Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

HUBUNGAN KOMITMEN DAN EMOSI DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK

PELAJAR AMBILAN KHAS JANUARI 2012 DI IPG KAMPUS IPOH.

Baskaran Kannan
Arulnathan Visuvarasam Phd
Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh.
baskaran@ipip.edu.my

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk membincangkan hubungan antara komitmen dan emosi dengan
pencapaian akademik pelajar Ambilan Khas Januari 2012. Kajian ini melibatkan 5 unit
pengajian Ambilan Januari 2012, iaitu seramai 86 orang pelajar di Institut Pendidikan Guru
Kampus Ipoh. Subjek kajian ini merupakan pelajar Ambilan Khas Januari 2012 yang terdiri
daripada bekas Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Pelajar Ambilan Khas Januari 2012
ini mengalami tekanan perasaan dan gangguan emosi yang berbeza dibandingkan pelajar-
pelajar ambilan lain kerana pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka yang rendah
dan beberapa masalah peribadi berbanding pelajar ambilan yang lain. Data kajian dikumpul
menggunakan soal selidik yang mempunyai 20 item untuk mengukur tahap komitmen dan
emosi. Manakala, keputusan peperiksaan akhir semester 1 (semester akademik 1/2013)
Program Ijazah Sarjana Muda perguruan (PISMP) digunakan untuk mengukur pencapaian
pelajar dalam bidang akademik. Dapatan kajian diperolehi melalui analisis statistik deskriptif
dan korelasi Pearson menunjukkan tahap komitmen dan emosi berada pada tahap yang baik
dan tidak mempunyai hubungan dengan pencapaian akademik. Kajian mencadangkan
bahawa terdapat faktor lain yang mempengaruhi tahap pencapaian pelajar.

Kata kunci: Komitmen, emosi, pelajar, pencapaian akademik.

96
THE RELATIONSHIP OF COMMITMENT AND EMOTIONS WITH ACADEMIC
ACHIEVEMENT OF JANUARY 2012 SPECIAL INTAKE STUDENTS AT THE
INSTITUTE OF TEACHER EDUCATION , IPOH CAMPUS.

Abstract

This study was aimed at discussing the relationship of commitment and emotions with the
academic achievement of the January 2012 Special Intake Students. It involved all students from
5 units of the January 2012 intake which consisted of 86 students from the Institute of Teacher
Education, Ipoh Campus. Subjects were former attachment teachers who experienced different
emotional stress and disturbances who were compared to other intake students due to their low
achievement in their Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) and other personal problems. Data was
collected using a 20 item questionnaire which measured sone’s level of commitment and emotions.
Semester 1 (academic semester 1/2013) results of the Bachelor of Education (PISMP) program
was used to measure the achievement of students in the academic field. The findings obtained
through descriptive statistical analysis and Pearson correlation showed that the level of
commitment and emotions were at a good level and had no relation to academic achievement.

Keywords: Commitment, emotions, student, academic achievement.

PENGENALAN
Menurut Katz (1960), sikap mempengaruhi seseorang individu dalam memberi nilai terhadap
simbol objek atau perkara yang disukai atau tidak. Sikap ialah sesuatu yang terhasil daripada
perasaan, kepercayaan atau pemikiran seseorang terhadap objek psikologi. Adnan (1987) pula
menyatakan bahawa sikap pelajar terhadap sesuatu subjek mempunyai hubungan yang penting
dengan pencapaian akademik mereka. Abdullah dan Ainon (1997) mendefinisikan sikap sebagai
sesuatu yang kita sukai sesuatu yang kita tidak sukai. Sikap menggambarkan kesediaan untuk
melakukan sesuatu. Sikap juga menggambarkan kepercayaan seseorang berkenaan sesuatu
perkara. Menurut Aiken (1976) sikap merupakan kecenderungan untuk bertindak secara positif
atau negatif terhadap objek tertentu, situasi, institusi, konsep atau seseorang. Sikap positif rakyat
akan membantu kemajuan negara manakala sikap positif pelajar terhadap pembelajaran akan
meningkatkan pencapaian. Pencapaian secara umumnya bermaksud kejayaan atau kegagalan
pelajar bagi satu-satu ujian, peperiksaan dalam sekolah atau peperiksaan piawai yang direka
bentuk, ditadbir, diberi markah dan diinterpretasikan oleh pakar-pakar dalam bidang tersebut.

97
Lazimnya pencapaian seseorang pelajar dinyatakan dalam skor mentah, gred dan pangkat untuk
satu-satu subjek ataupun keseluruhan kursus (Raha, 1991). Berdasarkan pernyataan ini bolehlah
dirumuskan bahawa sikap pelajar dewasa mempunyai pengaruh terhadap usaha mereka dalam
mencapai pencapaian akademik yang baik. Justeru dalam kajian ini, pengkaji akan melihat sama
ada terdapat hubungan yang signifikan antara sikap iaitu dari segi komitemen dan emosi dengan
pencapaian akademik pelajar ambilan khas iaitu bekas guru sandaran tidak terlatih (GSTT) di
Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh.

Latar Belakang Kajian


Pelajar-pelajar yang terpilih untuk meneruskan pengajian di peringkat tinggi biasanya akan
berhadapan dengan pelbagai masalah dan cabaran. Hal ini kerana mereka perlu berhadapan
dengan suatu persekitaran dan pengalaman yang baharu. Masalah seperti ini bukan sahaja akan
dihadapi oleh pelajar-pelajar lepasan SPM malah pelajar-pelajar yang lebih berusia yang ingin
melanjutkan pengajian mereka di peringkat tinggi. GSTT yang terpilih untuk meneruskan
pengajian ke peringkat tinggi akan berhadapan dengan pelbagai masalah kerana mereka
mempunyai pelbagai komitmen dan kekangan lain untuk meneruskan pengajian di peringkat
pengajian tinggi. Sungguhpun kumpulan pelajar bekas GSTT ini mempunyai pengalaman 2 tahun
hingga 10 tahun sebagai guru sandaran tidak terlatih, namun mereka bukan berada dalam kategori
pelajar cemerlang. Mereka ini berbeza dengan kumpulan pelajar ambilan biasa ke institut
pendidikan guru yang mempunyai keputusan cemerlang dalam SPM. Selain itu, kumpulan pelajar
ambilan khas ini berumur lebih daripada 21 tahun, mempunyai tanggungan seperti menyara isteri
dan suami atau anak serta telah lama meninggalkan bangku sekolah sebagai pelajar. Tambahan
pula, mereka ini juga menghadapi masalah dari aspek kewangan, keluarga, serta kesukaran
menyesuaikan diri, masalah peribadi serta masalah mewujudkan persahabatan dengan pelajar-
pelajar lain yang jauh lebih muda di IPG.

Selain itu, mereka juga mengalami gangguan emosi disebabkan mereka tidak dapat memilih
opsyen pengajian mengikut pilihan sendiri. Pelbagai kekangan semasa berada di IPG
menyebabkan mereka tidak dapat memberikan komitmen yang baik di dalam kelas. Namun,
bekas guru-guru sandaran tidak terlatih yang terpilih untuk mengikuti kursus di IPG ini berani
menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan profesionalisme keguruan di negara ini. Pada masa
yang sama pensyarah yang mengajar kumpulan ini juga selalu merungut bahawa pelajar kumpulan
ini tidak menunjukkan sikap dan komitmen yang baik dan tidak dapat menghasilkan tugasan yang
berkualiti dan memperoleh keputusan peperiksaan yang rendah. Pengkaji sendiri berhadapan

98
dengan masalah ini apabila mengajar mereka selama dua semester. Sehubungan dengan itu, ada
pelajar ditamatkan pengajian kerana tidak mencapai keperluan senat peperiksaan walaupun
pelajar-pelajar ini diberi bimbingan secara individu dan diberi peluang kali kedua untuk
meningkatkan prestasi diri mereka.

Pelbagai kajian berkaitan sikap dan minat seseorang pelajar terhadap pembelajaran menunjukkan
bahawa kedua-dua faktor ini memainkan peranan penting dalam pencapaian akademik. Kajian
yang dijalankan oleh Nor Azah Samot (2005) mendapati bahawa pelajar yang mempunyai minat
yang tinggi dan sikap yang positif terhadap pembelajaran akan mendorong pelajar mendapat
keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran yang diminati. Berdasarkan kajian beliau
terhadap pelajar-pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) yang mengikuti Kursus
Teori Statistik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) seramai 55 menunjukkan prestasi
mereka kurang memberangsangkan dalam kursus tersebut. Keputusan pencapaian akademik
menunjukkan, 27.3% lulus lemah, 25% lulus, sementara 30.9% kepujian berbanding hanya 16.4%
sahaja yang memperoleh keputusan yang cemerlang. Maka, kesimpulannya, lebih daripada 50%
pelajar PKPG tersebut hanya sekadar lulus sahaja dalam Kursus Teori Statistik ini.

Dapatan kajian Halimah Harun (2006) menunjukkan bahawa guru pelatih yang bersikap positif
berminat dalam kerjaya perguruan serta bermotivasi tinggi untuk mencapai kejayaan dalam
kerjaya. Mereka juga menunjukkan prestasi yang lebih baik semasa latihan mengajar berbanding
mereka yang tidak berminat dan rendah motivasinya. Dalam pada itu, pencapaian akademik
pelajar juga sering dikaitkan dengan pelbagai faktor lain yang mempengaruhinya. Kajian yang
dijalankan oleh Mohd Nasir Khalid (1997) mendapati faktor-faktor yang mempengaruhi
pencapaian pelajar ialah keyakinan pelajar, status sosio ekonomi, keluarga, jantina, kedudukan
sekolah, persekitaran sekolah. Justeru, kajian ini dijalankan untuk melihat sama ada wujud
hubungan yang signifikan antara sikap dengan pencapaian akademik pelajar Ambilan Khas
Januari 2012.

Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan sikap iaitu komitmen dan emosi terhadap
pencapaian akademik pelajar Ambilan Khas Januari 2012. Kajian ini dijalankan berasaskan
beberapa objektif yang telah dikenal pasti seperti yang berikut: Mengenal pasti komitmen pelajar
Ambilan Khas Januari 2012 di IPG Kampus Ipoh terhadap pembelajaran

99
i. Mengenal pasti emosi pelajar Ambilan Khas Januari 2012 di IPG Kampus Ipoh
terhadap pembelajaran

ii. Mengkaji hubungan komitmen dengan pencapaian akademik pelajar Ambilan Khas
Januari 2012 di IPG Kampus Ipoh terhadap pembelajaran

iii. Mengkaji hubungan emosi dengan pencapaian akademik pelajar Ambilan Khas
Januari 2012 di IPG Kampus Ipoh terhadap pembelajaran

iv. Mengkaji perbezaan komitmen antara pelajar lelaki Ambilan Khas Januari 2012 IPG
kampus Ipoh dengan pelajar perempuan Ambilan Khas Januari 2012 IPG Kampus
Ipoh terhadap pembelajaran

v. Mengkaji perbezaan emosi antara pelajar lelaki Ambilan Khas Januari 2012 IPG
kampus Ipoh dengan pelajar perempuan Ambilan Khas Januari 2012 IPG Kampus
Ipoh terhadap pembelajaran

Soalan Kajian
Rentetan daripada pernyataan masalah yang telah dibincangkan, pelbagai persoalan yang perlu
dikaji dan mencari jawapannnya. Justeru, pengkaji memberi fokus terhadap sikap pelajar yang
akan dilihat dari aspek komitmen iaitu penglibatan pelajar secara aktif atau tidak dalam
pembelajaran di IPG. Kedua, aspek emosi, iaitu perasaan pelajar sama ada mereka menunjukkan
perasan suka atau tidak terhadap pembelajaran di IPG. Kedua-dua aspek ini kemudian
dihubungkan dengan pencapaian pelajar semester 1 Jun 2013 untuk melihat hubungan antara
pemboleh ubah yang menjadi fokus kajian.

1. Apakah tahap komitmen pelajarAmbilan Khas Januari 2012 di IPG Kampus Ipoh
terhadap pembelajaran?

2. Apakah tahap emosi pelajarAmbilan Khas Januari 2012 di IPG Kampus Ipoh terhadap
pembelajaran?

100
3. Apakah hubungan komitmen dengan pencapaian akademik pelajar Ambilan Khas
Januari 2012 di IPG Kampus Ipoh terhadap pembelajaran?

4. Apakah hubungan emosi dengan pencapaian akademik pelajarAmbilan Khas Januari


2012 di IPG Kampus Ipoh terhadap pembelajaran?

5. Adakah terdapat perbezaan komitmen antara pelajar lelaki Ambilan Khas Januari
2012 di IPG Kampus Ipoh dengan pelajar perempuan Ambilan Khas Januari 2012 di
IPG Kampus Ipoh terhadap pembelajaran?

6. Adakah terdapat perbezaan emosi antara pelajar lelaki Ambilan Khas Januari 2012 di
IPG Kampus Ipoh dengan pelajar perempuan Ambilan Khas Januari 2012 di IPG
Kampus Ipoh terhadap pembelajaran?

Kepentingan Kajian
Berdasarkan beberapa kajian lepas, dapat dirumuskan bahawa sikap pelajar dewasa mempunyai
pengaruh terhadap usaha mereka dalam mencapai pencapaian akademik yang baik. Oleh itu,
dalam kajian ini akan dilihat sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara sikap, iaitu
komitmen dan emosi dengan pencapaian akademik pelajar Ambilan Khas Januari 2012 di IPG
Kampus Ipoh.

Secara umumnya dapatan kajian ini dapat memberi manfaat kepada:

i. Pelajar PISMP Ambilan Khas Januari 2012 mengenal pasti komitmen dan emosi diri
mereka dan berusaha untuk meningkatkan komitmen dan emosi diri mereka terhadap
pembelajaran seterusnya meningkatkan pencapaian akademik.
ii. Pensyarah yang terlibat secara lagsung dengan mereka kerana melalui maklum balas
tentang komitmen dan emosi pelajar PISMP Ambilan Khas Januari 2012, pensyarah dapat
menyampaikan ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih berkesan dan merancang
tugasan akademik serta strategi pengajaran pembelajaran yang sesuai mengikut
kemampuan pelajar Ambilan Khas Januari 2012 iaitu pelajar dewasa yang mempunyai
pelbagai kekurangan dan kekangan.
iii. Menjadi rujukan kepada pihak IPG unit kaunseling agar dapat mengatur program
kaunseling bagi menangani gangguan dari segi komitmen dan emosi pelajar Ambilan

101
Khas Januari 2012 untuk membentuk komitmen dan emosi yang diingini bagi
menghasilkan pelajar yang cemerlang pencapaian akademik serta berkualiti tinggi.
iv. Memberi input berguna kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia bagi merangka dasar
ataupun program-program tertentu mengikut keperluan pelajar-pelajar dewasa secara
umun dan kepentingan pelajar ambilan khas secara khusus.

Batasan Kajian
Kajian ini dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Responden kajian adalah kecil,
iaitu seramai 86 orang pelajar ambilan khas Januari 2012 dari Unit Pengajian Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah. Kajian ini menggunakan keseluruhan populasi sasaran,
iaitu guru-guru pelatih semester 1 ambilan khas tahun pengajian 2013. Statistik deskriptif dan
inferensi digunakan untuk menganalisis data. Kajian ini dilimitasikan terhadap responden kajian
di IPG Kampus Ipoh sahaja.

KAJIAN LITERATUR

Kajian Sikap Dari Aspek Komitmen


Komitmen ialah memberikan sepenuh tenaga dan perhatian atau menunjukkan sokongan dan
azam yang sepenuhnya kepada sesuatu. Sikap dari segi komitmen adalah berkaitan penglibatan
diri seseorang pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara perkara yang berkaitan
dengan sikap yang boleh diperhati dan melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran ialah
memberi fokus semasa pensyarah menyampaikan kuliah, mengambil nota, tekun dan
bertanggungjawab, rajin melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran, rajin mencari
bahan tambahan, rajin berkongsi idea dan sebagainya.

Mohamad Johdi Salleh, Che Noraini Hashim, Ismael Hassanaen (2009) dalam kajian mereka
membincangkan status sosio ekonomi (SSE) serta komitmen ibu bapa terhadap pencapaian pelajar
dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Secara keseluruhan, kajian ini adalah menunjukkan
bahawa latar belakang status sosio ekonomi (SSE) serta komitmen ibu bapa mempunyai kaitan
rapat terhadap pencapaian anak-anak mereka dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).
Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesungguhan usaha dan ketinggian komitmen telah terbukti
menghasilkan perubahan dan kejayaan kedudukan. Paling penting ialah komitmen ibu bapa dan

102
guru yang dapat diklasifikasikan sebagai usaha dan ikhtiar paling efektif dalam menempa,
mengukir, dan menjana kecemerlangan pelajar.

Kajian Wan Izzuddin Wan Sulaiman dan Wan Hasni Wan Sulamian (1991) tentang strategi belajar
yang berkesan menunjukkan bahawa ketepatan masa menghadiri kuliah penting untuk
memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam memahami dan mencatat nota yang betul dan penting.
Hal Ini jelas menunjukkan komitmen yang tinggi memainkan peranan penting dalam memastikan
kejayaan walaupun ketika mengambil nota dan menghadiri kuliah. Kajian Taylor (1990) tentang
komitmen diri dari segi peruntukan masa untuk membuat ulangkaji mempunyai kaitan dengan
peningkatan prestasi dalam pencapaian akademik pelajar. Keputusan kajian menunjukkan bahawa
pelajar yang memberi komitmen yang tinggi seperti menggunakan masa yang banyak untuk
membaca dan mengulangkaji akan mempunyai peningkatan dalam pencapaian akademik.

Komitmen tinggi pelajar dari segi membuat latihan dan perbincangan menjadi dua faktor utama
untuk mencapai tahap pengekalan ilmu pengetahuan yang dipelajari dengan baik. Pengekalan ilmu
pengetahuan yang dipelajari akan memastikan pencapaian akademik yang cemerlang. Hanafi
Ismail (2001) menyatakan bahawa kira-kira 90% daripada objektif pembelajaran boleh dicapai
apabila pelajar membuat latihan dan perbincangan dengan pihak-pihak berkenaan. Objektif
pembelajaran hanya boleh mencapai sasaran 80% dengan membuat perbincangan sahaja,
manakala dengan hanya melihat dan mendengar ia boleh mencapai ke tahap 50%, 40% melalui
melihat, 30% melalui mendengar, manakala menerusi pembacan sahaja, objektif pembelajaran
boleh mencapai tahap 20% sahaja. Rumusan ini menunjukkan bahawa komitmen yang tinggi
penting untuk memperolehi kejayaan yang baik.

Rodiah Ahmad (2008) pula dalam kajiannya mendapati wujudnya hubungan yang signifikan
antara komitmen pelajar dalam pembelajaran bahasa Malaysia dengan amalan pengajaran guru
dalam mata pelajaran tersebut. Skinner dan Belmont (1993) pula melihat komitmen pelajar
menerusi indikator kognitif, emosi dan tingkah laku. Mereka mengatakan bahawa pelajar yang
mempunyai komitmen tinggi menunjukkan penglibatan yang berterusan dalam aktiviti
pembelajaran dan diikuti oleh emosi yang positif. Menurut mereka lagi, pelajar ini akan
memberikan tumpuan dan usaha yang bersungguh-sungguh dalam pelaksanaan tugasan yang
diberikan dan memaparkan emosi yang positif termasuk kesungguhan, optimis, rasa ingin tahu
dan minat yang mendalam. Sebaliknya pelajar yang kurang komitmen akan menunjukkan reaksi
yang sangat pasif, tidak berusaha bersungguh-sungguh dan mudah berputus asa apabila

103
berhadapan dengan cabaran. Mereka mudah bosan, tertekan, berasa risau dan mudah marah
apabila mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan kemungkinan boleh
bersikap agresif seperti memberontak dan melawan guru dan bergaduh dengan rakan sekelas.

Kajian Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Nordin Abd Razak (2010) yang bertujuan untuk melihat
hubungan antara dua pemboleh ubah iaitu kualiti guru dengan komitmen belajar pelajar
menunjukkan bahawa wujudnya hubungan positif yang sederhana antara ciri kualiti guru yang
dikaji dengan komitmen pelajar. Hubungan guru-pelajar dikenal pasti sebagai ciri kualiti guru
yang menjadi peramal terbaik bagi meningkatkan komitmen belajar pelajar. Kajian ini
menunjukkan bahawa hubungan guru-pelajar adalah faktor yang signifikan dalam meningkatkan
komitmen belajar pelajar dan meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan diri.

Kajian Sikap Dari Aspek Emosi


Emosi didefinisikan sebagai suatu ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang, gembira,
malu, sedih, takut dan sebagainya. Iaitu kehebatan dan kesensitifan perasaan yang selalunya
diluahkan daripada dalaman kepada tingkah laku tertentu atau cara kita menyampaikan perasaan.
Perasaan-perasaan yang kuat ini akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada pada perubahan
tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana
ketakutan. Dalam istilah psikologi, emosi merupakan bahasa dalaman seseorang yang berkait
rapat dengan tindak balas (fizikal) daripada sensitiviti perasaan dalaman dan luaran (pergaulan
sosial). Emosi adalah suatu pergerakan dalam minda yang dikeluarkan oleh pengaruh luaran dan
melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi (Mahmood Nazar Mohamed,
1992).

Emosi memiliki bentuk yang berbeza yang terdiri daripada emosi berbentuk suka, sedih, marah,
malu, takut dan sebagainya. Emosi berkembang kerana motif serta motivasi yang lahir dalam diri
manusia. Motivasi dan emosi adalah saling berhubungan, iaitu apabila motivasi berada dalam
keadaan buruk maka emosi manusia itu akan menjadi buruk dan sebaliknya. Kesihatan manusia
bergantung pada kecerdasan atau kesihatan emosi. Sekiranya emosi individu itu tidak baik dan
berada dalam keadaan terganggu, ia sedikit sebanyak mengganggu tahap kesihatan individu
tersebut. Justeru, aspek emosi dan perasaan harus diambil kira dalam diri setiap pelajar. Sekiranya,
kedua-dua aspek ini gagal ditangani dengan cepat dan baik, ia akan membawa kepada kesan buruk
dalam proses pembelajaran. Mengikut Maslin Sulaiman (2002), seseorang pelajar harus

104
menganalisis dan membahagikan masa bagi melakukan tugas-tugas rutin secara terperinci dan
sistematik untuk mengelakkan bebanan dan tekanan yang berlebihan.

Norhayati Hj Ahmad Zakaria (2003) dalam kajiannya, telah menunjukkan hubungan yang
signifikan antara kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar Kursus Diploma
Perguruan Malaysia (KDPM) di Institut Perguruan Darul Aman (IPDA). Berdasarkan kajian,
wujud hubungan yang positif antara domain pengenalan emosi diri, pengurusan emosi diri dan
pemotivasian emosi dengan pencapaian akademik pelajar. Kajian Azizi Yahaya et al., (2006)
berkaitan kecerdasan emosi dan pencapaian akademik terhadap pelajar sekolah menengah
menunjukkan wujud hubungan antara dimensi kecerdasan emosi dan motivasi diri. Hasil kajian
beliau juga telah menunjukkan pekali korelasi antara kecerdasan emosi dengan pencapaian
akademik pelajar, r = -1.63 pada aras keertian p<0.01. Hal ini menunjukkan wujudnya hubungan
yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar. Sungguhpun
demikian nilai pekali korelasinya berada pada tahap lemah. Oleh yang demikian kecerdasan emosi
bukan faktor penentu utama bagi tahap pencapaian akademik pelajar. Walau bagaimanapun
pengaruh faktor ini masih berlaku dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar-pelajar
tersebut.

Berdasarkan kajian lepas, satu kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti pertalian antara
kecerdasan emosi dengan tingkah laku dan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah.
Sejumlah 100 orang pelajar Tingkatan 4 daripada SMK Jelawat, Bachok, Kelantan telah
mengambil bahagian dalam kajian ini. Kajian ini telah ditadbir untuk mengukur lima jenis
kecerdasan emosi iaitu Kesedaran Diri, Kawalan Diri, Motivasi, Empati dan Kemahiran Sosial.
Selain kecerdasan emosi, tingkah laku dan pencapaian akademik pelajar turut diukur. Semua
kecerdasan emosi yang dikaji menunjukkan pertalian yang sederhana dengan pencapaian
akademik pelajar dengan kawalan Diri (r = 0.533), empati (r = 0.529), motivasi (r = 0.463),
kemahiran sosial (r = 0.448) dan kesedaran diri (r = 0.406). Apabila lima kecerdasan emosi ini
dikorelasikan dengan tingkah laku pelajar, tiga jenis kecerdasan mempunyai korelasi yang tinggi
manakala dua lagi mempunyai korelasi yang sederhana. Kemahiran sosial (r = 0.724), empati (r =
0.721) dan motivasi (r = 0.718) mempunyai pertalian yang tinggi manakala kawalan diri (r =
0.697) dan kesedaran Diri (r = 0.658) mempunyai pertalian yang sederhana dengan tingkah laku
pelajar (Chang Siok Gim & Rodziah Mohamad, 2012).

105
Faktor kecerdasan emosi seseorang kaki tangan kerajaan telah dikenalpasti mempengaruhi
komitmen dan kualiti kerjanya (Carson & Carson, 1998). Kajian-kajian berkaitan emosi dan
komitmen menunjukkan kakitangan yang komited akan terus rajin bekerja sama ada suasana
dalam organisasi itu memberangsangkan ataupun sebaliknya. Pengkaji- pengkaji ini menyatakan
bahawa seseorang individu yang komited dengan pekerjaannya merupakan mereka yang
mempunyai emosi yang cerdas. Hal ini adalah kerana mereka yang cerdas emosinya akan dapat
memotivasikan dan mengendalikan emosi diri sendiri, berwawasan apabila membuat suatu
keputusan, memahami dan empati dengan keperluan psikologi orang lain serta menjalinkan
hubungan sosial yang baik dengan orang-orang di sekelilingnya.

Walaupun kajian berhubung sikap seseorang terhadap pembelajaran banyak dijalankan di


peringkat sekolah rendah dan menengah namun di peringkat pengajian tinggi, tidak banyak kajian
sebegini dijalankan. Sehubungan dengan itu pengkaji memfokuskan kepada pelajar institut
pendidikan guru iaitu pelajar ambilan khas yang pernah menjadi guru sandaran tidak terlatih di
sekolah rendah. Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa kajian berhubung sikap terhadap suatu
perkara merupakan kajian yang penting kerana melalui sikap yang ditonjolkan, kita dapat
membuat perkaitan antara sikap dengan tingkah laku yang pelbagai (Kamsiah Osman, Zanaton
Haji Iksan, Lilia Halim, 2007). Sebagai contoh, sekiranya pelajar mempunyai sikap yang positif
terhadap pembelajaran, kebiasannya mereka akan menunjukkan tingkah laku yang positif
terhadap pembelajaran seperti menunjukkan minat yang tinggi terhadap ilmu yang disampaikan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti
yang dikendalikan. Seterusnya, pelajar-pelajar yang mempunyai sikap yang positif ini
kebiasaannya akan memperolehi pencapaian akademik yang baik dalam pembelajaran.

Keadaan sebaliknya akan berlaku jika pelajar-pelajar mempunyai sikap yang negatif terhadap
pembelajaran. Mereka tidak akan menunjukkan minat yang tinggi terhadap apa yang diajar di bilik
darjah, tidak mengambil bahagian secara aktif di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, kurang
bertanya, tidak mahu bekerjasama dalam aktiviti kumpulan, mengganggu pelajar lain dan tidak
menunjukkan respon positif terhadap tanggungjawab yang diberikan. Golongan pelajar ini
biasanya akan gagal mencapai keputusan akademik cemerlang (Kamsiah Osman, Zanaton Haji
Iksan, Lilia Halim, 2007). Justeru, kajian terhadap golongan pelajar yang menuntut ilmu di Institut
Pendidikan Guru, khasnya pelajar ambilan khas guru sandaran tidak terlatih perlu dilakukan bagi
membantu mereka menyelesaikan masalah berkaitan sikap dan tingkah laku negatif sekiranya ia
wujud semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di IPG Kampus Ipoh.

106
METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian


Kajian ini adalah berupa kajian deskriptif dan kajian inferensi. Menurut Mohd Majid Konting
(1990), kajian deskriptif dilakukan bagi menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku
dengan menganalisis data yang diperoleh melalui instrumen yang tertentu seperti soal selidik atau
media-media lain. Rekabentuk kajian ini adalah berupa kajian kuantitatif yang bersesuaian dengan
objektif kajian untuk melihat hubungan sikap dengan pencapaian akademik pelajar ambilan khas.
Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan keputusan peperiksaan semester
1, sikap (komitmen dan emosi). Dalam kajian ini data jenis oridinal akan digunakan. Data-data
dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik diedarkan dan dikutip
daripada semua responden oleh penyelidik sendiri.

Instrumen Kajian
Dalam kajian ini soal selidik berskala likert dipilih untuk diberikan kepada responden kajian.
Responden kajian hanya perlu memilih jawapan paling sesuai dengan pilihan diri. Soal selidik
kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahgian A dan bahagian B. Bahagian A adalah
bahagian demografi yang mengandungi item-item yang berkaitan dengan latar belakang
responden seperti kursus, jantina, status perkahwinan, dan CGPA sem 1. Responden hanya perlu
mengisi maklumat yang dikehendaki pada ruang yang disediakan manakala bahgian B
merangkumi 20 soalan yang berkaitan dengan sikap terhadap pembelajaran.Soal selidik berskala
Likert dipilih, dan responden kajian hanya perlu memilih jawapan yang paling sesuai dengan
pilihan sendiri. Instrumen soal selidik yang digunakan ini merupakan instrumen yang telah diguna
pakai oleh Mohd Nihra Haruzuan Mohd Said & Chandrathevy Kuppusamy (2012). Instrumen
kajian ini pernah digunakan oleh mereka untuk mengkaji hubungan sikap (Komitmen, emosi,
Berwawasan) dengan pencapaian akademik pelajar PKPG tahun akhir di Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Sampel Kajian
Dalam kajian ini, responden yang dipilih adalah semua pelajar Ambilan Khas Januari 2012 di
IPGKI yang pernah menjadi guru sandaran tidak terlatih (GSTT) di sekolah. Mereka mempunyai
pengalaman mengajar 2 hingga 10 tahun. Jumlah sampel kajian adalah 86 orang pelajar iaitu
seramai 15 orang pelajar lelaki dan 71 orang pelajar perempuan. Mereka terdiri daripada pelajar

107
yang berumur 22 tahun hingga 30 tahun. Pelajar ini merupakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM). Berdasarkan keputusan SPM, pelajar-pelajar ini mempunyai pencapaian yang
sederhana sahaja di dalam bidang akademik.

Prosedur Pengumpulan Data


Soal selidik untuk mengukur komitmen dan emosi pelajar diedar kepada pelajar-pelajar ambilan
khas yang menjadi responden kajian ini. Data yang diperolehi daripada soal selidik yang
mengukur komitmen, emosi dan pencapaian pelajar dalam peperiksaan sem 1, 2013 dianalisis
menggunakan perisian SPSS. Analisis diskriptif digunakan dalam bentuk peratus, min, sisihan
piawai dan frekuensi serta ujian korelasi digunakan untuk melihat hubungan sikap iaitu daripada
segi komitmen dan emosi dengan pencapaian.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini membincangkan analisis kajian yang diperolehi daripada kajian yang telah
dilaksanakan. Data soal selidik dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi.
Analisis deskriptif menggunakan statistik frekuensi, min dan sisihan piawai. Analisis ini diguna
pakai untuk melihat secara menyeluruh taburan responden dan profil responden seperti jantina
dan latar belakang pendidikan. Untuk menterjemahkan nilai skor min yang diperoleh mengikut
tahap, skala interpretasi seperti yang dicadangkan oleh Alias Baba (1997) digunakan seperti
dalam Jadual 1 di bawah.

Jadual 1
Interpretasi Skor Min

Skor Min Interpretasi


1.00 – 2.00 Tahap Rendah
2.01 – 3.00 Tahap Sederhana Rendah
3.01 - 4.00 Tahap Sederhana Tinggi
4.01 – 5.00 Tahap Tinggi

Analisis deskriptif digunakan untuk menjawab soalan kajian pertama dan kedua iaitu tahap
komitmen dan tahap emosi responden kajian terhadap pembelajaran. Seterusnya dalam soalan
kajian ketiga iaitu melihat hubungan komitmen dengan pencapaian akademik, soalan kajian
keempat iaitu melihat hubungan emosi dengan pencapaian akademik, soalan kajian kelima iaitu
melihat perbezaan komitmen antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan terhadap

108
pembelajaran serta soalan kajian keenam iaitu melihat perbezaan emosi antara pelajar lelaki
dengan pelajar perempuan terhadap pembelajaran, pengkaji menggunakan analisis inferensi
seperti t-test dan korelasi Pearson. Pekali korelasi Pearson digunakan untuk melihat kekuatan dan
arah hubungan linear antara pembolehubah-pembolehubah yang dikaji.

Mengenal pasti Komitmen Pelajar Terhadap Pembelajaran


Jadual 2
Analisis Tahap Komitmen Pelajar Terhadap Pembelajaran

Bil Item
N Min

1 Saya selalu mengulangkaji pelajaran sebelum kuliah 86 3.38


2 Saya melakukan latihan tambahan tanpa disuruh oleh
86 3.60
pensyarah
3 Saya ada mencatat nota sendiri ketika pensyarah mengajar di
86 4.30
samping nota kuliah yang disediakan
4 Saya berusaha membuat rujukan tambahan tanpa bergantung
86 4.05
pada nota kuliah semata-mata
5 Setiap latihan yang diberikan oleh pensyarah akan saya cuba
86 4.16
buat dengan sendiri
6 Saya beranggapan setiap kehadiran ke kuliah atau tutorial
86 4.63
adalah penting walaupun jumlah masa amat kecil
7 Markah penilaian berterusan bagi saya amat penting walaupun
86 4.59
jumlahnya amat kecil
8 Saya menumpukan perhatian sepenuhnya semasa kuliah
kerana beranggapan setiap perkara yang disampaikan oleh 86 4.44
pensyarah adalah penting
9 Saya melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan
86 4.58
semasa kuliah
10 Saya akan mendapatkan rujukan dari perpustakaan sekiranya
86 4.17
perlu
Purata 4.19

Jadual 2 menunjukkan min bagi setiap item untuk mengukur tahap komitmen pelajar terhadap
pembelajaran. Min 4.63 yang berada di tahap tinggi jelas menunjukkan bahawa kebanyakan
responden beranggapan kehadiran mereka ke kuliah atau tutorial adalah amat penting. Selain itu,
min 4.59 yang tinggi terhadap markah penilaian berterusan bagi responden amat penting walaupun
wajarannya amat kecil semasa penilaian akhir. Di samping itu, min 4.58 terhadap responden
melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan semasa kuliah jelas menunjukkan bahawa

109
tahap komitmen responden yang tinggi terhadap pembelajaran. Kesimpulannya, analisis kajian
terhadap soalan kajian ini menunjukkan bahawa min tahap komitmen pelajar terhadap
pembelajaran ialah 4.19. Hal ini menunjukkan bahawa tahap komitmen pelajar Ambilan Khas
Januari 2012 terhadap pembelajaran berada pada tahap yang tinggi.

Mengenal pasti Tahap Emosi Responden Terhadap Pembelajaran


Jadual 3
Analisis Emosi Pelajar Terhadap Pembelajaran

Bil IItem Sisian


N Min
Piawai
1 Saya menyedari kelemahan yang terdapat dalam diri dan saya
86 4.69 .51
berusaha untuk memperbaikinya
2 Saya berasa gembira apabila mendapat markah atau gred yang baik
86 4.77 .44
dalam peperiksaan
3 Saya berasa tercabar apabila pelajar lain berjaya mencatat keputusan
86 4.31 .98
yang cemerlang
4 Saya bermotivasi untuk menjadi rajin apabila orang di sekeliling
86 4.47 .77
saya menunjukkan sikap rajin
5 Saya mempunyai hubungan yang baik dan mesra dengan rakan dan
86 4.62 .59
pensyarah-pensyarah yang mengajar saya
6 Saya lebih suka belajar secara berkumpulan 86 3.98 1.01
7 Kehadiran saya ke kuliah setiap hari adalah sesuatu yang
86 4.38 .78
menyeronokkan
8 Kemasukan saya ke dalam program ini adalah atas kerelaan saya
86 4.58 .80
sendiri
9 Saya lebih suka mengulangkaji pelajaran daripada bersukan 86 3.61 1.13
10 Saya yakin dan berani bertanya kepada pensyarah sekiranya saya
86 4.44 .67
kurang pasti atau tidak faham tentang subjek yang dipelajari
Purata 4.38

Jadual 3 menunjukkan min bagi setiap item untuk mengukur tahap emosi pelajar terhadap
pembelajaran. Daripada jadual di atas, min 4.77 dalam aspek responden berasa gembira apabila
mendapat markah atau gred yang baik dalam peperiksaan jelas menunjukkan bahawa emosi
kebanyakan responden berada pada tahap yang positif. Selain itu, min 4.69 dalam aspek
menyedari kelemahan yang terdapat dalam diri dan respoden berusaha untuk memperbaikinya
menunjukkan bahawa responden juga menyedari kelemahan diri mereka dari segi emosi. Selain
itu, analisis menunjukkan bahawa responden kajian mempunyai hubungan yang baik dan mesra
dengan rakan dan pensyarah-pensyarah yang mengajar mereka, iaitu min sebanyak 4.62.

110
Kemungkinan usia yang matang responden kajian dan pengalaman mengajar di sekolah bersama
dengan guru-guru berpengalaman dapat menyumbang min yang tinggi terhadap pernyataan ini.
Kesimpulannya, analisis kajian menunjukkan bahawa min tahap emosi pelajar terhadap
pembelajaran ialah 4.38. Hal ini menunjukkan bahawa tahap emosi pelajar Ambilan Khas Januari
2012 terhadap pembelajaran berada pada tahap yang tinggi. Min tahap emosi juga lebih baik
berbanding min tahap komitmen. Hal ini bermakna kestabilan emosi pelajar Ambilan Khas
Januari 2012 berada pada tahap yang memuaskan.

Hubungan komitmen dengan pencapaian akademiik terhadap pembelajaran


Jadual 4
Hubungan Komitmen Dengan Pencapaian Akademik Terhadap Pembelajaran

Purata Nilai
Gred
Komitmen Kumalatif
Purata Nilai Gred Kumalatif Pearson Correlation 1 0.09
Sig. (2-tailed) 0.40
N 86 86
Komitmen Pearson Correlation 0.09 1
Sig. (2-tailed) 0.40
N 86 86

Jadual 4 menunjukkan hubungan antara purata nilai gred kumulatif dengan komitmen pelajar
terhadap pembelajaran sangat lemah iaitu 0.09. Jadual di atas juga menunjukkan bahawa tidak ada
hubungan yang signifikan antara tahap komitmen dengan purata nilai gred kumulatif iaitu 0.40.

Hubungan Emosi Dengan Pencapaian Akademiik Terhadap Pembelajaran


Jadual 5
Hubungan Emosi Dengan Pencapaian Akademiik Terhadap Pembelajaran

Purata Nilai Gred


Emosi Kumalatif
Emosi Pearson Correlation 1 0-.14
Sig. (2-tailed) 0.17
N 86 86
Purata Nilai Gred Kumalatif Pearson Correlation -0.14 1
Sig. (2-tailed) 0.17
N 86 86

111
Jadual 5 menunjukkan hubungan antara purata nilai gred kumulatif dengan emosi pelajar terhadap
pembelajaran menunjukkan hubungan yang negativf iaitu -0.14. Jadual 5 juga menunjukkan tidak
ada hubungan yang signifikan antara komitmen dengan purata nilai gred kumulatif 0.17.

Perbezaan Tahap Komitmen Antara Responden Lelaki Dengan Responden Perempuan


Terhadap Pembelajaran

Jadual 6
Analisis Tahap Komitmen Responden Terhadap Pembelajaran

Sisishan
Jantina N Min Df t Signifikan
Piawai
Lelaki 15 4.29 0.48 84 0-.99 .32
Perempuan 71 4.41 0.40

Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap komitmen
responden lelaki dengan responden perempuan terhadap pembelajaran (p=0.32>α0.05).

Perbezaan Tahap Emosi Antara Responden Lelaki Dengan Responden Perempuan


Terhadap Pembelajaran

Jadual 7
Analisis Emosi Responden Terhadap Pembelajaran

Sisishan
Jantina N Min Df t Signifikan
Piawai
Lelaki 15 4.16 0.49 84 -0.31 .75
Perempuan 7 4.20 0.45

Dapatan kajian menunjukkan nilai p= 0.75> α 0.05. Dengan ini perbezaan emosi antara responden
lelaki dengan responden perempuan terhadap pembelajaran menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan. Jika berdasarkan hasil analisis deskriptif sebelum ini didapati terdapat
sedikit perbezaan dari segi emosi dan komitmen antara pelajar lelaki dan perempuan namun hasil
analisis t-test telah membuktikan bahawa tidak wujudnya perbezaan yang signifikan antara jantina
dengan kedua-dua aspek yang dikaji.

112
KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kesimpulan
Kesimpulannya, responden kajian mempunyai komitmen dan emosi yang positif terhadap
pembelajaran mereka. Namun, analisis kajian menunjukkan bahawa pencapaian akademik
responden tidak berada pada tahap yang memuaskan. Dapatan kajian ini tidak selaras dengan
dapatan kajian Mohd. Said, Mohd. Nihra Haruzuan, Kuppusamy dan Chandrathevy (2012).
Dapatan kajian mereka menunjukkan bahawa sikap komitmen dan berwawasan mempunyai
hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar Program Khas Pensiswazahan
Guru (PKPG). Namun kajian mereka terhadap sikap emosi menunjukkan dalam keadaan
sebaliknya. Walaupun dalam kajian ini responden menunjukkan tahap komitmen dan tahap emosi
yang positif terhadap pembelajaran tetapi mereka tidak menunjukkan pencapaian akademik yang
baik. Hal ini disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti pencapaian akademik di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) yang rendah dibandingkan dengan pelajar-pelajar PISMP yang
mempunyai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Seterusnya, faktor komitmen mereka
terhadap perkara lain seperti menjalankan tanggungjawab sebagai suami, isteri dan ibu bapa.
Malah, beban kewangan seperti pinjaman perumahan, kereta dan pinjaman peribadi menjadi
kekangan dalam mencapai keputusan cemerlang dalam akademik. Akhir sekali, usia responden
kajian yang melebihi 25 tahun juga sedikit sebanyak mempengaruhi pencapaian akademik
responden kajian dalam kajian ini.

Implikasi dan Cadangan Kajian


Kajian ini diharapkan dapat memberi manafaat kepada pensyarah kerana analisis kajian ini dapat
membantu pensyarah menyampaikan ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih berkesan dan
merancang tugasan akademik serta strategi pengajaran pembelajaran yang sesuai mengikut
kemampuan pelajar ambilan khas iaitu pelajar dewasa yang mempunyai pelbagai kekangan. Selain
itu, kajian ini dapat dijadikan rujukan kepada unit kaunseling IPG agar dapat mengatur program
kaunseling bagi menangani gangguan emosi dan sikap negatif pelajar ambil khas untuk
membentuk sikap yang diingini bagi menghasilkan pelajar berpencapaian akademik yang
cemerlang serta produk IPG berkualiti tinggi. Akhir sekali, kajian ini dapat memberi input berguna
kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia bagi merangka dasar ataupun program-program
tertentu mengikut keperluan pelajara-pelajar dewasa secara umun dan kepentingan pelajar
Ambilan Khas Januari 2012 secara khusus pada masa kini dan akan datang.

113
RUJUKAN

Abd. Halim Mohamad & Wan Mohamad Wan Sulong. (2003). Antara Minat dan Sikap Pelajar
Terhadap Bahasa Arab : Satu Kajian Kes Pelajar Bachelor Bahasa Arab Di IPTA
Malaysia. Wacana Pendidikan Islam (Siri 5) Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab
Pemangkin Peradaban Ummah. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Abdullah & Ainon (1986). Daya pengaruh dan perubahan sikap. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn.

Adnan. (1987). Pertalian Antara Sikap Pelajar Terhadap Matapelajaran Tertentu dan
Pencapaian Dalam Peperiksaan. Tesis Tidak Diterbitkan. Universiti Malaya, Kuala
Lumpur.

Aiken, L.R. (1976). Update on Attitude and Other Effective Variables in Learning Mathematics,
Attitudes a hand book of social psychology. Werchester Moss: Clark Mines Press.

Alias Baba. (1997). Statistik Penyelidikan dlam Pendidikan dan Sains Sosial. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Azizi Yahya. (2006). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS
Professional Sdn Bhd.

Azizi Hj. Yahaya, Jamaluddin Ramli & Yusof Boon. (2010). Sumbangan Sikap Terhadap
Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Matematik: Sejauhmanakah Hubungan Ini
Relevan? Tidak Diterbitkan.

Chan Siok Gim & Nor Rodziah Mohamad. (2012). Kecerdasan Emosi dan Hubungannya dengan
Perilaku dan Prestasi Akademik Pelajar Sekolah Menengah di Bachok,
Kelantan.Akademika , Mei-Ogosc2012, Vol. 82 Issue 2, 109-118, 10.

Carson, K. D. & Carson, P. P. (1998). Career Commitment, Competencies, And


Citizenship. Journal of Career Assessment 6(2), 195-208.

Chew Soi Mooi. (2006). Hubungan Antara Sikap dan Pencapaian Mata Pelajaran Ekonomi
Tingkatan Enam di Sebuah Sekolah Menengah di Tawau. Sabah. UMS.

Dalinah Banting. (1998). Hubungan Sikap Dan Motivasi Dengan Pencapaian Bahasa Melayu
Dan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar Luar Bandar. Sintok: Universiti Utara
Malaysia

GhazaliYusri, Nik Mohd Rahimi & Parilah M. Shah (2010). Sikap Pelajar Terhadap
Pembelajaran Kemahiran Lisan Bahasa Arab Di Universiti Teknologi MARA (UiTM)
GEMA Online™ Journal of Language Studies.Volume 10(3), 15-33.

Halimah Harun. (2006). Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih. Jurnal
Pendidikan 31, 83 – 96.

114
Hanifi Ismail (2001). Tujuh Cabaran Menjadi Pelajar Cemerlang. Cetakan Kedua. K. Lumpur:
Al-Hidayah Publishers.

Kamsiah Osman Zzanaton Haji Iksan & Lilia Halim. (2007). Sikap terhadap Sains dan Sikap
Saintifik di kalangan Pelajar Sains. Jurnal Pendidikan 32, 39-60.

Katz, R. (1960). The Functional Approach to the Study of Attitude. Pub. Op. Qart.

Mahmood Nazar Mohamed (1992). Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa
dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maslin Sulaiman (2002). Masalah Yang Dihadapi Oleh Tenaga Pengajar Atau Guru Teknikal
Bukan Siswazah Terhadap Profesion Perguruan Di Sekolah Menengah Teknik Di Negeri
Selangor. Universiti Teknologi Malaysia: Laporan PSM. Tidak diterbitkan.

Mohamad Johdi Salleh, Che Noraini Hashim & Ismael Hassanaen (2009). International Islamic
University Malaysia (IIUM) 14th International Conference on Education. Theme:
Bridging Words: Making Connections in Education. 21th-24th May 2009. By Sultan
Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam.

Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Mohd Nasir Khalid (1997). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Di


Sekolah-Sekolah Di Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda Tidak
Diterbitkan.

Mohd Nihra Haruzuan Mohd Said & Chandrathevy Kuppusamy. (2012). Hubungan Sikap
(Komitmen, Emosi, Berwawasan) Dengan Pencapaian Akademik Pelajar PKPG Tahun
Akhir di Fakulti Pendidikan UiTM, Skudai. Journal of Education Psychology, 6, 74-91.

Mohd Nor C. Lah (1998). Hubungan Sikap, Motivasi Dan Latar Belakang Pelajar Sains Tulen
Dengan Pencapaian Akademik Bahasa Melayu.Bangi: Uniersiti Putra Malaysia. Tesis
Sarjana tidak Diterbitkan.

Noraini Omar (2008). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata
Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima. Jurnal Pendidikan, Institut Perguruan Tun
Abdul Razak, Sarawak.

Nor Azah Samot (2005). Kajian Kursus Teori Statistik Pelajar-pelajar PKPG di UPSI. Tanjung
Malim.

Norhayati Hj Ahmad Zakaria (2003). Kecerdasan Emosi Dan Hubungannya Dengan Pencapaian
Akademik. Tesis UUM.

Pintrich, P. R., & Schunk, D. H. (1996). Motivation In Education: Theory, Research And
Applications. Englewood Cliffs: Prentice-Hall Inc.

Raha (1991). Korelasi antara status sosio ekonomi keluarga pelajar, bentuk stail kognitif dan
pencapaian akademik pelajar dalam sains dan Matematik. Tesis Sarjana, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

115
Rodiah Ahmad. (2008). Pengajaran Guru, Persekitaran Pembelajaran dan Sikap Murid dalam
Pembelajaran KOMSAS. Tesis Program Sarjana Pendidikan (Tidak diterbitkan). Pulau
Pinang, Universiti Sains Malaysia.

Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Nordin Abd Razak. (2010). Hubungan Guru-Pelajar dan
Kaitannya dengan Komitmen Belajar Pelajar: Adakah Guru Berkualiti Menghasilkan
Perbezaan.

Rohani Mohd Atan & Shaharom Noordin. (2007). Hubungan Antara Sikap Dengan Pencapaian
Pelajar Tingkatan Empat Dalam Tajuk Daya. UTM Jilid 12 Oktober 50-60.

Skinner, E.A., & Belmont, M.J. (1993). Motivation In The Classroom: Reciprocal Effects Of
Teacher Behavior And Student Engagement Across The School Year. Journal of
Educational Psychology, 85(4),571-581.

Taylor, B.M., & Maruyama, G. (1990). Time Spent Reading And Reading Growth. American
Educational Research Journal. 5(3), 351-362.

Wan Izzuddin Wan Sulaiman dan Wan Hasni Wan Sulaiman. (1991). Strategi Belajar Yang
Berkesan. Kuala Lumpur: Sabha-DTP Services Sdn. Bhd.

116

You might also like