Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

TEKS KHUTBAH AIDILADHA

Tajuk :

BERKORBAN UNTUK KEJAYAAN

Tarikh Dibaca :

10 ZULHIJJAH 1443H

Disediakan oleh :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


‫‪Khutbah Aidiladha 1443H‬‬ ‫‪Berkorban Untuk Kejayaan‬‬

‫‪BERKORBAN UNTUK KEJAYAAN‬‬


‫‪10 ZULHIJJAH 1443H‬‬

‫الله ُ أَ كْ ب َر ُ ‪ ،‬ا َ َّلله ُ أَ كْ ب َر ُ‬


‫ا َ َّلله ُ أَ كْ ب َر ُ ‪َّ ،‬‬
‫الله ُ أَ كْ ب َر ُ ‪ ،‬ا َ َّلله ُ أَ كْ ب َر ُ‬
‫ا َ َّلله ُ أَ كْ ب َر ُ ‪َّ ،‬‬
‫الله ُ أَ كْ ب َر ُ ‪ ،‬ا َ َّلله ُ أَ كْ ب َر ُ‬
‫ا َ َّلله ُ أَ كْ ب َر ُ ‪َّ ،‬‬
‫الله ِ بُك ْرَة ً و َأَ صِي ْلًا‪ ،‬ل َا ِإلَه َ ِإ َّلا الله ُ وَل َا نَعْبُد ُ‬
‫ا َ َّلله ُ أَ كْ ب َر ُ كَبِيْر ًا و َا ْلحم َْد ُ ل َِّله ِ كَثِيْر ًا وَسُب ْح َانَ َّ‬
‫صد َقَ وَعْدَه ُ‪،‬‬ ‫الله ُ وَحْد َه ُ‪َ ،‬‬ ‫ِإ َّلا ِإ َّياه ُ مُخ ْل ِصِ يْنَ لَه ُ الد ِينَ‪ ،‬و َلَو ْ كَرِه َ الْك َاف ِر ُ ْونَ‪ ،‬ل َا ِإلَه َ ِإ َّلا َّ‬
‫حز َابَ وَحْد َه ُ‪ .‬لآ ِإلَه ِإ َّلا َّ‬
‫الله ُ و ََّالله ُ أَ كْ ب َر ُ‪ ،‬ا َ َّلله ُ‬ ‫و َنَصَر َ ع َبْد َه ُ‪ ،‬و َأَ ع ََّز جُنْد َه ُ و َه َزَم َ الْأَ ْ‬
‫أَ كْ ب َر ُ وَل َِّله ِ الْحم َْد ُ‪.‬‬
‫ك لَه ُ و َأَ شْهَد ُ أَ َّن سَيِد َنَا و َنَب َِّينَا مُح ََّمدًا عَبْدُه ُ‬ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن ل َا ِإلَه َ ِإ َّلا الله ُ وَحْد َه ُ ل َا شَر ِي ْ َ‬
‫ك عَلَى سَيِدِن َا مُح ََّمدٍ خ َات َ ِم الْأَ ن ْب ِيَآء ِ و َال ْمُرْسَلِيْنَ و َعَل َى آلِه ِ‬ ‫وَرَسُولُه ُ‪ .‬ا َ َّلله َُّم ص ِ‬
‫َل وَسَل ِ ْم و َب َارِ ْ‬
‫الله ِ و َطَاع َتِه ِ‬
‫الله ِ َّاتقُو ْا اللهَ‪ُ ،‬أ ْوصِيْك ُ ْم و َِإ َّيايَ بتَِقْو َى َّ‬ ‫و َصَ ح ْبِه ِ أَ جْم َع ِيْنَ‪ .‬أَ َّما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عِبَاد َ َّ‬
‫ن َّ‬
‫الرجِيم ‪:‬‬ ‫ن َّ‬
‫الشيْطَا ِ‬ ‫ل الله ُ تَع َالى َ فِي ك ِتَابِه ِ ال ْ كَر ِيمِ‪ : ،‬أَ ع ُوذ ُ ب ِالله ِ م ِ َ‬
‫لَع َ َّل ك ُ ْم تُرْحَمُوْنَ ‪ ،‬ق َا َ‬
‫َٓ‬ ‫ب‬ ‫َ‬ ‫ب‬ ‫ُ‬ ‫بر ب ُ‬ ‫ب‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫َٰٓ‬ ‫ُ‬ ‫ب‬ ‫ب‬ ‫ُ‬ ‫ب‬
‫ّللِّ َعليهاَصوافۖ‪َٞ‬‬ ‫ّللِّ َلكم َفِّيهاَخيۖ‪َٞ‬فَٱذكرواَ َٱسمَ َٱ َ‬ ‫َٰ‬
‫وَٱۡلدنَ َجعلنهاَلكمَمِّنَشعئ ِّ ِّر َٱ َ‬

‫ُ ب َ ُ‬
‫كمَب‬ ‫ب‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ب‬ ‫ُ‬ ‫ب‬ ‫ب ُ ب‬ ‫ب‬ ‫ُُ‬ ‫َج ُن ُ‬
‫ت ُ‬‫فإذا َوجب ب‬
‫َٰ‬ ‫َٰ‬
‫تر َكذل ِّك َسخرنها َلكم َلعل‬
‫وبها َفُكوا َمِّنها َوأطعِّموا َٱلقان ِّعَ َوَٱلمع َ‬ ‫ِّ‬
‫ب ُ‬
‫‪1‬‬
‫تَشك ُرونََ‪َ٣٦‬‬

‫‪1‬‬
‫‪Surah al-Hajj: 36‬‬

‫‪1‬‬
Khutbah Aidiladha 1443H Berkorban Untuk Kejayaan

Muslimin Muslimat yang dikasihi sekalian,


Bertakwalah kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan
menjauhi segala larangan-Nya. Persiapkanlah bekalan yang secukupnya menuju hari
akhirat dan ingatlah bahawa sebaik-baik bekalan itu ialah takwa. Mudah-mudahan kita
sentiasa berada dalam rahmat dan keredhaan Allah SWT di dunia mahupun di akhirat.
Pada pagi Aidiladha yang penuh keberkatan ini saya akan menyampaikan khutbah yang
bertajuk: “Berkorban Untuk Kejayaan”.

،ُ ‫ وَل َِّله ِ ا ْلحم َْد‬،ُ ‫ الله ُ أَ كْ ب َر‬،ُ ‫ الله ُ أَ كْ ب َر‬،ُ ‫الله ُ أَ كْ ب َر‬

Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah,


Kita sangat bersyukur kerana masih lagi dikurniakan nikmat iman dan Islam juga dapat
menyambut Aidiladha pada hari ini. Setinggi kesyukuran juga kerana setelah dua tahun
kita tidak dapat merayakan Aidiladha dengan sempurna, maka pada tahun ini dalam
fasa peralihan endemik, dengan kelonggaran-kelonggaran SOP, kita dapat
melaksanakan Solat Sunat Aidiladha dan akan melaksanakan ibadah korban selepas ini.
Bersyukurlah kepada Allah SWT dan dalam masa yang sama, teruskan bertaubat dan
bermunajat kepada Allah SWT agar Allah SWT menjauhkan kita semua dari sebarang
bentuk wabak penyakit, bencana, kesusahan, serta menyelamatkan kita dari
perselisihan yang sia-sia dan kenaikan harga barang yang melampau.

Pada hari ini juga, saudara-saudara kita sedang melaksanakan ibadah haji di Makkah al-
Mukarramah. Mereka di sana dengan pakaian putih ihramnya, datang dari seluruh
belahan dunia, tanpa mengira bangsa, warna kulit dan status sosial, sama-sama
berkumpul untuk satu tujuan yang sama, iaitu memenuhi panggilan Allah SWT untuk
menjadi tetamu-Nya dan bertauhid mengesakan Allah SWT semata-mata serta
berusaha mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah SWT. Ibadah ini juga memberi
gambaran tentang berkumpulnya seluruh umat manusia di Padang Mahsyar kelak. Jika
cukup bekal, maka selamatlah kita dalam kesesakan lautan manusia. Maka, apakah
sudah cukup bekal persediaan kita untuk menghadapi perhimpunan di Padang Mahsyar
kelak?

2
Khutbah Aidiladha 1443H Berkorban Untuk Kejayaan

Firman Allah SWT:


َ َ ‫َُيبزىَٱ ََّلِّينََعملُواَٱ‬
ُ ‫ب‬
َ ‫َومنَجآءََبٱ‬ٞۖ‫ۡلسنةََِّفل َُهۥَخ بيرَم بِّنها‬ ٓ
َ‫اتَإَِّّل‬
َِّ َ‫لس ِّي‬ ِّ ‫لسيِّئةََِّفَل‬ ِّ ‫ٱ‬ِّ ‫منَجا‬
َ
‫ب‬ َ ‫ء‬
ُ ُ
َ٨٤َ‫ماََكنواَي بعملون‬

Maksudnya: “Sesiapa yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka
baginya balasan yang lebih baik daripadanya; dan sesiapa yang datang membawa amal
jahat, maka mereka yang melakukan kejahatan tidak dibalas melainkan dengan apa
yang mereka kerjakan”. (Surah al-Qasas ayat 84)

Sama-sama juga kita doakan saudara-saudara kita yang terpilih pada tahun ini supaya
beroleh haji yang mabrur dan sentiasa dalam perlindungan Allah SWT. Kita doakan juga
kepada saudara-saudara kita yang lain agar diberi kesempatan untuk dapat menunaikan
ibadah haji pada masa akan datang. Insya-Allah.

،ُ ‫ وَل َِّله ِ ا ْلحم َْد‬،ُ ‫ الله ُ أَ كْ ب َر‬،ُ ‫ الله ُ أَ كْ ب َر‬،ُ ‫الله ُ أَ كْ ب َر‬

Muslimin Muslimat yang dimuliakan,


Selain ibadah haji, pada Aidiladha ini juga disyariatkan ibadah korban bagi mereka yang
mampu. Ibadah korban ini juga merupakan salah satu usaha mendekatkan diri
(taqarrub) kepada Allah SWT. Ibadah korban ini memiliki asas yang sangat kuat dan
mencatatkan sejarah panjang dalam tradisi para rasul terdahulu. Pelaksanaan ibadah
korban telah ditunjukkan secara sinergik oleh para nabi dan rasul hinggalah kepada Nabi
Muhammad SAW. Peristiwa agung ini bermula sejak zaman anak Nabi Adam lagi iaitu
korban yang dilakukan oleh Qabil dan Habil. Seterusnya peristiwa ini berlaku pula
kepada Nabi Ibrahim AS terhadap anaknya, Nabi Ismail AS dan seterusnya menjadi
dasar awal bagi pensyariatan ibadah korban. Nabi Ibrahim AS dengan penuh keimanan
dan keikhlasan bersedia dan patuh kepada arahan Allah SWT untuk menyembelih anak
kesayangannya, Nabi Ismail AS. Peristiwa ini dirakamkan dengan indah oleh Allah SWT
dalam Surah al-Saffat ayat 102:

3
Khutbah Aidiladha 1443H Berkorban Untuk Kejayaan

ُ ‫ٓ ب‬ ‫ب‬
َٰ‫نظ بَر َماذاَتر ر‬
ِّ ‫ى َقال َيَٰٓأب‬
َ‫ت‬ ‫ّن َأذَبُك َفَٱ‬
ِّ ‫أ‬ َ ِّ
َ
‫ام‬ ‫ن‬ ‫م‬
َ ‫َِف َٱل‬
ِّ ‫ى‬ ٓ ِّ ِّ ‫َن َإ‬
َٰ ‫ّن َأر‬ َ ‫لس ب‬
َ ‫ع َقال َي َٰ ُب‬ َ ‫فل َما َبلغ َمع ُه َٱ‬

ََ١٠٢ََ‫ِبين‬ ‫لص‬ ُ َ ‫ّنَإنَشآءَٱ‬


َٰ َ ‫ّللَمِّنَٱ‬
َ ٓ ُ ‫َستج‬ٞۖ‫لَماَتُ بؤم ُر‬
‫د‬ َ
‫ب ب‬
‫ٱفع‬
ِّ ِّ ِّ ِّ ِّ
Maksudnya: “Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan
dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak
kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan
menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai
ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya-Allah, ayah akan mendapati
daku dari orang-orang yang sabar”.

،ُ ‫ وَل َِّله ِ ا ْلحم َْد‬،ُ ‫ الله ُ أَ كْ ب َر‬،ُ ‫ الله ُ أَ كْ ب َر‬،ُ ‫الله ُ أَ كْ ب َر‬

Saudara Saudari yang dirahmati Allah sekalian,


Pensyariatan setiap ibadah pastinya memiliki hikmah dan manfaatnya yang tersendiri.
Termasuklah ibadah haji dan korban. Dalam konteks ibadah haji, ia menuntut untuk
mengorbankan tenaga, masa dan perbelanjaan banyak yang dikumpulkan bertahun-
tahun, bahkan ia berkehendakkan seseorang itu menanggung perpisahan dengan
keluarga, sanak saudara, sahabat -handai, harta kekayaan dan kampung halaman serta
menahan kemahuan-kemahuan nafsu semasa dalam ihram. Manakala dalam konteks
ibadah korban, ia juga memerlukan kepada pengorbanan harta yang banyak dan tenaga
dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Seseorang itu pula akan
diberikan ganjaran dan kurniaan dari Allah SWT sepadan atau bahkan lebih baik dengan
usaha dan pengorbanan yang dilakukan. Imam al-Bukhari merekodkan sebuah hadis
qudsi dari Nabi SAW yang berbunyi:

‫ وإذ َا أت َانِي‬،‫ وإذ َا تَق ََّربَ م ِنِي ذِر َاع ًا تَق ََّر ب ْتُ منه ب َاعًا‬،‫شبْر ًا تَق ََّر ب ْتُ إلَيْه ِ ذِر َاعًا‬
ِ ‫إذ َا تَق ََّربَ العَبْد ُ إل ََّي‬

ً ‫مَشْيًا أتَي ْت ُه ُ هَرْوَلَة‬

Maksudnya: “Apabila hamba-Ku mendekati-Ku sejengkal nescaya Aku akan


mendekatinya sehasta dan apabila hamba-Ku datang kepada-Ku dengan berjalan
nescaya Aku akan mendatanginya berlari”.
4
Khutbah Aidiladha 1443H Berkorban Untuk Kejayaan

،ُ ‫ وَل َِّله ِ ا ْلحم َْد‬،ُ ‫ الله ُ أَ كْ ب َر‬،ُ ‫ الله ُ أَ كْ ب َر‬،ُ ‫الله ُ أَ كْ ب َر‬

Muslimin Muslimat yang dikasihi sekalian,


Daripada dua ibadah agung ini, kita dapat mengambil intipati utama daripada kedua-
duanya iaitu konsep berkorban apa-apa sahaja demi mencapai sesuatu kebaikan,
kejayaan dan dalam konteks ini matlamat utamanya ialah taqarrub kepada Allah SWT.
Pengorbanan dari segi harta, masa, tenaga dan perasaan juga perlu beralaskan kepada
keikhlasan semata-mata kerana Allah SWT. Allah SWT memberikan peringatan:
ُ َ ُ
َ‫ى َمِّنك ب رم َكذَٰل ِّك َسخرها َلك بم‬
‫ُُ ب‬
ََٰ ‫اُل َٱ َتلقو‬
ُٓ ُ ُ َ ‫ّلل‬
ُ ‫ۡل‬
ِّ َٰ‫ومها َوَّل َدِّماؤها َول‬
‫كن َين‬
َ
َ ‫لن َينال َٱ‬

‫ب ب‬ ‫َٰ ُ ب‬ َٰ َ َ ‫ِبواَٱ‬
ُ ‫تلِّ ُك‬
ِّ ‫ّشَٱل ُمح‬
ََ٣٧ََ‫سنِّي‬ ِّ ِّ ‫ّللَلَعَماَهدىكمَۗۡوب‬ ِّ
Maksudnya: “Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan
sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang
berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi
kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan
sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-
orang yang berusaha supaya baik amalnya”. (Surah al-Hajj ayat 37)

Sebagai penutup, saya ingin merumuskan khutbah hari ini kepada beberapa pesanan
penting buat saudara-saudari yang dikasihi sekalian;

Pertama: Aidiladha menunjukkan kepada kita dua ibadah agung yang mempunyai
banyak hikmah dan pengajaran.
Kedua: Kedua-dua ibadah ini – haji dan korban – menuntut kepada pengorbanan yang
besar yang beralaskan keikhlasan bagi setiap Muslim dalam usaha mendekatkan diri
dan mencapai keredhaan Allah SWT.
Ketiga: Adakah sudah cukup bekal persediaan kita dan ahli keluarga untuk menuju alam
akhirat?

5
Khutbah Aidiladha 1443H Berkorban Untuk Kejayaan

Firman Allah SWT:


‫ُ ب‬ َ ‫ب‬ ‫ب‬ ‫َٓ ب‬
َُ ‫لبب‬
َ٣َ‫ت‬ َ ‫ََإِّنَشان ِّئكَهوَٱ‬٢َ‫ََفص ِّلَل ِّربِّكَوَٱۡن بَر‬١ََ‫إِّنَاَأعط بينَٰكَٱلك بوثر‬

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad)


kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang
kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat
sebarang perkara yang diingininya).”. (Surah al-Kauthar ayat 1-3)

‫كي ِْم‬
ِ َ ‫َات و َالذِكْر ِ ا ْلح‬ َ ِ ‫ن ال ْعَظِي ِْم و َنَف َعَن ِ ْي و َِإ َّياك ُ ْم بِمَا ف ِيْه ِ م‬
ِ ‫ن الْآي‬ ِ َ‫الله ُ ل ِ ْي و َل َك ُ ْم ب ِالْقُر ْأ‬
َّ َ ‫بَارَك‬

َ ‫الله ِ الْعَظِي ْم‬


َّ ُ ‫ل هَذ َا و َأَ سْ تَغْف ِر‬
ِ ْ ‫ل قَو‬ َّ َ ‫ل م ِن ِ ْي وَم ِنْك ُ ْم تِلَاو َتَه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو‬
ُ ْ ‫ أَ قُو‬.ُ ‫السمِي ْ ُع ال ْع َلِي ْم‬ َ ‫و َتَق ََّب‬

ُ ‫ات فَاسْ تَغْف ِرُوْه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو َ الْغَفُوْر‬


ِ َ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِيْنَ و َال ْمُؤْم ِن‬
ِ َ ‫ل ِ ْي و َل َك ُ ْم و َلِسَائِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ و َال ْمُسْل ِم‬

.ُ ‫حي ْم‬ َّ
ِ ‫الر‬

ُ ‫ وَل َِّله ِ الْحم َْد‬،ُ ‫الله ُ أَ كْ ب َر‬


َّ ُ ‫ا َ َّلله ُ أَ كْ ب َر ُ الله ُ أَ كْ ب َر‬

6
‫‪Khutbah Aidiladha 1443H‬‬ ‫‪Berkorban Untuk Kejayaan‬‬

‫‪KHUTBAH KEDUA‬‬

‫الله ُ أَ كْ ب َر ُ‪ ،‬الله ُ أَ كْ ب َر ُ‪ ،‬الله ُ أَ كْ ب َر ُ‪،‬‬


‫الله ُ أَ كْ ب َر ُ‪ ،‬الله ُ أَ كْ ب َر ُ‪ ،‬الله ُ أَ كْ ب َر ُ‪،‬‬
‫الله ُ أَ كْ ب َر ُ‪،‬‬
‫الله ُ و ََّالله ُ أَ كْ ب َر ُ‪ ،‬ا َ َّلله ُ أَ كْ ب َر ُ وَل َِّله ِ الْحم َْد ُ‪ .‬أَ شْهَد ُ أَ ْن ل َا ِإلَه َ ِإ َّلا الله ُ وَحْدَه ُ ل َا‬
‫لآ ِإلَه ِإ َّلا َّ‬
‫ك عَلَى سَيِدِنَا مُح ََّم ٍد‬ ‫ك ل َه ُ‪ ،‬و َأَ شْهَد ُ أَ َّن مُح ََّمدًا ع َبْد ُه ُ وَرَسُولُه ُ‪ .‬ا َ َّلله َُّم ص ِ‬
‫َل وَسَل ِ ْم و َب َارِ ْ‬ ‫شَر ِي ْ َ‬
‫صحَابِه ِ أَ جْم َع ِيْنَ‪.‬‬
‫و َعَلَى آلِه ِ و َأَ ْ‬
‫الله ِ فَق َ ْد فَاز َ ال ْم َُّتقُوْنَ‪.‬‬ ‫اللهِ‪ ،‬ا َِّتقُو ْا اللهَ‪ُ ،‬أ ْوصِيْك ُ ْم و َن َ ْفس ِ ْ‬
‫ي بتَِقْو َى َّ‬ ‫أَ َّما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عِبَاد َ َّ‬
‫‪Muslimin Muslimat Yang Dikasihi Sekalian,‬‬
‫‪Marilah kita memperbanyakkan berselawat dan ucapan salam ke atas Baginda Nabi‬‬
‫‪Muhammad SAW. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Ahzab ayat 56:‬‬

‫ُ‬ ‫ب‬ ‫ُّ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫ُّ‬ ‫َٰٓ‬ ‫َ‬ ‫َٰٓ ُ ُ ُّ‬ ‫َ َ‬
‫بَ ر َيأيها َٱَّلِّينَ َءامنوا َصلوا َعليهِّ َوسلِّمواَ‬
‫ِّ ِّ‬ ‫نل‬ ‫ٱ‬‫َ‬ ‫َلَع‬ ‫ن‬ ‫و‬‫ل‬ ‫ص‬ ‫ي‬ ‫َ‬ ‫ۥ‬‫َ‬
‫ه‬ ‫ت‬ ‫ك‬‫ِّ‬ ‫ئ‬‫ل‬‫م‬ ‫و‬‫َ‬ ‫َ‬
‫ّلل‬ ‫ن َٱ‬‫إ ِّ َ‬
‫ت بسل ِّ ً‬
‫يماَ‪َ٥٦‬‬
‫‪Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala‬‬
‫‪penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); Wahai orang-orang yang‬‬
‫‪beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan‬‬
‫‪penghormatan yang sepenuhnya”.‬‬

‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا ص ََّلي ْتَ عَلَى سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى‬
‫ل عَلَى سَي ِدِنَا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ ِ‬ ‫ا َ َّلله َُّم َ‬
‫ص ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا ب َارَكْ تَ عَلَى سَي ِدِنَا‬
‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َب َارِ ْ‬
‫آ ِ‬
‫مج ِيْدٌ‪.‬‬ ‫ل سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإ َّن َ‬
‫ك حَمِيْدٌ َ‬ ‫ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ات الْأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأَ مْو َ ِ‬
‫ات‪.‬‬ ‫الله َُّم اغْفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ و َال ْمُسْل ِم َ ِ‬
‫ات و َال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬ ‫َّ‬

‫‪7‬‬
‫‪Khutbah Aidiladha 1443H‬‬ ‫‪Berkorban Untuk Kejayaan‬‬

‫ك نَا ك باوه دولي يڠ‬ ‫َالص َّحة ِ و َّ‬


‫َالسلَامَة ِ ج َلَالَة َ م َل ِ َ‬ ‫ق و َال ْهِد َايَة ِ و ِ‬ ‫الله َُّم أَ ي ِ ْد بِدَو َا ِم َّ‬
‫التو ْف ِي ْ ِ‬ ‫َّ‬
‫مها موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ‪ ،‬الس ُلطَان عبد الله رِعَايَة ُ الدِي ْن‬
‫ال م ُصْ طَفَى ب ِالله شاه ابن المرحوم سُلْطَان حاج أحمد شاه ال مُسْت َع ِي ْن ب ِالله‪.‬‬
‫ك ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‪،‬‬
‫وَك َذل ِ َ‬
‫تونكو حاجه عزيزه أمينه ميمونه إسكندر يه بنت ال مرحوم ال م ُت َوَك ِلْ عَلَى الله‬
‫سُلْطَان إسكندر الحَاج‪.‬‬
‫ات‬ ‫الله َُّم احْ ف َْظ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَر َاءَه ُ و َقُضَاتَه ُ و َع َُّمالَه ُ وَر َعَاي َاه ُ م ِ َ‬
‫ن ال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬ ‫َّ‬
‫حم َ َّ‬
‫الرا ِحم ِينَ‪.‬‬ ‫ك ي َا أَ ْر َ‬
‫ب ِرَحْمَت ِ َ‬
‫ن و َأَ م َانٍ‪،‬‬ ‫الله َُّم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا ً م ُ ْطم َئ ًِّنا‪ ،‬سَ خ َاء ً رَخ َاءً‪ ،‬د َار َ ع َ ْد ٍ‬
‫ل و َِإيمَانٍ‪ ،‬و َأَ ْم ٍ‬ ‫َّ‬
‫وَسَائ ِر َ بِلَادِ ال ْ مُسْل ِمِينَ‪.‬‬
‫الله َُّم أَ ع َِّز ال ِْإسْ لَام َ و َال ْمُسْل ِمِيْنَ ‪ ،‬وَد َم ِْر أَ عْد َاءَك َ أَ عْد َاء َ الد ِي ِن وان ْصُرْ م َنْ نَصَر َ الدِينَ‪،‬‬
‫َّ‬
‫ك ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْنِ‪.‬‬‫ل كَل ِمَت َ َ‬‫ل ال ْمُسْل ِمِيْنَ‪ ،‬و َأَ ع ْ ِ‬
‫و َاخْذ ُلْ م َنْ خَذ َ َ‬
‫ظه َر َ مِنْهَا‬ ‫الله َُّم ادْف َعْ ع ََّنا ال ْبَلَاء َ و َال ْغ َلاَء َ و َال ْو َباَء َ و َالْف َحْ شَاء َ و َال ْمُن ْك َر َ و َالْمِح َ َ‬
‫ن و َال ْف ِتَنَ‪ ،‬م َا َ‬ ‫َّ‬
‫ك عَلَى ك ُِل شَيْء ٍ‬
‫ن اْلمُسْل ِمِي ْنَ ع َ َّامة ً‪ِ ،‬إ َّن َ‬ ‫وَم َا بَطَنَ‪ ،‬م ِنْ بلََد ِن َا هَذ َا خ َّ‬
‫َاصة ً‪ ،‬وَم ِنْ بلُ ْد َا ِ‬
‫ن الب َرَصِ‪ ،‬و َالْجن ُ ُونِ‪ ،‬و َالْجُذ َا ِم‪ ،‬وَم ِنْ سَيِ ِئ الْأَ سْ ق َا ِم‪ ،‬ي َا‬ ‫الله َُّم ِإ َّنا نَع ُوذ ُ ب ِ َ‬
‫ك مِ َ‬ ‫قَدِيْر ٌ‪َّ .‬‬
‫حم َ َّ‬
‫الرا ِحم ِيْنَ‪.‬‬ ‫أَ ْر َ‬
‫‪Ya Allah! Dengan sifat-Mu Yang Maha Pemurah dan Maha Mendengar! Engkaulah yang‬‬
‫‪Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Kami hamba-Mu yang lemah, merayu agar‬‬
‫‪Engkau ampunkan segala dosa yang telah kami lakukan. Ya Allah! Cukupkanlah kami‬‬
‫‪dengan rezeki yang halal dan jauhkanlah kami dari rezeki yang haram. Cukupkanlah‬‬
‫‪kami dengan kurniaan-Mu dari bergantung kepada selain-Mu. Hindarkanlah kami dari‬‬
‫‪sebarang fitnah, bala bencana, waba' penyakit, perbuatan-perbuatan keji dan munkar,‬‬
‫‪seperti rasuah, salah guna kuasa dan hiburan yang melalaikan. Hanya kepada-Mu jua‬‬
‫‪Ya Allah, tempat kami mengadu dan memohon pertolongan.‬‬

‫‪Ya Allah! Satukanlah kami atas agama-Mu dan hindarkan kami dari perselisihan yang‬‬
‫‪berpanjangan. Jadikanlah kami dan keturunan kami orang-orang yang istiqamah‬‬

‫‪8‬‬
‫‪Khutbah Aidiladha 1443H‬‬ ‫‪Berkorban Untuk Kejayaan‬‬

‫‪mendirikan solat secara berjemaah serta tekun mengimarahkan masjid. Sesungguhnya‬‬


‫‪hanya kepada-Mu jua Ya Allah, doa kami mohon diperkenan dan diterima.‬‬
‫حسَن َة ً و َق ِنَا عَذ َابَ َّ‬
‫النارِ‪.‬‬ ‫خرَة ِ َ‬
‫حسَن َة ً و َفِي الْآ ِ‬ ‫ر ََّبنَا آتنَِا فِي ُ‬
‫الدن ْيَا َ‬
‫عِبَاد َ اللهِ‪،‬‬
‫ب ب ٓ‬ ‫ب‬ ‫ب‬ ‫بُ‬ ‫ٓ‬ ‫َٰ‬ ‫ب‬ ‫ب‬ ‫ب‬ ‫َ َ بُُ ب‬
‫َٰ‬
‫ب َوينَه َع ِّن َٱلفحشا َءَِّ‬‫َٰ‬
‫ن َِإَويتا ِٕي َذِّي َٱلقر َ‬
‫ّلل َيأمر ََب ِّٱلعد َِّل َوَٱ ِّۡلحس َِّ‬‫۞إِّن َٱ َ‬
‫ُ‬ ‫ُ ُ ب َ ُ ب َ‬ ‫ب ب‬ ‫ُ‬ ‫ب‬
‫غََيعِّظكمَلعلكمَتذكرونَ‪َ٩٠‬‬ ‫وَٱلمنك َِّرَوَٱۡل ِّ ي‬
‫فَا ْذك ُر ُوا الله َ ال ْعَظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْك ُمْ‪ ،‬و َاشْ ك ُر ُوه ُ عَلَى ن ِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ‪ ،‬و َاسْ أَ لُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ يُعْطِك ُ ْم‬
‫وَلَذِك ْر ُ الله ِ أَ كْ ب َر ُ‪ ،‬و َالله ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُونَ‬
‫الله ُ أَ كْ ب َر ُ‪ ،‬الله ُ أَ كْ ب َر ُ‪ ،‬الله ُ أَ كْ ب َر ُ‪ ،‬وَل َِّله ِ ا ْلحم َْد ُ‪.‬‬

‫ل الله ُ م َِّنا وِم ِنْك ُ ْم‬


‫تَق ََّب َ‬

‫‪9‬‬

You might also like