Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT GREEN LANE JALAN HAMILTON, 11600

PULAU PINANG
Minit Mesyuarat Panitia P.Islam Bil 1 / 2022
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

Tarikh : 23hb Mac 2022


Masa : 12.00 -1.00 tengah hari.
Tempat : Bilik Agama SKCGL
Kehadiran : 6/7
Nama Hadir : Nur Asyikin binti Ramlee (Ketua Panitia)
Norhayati binti Abu Hussin
Nur Mohd Firdaus bin Abu Hassan
Noor Johana binti Ilyas
Nor Fatimah binti Abd Rahman
Nurul Fatihah binti Abdul Hamid
Nama Tidak Hadir : Nursyamimi Sabirah binti Abdul Razak. (cuti sakit)

AGENDA

1.0 Ucapan pengerusi


1.1 Bagi memulakan majlis, Ketua Panitia Pendidikan Islam SKCGL 2022 iaitu
puan Nur Asyikin selaku pengerusi mesyuarat telah memberi ucap selamat dan
meminta semua ahli membaca surah al-Fatihah.
1.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua.

Tindakan : Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

- Tiada

3.0 Perkara berbangkit

- Tiada
4.0 Pekara yang dibincangkan

4.1 Kurikulum
4.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa ada perubahan di dalam Sukatan Pelajaran bagi
Pendidikan Islam Tahun Enam 2022.
Tindakan : Makluman

4.1.2 Pengerusi meminta agar semua guru dapat menyediakan Rancangan Pelajaran
Tahunan dengan kadar segera..Ahli bersepakat membahagikan tugasan membuat
Rancangan Pelajaran Tahunan Pendidikan Islam2022. Berikut adalah
pembahagiannya:
- Tahun 1 : Pn Noor Johana
- Tahun 2 : Pn Norhayati
- Tahun 3 : Pn Nursyamimi Sabirah/Nurul Fatihah
- Tahun 4 : Pn Nor Fatimah
- Tahun 5 : Pn Nur Asyikin
- Tahun 6 : En Nur Muhd Firdaus
Tindakan Semua guru

4.1.3 Pembahagian tugas untuk penggubal dan pemeriksa kertas soalan


peperiksaan/pentaksiran sekolah adalah seperti berikut :
Pendidikan Islam :
- Tahun 1 : Pn Nursyamimi Sabirah
- Tahun 2 : Pn Norhayati Abu Hussin
- Tahun 3 : Pn Noor Johana Ilyas

- Tahun Empat : Pn Nor Fatimah


- Tahun Lima : Pn Nur Asyikin.
- Tahun Enam : En Nur Muhd Firdaus
Tindakan : Guru yang terlibat

4.1.4 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) diteruskan seperti biasa. Borang PBD akan
dikongsikan oleh pihak pentadbir di talian rasmi sekolah.
4.1.5 Pengerusi meminta semua guru menggunakan template PBD yang telah dimuat
turun bagi memudahkan pengisian penilaian murid.
4.1.6 Rancangan Pengajaran Harian hendaklah disediakan dan dihantar setelah semua
mata pelajaran telah didaftarkan dalam E-PREMA, untuk semakan guru besar pada
setiap hujung minggu.

Tindakan : Makluman
4.2 Ko-Akademik
4.2.1 Bulan Kebesaran Islam.
- Bersepakat akan mengadakan program Ihya Ramadhan dan
majlis khatam al-quran sebagai penutup bulan ramadhan.
1. Tadarus
2. Tazkirah
3. Diari Ramadhan
4. Zikir/salawat
5. Tayangan video
6. Mencipta kad hari raya.

4.2.2 Pertandingan ADNI (Adab dan Nilai)


- Akan diadakan secara atas talian.

4.2.3 Pertandingan MQSS (Mahrajan al-Quran Sekolah-Sekolah)


- Akan diadakan secara atas talian.
1. E-Taranum
2. E-Hafazan

4.2.4 Pertandingan Ihtifal Lughawi


- Akan diadakan secara atas talian.
1. E- Daie Cilik
2. E- Kalam Arabi

Tindakan : Makluman dan akan dipanjang

5.0 Hal-hal lain


5.1 Pengerusi memaklumkan panitia akan cuba menghantar wakil dalam beberapa
pertandingan yang dianjurkan oleh PPD / PPD berdasarkan bakat dan
keupayaan murid.
5.2 Pengerusi berharap semua ahli akan melaksanakan aktiviti yang dirancang
dengan baik dan penuh tanggungjawab.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 tengah hari ke satu tarikh yang akan dinyatakan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_____________________________ _____________________________
(NORHAYATI BT ABU HUSSIN) (NUR ASYIKIN BINTI RAMLEE)
Setiausaha Panitia P.Islam Ketua Panitia P.Islam
SK Convent Green Lane SK Convent Green Lane

You might also like