Latihan Sastera

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

MANTERA

MENDUDUKI RUMAH
BARU
nabilah | nabihah | syaz | qistina
SOALAN ;

pokok pemikiran yang terpancar


dalam mantera "Menduduki Rumah
Baru"
PENDAHULUAN
Mantera merupakan sebuah puisi yang bebas dan tidak terikat.Terdapat beberapa
ciri-ciri mantera menduduki rumah baru iaitu mempunyai satu rangkap yang terdiri
daripada 17 baris serta mempunyai 3 hingga 4 patah perkataan dalam sebaris.Rima
akhir mantera adalah bebas.Seterusnya,mantera ini juga berbentuk
naratif.Kebiasaannya,mantera dibaca untuk memudahkan urusan
harian,menyembuhkan penyakit atau tujuan perbomohan.Penulisan mantera
menduduki rumah baru bertemakan adat menduduki rumah baru agar berharap
tuanrumah tidak ditimpa kecelakaan.Mantera bertujuan sebagai alat kawalan sosial
serta memastikan keselamatan kepada tuan rumah.Mantera juga mengandungi
unsur-unsur magis yang digunakan dalam upacara-upacara tertentu.Pemikiran
yang terdapat dalam mantera menduduki rumah baru ialah pemikiran tentang
kepercayaan kepada makhluk halus,adat menduduki rumah,kepercayaan
berteraskan islam dan pemikiran tentang kekayaan rezeki.
ISI 1
Pemikiran yang terdapat dalam mantera menduduki rumah baru ialah
pemikiran tentang sikap pasrah kepada Allah. Hal ini demikian kerana
tuan rumah berserah kepada Allah dengan membuat permintaan
melalui doa supaya mereka diberikan kesihatan yang bapanjangan.
Contohnya,
Dengan berkat doa
La ilaha illallah Muhammad Rasulullah
Perkara ini membuktikan bahawa masyarakat beriman kepada Allah
dengan menyerahkan segala urusan mereka kepada Allah.
ISI 2
Selain itu, pemikiran yang terpancar dalam mantera menduduki rumah
baru lalah pemikiran tentang peralatan untuk berjampi.Hal ini
dikatakan demikian kerana dalam pembacaan mantera terdapat alatan
alatan tertentu yang digunakan oleh si Pawang seperti tepung,
kemenyan dan sebagainya.
Sebagai contoh,
Tepung tawar tepung jati
ketiga dengan tepung kedangsa
Terbuktilah peralatan untuk menjampi penting untuk menjayakan upacara
tepung tawar di rumah baru agar tuan rumah tidak ditimpa kehinaan dan
kecelakaan
ISI 3
Seterusnya, pemikiran yang terdapat dalam mantera menduduki rumah
baru ialah pemikiran tentang adat menduduki rumah. Hal ini dikatakan
demikian kerana masyarakat melayu pada zaman dahulu mengamalkan
Pembacaan mantera sebelum menduduki rumah baru. Hal ini bertujuan
untuk memagari rumah daripada semangat jahat.
Sebagai contoh,
Jika boleh kehendak hati
Jangan sakit jangan mati
Jangan cela jangan binasa
Jangan punah Jangan ranah.
Jelaslah bahawa membaca mantera menduduki rumah baru dapat memberi
keselamatan dan kerahmatan kepada tuan rumah.
ISI 4
pemikiran yang terdapat dalam mantera menduduki rumah baru ialah kepercayaan
berteraskan islam. Kepercayaan atau keyakinan akuan yang berkaitan dengan
agama islam seringkali dikaitkan dengan apa jua amalan dalam kehidupan
masyarakat melayu tradisional Termasuklah apabila menduduki rumah baru agar
kepercayaan Islam dalam diri bertambah kukuh. Hal ini dikatakan demikian kerana,
kepercayaan islam yang kukuh sudah pastinya ajaran atau agama islam tidak
dikaitkan dalam kehidupan kerana dianggap bertentangan dan boleh menyebabkan
masyarakat yang Terpesong akidahnya. Sebagai contoh,
mantera dimulai dengan bacaan
Bismilliah, I-Rahman, "I'Ranim
mantera diakhiri dengan bacaan
Lailahaillallah, Muhammad Rasululah
Jelaslah bahawa kepercayaan Islam penting diamalkan dalam semua aspek kehidupan
agar keyakinan masyarakat terhadap ajaran Islam bertambah kukuh
ISI 5
Pokok pemikiran yang terdapat dalam mantera menduduki rumah
baru ialah pemikiran tentang Kekayaan rezeki. Hal ini demikian
kerana penghuni menyatakan bahawa semoga tuan rumah diberi
rezeki yg melimpah ruah apabila menduduki rumah baru.Sebagai
contoh ,
Naik emas berkati-kati
Tuntasnya,tuan rumah akan dikurniakan kemewahan dan kekayaan yg
melimpah ruah sekiranya dipatuhi beberapa syarat supaya kediaman
itu diberkati dan mendapat keharmonian atau akan beroleh
kebahagiaan
PENUTUP
Kesimpulannya mantera menduduki rumah baru
banyak menggunakan pelbagai pemikiran
masyarakat yang menunjukkan mantera menjadi
amalan masyarakat melayu lama kerana mampu
memberi kekuatan spiritual kepada tuan rumah
yang bakal menduduki rumah baru. Oleh itu,
mantera boleh diamalkan selagi tidak bertentangan
dengan ajaran Islam dan Kepercayaan khurafat
sewajarnya dihundari agar pengamalnya atau
masyarakat tidak terpesong akidahanya.
SEKIAN TERIMA
KASIH :D

You might also like