Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

Jurnal Dunia Pengurusan

e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 3, No. 3, 41-54, 2021


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

Penyeludupan Dadah Dari Kawasan Segi Tiga Emas Thailand


Serta Kesan Terhadap Keselamatan Sosial Negara Malaysia
(The Drug Smuggling Activities from Thailand’s Golden Triangle and
Its Impact Towards Malaysia National Security)
Amer Fawwaz Mohamad Yasid1, Noraini Zulkifli1, Sofian Kamaruddin1
1
Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Kuala Lumpur,
Malaysi

*Pengarang Koresponden: amerfawwaz@upnm.edu.my

Accepted: 15 August 2021 | Published: 1 September 2021


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah merupakan aktiviti jenayah yang
popular memandangkan kegiatan tersebut mampu menjana pendapatan kewangan yang
lumayan kepada sindiket penyeludupan dadah sama ada diperingkat antarabangsa mahupun
tempatan. Kemasukan dadah ke Tanah Melayu bermula sejak dari awal kurun ke-18 oleh
imigran Cina telah menyebabkan bermulanya aktiviti penyalahgunaan dadah di Tanah Melayu
dengan menjadikan aktiviti menghisap candu sebagai budaya dikalangan masyarakat
tempatan sebagai alternatif untuk mengurangkan tekanan kerja dan tekanan kehidupan
seharian. Akan tetapi, kemasukan dadah dari luar negara secara haram semakin kritikal
selepas tamat Perang Dunia Kedua menyebabkan Kerajaan British mengharamkan
penggunaan dadah di Tanah Melayu secara menyeluruh pada tahun 1952.Sehinggalah
penubuhan Malaysia pada tahun 1963, Kerajaan Malaysia telah berusaha dengan keras
menangani kegiatan penyeludupan dadah yang berjalan dengan rancak sekitar penghujung
tahun 1960an, disebabkan kewujudan kawasan Segi Tiga Emas yang terletak di kawasan
pergunungan Thailand, Myanmar dan Laos. Era 1970-an hingga awal 1980an menunjukan
peningkatan kemasukan dadah yang kritikal ke Malaysia memandangkan pada tempuh
tersebut kawasan Segi Tiga Emas merupakan pengeluar utama heroin dunia sekaligus
mewujudkan ancaman terhadap keselamatan nasional Malaysia. Oleh yang demikian,
Kerajaan Malaysia telah mewujudkan Falsafah Dadah Negara serta Pasukan Petugas Khas
Anti Dadah Negara pada tahun 1983 dengan mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor
satu negara. Walaubagaimanapun kegiatan penyeludupan dadah dari luar negara ke Malaysia
masih lagi berlaku hingga ke hari ini. Oleh yang demikian kajian ini akan membincangkan
sejarah kegiatan penyeludupan dan kemasukan dadah di Malaysia dengan mengenalpasti
bagaimana kemasukan dadah ke dalam negara telah mewujudkan ancaman terhadap
keselamatan negara Malaysia terutamanya dari sudut ancaman sosial terhadap masyarakat
melibatkan masalah penyalahgunaan dan penagihan dadah secara umum.

Kata kunci: Penyeludupan Dadah, Keselamatan Sosial, Segi Tiga Emas

Abstract: The drug trafficking activities was a popular crime as it was a lucrative business
among the criminal organisations at local or international level. The introduce of Opium in
Malay Peninsular during the eighteenth century by the Chinese immigrants was the beginning
of drug abuse problems in the region as the opium smoking activities was believed to be an
alternative for stress reliever by the local populations. Nevertheless, the illegal drug smuggling
activities was taking place actively by the end of World War Two made the British Government
in Malaya banned the public usage of drugs through the implementation of Dangerous Drug

41
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 3, No. 3, 41-54, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

Ordinance in 1952. Until the formation of Malaysia in 1963, The Malaysia Government had
committed seriously in combating drug trafficking activities by the end of 1960’s due to the
existence of the Golden Triangle region located at the mountainous regions of Thailand,
Myanmar and Laos. The decades of 1970’s towards early 1980’s shown the increase of drug
trafficking activities in Malaysia as the Golden Triangle was the world main heroin producer
regions hence becoming a real threat towards Malaysia’s national security. In 1983, the
Malaysia Government had established The National Anti-Narcotics Task Force and declaring
drugs as Malaysia number one enemy instead. Nevertheless, the illegal drugs keep coming and
overflow into the country. This research will discuss and identify the background of the drug
trafficking activities from Thailand’s Golden Triangle to Malaysia and its impact towards
societal security respectively.

Keywords: Drug Trafficking, Societal Security, Golden Triangle


_________________________________________________________________________
Pengenalan
Isu penyeludupan dadah merupakan ancaman keselamatan yang dilihat begitu besar terhadap
setiap negara. Menurut Cornell (2007) sejak tamatnya Perang Dingin terdapat peningkatan
ancaman keselamatan yang melibatkan keselamatan nasional dan keselamatan bukan
tradisional yang wujud menyeberangi sempadan negara seperti aktiviti penyeludupan dadah.
Wan Azmi Ramli (1986) menegaskan masalah ini wujud kerana terdapatnya permintaan yang
tinggi di kalangan pengedar dadah dan penghisapnya. Keadaan ini menyebabkan berlakunya
kemasukan dadah secara haram dari luar negara lantas mewujudkan ancaman keselamatan
terhadap negara seperti Malaysia. Scorzelli (1987) dalam artikel Drug Abuse in Southeast Asia
menjelaskan terdapat dua kawasan utama pengeluaran dadah di dunia iaitu kawasan Bulat Sabit
Emas ataupun dikenali sebagai Golden Crescent yang terletak dalam jajaran negara Pakistan,
Afghanistan dan Iran, serta kawasan Segi Tiga Emas ataupun Golden Triangle yang terletak di
kawasan Myanmar, Thailand dan Laos. Jika dilihat dari aspek geografi aktiviti penyeludupan
dadah tidak terikat kepada sempadan ataupun bentuk muka bumi sesebuah negara. Kemajuan
teknologi pengangkutan udara telah menjadi salah satu faktor yang menyebabkan kegiatan
penyeludupan dadah semakin aktif dan giat dijalankan oleh sindiket penyeludupan dadah
antarabangsa dan domestik (Abdul Rani, 2007). Oleh yang demikian salah satu faktor
menyebabkan masalah ini berlaku apabila terdapat segelintir kumpulan kartel dadah yang
menjalankan operasi secara besar-besaran dengan menumpukan aktiviti di kawasan yang
dikenali sebagai Segi Tiga Emas. Menurut Chalk (2000) kawasan Segi Tiga Emas merupakan
sebuah kawasan yang amat popular di dalam penghasilan dadah. Terletak di Asia Tenggara
kawasan ini telah menjadi pusat tumpuan utama aktiviti perdagangan dan penyeludupan dadah
yang diketuai oleh sindiket penyeludupan dadah antarabangsa secara besar-besaran (Chouvy,
2013).Kedudukan kawasan Segi Tiga Emas terletak di banjaran pergunungan melibatkan tiga
buah negara iaitu Myanmar, Laos, dan Thailand. Menurut Chin & Zhang (2015) kawasan yang
dikenali sebagai The Golden Triangle mempunyai keluasan seluas 150,000 batu persegi.
Kawasan Segi Tiga Emas menjadi popular kerana merupakan kawasan penanaman pokok popi
yang dijadikan sebagai bahan utama dalam penghasilan dadah jenis heroin. Panggilan nama
kawasan Segi Tiga Emas telah diilhamkan oleh Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat,
Marshall Green pada sidang akhbar yang bertarikh 12 Julai 1971 dengan merujuk kawasan segi
tiga terdiri daripada kawasan penanaman pokok popi serta pengeluaran heroin di Burma
(Myanmar), Laos, Yunnan (China) dan Thailand (Chouvy, 2010). Ketika awal tahun 1960an
sehingga akhir tahun 1970an, kawasan ini menjadi tumpuan pelbagai sindiket penyeludupan
dadah antarabangsa memandangkan pada ketika itu Segi Tiga Emas Thailand merupakan
kawasan pengeluaran utama candu dunia. Menurut Sen (1991) kawasan penanaman utama

42
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 3, No. 3, 41-54, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

pokok popi di Segi Tiga Emas Thailand berpusat di wilayah Chiang Mai, Chiang Rai, Mae
Hong Son dan Nan. Sabhasri (1978) menjelaskan sebanyak dua pertiga bekalan candu dunia
telah di hasilkan dari kawasan tersebut memandangkan iklim, bentuk muka bumi dan tanah
yang subur sesuai untuk menanam pokok popi. Wiant (1985) menjelaskan kawasan Segi Tiga
Emas merupakan kawasan yang sesuai untuk menanam pokok popi kerana keadaan tanahnya
yang subur serta suhunya yang baik untuk pertumbuhan pokok popi. Di Malaysia aktiviti
penyeludupan dadah berlaku dengan kemasukan dadah dari negara Thailand, melalui kawasan
sempadan utara dan timut laut Semenanjung Malaysia (Wan Azmi Ramli, 1986). Terdapat
maklumat perisikan yang menyatakan bahawa bekalan dadah yang datangnya dari negara
Thailand akan dibawa masuk ke dalam negara Malaysia sebelum dieksport ke pasaran
antarabangsa, memandangkan kedudukan geografi negara Malaysia yang berhampiran dengan
kawasan Segi Tiga Emas Thailand. Corak kegiatan penyeludupan dadah di Malaysia dilihat
sangat membimbangkan sejak lima tahun kebelakangan ini.

Kajian Literatur
Kemasukan dadah secara berleluasa mampu menggugat kestabilan politik, ekonomi, budaya,
masyarakat dan pertahanan negara. Abdul Ghafar Taib (1988) menjelaskan kemasukan dadah
ke Tanah Melayu secara haram telah bermula sejak awal kurun ke-19 melalui kemasukan
imigran China yang bekerja sebagai pelombong bijih timah telah membawa masuk candu
kepada ketika itu. Pada masa yang sama kemasukan imigran dari India yang bekerja sebagai
buruh di ladang-ladang dan estet getah kepunyaan British turut menyemarakkan aktiviti
penyeludupan dadah jenis ganja yang mula bertapak ke Tanah Melayu sekali gus telah
menyebabkan permulaan kepada kemasukan dadah serta penyalahgunaan dadah di Tanah
Melayu. Mohd Reduan Aslie (1990) berpendapat keselamatan negara akan tergugat sekiranya
aktiviti penagihan dadah tidak dikawal dengan serius oleh kerajaan. Malah ia akan merintis
kehancuran sistem kekeluargaan dan masyarakat serta seterusnya sistem pemerintahan negara.
Penyelidikan ini dilihat mempercayai kegiatan menghisap candu di Tanah Melayu merupakan
cara halus yang digunakan oleh pemerintah British bagi melemahkan sistem kemasyarakatan
dan perpaduan rakyat. Hal ini memudahkan mereka untuk menguasai sistem politik dan
pemerintahan Tanah Melayu dalam tempoh jangka masa panjang (Mohd Reduan Aslie, 1990).
Sementara itu, Derks (2012) menerangkan secara terperinci asal usul kemasukan dadah ke
Tanah Melayu. Beliau menyatakan kemasukan dadah ke Tanah Melayu bermula sejak awal
kurun ke-17 berlaku apabila penjajah Belanda melalui Syarikat Perdagangan Hindia Timur
Belanda menjalankan perdagangan dengan Kerajaan Melaka pada ketika itu. Candu mentah
telah di bawa masuk oleh Belanda sebagai bahan komoditi yang diperdagangkan secara meluas.
Kim (2020) menerangkan pengharaman candu di rantau Asia Tenggara selepas Perang Dunia
Kedua dilakukan ekoran kesan penagihan dadah yang menjadi epidemik kepada rakyat di
bawah tanah jajahan seperti di Vietnam, Laos dan Malaya. Keputusan bagi pengharaman
penggunaan candu telah dilaksanakan di kebanyakan negara di Asia Tenggara. Hal ini kerana
penggunaan candu dalam masyarakat telah menyebabkan kehancuran dalam sistem
kemasyarakatan negara walaupun hasil penjualan dadah oleh kerajaan kolonial dilihat
menguntungkan kepada British. Penulisan berkaitan faktor-faktor kemasukan awal candu ke
Tanah Melayu telah dibahaskan oleh pakar kajian dadah di Malaysia iaitu Spencer dan
Navaratnam (1981) dimana mereka sebulat suara menerangkan kesan kedatangan pelombong
Cina ke Tanah Melayu telah menggalakkan budaya menghisap candu dan ganja di kalangan
penduduk tempatan. Keadaan ini menyebabkan pihak British telah mengeluarkan lesen bagi
mewujudkan rumah untuk menghisap candu secara sah

43
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 3, No. 3, 41-54, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

Sejarah awal kemasukan dadah ke Tanah Melayu


Pakar sejarawan seperti Leornard Andaya (1975) berpendapat pihak Belanda yang menjajah
Tanah Melayu sejak tahun 1641 telah membawa masuk sejumlah besar candu pada tahun 1687
sebagai bahan untuk diperdagangkan dengan Riau dan Kerajaan Johor Lama pada ketika itu
diperintah oleh Paduka Raja Tun Abdul Jamil. Kemasukan dadah di Tanah Melayu secara
besar-besaran bermula pada awal abad kurun ke-18 dengan kemasukan candu telah dibawa
oleh imigran Cina (Arkib Negara Malaysia, 2007). Imigran Cina telah datang secara beramai-
ramai ke kawasan Asia Tenggara bagi memenuhi keperluan tenaga kerja yang diperlukan oleh
sektor ekonomi seperti perlombongan bijih timah serta penanaman gambir khususnya di Tanah
Melayu yang di jajah oleh British (Lim, 1974). Kenyataan diatas turut disokong oleh Stevenson
(1975) yang mengakui kegiatan perlombongan bijih timah dikuasai oleh taukey-taukey Cina
yang mengawal sektor perlombongan di Tanah Melayu melalui mandat yang diberikan oleh
pemerintahan kolonial British di Tanah Melayu. Kedatangan imigran dari Tanah Besar China
meningkat ketika awal abad ke-19 hingga abad ke-20 di mana kebanyakkan imigran telah
dibawa masuk ke Burma, Thailand dan Indonesia.Terdapat pandangan ahli sarjana menyatakan
kaum imigran dari Tanah Besar China telah datang ke Tanah Melayu sebelum kedatangan
pihak British bagi mencari prospek untuk menjalankan perlombongan bijih timah
(Simandjutak, 1969).Sarina (2012) menjelaskan pada awalnya penduduk di negara-negara Asia
Tenggara tidak mengetahui kewujudan budaya menghisap candu sehinggalah budaya tersebut
diperkenalkan oleh imigran-imigran berbangsa Cina yang menetap di Tanah Melayu.
Kebanyakan imigran Cina tersebut menghisap candu yang dibawa dari China dan adalah
menjadi amalan dan tradisi masyarakat Cina pada ketika itu untuk menghisap candu sebagai
langkah alternatif untuk mengurangkan tekanan perasaan dan keletihan setelah seharian
bekerja berat di lombong bijih timah kepunyaan British (Abdul Rani,2007). Budaya menghisap
candu telah dianggap sebagai budaya yang tidak menimbulkan sebarang masalah sosial di
Tanah Melayu. Keadaan ini diperkukuhkan dengan langkah yang diambil oleh Kerajaan British
di Tanah Melayu serta tanah-tanah jajahan koloni di seberang laut memperkenalkan kutipan
hasil cukai penjualan candu di tanah-tanah jajahan kepunyaan British termasuklah di kawasan
Tanah Melayu meliputi pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu
Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat melalui penubuhan Tabung Simpanan Hasil
Penjualan Candu yang diwujudkan pada tahun 1932(Marimuthu dan Nair, 2020).Cukai
penjualan candu telah diberi kuasa khas oleh Kerajaan British untuk dikutip oleh Setiausaha
Kerajaan Negeri dan hasil kutipan cukai di masukkan sebagai hasil kutipan awam negeri
(Emerson, 1966). Kerajaan British melihat perniagaan dan perdagangan candu sebagai sebuah
perniagaan yang menguntungkan serta mampu dijadikan sumber kewangan berterusan bagi
Kerajaan British (Derks, 2012). Candu mentah telah dihisap oleh majoriti masyarakat setempat
di Tanah Melayu dan Singapura sejak dari awal tahun 1905 (Tregonning, 1967). Kerajaan
British di London juga memastikan monopoli perniagaan dan perdagangan candu di tanah-
tanah jajahan seberang laut di kawal sepenuhnya oleh British dengan menubuhkan rumah-
rumah menghisap candu secara berlesen (Emerson, 1966). British telah menggalakkan
peladang Cina untuk membuka ladang penanaman pokok popi di Tanah Melayu dan galakan
British telah mendapat sambutan ramai oleh peladang-peladang Cina yang kebanyakannya
merupakan ketua organisasi kongsi gelap Cina sekaligus menyebabkan rumah-rumah candu
telah dibina di serata negara dengan dijadikan sebagai pusat tumpuan utama bagi mengutip
hasil cukai jualan candu serta pusat hiburan dadah recreational drugs centre bagi penghisap
candu secara sah (Tregonning, 1967).

44
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 3, No. 3, 41-54, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

Kewujudan budaya menghisap candu di kalangan masyarakat setempat serta detik-


detik pengharaman candu di Malaya.
Pada masa yang sama, kemajuan teknologi perhubungan dan pengangkutan telah
menyemarakan budaya menghisap candu di kalangan masyarakat Tanah melayu. Kerajaan
British telah memperkenalkan penggunaan bot-bot yang diubah suai sebagai kedai runcit
bergerak bagi menghantar bekalan makanan, perubatan, pakaian, serta candu ke kawasan
pedalaman untuk dijual kepada masyarakat setempat melalui jalan-jalan sungai serta laut
menyebabkan berlakunya permintaan bekalan candu oleh masyarakat setempat yang
menjadikan budaya menghisap candu sebagai aktiviti harian mereka (Tregonning, 1964).
Masyarakat di Tanah Melayu mempunyai kemudahan untuk mendapatkan akses bekalan candu
yang dijual secara terbuka di rumah-rumah menghisap candu yang dibina oleh British (Derks,
2012). Bekalan candu telah diimport oleh British dari India dan China memandangkan negara
India merupakan negara penanam dan pengeluar candu utama dunia pada ketika itu (Derks,
2012). Pada tahap awal kemasukan candu di Tanah Melayu kebanyakan golongan pengguna
candu adalah dari kalangan masyarakat Cina. Akan tetapi setelah diperkenalkan candu telah
dihisap oleh kaum Melayu, India, serta amat mengejutkan apabila Schebesta (1973)
menyatakan masyarakat Orang Asli juga dari kaum Semang juga tidak terkecuali dari
mengamalkan aktiviti menghisap candu. Budaya menghisap candu turut di perkenalkan di
seluruh kawasan Asia Tenggara dengan sebahagian golongan penghisap candu adalah dari
bangsa Melayu Thailand, Siam, Vietnam, Burma dan Tonkin (Spencer dan Navaratnam, 1981).
Pada tahun 1930 Liga Suruhanjaya Negara-Negara (League of Nations Comissions-LONC)
telah menerbitkan sebuah laporan yang memulakan pelaksanaan pengharaman penggunaan
candu sebagai dadah rekreasi menyebabkan berlakunya detik-detik permulaan kepada
pengharaman penggunaan candu secara sah (Buxton, 2006). Pengharaman ini dibuat kerana
LONC telah melihat kesan penggunaan candu yang mendatangkan lebih banyak kemudaratan
jika dibandingkan kebaikannya. Hasil kajian dan laporan LONC menunjukkan amalan
menghisap candu di kalangan masyarakat setempat telah memberikan kesan negatif kepada
penghisap seperti pemalas, ketagihan yang kronik, khayal, pengotor, kehidupan tidak terurus,
melemahkan pemikiran dan mewujudkan masalah kesihatan kepada pengguna dalam jangka
masa panjang (Spencer dan Navaratnam, 1981). Keputusan LONC untuk mengharamkan
penggunaan candu di kalangan masyarakat dunia mengambil kira faktor di mana kebanyakan
agama di dunia mengharam aktiviti penyalahgunaan dadah di kalangan penganut mereka
(Mohd Reduan, 1990). Apabila laporan pengharaman penggunaan candu diterbitkan,
kebanyakan negara di Asia Tenggara masih lagi tidak mengharamkan penggunaan candu
secara menyeluruh kecuali Filipina yang mengambil langkah drastik mengharamkan aktiviti
menghisap candu secara menyeluruh (Spencer dan Navaratnam, 1981).

Kemasukan dadah ke Malaya/Malaysia selepas Perang Dunia Kedua


Setelah tamat Perang Dunia Kedua majoriti negara di dunia telah mengharamkan penggunaan
dadah secara menyeluruh. Di Malaysia pada peringkat awal Kerajaan British telah
mengharamkan penggunaan candu pada tahun 1945 dan seterusnya mengharamkan
penggunaan dadah secara menyeluruh pada tahun 1952 melalui penubuhan Akta Dadah
Merbahaya 1952 (Arkib Negara Malaysia, 1980). Secara umumnya negara Malaysia adalah
bukan negara pengeluar dadah akan tetapi kebanyakkan dadah yang masuk ke Malaysia adalah
datangnya dari kawasan Segi Tiga Emas (Mazlan, 2006). Menurut Zainudin (2021) Malaysia
bukanlah sebuah negara dikategorikan sebagai negara pengeluar dadah memandangkan
bekalan dadah diseludup masuk dari Thailand. Sekitar akhir tahun 1960an telah berlaku
pertambahan bilangan kemasukan dadah ke Malaysia dimana masalah penyalahgunaan dadah
mula mengancam ketenteraman, nama baik dan ekonomi negara apabila gejala penagihan
dadah tidak terbatas dikalangan penduduk bandar besar tetapi telah tersebar keseluruh pelusuk

45
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 3, No. 3, 41-54, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

bandar-bandar kecil dan desa (Arkib Negara Malaysia, 2007). Menurut Poshyachinda (1993)
bekalan dadah telah datang Thailand memandangkan pada waktu tersebut Thailand merupakan
negara terbesar pengeluar heroin memandangkan terdapatnya sindiket penyeludupan dadah
beroperasi di kawasan Segi Tiga Emas.

Terdapat rampasan dadah jenis heroin dijalankan oleh pasukan penguatkuasaan anti-dadah di
negara-negara Eropah di mana dadah tersebut datangnya dari negara hab transit yang berasal
dari Malaysia dan Singapura (Spencer dan Navaratnam, 1981). Corak penyalahgunaan dadah
di Malaysia terutamanya melibatkan remaja mempunyai peningkatan yang mendadak pada era
1970an khususnya peningkatan trend penggunaan dadah di kalangan remaja Melayu akibat
kemajuan sosial ketika itu apabila kebanyakkan remaja di Malaysia telah mengikuti budaya
Hippies yang diperkenalkan oleh barat pada era pertengahan 1960an (Lua dan Samira, 2012).
Budaya Hippies memperlihatkan kelakuan dan cara hidup remaja secara bebas dengan berfoya-
foya, berpeleseran, minum arak, berjudi, mengamalkan seks bebas serta menggunakan dadah
bagi mencari ketenangan diri (Abdul Rani, 2007). Kemasukan pengaruh kebudayaan Hippies
pada akhir 1960an telah mempelopori suatu cara hidup yang tidak terbatas (unhibited freedom)
khususnya dikalangan remaja. Budaya Hippies yang berasal dari Pesta Woodstock di Amerika
Syarikat telah mengagung-agungkan cara hidup bebas termasuk pengambilan dadah (Arkib
Negara Malaysia, 1985). Keadaan bertambah buruk apabila negara Malaysia dan Singapura
dianggap oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) sebagai hab transit utama
penyeludupan dadah pada era akhir 1960an (Derks,2012). Pada era 1970an merupakan
kemuncak Perang Vietnam telah menyebabkan budaya Hippies disemarakkan ke seluruh dunia
sebagai tanda protes kepada Perang Vietnam yang diterajui oleh Kerajaan Amerika Syarikat
pada ketika itu. Dalam pada itu, sekumpulan Tentera Amerika Syarikat sedang bercuti di Pulau
Pinang telah memperkenalkan heroin yang didapati dari Vietnam Selatan dan Thailand kepada
penduduk tempatan (Abdul Rani, 2007). Keadaan ini berlaku disebabkan oleh tabiat penagihan
dadah telah dibawa masuk oleh askar-askar Amerika Syarikat yang berkunjung ke Pulau
Pinang untuk tujuan cuti rehat dan rawat dari medan peperangan di Vietnam Selatan. Buat kali
pertamanya mereka telah memperkenalkan penggunaan dadah jenis heroin, morfin dan bahan-
bahan psikotropik kepada penduduk tempatan.

Pada era 1970 hingga 1980an telah berlaku pertambahan kemasukan dadah dari luar negara ke
Malaysia khususnya peningkatan aktiviti penyeludupan dadah dari Thailand memandangkan
kawasan Segi Tiga Emas merupakan pengeluar utama dadah jenis heroin yang terbesar di dunia
pada ketika itu (Arkib Negara Malaysia, 1985). Peningkatan aktiviti penyeludupan dadah yang
mendadak ini juga mempunyai kaitan dengan lokasi geografi Malaysia yang berdekatan
Thailand menjadikan ia sebagai destinasi pilihan bagi sindiket penyeludupan dadah sebagai
hab transit penyeludupan dan pengedaran dadah di peringkat antarabangsa (Low et al, 1995).
Walaubagaimanapun corak pengeluaran dadah jenis tradisional seperti candu dan heroin dari
kawasan Segi Tiga Emas telah berubah sejak dari tahun 1990 kepada pengeluaran dadah jenis
sintetik. Zainudin (2021) menegaskan kawasan Golden Triangle dahulunya terkenal sebagai
pengeluar heroin dan ganja sejak beberapa tahun ini telah mempelbagai pengeluaran produk
dadah dengan menjadi pengeluar terbesar dadah sintetik (Methamphetamine) dunia disebabkan
kerana terdapatnya kemudahan bagi mendapatkan bahan kimia sintetik untuk membuat dadah
dari China yang merupakan pengeluar bahan-bahan kimia utama dunia. Faktor kedudukan
geografi Malaysia yang berhampiran dengan Thailand menjadikan negara kita sebagai pilihan
sindiket penyeludupan dadah dari Thailand untuk menjalankan kegiatan penyeludupan dadah
peringkat antarabangsa (Zainudin, 2021). Amat mudah bagi sindiket penyeludupan dadah
untuk membawa masuk bekalan dadah yang di seludup dari kawasan Segi Tiga Emas Thailand
ke Malaysia disebabkan kedudukan sempadan Malaysia-Thailand yang diliputi hutan tebal,

46
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 3, No. 3, 41-54, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

bergunung-ganang serta keluasan sempadan negara yang begitu luas menyebabkan Malaysia
telah menjadi lokasi pilihan sindiket penyeludupan dadah kerana akses kepada lorong-lorong
tikus yang memudahkan pergerakan mereka serta terlindung daripada dikesan oleh pasukan
keselamatan yang meronda di kawasan sempadan (Low, 1995). Dalam Pada itu Mohd Reduan
Aslie (1990) menyatakan pada era tahun 1980an Kerajaan Malaysia secara tegas
memperlihatkan usaha bagi membendung kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah dan
sehubungan dengan itu pada 19 Februari 1983 Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr.
Mahathir bin Mohamad telah melancarkan Falsafah Dasar Dadah Negara dengan
mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara Malaysia dengan bermatlamat bagi
memastikan negara Malaysia dapat membanteras secara serius sebarang bentuk jenayah yang
melibatkan dadah sama ada di dalam negara ataupun diperingkat antarabangsa.

Konsep Keselamatan Sosial


Buzan (1983) mentakrifkan keselamatan sosial sebagai sejauh manakah negara mampu
melindungi rakyat mereka daripada seberang bentuk ancaman dan adalah menjadi
tanggungjawab kerajaan untuk memastikan pembangunan sosial rakyat dijaga dengan rapi
tanpa mengetepikan hak rakyat untuk mendapatkan kemudahan prasarana asas seperti
infrastruktur pembangunan. Secara asasnya konsep keselamatan sosial telah diperkenalkan
oleh Waever et. al (1993) yang menjelaskan konsep keselamatan sosial telah wujud disebabkan
oleh konflik kemanusiaan diantara bekas negara Yugoslavia sehingga mencetuskan insiden
Perang Balkan 1991 lantas menyebabkan penulis menakrifkan keselamatan sosial sebagai
kemampuan untuk sesebuah masyarakat untuk mengekalkan kelangsungan hidup dalam
pelbagai bentuk perubahan persekitaran yang melibatkan pelbagai bentuk ancaman
keselamatan. Waever turut menjelaskan sebuah negara dianggap sebagai objek merangkumi
keselamatan politik, ketenteraan, persekitaran, dan ekonomi. Manakala negara dari konteks
keselamatan sosial adalah bagaimana masyarakat di dalam negara menjadikan diri mereka
terlindung ataupun selamat dari sebarang bentuk ancaman yang memudaratkan.

Manakala Theiler (2010) dalam penulisan bertajuk Societal Security menjelaskan maksud
keselamatan sosial adalah kemampuan sesebuah komuniti ataupun masyarakat untuk
mengekalkan identiti mereka seperti budaya, cara hidup, bahasa serta kepercayaan yang
dianuti. Akan tetapi pandangan yang dikemukan oleh Theiler berkaitan takrifan keselamatan
sosial adalah terlalu umum dan hanya memfokuskan kepada kelangsungan masyarakat dalam
dunia moden melibatkan perubahan globalisasi dunia dan bukannya dari aspek kelangsungan
masyarakat dari ancaman keselamatan.Ancaman keselamatan sosial wujud selaras dengan era
globalisasi kerana aktiviti jenayah beroperasi dari satu negara ke negara yang lain sekaligus
menimbulkan ancaman kepada masyarakat terutamanya apabila aktiviti jenayah telah
bermigrasi dari sebuah negara ke negara yang lain melibatkan jenayah terancang ataupun
jenayah tidak terancang (Buzan, 1998). Aktiviti jenayah yang berlaku adalah disebabkan oleh
individu yang melakukan jenayah dalam negara. Individu dilihat berkait rapat dengan
keselamatan sosial negara sepertimana yang dinyatakan oleh Wendt (1999) menegaskan
“negara wujud dimulai dengan individu” bermaksud setiap perlakuan yang berlaku dalam
negara sama ada dalam bentuk ancaman keselamatan adalah bermula dari individu yang
melakukan jenayah dalam negara tersebut”. Buzan & Hansen (2009) menyatakan adalah
penting bagi masyarakat terutamanya ahli politik yang memerintah berupaya untuk
mengenalpasti ancaman keselamatan sosial yang sedang berlaku dalam negara dan mengambil
langkah yang sewajarnya untuk membanteras ancaman yang wujud. Konsep keselamatan
sosial menekankan aspek rakyat yang berada dalam sesebuah negara perlu berasa selamat dari
sebarang bentuk ancaman keselamatan melalui peranan kerajaan di peringkat nasional adalah
memastikan keselamatan penduduk di dalam negara mereka terjamin melalui pengukuhan

47
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 3, No. 3, 41-54, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

sistem keselamatan dalam negara (Theiler,2010). Aktiviti penyeludupan dadah dapat


menimbulkan ancaman terhadap Keselamatan Nasional negara dari sudut keselamatan sosial
dengan menyebabkan berlakunya penyebaran penyakit berjangkit berbahaya seperti Human
Immunodeficiency Virus (HIV) dan Acquired Immuno Deficiency Syndrome (AIDS).
Kemasukan dadah tanpa kawalan dalam negara menyebabkan masyarakat mempunyai akses
yang mudah untuk mendapatkan bekalan dadah. Pengguna dadah jenis heroin dan kokain
cenderung untuk menghidapi penyakit HIV dan AIDS memandangkan mereka menggunakan
dadah secara suntikan dan dalam sesetengah kes mereka telah berkongsi jarum suntikan dengan
penagih lain menyebabkan berlakunya jangkitan secara transfusi melalui intravenous
injections (Scorzelli,1992). Keadaan ini akan menjadikan masyarakat terdedah kepada masalah
penyalahgunaan dadah seperti golongan remaja. Harga bekalan dadah yang meningkat di
pasaran menyebabkan golongan penagih dadah tersepit untuk mendapatkan wang sekaligus
menyebabkan penagih dadah melakukan jenayah seperti meragut, mencuri dan pecah rumah
sebagai langkah bagi mendapatkan sumber kewangan dengan mudah bagi melepaskan gian
terhadap dadah (Yochelson & Stanton,1994).

Williams (1997) menyatakan peningkatan kadar jenayah dalam negara akan menyebabkan
masyarakat menjadi takut dan tidak dapat hidup dalam keadaan aman dan tenteram. Dari sudut
keselamatan sosial kesan penagihan dadah menyebabkan keretakan rumah tangga hingga
meningkatkan kadar perceraian dalam institusi kekeluargaan. Masalah penagihan dadah dalam
keluarga akan menyebabkan individu mengalami perubahan emosi terutamanya apabila dalam
keadaan ketagihan dadah. Perubahan emosi individu yang mengalami gejala ketagihan dadah
adalah seperti mengamuk, mudah marah, kehilangan berat badan yang mendadak, suka
bersendirian, kerap tidur dan halusinasi (Leavitt, 1993). Keadaan ini akan menyebabkan
penagih dadah akan melakukan sesuatu perbuatan yang luar jangka menyebabkan berlakunya
masalah perceraian. Persoalannya mengapakah dadah diisytiharkan sebagai musuh nombor
satu negara Malaysia dan bukanya jenayah lain seperti rasuah ataupun merompak? Umum
mengetahui walaupun setelah 38 tahun Kerajaan Malaysia menyatakan pengisytiharaan
tersebut kepada rakyat Malaysia akan tetapi masalah dadah masih lagi tidak dapat dibendung
secara habis-habisan.

Kesan penyeludupan dadah terhadap keselamatan sosial negara Malaysia


Kemasukan dadah ke Malaysia telah mewujudkan ketidak tenteraman sosial yang terhasil
akibat dadah. Walaupun kita telah berada dalam tahun 2021, masalah penyalahgunaan dadah
adalah isu yang semakin membimbangkan pihak kerajaan. Keadaan ini adalah satu evolusi
negatif yang membimbangkan memandangkan golongan remaja di Malaysia mampu
mendapatkan akses kepada bekalan dadah dengan mudah telah menyebabkan lebih ramai anak
muda terlibat secara langsung ke kancah penyalahgunaan dadah. Negara berada dalam keadaan
tidak selamat kerana keadaan ini meningkatkan kadar jenayah yang berlaku akibat masalah
ketagihan dadah seperti aktiviti merompak, mencuri, meragut, pecah rumah, peras ugut,
merogol serta pelbagai aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih dadah.Diantara kesan
yang terhasil melibatkan keselamatan sosial negara Malaysia adalah peningkatan aktiviti
penyalahgunaan dan penagihan dadah dalam masyarakat. Penyalahgunaan dadah ditakrifkan
sebagai pengambilan sendiri dadah psikoaktif untuk kepuasan atau keseronokan diri (euphoria)
dan bukan untuk tujuan rawatan (Kamisah et al.,2011). Jika dilihat dari segi sejarah,
penyalahgunaan dadah bukanlah satu perkara yang asing dalam kehidupan masalah dunia.
Abdul Ghafar (1988) menyatakan masalah penyalahgunaan dadah di Amerika Syarikat telah
bermula sejak Perang Saudara 1861-1865 apabila candu telah digunakan sebagai ubat penahan
kesakitan ketika rawatan di medan perang tetapi ia telah disalahgunakan hingga terjadinya
masalah penyalahgunaan dadah.Menurut Lee (2020) kemasukan dadah dari Thailand ke

48
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 3, No. 3, 41-54, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

Malaysia menyebabkan kehancuran sistem sosial masyarakat memandangkan golongan belia


dan remaja terlibat dalam masalah ketagihan dadah sekaligus menjadikan negara dalam
kehancuran. Hal ini berlaku kerana masalah penyalahgunaan dadah tidak mengenal faktor usia
kerana sesiapa sahaja boleh terjerat ke kancah dadah sekiranya mereka tidak mempunyai
pegangan jati diri yang kukuh. Keadaan lebih membimbangkan apabila terdapat kes melibatkan
kanak-kanak seawal umur lapan tahun telah mula menunjukan tanda awal terjebak ke kancah
penagihan dadah apabila mereka mula terlibat dengan aktiviti menghisap rokok dan menghidu
gam akibat sifat ingin tahu yang mendalam dan faktor pengaruh rakan sebaya (Farihan, 2020).

Alias (2020) mendedahkan kemasukan dadah ke Malaysia telah meningkatkan risiko golongan
kanak-kanak terjebak dengan penagihan dadah seawal umur 12 tahun berdasarkan pengalaman
ketika bertugas di Kelantan, terdapatnya tangkapan oleh pihak polis terhadap kanak-kanak
yang masih berada di sekolah rendah akibat terjebak dengan masalah penyalahgunaan dadah.
Selain dari menghadapi risiko penyalahgunaan dadah, terdapat golongan kanak-kanak yang
terlibat aktif dalam kegiatan pengedaran dadah secara kecil-kecilan. Azman (2020)
menyatakan terdapat satu kes yang berlaku di Hulu Perak pada tahun 2016 melibatkan pelajar
berumur 14 tahun telah ditangkap oleh pihak polis kerana mengedar pil methamphetamine pada
rakan-rakannya di sekolah. Penyalahgunaan dadah di kalangan remaja di Malaysia merupakan
masalah serius dan perlu diambil langkah pencegahan yang sewajarnya oleh pihak kerajaan
(Zarina dan Daud, 2015). Menurut Chan (2020) kemasukan dadah dari kawasan Segi Tiga
Emas Thailand telah menyebabkan penagih dadah mudah untuk mendapatkan akses kepada
bekalan dadah tanpa had memandangkan kedudukan Malaysia yang berdekatan dengan
kawasan Segi Tiga Emas Thailand. Pada masa yang sama, majoriti yang terlibat dengan
penyalahgunaan dadah merupakan kaum Melayu, akan tetapi kaum Cina dan India terlibat
secara tidak langsung dalam kegiatan pengedaran dadah dengan menjadi pengedar dan peniaga
dadah (Zaker, 2020). Tambahan pula, terdapat segelintir penjawat awam telah terlibat dengan
penyalahgunaan dadah dan perkara ini perlu dibendung secara habis-habisan, memandangkan
terdapat anggota tentera yang terlibat dalam masalah penyalahgunaan dadah akibat pengaruh
rakan yang yang menghisap dadah telah menyebabkan mereka terjerat dalam kancah penagihan
dadah (Fauzi, 2020).

Amirul (2021) mengesahkan telah berlaku gejala penagihan dadah di kalangan anggota tentera
melibatkan dadah jenis methamphetamine, ganja serta penagihan ketum. Sememangnya kes
sebegini mencemar imej pasukan keselamatan yang diberi kepercayaan untuk menjaga
keselamatan dan keamanan negara sekiranya ia tidak dibendung dengan tegas oleh Kerajaan
Malaysia.Pada masa yang sama Rogers (2021) menegaskan peningkatan kadar jenayah dalam
negara seperti merompak dan mencuri turut berlaku disebabkan kemasukan dadah dari luar
negara. Masalah ketagihan dadah yang melampau akan menyebabkan seorang penagih dadah
hilang kawalan ataupun gagal untuk mengawal nafsu diri mereka. Keadaan ini menyebabkan
ada diantara kalangan penagih dadah yang sanggup melakukan kegiatan jenayah seperti
mencuri, merompak, menyamun, serta dalam sesetengah kes membunuh sebagai jalan mudah
untuk mendapatkan sumber kewangan (Leavitt, 1993). Peningkatan kadar jenayah dalam
negara melibatkan jenayah mencuri dan merompak berlaku seiring dengan faktor pertambahan
bilangan penagih dadah di dalam negara (Sanusi, 2020). Kajian oleh Abdullah Gendut (1978)
telah menjelaskan keterlibatan seorang penagih dadah dalam aktiviti jenayah seperti merompak
dan mencuri tidak dapat dipisahkan sebagai langkah mendapatkan wang untuk membeli dadah
bagi mengurangkan kesan ketagihan dadah yang dialami oleh mereka. Manakala, Azhar (2021)
berpendapat penagih dadah mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk melibatkan diri
dalam aktiviti jenayah mencuri dan merompak sebagai jalan pintas untuk mendapatkan wang
untuk membeli dadah dan disebabkan pengawalan emosi yang lemah ketika berada dibawah

49
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 3, No. 3, 41-54, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

pengaruh dadah menyebabkan berlakunya pergaduhan hingga terjadinya pembunuhan. Kesan


ini akan menimbulkan perasaan rasa tidak selamat dalam negara terutamanya komuniti
masyarakat kerana kenaikan kadar jenayah seperti kecurian adalah tanda yang menunjukkan
berlakunya masalah penagihan dadah dalam masyarakat disebabkan tekanan kewangan yang
dihadapi oleh penagih dadah untuk membeli dadah dengan harga yang mahal.

Jadual 1.1: Nilai harga semasa pasaran dadah di Malaysia bagi tahun 2020-2021
Jenis Kuantiti Negara Asal Harga Purata
Dadah (Kilogram, Gram/Biji/Liter)
Heroin Bes 1 Pair Myanmar,Thailand RM 65,000
(350 gram + 350 gram) Laos
Heroin No. 4 1 Botol (4.8 gram) Thailand, Myanmar RM 2,000

Heroin No. 3 1 Paun (450 gram) Thailand, Myanmar RM 5,000


1 gram RM 35
Ganja 1 Kilogram Thailand RM 2,500
1 gram RM 50
Methamphetamine 1 Kilogram Myanmar, Thailand RM45,000
(Syabu Kristal) 1 gram Laos RM 100
Yaa Baa 1 Biji (0.2 gram) Myanmar, Thailand RM 10
(WY/ Pil Kuda) Laos
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman (2021)

Jadual 1.1 menunjukan harga semasa pasaran dadah di Malaysia pada tahun 2020-2021.
Kenaikan harga dadah yang mendadak menyebabkan penagih dadah mengalami tekanan untuk
mendapatkan wang bagi membeli dadah melalui aktiviti jenayah seperti mencuri dan
merompak. Kesan kemasukan dadah ke Malaysia telah menimbulkan masalah kehancuran
institusi kekeluargaan yang berlaku apabila terdapat ahli keluarga yang terlibat dengan
ketagihan dadah. Ini kerana ketagihan dadah akan menyebabkan seseorang manusia itu hilang
pertimbangan dalam melakukan sesuatu keputusan. Scorzelli (1987) menyifatkan perubahan
emosi telah menyebabkan faktor berlakunya ketidaktenteraman dalam sistem kekeluargaan
menyebabkan berlakunya masalah kerapuhan rumah tangga hingga menyebabkan masalah
perceraian. Leavitt (1993) menjelaskan individu dilanda ketagihan dadah mengalami
perubahan emosi tidak stabil menjadikan mereka mudah marah dan panas baran, kemurungan,
berhalusinasi, kurang berat badan secara mendadak serta hilang selera makan lantas
menyebabkan mereka menyendiri dan mengasingkan diri daripada keluarga. Sebagai contoh,
seorang bapa yang menghadapi masalah ketagihan dadah akan mengabaikan penjagaan
anaknya dan tidak mencurahkan kasih sayang sepenuhnya telah menyebabkan anak-anak mula
mencari ketenangan diluar terlibat dengan masalah sosial seperti gejala melepak, ponteng
sekolah, merokok, mencuri dan akhirnya melibatkan diri dalam aktiviti jenayah (Rusli,
2021).Kebanyakan daripada masalah kehancuran institusi kekeluargaan di Malaysia berlaku
disebabkan penyalahgunaan dadah di kalangan ahli keluarga, menjadikan penagih dadah
disisihkan oleh ibu bapa, adik beradik serta saudara mara (Wan Azmi Ramli, 1998). Kajian
oleh Abd. Halim & Muzafar (2010) menyatakan masalah penyalahgunaan dadah telah
menyebabkan berlakunya peningkatan kes perceraian di Malaysia disebabkan terdapatnya ahli
keluarga yang terlibat dengan masalah penagihan dadah. Taufik (2021) menjelaskan penagih
dadah dilanda fasa ketagihan telah memukul isteri untuk mendapatkan wang serta mencuri
barang kemas serta duit ahli keluarga kandung hanya semata-mata untuk membeli dadah. Adi
et. al. (2020) telah mendedahkan fakta kehancuran institusi keluarga turut berlaku disebabkan
faktor pengabaian nafkah isteri dan anak-anak memandangkan penagih dadah telah
menghabiskan wang mereka untuk membeli dadah. Keadaan ini telah menyebabkan isteri yang

50
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 3, No. 3, 41-54, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

terabai dari segi nafkah akan memfailkan perceraian. Perceraian rumah tangga melibatkan
masalah kewangan kesan dari penagihan dadah merupakan masalah biasa yang seringkali
berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini (Mohamed Izham,2004).
Kemasukan dadah dari kawasan Segi Tiga Emas Thailand telah menyebabkan berlakunya
kesan terhadap keselamatan sosial sekiranya masalah ini tidak dibendung secara menyeluruh.

Kesimpulan
Kegiatan penyeludupan dadah dari kawasan Segi Tiga Emas merupakan sejenis ancaman
terhadap keselamatan sosial masyarakat Malaysia Kemasukan dadah dari kawasan Segi Tiga
Emas telah menimbulkan kesan terhadap keselamatan sosial kepada masyarakat Malaysia
melibatkan masalah penyalahgunaan dan ketagihan dadah kepada golongan belia dan remaja.
Faktor kemudahan mendapat akses kepada bekalan dadah menjadikan negara terdedah kepada
penyalahgunaan dadah dalam masyarakat dan terdapat kes di mana penjawat awam seperti
anggota tentera telah terlibat dalam masalah penagihan dadah sudah semestinya perkara ini
mencemarkan imej pasukan keselamatan. Tambahan pula, aktiviti penyalahgunaan dadah telah
menyebabkan berlakunya peningkatan jenayah dalam negara melibatkan jenayah seperti
mencuri, merompak, menyamun dan membunuh yang dilakukan oleh penagih dadah sebagai
langkah mendapatkan wang untuk digunakan bagi membeli dadah. Perubahan emosi penagih
dadah seperti mudah marah dan cepat panas baran menyumbangkan kepada permasalah
kehancuran institusi kekeluargaan melibatkan perceraian rumah tangga. Individu yang terlibat
dalam masalah penyalahgunaan dadah sering kali mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri
dan anak-anak dengan tidak memberikan nafkah dan kasih sayang memandangkan mereka
menghabiskan masa dengan aktiviti penagihan dadah. Oleh yang demikian, Usaha
pembanterasan aktiviti penyeludupan dadah di kawasan sempadan tidak seharusnya diletakan
pada tanggungjawab pasukan keselamatan sahaja. Rakyat Malaysia perlu berganding bahu
dalam menangani masalah penyeludupan dadah dengan memperkasakan institusi kekeluargaan
dan pendidikan bagi menghapuskan kemasukan dadah ke Malaysia. Pemantauan ibu bapa
terhadap anak-anak melalui didikan bahayanya dadah adalah satu tanggungjawab penting bagi
memastikan golongan remaja dan belia tidak terjebak dengan masalah penyalahgunaan dadah.
Didikan formal agama yang mencukupi perlu diberikan kepada anak-anak seawal usia tujuh
tahun agar mereka mempunyai kekuatan jati diri serta pegangan agama yang kukuh sekaligus
melindungi diri mereka daripada ancaman dadah. Diperingkat institusi pendidikan, penerapan
budaya benci kepada dadah perlu disemai dengan mendidik generasi muda akan bahayanya
dadah kepada negara melalui pengenalan silibus pencegahan dadah di peringkat sekolah
rendah, sekolah menengah dan Institusi Pengajian Tinggi. Kemasukan dadah dari Thailand ke
Malaysia tidak akan ada penamatnya selagi mana terdapatnya permintaan dan penawaran
dadah oleh penagih dan penyeludup dadah. Keadaan ini boleh diubah sekiranya generasi muda
pada hari ini tidak memilih dadah sebagai cara hidup. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab
bagi pihak kerajaan, pasukan keselamatan serta masyarakat untuk berganding bahu secara
bersama-sama dalam usaha membasmi kegiatan penyeludupan dadah bagi memastikan negara
Malaysia berada dalam keadaan selamat, aman dan sejahtera daripada dihancurkan oleh
ancaman dadah pada masa akan datang.

Penghargaan
Ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman
di atas kelulusan yang diberikan kepada penyelidik bagi menjalankan temubual bersama Ketua-
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Negeri Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan.
Tidak dilupakan kepada Ibu pejabat Agensi Kawalan Sempadan Malaysia Putrajaya diatas
kerjasama yang telah diberikan bagi menjalankan kutipan data di Pejabat Agensi Kawalan
Sempadan Negeri Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan. Ucapan terima kasih diberikan kepada,

51
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 3, No. 3, 41-54, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

Panglima Briged ke-30 Infantri Malaysia atas bantuan koordinasi bagi proses pengumpulan
data kajian yang diberikan oleh pihak Batalion Pertama Rejimen Sempadan (Tanah Merah,
Kelantan), Batalion Kedua Rejimen Sempadan (Jeli, Kelantan), Batalion Ketiga Rejimen
Sempadan (Pengkalan Hulu, Perak), Batalion Keempat Rejimen Sempadan (Grik, Perak) dan
Batalion Kelima Rejimen Sempadan (Bukit Kayu Hitam, Kedah).

Senarai Rujukan

Abdul Ghafar Taib. (1988). Dadah: Strategi dan kawalan di sekolah-sekolah. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Abdul Halim Mohd Hussin & Muhammad Muzafar Shah Mohd Razali. (2010). Pencegahan
Penyalahgunaan Dadah: Isu dan Prinsip-Prinsip Pencegahan dalam Penyalahgunaan
Dadah. Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.
Abdul Rani Kamarudin. (2007). “The misuse of drugs in Malaysia: past and present”, Jurnal
Anti Dadah Malaysia, Vol. 1, Issue 1, 1-24.
Abdullah Haji Gendut (1978). Penyalahgunaan Dadah: Perhubungannya Dengan Jenayah.
Kertas Kerja Seminar “Narcotic Drugs and the Law”. Shah Alam, Selangor pada 25-
26 Februari 1978.
Adi, M. S., Hidayati, R., & Kurniawan, E. (2020). Maqasid Al-Syariah dalam Penalaran
Hukum Islam: Kajian Terhadap Keputusan Hakim Negeri Terengganu, Malaysia
tentang perceraian Fasakh. (Tesis Kedoktoran Universiti Islam Negeri Sulthan Thaha
Saifuddin Jambi, Indonesia).
Alias Ismail. 2020. Penolong Pegawai Memerintah Batalion Kelima Rejimen Sempadan, Kem
Bukit Kayu Hitam. Temubual, 14 Disember.
Amirul Haji Shafie. 2021. Pegawai Perisikan Batalion Pertama Rejimen Sempadan, Tanah
Merah. Temubual, 25 Januari.
Andaya, L. Y. (1975). The Kingdom of Johor 1641-1728: Economic and Political
Developments. Oxford University Press.
Arkib Negara Malaysia (1980). Background Paper on The Fight Against Drug Abuse. No.
Penerimaan: 1982/0003965. No. Fail: 1980/00144.
Arkib Negara Malaysia (1985). Drug Abuse: An Overflow of the Problem- Countermeasures
and Responses in the Asia-Pacific Regions. No. penerimaan: 2005/0016375. No.
Fail:2007/01767.
Arkib Negara Malaysia (2007). Aspek-Aspek Penguatkuasaan Bagi Mencegah Penggunaan
Dadah (Segi Polis). No penerimaan: 2007/0033777. No. Fail: 2007/01261.
Azman Mustapha. 2020. Timbalan Komander Agensi Kawalan Sempadan Malaysia Negeri
Perak. Temubual, 17 Disember.
Buxton, J. (2006). The Political Economy Narcotics: Production, Consumption and Global
Markets. Fernwood Publishing.
Buzan, B. & Hansen, L. (2009). The Evolution of International Security Studies.Cambridge
University Press.
Buzan, B., Waever, O., Waever. (2003). Regions and powers: the structure of international
security (No. 91). Cambridge University Press.
Buzan, B.; Wæver, O. & de Wilde, J. (1998). Security: A New Framework for Analysis. Lynne
Rienner Publications.
Buzan, B. (1983). People, State, and Fear. Harvester Wheatsheaf.
Chalk, P. (2000). Southeast Asia and the Golden Triangle's heroin trade: Threat and
response. Studies in Conflict & Terrorism, 23(2), 89-106.
Chan Ngai Ho. 2020. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Perlis. Temubual, 15 Disember.

52
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 3, No. 3, 41-54, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

Chouvy, P. A. (2013). An Atlas of Trafficking in Southeast Asia: The Illegal Trade in Arms,
Drugs, People, Counterfeit Goods and Natural Resources in Mainland Southeast Asia.
I.B. Taurus.
Chouvy, P. A. (2010). Opium: uncovering the politics of the poppy. Harvard University Press.
Derks, H. (2012). History of the Opium Problem. Brill.
Emerson, R. (1966). Malaysia. University of Malaya Press.
Gullick, J. M. (1987). Malay Society in the Late Nineteenth Century: The Beginnings of
Change. Oxford University Press.
Kamisah Yusof, et. al. (2011). Farmakologi Dadah Disalah Guna. Penerbit Universiti Sains
Islam Malaysia.
Leavitt, F. (1993). Dadah dan Tingkah Laku. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lee King Chuan. 2020. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Perak. Temubual, 18 Disember.
Lim Teck Ghee. (1974). Peasants and Their Agricultural Economy in Colonial Malaya 1874-
1971. Oxford University Press.
Low, Y.L et al. (1995). Knowledge, Attitudes and Perceptions Related to Drug Abuse in
Peninsula Malaysia: A Survey Report. Asia-Pacific Journal of Public Health, Vol. 8,
Issue 2, 123-129.
Lua P. L. & Nor Samira Talib. (2012). Terapi Gantian Metadon untuk Penagihan
Dadah.Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin.
Manning, R. (1988). The Vietnam Experience: War in the Shadows. Boston Publishing
Company.
Marimuthu, J., & Nair, S. (2020). Candu dan Dasar Monopoli Kerajaan: Kesan terhadap
kewangan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB), 1911–1940. SEJARAH: Journal
of the Department of History, 29(1).
Mazlan, M., Schottenfeld, R. S., & Chawarski, M. C. (2006). Asia Pacific Column: New
challenges and opportunities in managing substance abuse in Malaysia. Drug and
Alcohol review, 25(5), 473-478.
Mc Coy, A. W. (1991). The Politics of Heroin: CIA complicity in the global drug trade
Lawrence Hill Books.
Mohd Fauzi Mohamad. 2020. Ketua Kompeni Batalion Ketiga Rejimen Sempadan,
Pengkalan Hulu. Temubual, 17 Disember.
Mohd Sanusi Sibi. 2020. Pegawai GERAK Markas Ke-30 Briged Infantri Malaysia. Temubual,
14 Disember.
Mohd Taufik bin Maidin. 2021. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis
Kontinjen Kedah. Temubual, 7 Mac
Mohd Reduan Aslie. (1990). Jenayah di Malaysia: Aliran, Punca dan Penyelesaian. AMK
Interaksi Sdn. Bhd.
Mohamed Izham Ibrahim et al. (2004). Mengenali Dadah dan Bahayanya Terhadap
Masyarakat. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhd Farihan Muhayyidin. 2020. Pegawai Risik Batalion Kelima Rejimen Sempadan,
Kem Bukit Kayu Hitam. Temubual 14 Disember.
Poshyachinda, V. (1993). Drugs and aids in Southeast-Asia. Forensic science
international, 62(1-2), 15-28.
Roy Anthony Rogers. 2021. Pensyarah Kanan Jabatan Hubungan Antarabangsa dan Strategi,
Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya. Video Konferens Google Meet, 14
Jun.
Rusli bin Karim. 2021. Komander Negeri Agensi Kawalan Sempadan Malaysia Negeri
Kelantan. Temubual, 26 Januari 2021.

53
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 3, No. 3, 41-54, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

Sabhasri, S. (1978). Opium Culture in Northern Thailand: Social and Ecological Dillemas,
dalam Kunstadter, P. et al. Farmers in the Forest. University of Hawaii Press.
Sarina Mohamed. (2012). Drug Abuse and Huma Rights: Cases and Commentaries. University
of Malaya Press.
Schebesta, P. (1973). Among the Forest Dwarfs of Malaya. Oxford University Press.
Scorzelli, J. (1987). Drug Abuse, Prevention and Rehabilitation in Malaysia. Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Scorzelli, J. F. (1992). Has Malaysia's antidrug effort been effective? Journal of substance
abuse treatment, 9(2), 171-176.
Sen, S. (1991). Heroin trafficking in the Golden Triangle. The Police Journal, 64(3), 241-248.
Sheik Azhar Sheik Omar. 2021. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis
Kontinjen Kelantan. Temubual, 27 Januari.
Simandjutak, B. (1969). Federalisme in Malay Peninsula 1945-1963. Oxford University Press.
Spencer, C. P. & Navaratnam, V. (1981). Drug Abuse in East Asia. Oxford University Press.
Theiler, T. (2010). Societal Security, dalam Dunn, M & Mauer, V. The Routledge Handbook
of Security Studies. Routledge.
Tregonning, K, G. (1964). A History of Modern Malaya. Eastern Universities Press Limited.
Tregonning, K. G. (1967). Home Port Singapore: A History of Straits Steamship Company
Limited 1890-1965.Oxford University Press.
Wæver, O. et al. (1993). Identity, Migration and the New Security Agenda in Europe. Pinter.
Wan Azmi Ramli. (1986). Selangkar Ke Kubur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Wan Azmi Ramli. (1998). Petaka Abad ke-21: Penagihan, Kemakyahan, Gay Lesbian
Homosex, Pelacuran dan AIDS. Golden Books Centre.
Wendt, A. (1999). Social Theory of International Politics. Cambridge University Press.
Wiant, J. A. (1985). Narcotics in the Golden Triangle. The Washington Quarterly, 8(4), 125-
140.
Williams, P. (1997). Transnational Criminal Organisations and International Security dalam
Arquilla, J. & Ronfeldt, D. (ed.) In Athena’s Camp. RAND Corporation.
Yochelson, S., & Stanton, E. S. (1994). The criminal personality, Volume III: The drug user.
Jason Aronson.
Zainudin Ahmad. 2021. Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), Jabatan Siasatan
Jenayah Narkotik Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia. Temubual, 6 Januari.
Zaker Josoh. 2020. Pegawai Perhubungan Malaysia-Thailand Coordination Border Office
(MTCBO). Temubual, 17 Disember.
Zarina Othman & Mohamad Daud Druis. (2015). Ancaman sindiket dadah terhadap juvenil di
Malaysia. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 11(1), 62-72.

54
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

You might also like