alasan
hakim bicara):

(1) Kegagalan perayu untuk mempertikai keterangan responden


seolah-olah mengiakan dan bersetuju dengan permohonan
D
responden tersebut. Perayu juga tidak memberi sebarang
keterangan sehinggalah keputusan dibuat oleh yang arif hakim.
(perenggan 14)

(2) Seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen 2004 tidak bertujuan untuk


membenarkan seseorang keluar dari Agama Islam. Berdasarkan
E peruntukan s. 107(1) Enakmen 2004 (mengenai proses
pemelukan Islam), perkataan “bukan lagi” di dalam
s. 61(3)(b)(x) tidak boleh diambil sebagai memberi kebenaran kepada seorang Islam
keluar dari Agama Islam. (perenggan 20 - 23)
F
(3) Peruntukan ss. 61(3)(b)(x), 107(1) dan 108 Enakmen 2004
adalah saling berkaitan. Sementara s. 107(1) menjelaskan
mengenai pemelukan sah ke dalam Agama Islam dan s. 108
mengenai saat memeluk Agama Islam di mana sah atau
G tidaknya adalah bergantung kepada pematuhan kepada kehendak-
kehendak s. 107 (tidak syak terhadap lafaz syahadah,
mendustakan semua perkara yang menyalahi bagi maksud
syahadah tersebut dll), s. 61(3)(b)(x) memberi kuasa kepada
mahkamah untuk mengisytiharkan sesuatu pemelukan Islam di
H bawah s. 107(1) sah atau sebaliknya. (perenggan 26 & 30)
(4) Perkataan “bukan lagi” di dalam s. 61(3)(b)(x) Enakmen 2004
adalah ditujukan kepada mereka yang sudah mengucap dua
kalimah syahadah tetapi status seterusnya belum ditentukan,
I
iaitu sama ada mereka telah mengamalkan rukun-rukun atau
syarat-syarat syahadah tersebut. Jika mereka tidak mahu
langsung memenuhi syarat-syarat tersebut, maka Mahkamah

10
164 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

Syariah berbidangkuasa mengisytiharkan status mereka bukan A


lagi Islam. Sebaliknya, jika mereka memenuhi syarat-syarat syahadah, maka
mereka secara langsung terus menjadi orang Islam. Dan bagi mereka yang
terus menjadi orang Islam sedemikian, mereka tidak boleh diisytiharkan
sebagai bukan Islam di bawah peruntukan ini. Ini kerana dalam kes murtad, B
seseorang itu hendaklah dipastikan benar-benar penganut Islam sebelum
riddahnya. (perenggan 31 & 32)

(5) Selain itu, memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah


untuk membenarkan seseorang keluar daripada Agama Islam C
adalah juga bercanggah dan bertentangan dengan Hukum
Syarak. (perenggan 33)

(6) Keterangan menunjukkan bahawa responden memeluk Islam


D
hanya untuk tujuan berkahwin, tidak pernah melakukan amalan-
amalan Islam dan masih menyembah berhala walaupun setelah
memeluk Islam. Oleh yang demikian, yang arif hakim betul bila
menyatakan responden “tidak tahu tentang Islam dan tidak mengamalkan Islam
sejak berkahwin sampai sekarang”. Ini bererti responden gagal
memenuhi
E
kehendak s. 107(1)(b)
Enakmen 2004 serta syarat-syarat syahadahnya. Ini selanjutnya
bermakna bahawa, berdasarkan peruntukan s. 107(1), lafaz syahadah yang
dilakukan oleh responden adalah satu pemelukan yang tidak sah ke dalam
Islam. (perenggan 38, 42 - 46)

(7) Memandangkan proses pengIslaman responden tidak sempurna, F


maka beliau tidak boleh lagi dianggap sebagai orang Islam.
Beliau kekal semula sebagai seorang Buddha dan kerana itu
tidak boleh dituduh dengan kesalahan murtad. (perenggan 47 &
48)
G
(8) Hakim bicara telah tersalah arah dalam mentafsir s. 107
Enakmen 2004. Namun kami bersetuju dengan perintah yang
dikeluarkan oleh beliau atas sebab-sebab di atas. Rayuan adalah
ditolak dan perintah hakim bicara dikekalkan. (perenggan 64)

11
168 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

PENGHAKIMAN A

[1]Pihak perayu Majlis Agama Islam P Pinang diwakili oleh Peguam


Syarie En Ahmad Munawir bin Abdul Aziz daripada Tetuan Lim
Kean Siew & Co, manakala responden Siti Fatimah Tan binti
Abdullah @ Tan Ean Huang diwakili oleh En Ahmad Jailani bin B
Abdul Ghani daripada Tetuan Arizal Jailani & Co.

[2]Tindakan ini difailkan oleh perayu kerana tidak berpuashati dengan


keputusan YA Hakim Mahkamah Tingggi Syariah Pulau Pinang
C
dalam kes Mal Bil: 07100-043-0191-2006 bertarikh 8 May
2008. Dalam kes tersebut, YA Hakim bicara telah memerintahkan:
a. Bahawa plaintif bukan lagi orang Islam mengikut s. 61(3)(b)(x)
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang)
2004.
D
b. Bahawa Majlis Agama Islam Pulau Pinang membatalkan Sijil
Akuan Memeluk Islam, bilangan daftar 126/98 bertarikh
11 August 1998.
c. Mahkamah menolak permohonan plaintif supaya Jabatan
E
Pendaftaran Negara memadamkan perkataan Islam pada kad
pengenalan plaintif dan menggantikan dengan perkataan Buddha kerana
mahkamah tidak ada bidang kuasa untuk berbuat demikian. Plaintif
hendaklah menguruskan sendiri dengan Jabatan Pendaftaran Negara. F

[3] Perayu tidak berpuashati dengan sebahagian keputusan YA Hakim


Bicara tersebut atas alasan:

a. YA Hakim Bicara telah khilaf dari segi undang-undang dan


fakta apabila gagal mengambil kira atau menimbangkan fakta G
bahawa ketika responden memeluk Islam pada 25 Julai 1998,
responden telah mengucap dua kalimah syahadah dengan
kerelaan hatinya dan diterangkan implikasi dan makna syahadah
tersebut.
H
b. YA Hakim Bicara telah khilaf dari segi undang-undang dan
fakta apabila gagal menimbangkan bahawa sekiranya responden berterus-
terang dengan pihak perayu dan/atau agen perayu yang bertanggungjawab
berkenaan pemelukan Islam, bahawa responden
memeluk Islam hanyalah bertujuan untuk berkahwin, sudah I
tentunya pihak perayu dan/atau agennya akan menolak atau
menunda permohonan pemelukkan Islamnya kerana alasan tersebut adalah
bercanggah dengan ajaran Islam.

12
Majlis Agama Islam Pulau Pinang lwn.
[2009] 1 CLJ (Sya) Siti Fatimah Tan Abdullah 169

A
c. YA Hakim Bicara telah khilaf dari segi undang-undang dan
fakta apabila menerima keterangan responden yang jelas berdusta
kepada perayu dan/atau agen perayu ketika memeluk Islam dulu
bahawa ianya dibuat atas kerelaan hatinya tanpa paksaan.
Responden boleh dianggap sebagai fasik dan keterangannya
B
harus ditolak oleh mahkamah.

d. YA Hakim Bicara telah khilaf dari segi undang-undang dan


fakta apabila gagal mengambil kira tindakan pembohongan
responden adalah bertentangan dengan konsep maslahah umum
C
(public policy).
e. YA Hakim Bicara telah khilaf dari segi undang-undang dan
fakta apabila gagal mengambil kira keterangan bahawa
sebenarnya responden telah diterima dan dikenali sebagai mualaf
D
bagi maksud undang-undang selama lebih dari setahun beliau
memeluk Islam.
f. YA Hakim Bicara telah khilaf dari segi undang-undang dan
fakta apabila membuat andaian dan memutuskan bahawa
permohonan tuntutan responden termasuk di bawah
E
s. 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri
Pulau Pinang) 2004.
g. YA Hakim Bicara telah khilaf dari segi undang-undang dan
fakta apabila memutuskan bahawa perayu telah gagal
F
menjalankan tanggungjawabnya di bawah s. 7(1) Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 apabila
tiada keterangan untuk menyokong dakwaan tersebut dan
penelitian tuntutan dan keterangan responden jelas
menunjukkan bahawa responden tidak memberikan peluang
G
untuk perayu melaksanakan amanah di bawah seksyen tersebut.
h. YA Hakim Bicara telah khilaf dari segi undang-undang dan
fakta apabila memutuskan membenarkan tuntutan responden dan
pada masa yang sama, mengakui tiadanya tatacara untuk
H
mengawal selia mereka yang menganut Islam untuk keluar
Islam.

i. YA Hakim Bicara telah khilaf dari segi undang-undang dan


fakta apabila memutuskan bahawa kes Majlis Agama Islam Negeri
Sembilan lawan Nyonya Tahir terpakai dan relevan dalam
I
tuntutan kes responden di sini apabila fakta dan undang-undang
terpakai adalah berbeza untuk dijadikan panduan.

13
170 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

[4] Responden pula mempertahankan dan bersetuju dengan A


keputusan yang telah dibuat oleh YA Hakim Bicara dan memohon agar
rayuan ini ditolak dan keputusan YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau
Pinang dikekalkan.
Fakta Kes B

[5]
Perayu Majlis Agama Islam Pulau Pinang adalah defendan dalam
tindakan asal. Tindakan tersebut bermula di Mahkamah Tinggi
Syariah Pulau Pinang melalui saman No. 07100-043-0191- 2006
C
bertarikh 10 Julai 2006 yang didengar di hadapan YA Tuan
Othman bin Ibrahim.
[6] Responden dilahirkan pada 28 August 1969, berbangsa Cina dan
diberi nama Tan Ban Huang. Agama asal responden ialah Buddha.
D
[7] Pada 25 Julai 1998, beliau telah memeluk Agama Islam di Jabatan
Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan status dirinya adalah bujang.
[8] Pada 4 August 1999, beliau telah berkahwin dengan Ferdoun
E
Aslanian, warganegara Iran di Mahkamah Rendah Syariah Seberang
Perai Selatan dengan menggunakan wali hakim.

[9] Responden menyatakan dalam penyata tuntutan bahawa beliau memeluk


Islam sebagai syarat untuk berkahwin dengan suaminya Ferdoun
F
Aslanian dan didakwa semasa tuntutan dibuat, suaminya
telah menghilangkan diri entah ke mana.

[10] Responden juga mendakwa beliau tidak menyakini Agama Islam


sebagai agamanya dan sejak dahulu hingga sekarang, beliau tidak
pernah meninggalkan penyembahan berhala tokpek kong, G
kuang yim neo dan ti kong. Responden mendakwa bahawa beliau
masih lagi beragama Buddha. Oleh itu, beliau memohon
pengisytiharan/perintah agar beliau bukan lagi Beragama Islam, sijil
akuan memeluk Islam dibatalkan, padamkan nama Islam daripada
kad pengenalannya dan menggantikan dengan perkataan Buddha. H

[11]Perayu melalui pembelaannya bertarikh 18 Julai 2007


menyatakan antaranya responden semasa memeluk Islam telah
diterangkan implikasi dan makna syahadah dan responden telah
mengucapkan syahadah dengan rela hati dan membuat pengakuan I
secara terang-terang bahawa ia masuk Islam dengan hati yang suci,

14
Majlis Agama Islam Pulau Pinang lwn.
[2009] 1 CLJ (Sya) Siti Fatimah Tan Abdullah 171

A
tanpa paksaan atau pujukan mana-mana pihak dan dengan
petunjuk Allah jua pada hari dan saat itu, beliau akan berpegang
teguh kepada ajaran Agama Islam yang sebenar hingga ke akhir
hayat.
B
[12] Perayu selepas itu, telah dianggap sebagai seorang Islam dan
dikenali sebagai muallaf bagi maksud undang-undang. Perayu
seterusnya menyatakan tidak mengetahui mengenai dakwaan
responden bahawa beliau masih mengamalkan agama asalnya selepas
memeluk Islam.
C
[13] Kes ini telah dibicarakan pada 13 April 2007 tanpa kehadiran
perayu dan Peguam Syarie perayu. Pada tarikh tersebut, responden dan saksinya
yang bernama Tan Jin Khim iaitu adik kepada responden sendiri telah memberikan
keterangan kepada mahkamah.
D
[14] Daripada tarikh sebutan sehingga perbicaraan bermula, perayu
dan peguam syarie perayu gagal hadir ke mahkamah walaupun
saman telah sempurna secara kediri pada 20 September 2006.
Walaubagaimanapun, perayu dan peguam syarienya ada hadir selepas
itu ke mahkamah sebanyak 4 kali tetapi adalah pelik dan malang
E
sekali, tidak ada apa-apa permohonan dibuat oleh perayu melalui
peguam syarienya samada untuk memanggil semula responden atau
saksi responden untuk disoal balas. Tindakan perayu yang langsung
tidak mempertikaikan keterangan responden dan saksi responden
seolah-olah mengiakan dan bersetuju dengan permohonan responden
F
tersebut.

[15] Perayu juga mengikut rekod, tidak ada memberikan keterangan


kepada mahkamah sehinggalah keputusan dibuat.
Isu-isu Yang Berbangkit
G
[16] Berdasarkan pengamatan kami kepada fakta dan persoalan-
persoalan yang dibangkitkan oleh kedua-dua pihak, kami
merumuskan bahawa hanya terdapat dua isu utama yang menjadi
pertikaian dan perlu diputuskan oleh mahkamah untuk menerima
H
rayuan perayu atau menolaknya. Jawapan kepada kedua-dua isu ini
dengan sendirinya akan menjawab segala persoalan-persoalan yang dibangkitkan
oleh perayu di dalam alasan rayuannya. Isu-isu tersebut adalah:
I
a. Samada adakah Mahkamah Syariah boleh atau berbidangkuasa
untuk mengisytiharkan seseorang Islam keluar daripada Agama
Islam atau mengisytiharkan seseorang itu bukan lagi Islam?

15
172 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

b. Samada pemelukan Islam responden adalah sah atau A


sebaliknya?

Isu Pertama: Samada Adakah Mahkamah Syariah Boleh Atau


Berbidangkuasa Untuk Mengisytiharkan Seseorang Islam Keluar
Daripada Agama Islam Atau Mengisytiharkan B
Seseorang Itu Bukan Lagi Islam?
[17] Sebelum kami mengulas isu ini, adalah elok rasanya
permasalahan keluar dari Agama Islam atau murtad ini disentuh
C
secara ringkas agar ianya dapat memberikan sedikit gambaran dan
kefahaman dari sudut Hukum Syarak mengenai perkara ini.
Menurut Agama Islam, perbuatan murtad adalah satu jenayah dan Islam
mencerca sesiapa sahaja yang murtad. Oleh sebab itulah, persoalan hukuman
terhadap orang murtad menjadi satu topik penting dalam Kitab Jinayah
Islam. Allah s.w.t telah berfirman:
D

´“¸í..˜'.´l˚p˚ ´9 ˚ ¸9l´/ ´ ˚œ´p ˚ẽ˚o´±´9 ¸a¸i!¸ ¿´t ˚,˚Si¸0 ˚ ¸2´"˚ ´! ¿´0´p

¸,l$il% ˚&'.´z˚(´İ ´“¸í.˜'.´l˚p˚İ´p ¸*´ +, ˚% ´p l´±˚-.2l% /¸9 ˚,˚0˚1'.´o˚t´İ ˚ẽ´a¸±´4


E

5\7Y9 ´:p˚2¸1'..´+ l´0±¸9 ˚,˚œ

Bermaksud:
F
Barang siapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam
kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat,
dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. (al-Baqarah,
2:217)

[18] Oleh itu, jelas berdasarkan ayat di atas, Islam melarang dan G
mengharamkan umatnya murtad dan menanti mereka yang
mengingkari larangan ini ialah satu bentuk hukuman yang tegas dan
keras telah ditetapkan baik di dunia mahupun di akhirat.

[19] Kembali kepada isu yang dibangkitkan di atas, jika Islam H


melarang dan mengharamkan penganutnya keluar daripada Agama
Islam atau murtad, adakah Mahkamah Syariah diberikan bidangkuasa
untuk membenarkan orang Islam murtad? Jika Mahkamah Syariah
diberikan bidangkuasa ini, adakah ianya tidak bertentangan dengan
Hukum Syarak tersebut? I

16
Majlis Agama Islam Pulau Pinang lwn.
[2009] 1 CLJ (Sya) Siti Fatimah Tan Abdullah 173

A
[20] Jawapan kepada persoalan ini dapat dilihat kepada
peruntukkan s. 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri Pulau Pinang) 2004 yang menyatakan:
(3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah:
B
(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan
semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam
tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan
atau prosiding itu adalah berhubungan dengan:
C
(x) perisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang
Islam;

[21] Kesemua tindakan yang dibuat oleh pihak-pihak yang ingin keluar
dari Agama Islam di Pulau Pinang ini adalah berpandukan kepada
peruntukkan di atas. Adakah peruntukkan tersebut
D
bermaksud atau bertujuan bagi membenarkan seseorang Islam keluar
dari Agama Islam?
[22] Perkataan “bukan lagi” dalam seksyen tersebut telah
digunakan atau ditafsirkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan
E
sebagai kebenaran keluar dari Agama Islam sedangkan pada pendapat
kami, perkataan tersebut tidak bermaksud sedemikian.

[23] Pendapat kami berasaskan kepada peruntukkan s. 107(1) Enakmen


Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.
F
Seksyen ini menjelaskan mengenai proses pemelukan Agama Islam.
Seksyen tersebut menyatakan:
(1) Kehendak-kehendak yang berikut hendaklah dipatuhi bagi
pemelukan sah agama Islam oleh seseorang:
G
(a) orang itu mestilah mengucapkan dua kalimah Syahadah
dalam bahasa Arab secara yang semunasabahnya jelas;

(b) pada masa dia mengucap dua kalimah Syahadah itu, orang
itu mestilah sedar bahawa kalimah itu bermakna “Aku
menjadi saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan
H
aku menjadi saksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w. ialah
Pesuruh Allah”; dan

(c) pengucapan itu mestilah dibuat dengan kerelaan had orang


itu sendiri.
I [24] Seksyen ini adalah selari dengan kehendak Hukum Syarak
bahawa seseorang yang berlafaz dengan dua kalimah syahadah itu
adalah memberi pengakuan berkenaan adanya Tuhan yang sebenar

17
174 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

iaitu Allah s.w.t dan memberi pengakuan bahawa sebenarnya A


Tuhan telah mengutuskan Rasulnya kepada sekalian alam ini iaitu Nabi
Muhammad s.a.w.
[25] Di dalam dua kalimah syahadah itu terkandung kepercayaan kepada
ketuhanan yang sebenarnya dan kepercayaan kepada B
RasulNya. Jelasnya, seseorang yang hendak mengucap dua kalimah
syahadah hendaklah ia beriman terlebih dahulu dengan rukun iman
dan barulah diikuti dengan lafaz syahadah tersebut yang juga merupakan
rukun Islam yang pertama.
C
[26] Apabila seseorang yang bukan Islam telah mengucap dua
kalimah syahadah disertai dengan kepercayaan di dalam hatinya, maka
jadilah ia seorang Islam dan terpeliharalah dirinya, hartanya dan nyawanya
sepertimana terpeliharanya diri, harta dan nyawa seseorang Islam. Namun
lafaz
D
dua kalimah syahadah tersebut adalah
terikat dengan syarat-syarat sah syahadah dan syarat-syaratnya ada
enam perkara iaitu:

a. Seseorang itu hendaklah tertib lafaz-lafaz syahadah itu dengan


berturut-turut.
E
b. Hendaklah melafazkan kedua-dua kalimah syahadah itu dengan
berturut-turut.

c. Hendaklah faham akan makna kedua-dua kalimah syahadah


tersebut. F

d. Hendaklah mendustakan sekalian perkara yang menyalahi bagi


maksud syahadah itu.

e. Hendaklah menggunakan perkataan ‘asyhadu’ pada kedua-


duanya. G

f. Jangan syak pada kedua-duanya.

[27] Dalam Kitab Fathu al-Majiid, Sharhu Kitab al-Tauhid oleh al- Syeikh
Abdul Rahman bin Hassan Aali-Syeikh, Maktabah Nizar Mustafa al-
H
Baz, ms. 29 menyatakan:

18
Majlis Agama Islam Pulau Pinang lwn.
[2009] 1 CLJ (Sya) Siti Fatimah Tan Abdullah 175

A
clœli l l9,lt lœ ,1S 0 Í “a’'1l al Í2 0”:al 9

,1 l 0 ± !l "l #9 2!h9 c &œl'p libl! clœla+ã±t h0lt

B ´a'.´l¸ľ ˜´ p˚a56´Í ˚,´1˚tl9´ ) 9ll a’'1l jl9l /cl l l2±t < l p ±ã±l p

(86: 43)´ ˚ ´1˚ ´! ˚,˚œ´p p´a˚ll¸! ´2¸ ´ ´0 5 ľ):al 9p (19: 42) (˚a51l 5 ¸ľ

C < t p ±ã! p lœli l A9& 0 &±B 0 lœ pail

l0Í j ãl ghE p cF&"l 0 G> &±l 0 :a±a+ã l ±t

— s, Kl p L1ãl < tp c ln1l p L1ãl j 9 :< lp


D
.7l ş l! ş9l6 &±R9

Bermaksud:

Katanya: sesiapa yang bersyahadah ‘tiada Tuhan melainkan Allah’ E bermaksud


sesiapa yang berkata dengannya dalam keadaan dia mengetahui maknanya,
melaksanakan tuntutannya secara batin dan
zahir, maka tidak dapat tidak pada syahadah tersebut, ia mestilah mengetahui, yakin dan
beramal dengan dalil-dalilnya sebagaimana Firman Allah s.w.t yang bermaksud (Oleh
itu, maka tetapkanlah
pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa
F
sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah)
(19:47) dan firman Allah lagi yang bermaksud (kecuali sesiapa yang memberi penerangan
mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara
mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah
yang
G
mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu) (86:43). Ada
pun sesiapa yang menuturkan syahadah tanpa mengetahui maknanya
dan tidak ada keyakinan, tidak melaksanakan tuntutan-tuntutannya
dari membersihkan dirinya daripada perkara-perkara yang syirik,
ikhlas dalam pengucapan dan amalan: iaitu perkataan hati, lidah,
dan amal hati dan anggota - maka syahadah tersebut tidak
H
memberikan apa-apa manfaat mengikut ijma’ para ulama’.

Seterusnya, dalam Kitab Fatawa Al-Lainah Al-Da’imah Lil-Buhuthi Al-Ilmiyyah Wa Al-


Ifta’, (>l 9 >б p 1 F v z±1F 2F i ’1F pl 9) 3/248 ada menyatakan mengenai
soal keimanan iaitu:
I

19
176 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

otp ln1ll! 9 lo±t > Í : tlo l p inl œÍ 9 ỹaill! “ li 9


añ S! p c li ll! ỹ!2 a'p l/ , *l ! ũl0 i a1± n.' /0l±02l ,lS 2Í > 3ş >
9 ln1ll!
B
, lS2Í /0 “ li z 6p /±o 1no l 3!lã0 9 ai98p ai±aS 'p
al Í 98l :; l0 p c<3a/ añã! l0 ai0 ,12! ,l i l±02 l
83 0 a S! p (a’'1l ỹ2 8 ±20 ) :lœli2o 9 a’'1 l Eñão ll! o 2l p i2 oll!
lo ±t > /02! !c ãl
C

Bermaksud:
E
Iman yang sebenar dan sah mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah ialah
mengucapkannya dengan lidah, beramal dengan rukun-rukunnya dan
membenarkannya dengan hati. Adalah tidak mencukupi jika sekadar mengucap
dengan lidah. Namun jika dia
meninggal dunia dan pada masa yang sama tidak diketahui tanda-
F
tanda kekufurannya, maka mayatnya hendaklah dimandikan,
dikafankan, dan dikebumikan mengikut cara pengurusan jenazah Islam.
Penyaksian bahawa ‘Tiada Tuhan selain Allah’ adalah bermakna tiada sembahan
yang hak melainkan Allah. Penyaksian seperti ini adalah tidak memadai hanya
dengan kata-kata, bahkan
lebih daripada itu mestilah beriman dengan maknanya dan beramal G
dengan segala yang diperintahkan.

[28] Pengucapan dua kalimah syahadah tanpa memenuhi syarat- syarat


yang telah dinyatakan di atas adalah disifatkan sebagai bukan atau
H
belum sempurna lagi sebagai pemelukan sah sebagaimana
kehendak s. 107(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam di atas.
Walaupun s. 108 enakmen yang sama ada menyebut bahawa seseorang itu
menjadi seorang orang Islam sebaik sahaja dia habis mengucapkan dua
kalimah syahadah dan boleh disebut sebagai muaalaf, namun seksyen
tersebut
I
masih mengaitkan keesahan
keIslamannya bergantung kepada syarat-syarat sebagaimana
dikehendaki oleh s. 107 Enakmen tersebut. Seksyen 108

20
Majlis Agama Islam Pulau Pinang lwn.
[2009] 1 CLJ (Sya) Siti Fatimah Tan Abdullah 177

A menyatakan:
Seseorang itu memeluk agama Islam dan menjadi seorang orang Islam sebaik-baik
sahaja dia habis mengucap dua kalimah Syahadah dengan syarat bahawa kehendak-
kehendak seksyen 107 adalah dipenuhi; dan orang itu selepas itu disebut mualaf.
B
[29] Oleh itu, dengan lain perkataan, status seorang muallaf sebagai
orang Islam (muslim) masih belum sempurna dan jika tidak terus
menyempurnakannya, maka seseorang itu tidak diterima menjadi
muslim malah kembali kepada status asalnya sebagai
C seorang yang bukan Islam pada kepercayaan asalnya melainkan dia mengucap
syahadah semula dengan memenuhi syarat-syarat yang tersebut di atas.

[30] Peruntukkan s. 61(3)(b)(x), s. 107(1) dan s. 108 Enakmen


D Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 merupakan
peruntukkan-peruntukkan yang saling berkaitan. Seksyen 107(1)
menjelaskan pemelukan sah ke dalam Agama Islam, s. 108
menjelaskan saat memeluk Agama Islam dan ianya bergantung
kepada s. 107. jika sah di bawah s. 107, maka dengan sendirinya dia
E boleh dianggap sebagai seorang mualaf di bawah s. 108. Manakala
s. 61(3)(b)(x) pula memberikan kuasa kepada mahkamah untuk mengatakan atau
mengisytiharkan bahawa pemelukan yang dilakukan di bawah s. 107(1) adalah sah
atau sebaliknya. Jika pemelukan ke Agama Islam tidak memenuhi kehendak
Hukum Syarak dan
F s. 107(1) tersebut, maka mahkamah boleh mengisytiharkan bahawa
orang tersebut bukan lagi seorang muslim.

[31] Oleh itu, kami berpendapat bahawa peruntukkan


s. 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pulau Pinang) 2004 yang
memperuntukkan
G
pengisytiharan bahawa seseorang itu
bukan lagi orang Islam adalah bermaksud untuk mereka yang telah
mengucap syahadah tetapi status seterusnya belum ditentukan samada mereka
mengamalkan rukun-rukun atau syarat-syarat syahadah tersebut. Jika mereka
tidak mahu langsung memenuhi syarat-syarat tersebut seterusnya, maka
Mahkamah
H
Syariah
berbidangkuasa mengisytiharkan status mereka bukan lagi Islam.
Sebaliknya, jika mereka memenuhi syarat-syarat syahadah seperti faham akan makna
kedua-dua kalimah syahadah tersebut, mendustakan segala perkara yang
menyalahi maksud syahadah tersebut, yakin dan beramal dengan segala tuntutan-
tuntutan
I
Allah
s.w.t, maka mereka secara langsung adalah terus menjadi orang
Islam yang memenuhi syarat syahadah dan menjadi sebahagian dari

21
178 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

masyarakat atau umat Islam. A

[32] Sebaliknya, bagi mereka yang memeluk Islam dan seterusnya telah
memenuhi syarat-syarat syahadah dan juga telah diterima oleh
masyarakat sebagai seorang Islam, maka mereka tidak boleh
diisytiharkan sebagai bukan lagi Islam di bawah peruntukkan ini. Ini B
kerana dalam kes murtad, seseorang itu hendaklah dipastikan telah benar-
benar menjadi penganut Islam sebelum riddahnya. Seterusnya
jika ia hendak menukar semula agamanya dari Islam kepada mana- mana
kepercayaan lain, maka perkataan yang harus digunapakai di dalam seksyen
tersebut adalah penukaran agama atau pengisytiharan C
bahawa dia telah murtad.

[33] Kami juga percaya bahawa jika Mahkamah Syariah diberikan


bidangkuasa untuk membenarkan seseorang Islam keluar daripada
D
Agama Islam, maka ianya telah bercanggah dan bertentangan
dengan Hukum Syarak itu sendiri sedangkan matlamat undang-
undang syariah diwujudkan adalah bagi menjaga maqasid syariiyah dan
maqasid syari’iyah yang paling utama ialah menjaga Agama Islam.

[34] Sebagai bukti bahawa undang-undang syariah yang sedang E


berkuatkuasa meletakkan Hukum Syarak mengatasi yang lain dapat
dilihat antaranya peruntukkan s. 245 Enakmen Tatacara Mal
Mahkamah Syariah (Pulau Pinang) 2004 ada memperuntukkan:

(1) Mana-mana peruntukan atau tafsiran peruntukan di bawah F


Enakmen ini yang tak konsisten dengan Hukum Syarak adalah terbatal setakat
yang ia tak konsisten itu.

(2) Jika terdapat lakuna atau jika apa-apa perkara tidak


diperuntukkan dengan nyata oleh Enakmen ini, Mahkamah
hendaklah memakai Hukum Syarak. G

[35] Berdasarkan peruntukkan tersebut, adalah jelas bahawa Hukum Syarak


telah diletakkan ditempat yang paling tinggi dan mana-mana peruntukkan
undang-undang syariah yang bertentangan dengannya, peruntukkan
tersebut adalah terbatal. Jika ada apa-apa perkara yang H
tidak diperuntukkan pula, Hukum Syarak hendaklah mengambil
tempat tersebut.

[36] Dalam isu ini juga, kami ingin menyentuh berkenaan hujah
I

22
Majlis Agama Islam Pulau Pinang lwn.
[2009] 1 CLJ (Sya) Siti Fatimah Tan Abdullah 179

A
perayu bahawa jika responden adalah bukan Islam, adakah dia
boleh bertindak di Mahkamah Syariah? Kami berpendapat bahawa
isu ini tidak seharusnya ditimbulkan lagi kerana kedua-dua pihak
samada perayu mahupun respondent telah menerima dan mengakui
bahawa Mahkamah Syariah adalah mahkamah yang berbidangkuasa
B
untuk membicarakan kes responden. Tambahan lagi, persoalan
mengenai perkara ini juga tidak pernah ditimbulkan semasa
perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah.
[37] Kami seterusnya bersetuju dengan hujah Peguam Syarie
C perayu dan responden dalam hal ini dan ianya juga adalah selari
dengan kes-kes yang pernah diputuskan oleh Mahkamah Sivil
seperti kes Kamariah Ali & Yang Lain lwn. Kerajaan Negeri Kelantan
& Satu Lagi [2004] 3 CLJ 409 FC, Lina Joy lwn. Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan & Yang Lain [2007] 3 CLJ 557, Lim
D Yoke Khoon lwn. Pendaftar Muallaf, Majlis Agama Islam Selangor &
Yang Lain [2006] 4 CLJ 513, Soon Singh Bikar Singh lwn.
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kedah & Anor
[1999] 2 CLJ 5 dan sebagainya lagi yang memutuskan bahawa Mahkamah Syariah
adalah berbidangkuasa untuk mendengar kes-
E kes murtad atau mengenai status keIslaman seseorang.
Isu Kedua: Samada Pemelukan Islam Responden Sah Atau Sebaliknya?
[38] Bagi menjawab persoalan ini, kami merujuk kepada catatan
F perbicaraan di dalam rekod rayuan di ms. 17-19. Responden semasa
memberikan keterangan telah menyatakan antaranya:

a. Sekarang agama Buddha.


b. Saya tidak pernah buat amalan Islam. Saya ikut amalan
G
Buddha. Nama tuhan 3, tokpek kong, tin kang dan kuang yim
neo. Setiap hari satu kali kami semua sembah tiga berhala dan setiap hari saya
sembah berhala-berhala tersebut.
c. Saya tidak pernah percaya agama Islam sebagai agama saya.
H
d. Saya bukan Islam, saya memeluk Islam hanya suami yang bawa
pergi.

[39] Keterangan saksi responden:


I a. Nak kahwin peluk Islam.

23
180 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

b. Tak biasa melihat kakak buat Agama Islam sebab saya tahu A
kerana duduk bersama kakak saya di dalam rumah yang sama
dengan mereka.
c. Dia sembahyang cara tok kong Buddha.
B
d. Setiap pagi mesti sembah satu kali tok kong itu.
e. Saya tak biasa nampak dia sembahyang mengikut cara Islam
dan dia tak sembahyang pun.

[40] Keterangan saksi responden boleh diterima oleh mahkamah C


sebagai bayyinah berdasarkan peruntukkan s. 83(2) Enakmen
Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 2004 yang
menyatakan:
Seorang yang bukan Islam adalah berwibawa untuk memberikan bayyinah untuk
D
orang Islam jika keterangannya boleh diterima
mengikut Hukum Syarak

[41] Kami juga merujuk kepada dua keping gambar tentang amalan responden
menyembah tokong Buddha yang telah ditandakan sebagai eks. P4
dan P5. E

[42] Berdasarkan keterangan yang ada dan keterangan ini tidak dipertikaikan
oleh perayu di Mahkamah Bicara, maka kami bersetuju dengan hujah
responden dan alasan penghakiman YA Hakim Bicara apabila beliau
membuat rumusan fakta bahawa “semua perkara yang F
dijelaskan di atas adalah gambaran yang menunjukkan plaintif/
responden tidak tahu tentang Islam dan tidak mengamalkan Islam sejak
berkahwin sampai sekarang ini.

[43] Dalam keadaan yang seperti ini, persoalan yang timbul ialah adakah
G
syahadah yang dilafazkan atau pemelukan Islam responden
pada 25 Julai 1998 di Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang
adalah sah mengikut peruntukkan s. 107(1) Enakmen Pentadbiran
Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 dan Hukum Syarak?
Kami berpuashati bahawa responden telah gagal memenuhi
H
kehendak s. 107(1)(b) dan syarat-syarat sah syahadah sebagaimana
yang telah disebutkan terdahulu iaitu:
a. Tiada kepercayaan di dalam hati mengenai lafaz syahadah
tersebut.
I
b. Gagal melaksanakan tuntutan syahadah secara zahir dan batin.

c. Tidak yakin dan beramal dengan dalil-dalil Allah s.w.t.

24
Majlis Agama Islam Pulau Pinang lwn.
[2009] 1 CLJ (Sya) Siti Fatimah Tan Abdullah 181

A [44] Kami juga menegaskan, niat sentiasa memainkan peranan yang sangat
penting dan sangat berkait rapat dengan syarat-syarat sah syahadah. Ini
berdasarkan hadith Nabi s.a.w yang berbunyi:

; -l0 < 0% =Sl lo>%p cãl±ill! BloTC% lo>%


B

Bermaksud:

Sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya yang sabit
bagi setiap orang itu apa yang yang
C diniatkan. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

[45] Berdasarkan fakta kes dan keterangan yang ada, kami


berpendapat walaupun responden telah melafazkan syahadah, namun
tujuannya tidak lain dan tidak bukan, hanya semata-mata untuk
D
berkahwin dengan rakyat Iran bernama Ferdoun Aslanian. Ikrar
responden bahawa beliau tidak pernah percaya Agama Islam sebagai
agamanya dan membuat ikrar bahawa dia masih beragama Buddha serta terus
mengamalkan ajaran Buddha selepas syahadah, jelas menunjukkan bahawa
responden tidak pernah berniat untuk menjadi orang Islam dalam erti kata yang
sebenarnya.
E
[46] Oleh itu, berdasarkan kegagalan respondent memenuhi syarat-
syarat sah syahadah tersebut, maka kami berpendapat lafaz syahadah
yang dilakukan oleh responden pada 25 Julai 1998 di Jabatan Agama
Islam Negeri Pulau Pinang adalah pemelukan yang
F tidak sah ke dalam Agama Islam berdasarkan peruntukkan s.
107(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

[47] Apabila dikatakan pemelukan Islam responden tidak sah,


G maka responden tidak boleh lagi dianggap sebagai seorang Islam
seterusnya dan sebaliknya responden adalah kekal semula dengan
agama asalnya.

[48] Responden seterusnya tidak boleh dikatakan sebagai seorang


H yang murtad sebagaimana alasan yang telah kami nyatakan di atas.
Ini kerana, proses keislaman responden masih tidak sempurna.
[49] Bagi memberi lebih kefahaman kepada perkara ini, adalah perlu
untuk kita melihat kepada pengertian murtad. Dr. Wahbah Zuhaily di
dalam Kitabnya Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jilid 6,
I halaman 183 mentakrifkan murtad ialah memutuskan hubungan
keislaman dengan niat kufur atau kata-kata yang boleh membawa kepada
kekufuran ataupun perbuatan yang boleh membawa kekufuran samada ia
dilakukan secara bergurau senda, bantahan

25
182 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

ataupun iktikad. A

[50] Berdasarkan takrifan di atas, asas seseorang itu dianggap murtad


ialah:
i. Seseorang yang telah pasti kelslamannya berniat untuk kufur;
B
atau
ii. Melalui kata-kata yang boleh membawa kepada kekufuran; atau

iii. Melalui perbuatan yang boleh membawa kekufuran samada ia


dilakukan secara bergurau, bantahan ataupun iktikad. C

[51] Dr. Zulkifly bin Muda pula di dalam Kitabnya Fiqh al-Nusus fi al-
Uqubat Wa al-Qisas halaman 48 menyatakan bahawa bagi
mempastikan kesahihan riddah seseorang, ada dua perkara yang
mesti diteliti iaitu:
D
i. Orang yang murtad itu benar-benar menjadi penganut Islam
sebelum riddahnya. Ini bermakna seseorang yang munafiq iaitu
menzahirkan Islam tetapi menyembunyikan kekufuran di dalam
hatinya, riddahnya tidak dikira kerana dari awal lagi Islamnya
adalah tidak sah di sisi Allah. E

ii. Ia memutuskan Islamnya (keluar dari agama Islam) dengan rela


dan redanya. Ini bermakna sesiapa yang terlepas cakap yang
boleh membawa kepada riddah seperti ia melatah, memuji
berhala, maka riddahnya tidak dikira kerana ia bukan datang F
dari hatinya dan redanya.

[52] Keterangan responden di peringkat Mahkamah Tinggi Syariah


menunjukkan hal keadaan bahawa responden masih berpegang
dengan ajaran agama Buddha meskipun telah mengucap dua G
kalimah Syahadah dan tidak pernah mengamalkan ajaran Islam. Ini
membuktikan bahawa status keislaman responden adalah tidak pasti dan
meragukan sejak awal lagi. Oleh itu, apabila status keislaman seseorang dari
awal lagi dipersoalkan atau tidak dipastikan, maka
ianya tidak boleh sesekali dianggap sebagai seorang yang murtad H
bahkan sebenarnya dia tidak pernah diterima secara sah ke dalam
Islam dan masih kekal di dalam agama asalnya.

[53] Agama Islam adalah satu Agama yang suci dan tinggi. Ianya ditegah
dari dipermain-mainkan oleh sesiapapun samada secara sengaja
I
mahupun tidak. Hanya Agama Islam sahaja yang diterima
oleh Allah s.w.t sebagaimana firmanNya dalam Surah ali-‘Imran ayat

26
Majlis Agama Islam Pulau Pinang lwn.
[2009] 1 CLJ (Sya) Siti Fatimah Tan Abdullah 183

A 19 yang berbunyi:

´&'..´D¸S˚l% %˚ ˚"pİ ´¿!¸ż$l% ´a´1´D˚+% l´0´p ˚,'.´1˚ю¸H˚% ¸a$1l% ´2i¸t ´¿!¸’2l% $:¸ľ

B ¸ẽ.'.´!l´í¸! ˚ ˚a˚S´! ¿´0´p ˚,˚0´i˚±´! l´±˚L´! ˚,˚1¸M˚l% ˚,˚œ´>l̃´ş l´0 ¸2˚M´! ,¿¸0 $C¸ľ

57٩9 ¸?l´n¸zl˚ % ˚ş!¸ ´ю ´a$1l% $:¸T´9 ¸a$1l%

Bermaksud:
C
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah
Islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab
itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan
menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka
pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula)
D
semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka
dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan
Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.
[54] Perkara ini seterusnya ditegaskan oleh Nabi Muhammad SAW menerusi
sabdanya yang berbunyi:
E
a±1t hM! Cp 1M! ,hю C%
Bermaksud:

Islam itu tinggi, dan tidak ada agama yang lebih tinggi
F
daripadanya. (Hadis riwayat al-Baihaqi)

[55] Islam datang daripada Allah yang Maha Bijaksana. Ia sesuai dengan
fitrah manusia. Terkandung dalam persuratan ajarannya keadilan
untuk semua golongan. Menjadi tanggungjawab setiap
G
individu Muslim memulihara imej Islam.
[56] Semua umat Islam hendaklah meneguhkan pegangan kepada agama yang
mulia ini dan memeliharanya daripada segala apa yang boleh
merosakkan, kerana agama Islam saja yang diredai Allah dan yang
menentukan nasibnya untuk mencapai kebahagiaan yang
H
sebenarnya khususnya di akhirat kelak.

[57] Di dalam kesempatan ini juga, kami berhajat untuk menyentuh


secara ringkas soal kebebasan beragama yang sering dibangkitkan atau
diperjuangkan oleh sesetengah pihak sehinggakan
I
ada yang mengatakan seseorang itu boleh masuk dan keluar apa-apa
agama yang mereka inginkan termasuk Agama Islam. Mudah-
mudahan apa yang kami nyatakan di sini dapat memperjelaskan

27
184 Laporan Syariah [2009] 1 CLJ (Sya)

kekeliruan tersebut. Hujah kepada pendapat mereka adalah A


berpandukan kepada firman Allah s.w.t:

¸¿!¸’2l% /¸9 ´W%´ ˚/¸ľ C̃


B
Bermaksud:

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) (al-Baqarah, 2:256)

[58] Hakikatnya, ‘tiada paksaan’ itu membawa maksud dan pengertian


yang lain. Said Hawa dalam Kitab Al-Asas fi al-Tafsir, Juz. C
1, hlm. 600-601 mengegaskan bahawa ayat tersebut bermaksud, tidak
boleh memaksa mana-mana orang supaya menganut Islam kerana Islam mesti
ditegakkan atas hujah yang jelas. Hal ini ditegaskan dalam ayat yang sama
iaitu:
D

˚ ˚a˚S´! ¿´o´9 ¸’/´L˚l% ´¿¸0 ˚2˚X. l% ´¿$±´±$" 2´9 ¸¿!¸’2l% /¸9 ´W%´ ˚/¸ľ C̃´

´C '/´ã˚i˚ ˚l% ¸*´p˚ ˚M˚ll¸! ´“n˚o´D˚ю% ¸2´ã´9 ¸a$1ll¸! ,¿¸0˚\˚!´p ¸ã ˚L.'.$all¸!


E
5\D^9 ˚,±¸1´t ˚ş±¸o´ю ˚a$1l%´p l´0´l ´,l´a¸a-%

Bermaksud:
F
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah
nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak
percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia
telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan
putus dan (ingatlah), Allah
Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (al-Baqarah, 2:256) G

[59] Dalam Kitab Al-Tafsir al-Wasit, karangan Dr. Wahbah al-


Zuhalily, Juz. 1 tahun 2000, hlm 148 menyatakan:
Syeikh Masruq menyebutkan sebab turun ayat ini adalah berkaitan
dengan seorang lelaki golongan Ansar daripada Bani Salim bin Auf. H
Beliau mempunyai dua orang anak yang beragama Nasrani sebelum kebangkitan
Rasulullah. Beberapa ketika selepas itu, kedua-duanya kembali ke Madinah bersama-
sama qabilah Nasrani membawa
barang makanan. Lalu kedua-duanya didatangi ayahanda mereka
memaksa mereka memeluk Islam. Namun kedua-dua anaknya
I
enggan berbuat demikian. Hal ini diadukan kepada Rasulullah s.a.w.
Beliau berkata, “wahai Rasulullah! Apakah aku hanya membiarkan kedua
anakku dicampakkan ke neraka? Lalu turunlah ayat ini.

28
Majlis Agama Islam Pulau Pinang lwn.
[2009] 1 CLJ (Sya) Siti Fatimah Tan Abdullah 185

A
[60] Oleh itu, konteks sebenar “la ikraha” ialah tidak boleh
memaksa orang bukan Islam supaya memeluk Islam, bukannya
sebagai hujjah untuk membenarkan orang Islam bebas memilih
i’tiqad lain.
B
[61] Seseorang yang belum beragama Islam tetapi telah menerima mana-
mana kepercayaan lain, maka dia bebas memilih mana-mana
kepercayaan yang dia mahu. Islam tidak sesekali memaksa mereka
menerima Islam. Jika mereka hendak menganut Agama Islam
dengan rela hati adalah tidak mengapa.
C
[62] Islam menjamin kebebasan peribadi orang yang bukan lslam.
Mereka bebas di dalam menunaikan syiar agama mereka di tempat- tempat dan
kampung-kampung mereka yang khusus (sempadan Negara mereka), tetapi
sekiranya mereka berada di kampung- kampung atau daerah dalam Negara Islam,
harus
D
pihak berkuasa
Islam memberikan kebebasan penuh kepada mereka untuk
menunaikan syiar agama mereka atau meletakkan batas-batas tertentu kepada
mereka.

[63] Islam datang sebagai Agama yang memberikan kebebasan


E
beragama dan i’tikad. Oleh itu, tidak boleh memaksa manusia
menganuti Islam atau juga agama-agama lain. Firman Allah s.w.t
dalam al-Qur’an, Surah Yunus ayat 99 - 100:

F
l˝ ±¸o´ş ˚,˚ 1˚/ ¸e˚,´ ˚ ¸9 ´0 ´ ´0 ´ ´ ´“ !´, ´>l̃´ ˚ l´ ´p

!٩٩# ´ ±¸i¸0 ˚%0 ˚ ˚& ˚S´! ' *+´, ´-l*il ˚.¸/˚S˚0 ´ẽ&´i´9´İ

<˚ ´ ˚K´!´p ¸a*1l ´5˚i¸7¸! *б¸ľ ´ ¸0˚%˚0 5´İ „,˚a´i¸l ´5l´/ l´0´p
G
!=>># ´5 ˚1¸ã˚ ´! ´б ´ !¸ż*l ´1´t ´,˚ş/¸’l

Bermaksud:
Dan jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian
H
manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang
kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka
patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-
orang yang beriman? (99)

Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman A


melainkan dengan izin Allah (melalui undang- undang dan peraturanNya) dan
Allah menimpakan azab atas orang-orang yang

29
tidak mahu memahami (perintah-perintahNya). (100)

[64] Seterusnya Firman Allah s.w.t lagi:


B

!\#´5˚2˚±˚ ´0l´0 ˚2˚±˚t´İ ˜´б !=#´5p˚/¸a´S˚l l´ !´i.˜'...´! ˚G˚9

l*0 ˚2!¸l´t ˚l´&´İ ˜´б´p !5#˚2˚±˚t´İ l̃´0 ´5p˚2¸±.'.´t ˚,˚+&´İ ˜´б´p C

!D#˚2˚±˚t´İ l̃´0 ´5p˚2¸±'.´t ˚,˚+&´İ ˜´б´p !C#˚, 02´±´t

!M#¸ !¸N ´l¸ ´p ˚,˚S˚i!¸N ˚,˚S´l


D
Bermaksudnya:

Katakanlah (Wahai Muhammad): Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan


menyembah apa Yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah)
Yang Aku sembah. Dan Aku tidak akan
beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu E
beribadat secara Aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku
ugamaku. (Surah al-Kafirun, 109: ayat 1-6)

Keputusan/Perintah
F
[65] Sebelum kami memberikan keputusan, kami dengan
hormatnya menyatakan bahawa kami berpendapat Hakim Bicara
telah tersalah arah dengan mentafsirkan s. 107 Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 sebagai
membenarkan pengisytiharan seseorang bukan lagi Islam tanpa terlebih
G
dahulu membuat pengesahan samada pemelukan Islamnya
sah atau tidak. Walaubagaimanapun, kami bersetuju dengan perintah yang telah
dikeluarkan. Dengan itu, setelah kami mendengar,
membaca dan meneliti rekod rayuan, hujah bertulis perayu, hujah responden dan
alasan-alasan yang telah dinyatakan, maka kami sebulat suara berpuashati
H
bahawa perayu telah gagal mengemukakan
alasan-alasan bagi membolehkan mahkamah ini menimbangkan semula
keputusan yang telah dikeluarkan oleh Hakim Bicara dan kami juga
mendapati pihak responden telah tidak sempurna pengislamannya mengikut
kehendak peruntukkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau
I
Pinang) 2004. Oleh itu,
kami memutuskan seperti berikut:

1. Rayuan perayu adalah ditolak.

2. Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dalam kes


Mal Bil: 07100-043-0191-2006 bertarikh 8 May 2008 adalah
dikekalkan.

30
(LAMPIRAN D)

4. AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG


PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN

SEKSYEN 4 SUBSEKSYEN 3 PERENGGAN B :

(1) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh sahnya sesuatu
perkahwinan yang telah di upacara di bawah sesuatu unndang-undang,
agama, adat atau kelaziman sebelum daripada tarikh yang ditetapkan.
(2) Perkahwinan itu, jika sah di bawah undang-undang, agama, adat atau
kelaziman yang di bawahnya ia telah di upacara itu, hendaklah disifatkan
sebagai didaftarkan di bawah akta ini.
31
(3) Tiap-tiap perkahwinan itu, melainkan jika tak sah di bawah undang-
undang, agama, adat atau kelaziman yang di bawahnya ia telah upacara itu,
hendaklah berterusan sehingga dibubarkan

(a) dengan kematian salah satu pihak; atau


(b) dengan perintah sesuatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa
yang layak; atau
(c) dengan suatu penetapan pembatalan yang dibuat oleh sesuatu
mahkamah yang mempunyai bidangkuasa yang layak.

32
(LAMPIRAN E)

33
5. CONTOH KES:

34
35
(LAMPIRAN F)

6. AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG


PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN

SEKSYEN 51. (1) Jika satu pihak kepada sesuatu perkahwinan telah
masuk Islam, pihak yang satu lagi itu yang tidak masuk Islam boleh
mempetisyen untuk perceraian:

Dengan syarat bahawa tiada sesuatu petisyen di bawah seksyen ini


boleh diserahkan sebelum tamat tempoh tiga bulan dari tarikh
masuk Islam itu.

36
(2) Seksyen-seksyen 50 dan 55 tidak dipakai bagi sesuatu petisyen
untuk perceraian di bawah seksyen ini.
(LAMPIRAN G)

37
7. KES:

38
39
(LAMPIRAN H)

40
8. U
N D
A N
G -

UNDANG KELUARGA ISLAM WILAYAH


PERSEKUTUAN

SEKSYEN 46 SUBSEKSYEN 2 :

JIKA SALAH SATU PIHAK KEPADA SESUATU PERKAHWINAN BUKAN


ISLAM MEMELUK AGAMA ISLAM MAKA PERBUATAN DEMIKIAN TIDAK
BOLEH DENGAN SENDIRINYA BERKUATKUASA MEMBUBARKAN
PERKAHWINAN ITU MELAINKAN DAN SEHINGGA DISAHKAN SEDEMIKIAN
OLEH MAHKAMAH.

41
(LAMPIRAN I)

9. AKTA PEREMPUAN BERSUAMI DAN KANAK 1950


(AKTA 263)

SEKSYEN 3(1)
"Perempuan-perempuan yang bersuami berhak menuntut bagi diri mereka
berkeupayaan menanggung diri mereka dan juga anak-anak (sama ada sah
taraf atau tidak sah taraf) yang tidak sendiri, termasuk juga anak angkat.
LAMPIRAN (J)
10. KES:
(LAMPIRAN K)

11. Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan


Perceraian) 1976.

Seksyen 51(1)
Memperuntukkan pihak yang tidak memeluk Islam boleh memohon
perceraian atas alasan penukaran agama pihak yang lain dengan
syarat bahawa petisyen tersebut hendaklah dibuat selepas tamat
tempoh tiga bulan dari tarikh masuk Islam pihak yang memeluk
Islam.

SEKSYEN 51(2)
“Mahkamah boleh, apabila membubarkan perkahwinan itu membuat
peruntukan untuk isteri atau suami, dan untuk nafkah, pemeliharaan
dan penjagaan anak-anak dari perkahwinan itu, jika ada, dan boleh
mengenakan apa-apa syarat ke atas dikri pembubaran itu
sebagaimana yang difikirkannya patut”
(LAMPIRAN L)

12. Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan


Perceraian) 1976.

Seksyen 3(3)

“Akta ini tidak boleh dipakai bagi seseorang Islam atau bagi seseorang
yang berkahwin di bawah Hukum Syarak dan tiada suatu perkahwinan
boleh diupacarakan atau didaftarkan di bawah Akta ini jika salah seorang
daripada pihak-pihak perkahwinan itu menganut agama Islam.
(LAMPIRAN M)
13. KES

You might also like