Cara Menukarkan Disertasi Ke Buku

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

STEP by STEP

Menukarkan
Tesis kepada Buku
STEP by STEP
Menukarkan
Tesis kepada Buku

NABILAA MOHAMED
Penerbitan Buku Pena
202103242744 (MA0272953-P)

No. Unit 2-5-8 Blok 2 Pangsapuri Seri Suria,


Jalan Karburetor 34/13, Sekyen 34, Pengarah Penerbit:
40470 Shah Alam, Selangor Nabilaa Mohamed
Tel: (+60) 18 – 217 4418
Email: bukupenabooks@gmail.com Penulis:
Instagram: @bukupenabooks Nabilaa Mohamed
Shopee: shopee.com.my/bukupenabooks
Editor:
Fatimah Ahmad
© Nabilaa Mohamed
Ilustrasi:
Cetakan Pertama: September 2021
Gambar diambil
Cetakan Kedua: Oktober 2021
daripada Freepik.com

© HAK CIPTA TERPELIHARA. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh


diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, disalin, disiar atau ditukar dalam
apa jua bentuk sekalipun. Sama ada dengan komputer, elektronik, rakaman,
dan/atau sebaliknya. Kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada pihak
penerbit Penerbitan Buku Pena dan penulis Nabilaa Mohamed. Perundingan
tertakluk kepada perkiraan royalti dan honorarium.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Nabilaa Mohamed, 1991-


STEP BY STEP MENUKARKAN TESIS KEPADA BUKU / NABILAA
MOHAMED.
ISBN 978-967-25798-0-9
1. Authorship.
2. Publishers and publishing.
I. Judul.
808.02
Dedikasi –

Kepada yang ingin melakar idea penanya sehingga


LANGIT PERTAMA.

Epigrafi –

“Marilah kita mengangkat buku dan pena. Inilah senjata kita


yang paling berkuasa. Seorang kanak-kanak, seorang guru,
sebuah buku, dan sebatang pena boleh mengubah dunia!”
(Malala Yousafzai)
Buku ini
menggunakan
bahasa campuran,
urban, dan
kontemporari!
Mohon baca dengan
hati yang tenang.
Isi Kandungan
Prakata................................................................................. ix
Pendahuluan ....................................................................... 1
Mereka Bentuk Judul Bab & Subjudul Bab Buku ........... 4
Daripada Disertasi kepada Buku ................................................. 10
Menyusun Atur Judul Bab & Subjudul Bab Buku ................. 12
Struktur Penulisan Buku ................................................................. 22
Contoh Buku...................................................................................... 31
Bergaya dalam Penulisan ............................................... 81
Gaya Penulisan dalam Buku Ilmiah ........................................... 82
Retorik .................................................................................................. 84
Gaya Bahasa atau Gaya Retorik .................................................. 88
Mencari Penerbit atau Menjadi Penerbit ...................... 95
Pihak yang Terlibat dalam Penerbitan Buku ........................... 97
Jenis Buku yang Mudah Dihasilkan ........................................... 99
Penutup ........................................................................... 103
Bibliografi ........................................................................ 105
Indeks .............................................................................. 107
“Menulis adalah cara berhemah
bagi menasihati diri sendiri.
Menulislah, walaupun hanya
sebuah buku dalam seumur
hidupmu.”

- Ustaz Dwi Suwiknyo


ix

Prakata
Al-Hamdu Lillahi Rabbil-'Alamin
Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Setahun selepas menamatkan pengajian sarjana dalam jurusan sains


pentadbiran di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam,
saya cuba memasuki dunia penulisan buku dengan melibatkan diri
dalam Kursus Transformasi Tesis kepada Buku pada 10 hingga 11
Oktober 2018 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebagai usaha
untuk menukarkan disertasi sarjana saya kepada sebuah buku.

Walau bagaimanapun, perjalanan menjadi seorang penulis


mempunyai cabaran yang tersendiri kerana menulis tanpa ilmu
ibarat tin kosong yang disepak di tengah jalan. Masih tetap kosong
dan tiada apa yang diketengahkan walaupun gah kedengaran. Jadi
seorang penulis mestilah mempunyai ilmu sebelum menegakkan
penanya.

Awal tahun 2020, saya melanjutkan pengajian ke peringkat


doktor falsafah (Ph.D) di universiti yang sama yang mana telah
memaksa saya menulis dengan kritis dan kreatif. Walaupun ia
bersifat akademik, ia berjaya mencungkil dan mengasah gaya
penulisan saya yang tersendiri. Akhir tahun 2020, cubaan
menyelesaikan beberapa manuskrip yang tertangguh diteruskan
demi Tuhanku.

“Step by Step Menukarkan Tesis kepada Buku” yang mula


ditulis pada bulan Mei 2021 berjaya diselesaikan pada pertengahan
bulan Julai 2021. Buku ini bersifat ringkas, straight to the point, dan
mudah difahami oleh para pelajar IPT sebagai panduan untuk
menukarkan tesis atau disertasi mereka kepada sebuah buku. Tesis
atau disertasi juga boleh menghasilkan beberapa buah buku.
x

Oleh itu, marilah kita berusaha menggunakan waktu yang


terluang dengan menukarkan tesis atau disertasi kita kepada sebuah
buku untuk generasi masa hadapan.

Bak kata Napolean,

“Setiap waktu yang terbuang akan membawa nasib buruk pada


masa hadapan.”

Sekalung penghargaan kepada keluargaku yang tercinta


kerana walau apa pun yang terjadi sentiasa memberi sokongan
termasuk keluarga terdekat, kawan-kawan, Dia yang ku kasihi, dan
stranger yang singgah sebentar membawa seribu kata semangat
yang luar biasa.

Akhir kata, tulislah demi Tuhanmu.

Nabilaa Mohamed
Selasa, 21 Julai 2021
9:53 malam
Shah Alam, Selangor
PendahuluanPendahuluan 1

Pendahuluan
Apakah perbezaan sebuah tesis atau disertasi dengan sebuah buku?

Di dalam sebuah buku, idea yang ditulis bersifat santai,


fleksibel, dan tidak rigid. Buku tidak mempunyai standard yang
sangat teknikal seperti sebuah tesis atau disertasi. Tesis atau disertasi
adalah sama, merupakan laporan bertulis daripada pelajar IPT.

Walau bagaimanapun, kedua-duanya masih mempunyai


sedikit ciri-ciri yang membezakannya. Sebagai contoh, dari segi
jumlah halaman, laporan disertasi lebih nipis daripada laporan
sebuah tesis.

Buku yang dihasilkan daripada tesis atau disertasi dipanggil


buku ilmiah dan untuk menjadikan ia sebuah buku sekurang-
kurangnya mestilah melebihi 49 halaman mengikut standard
daripada UNESCO.

Walau bagaimanapun, buku yang terhasil daripada tesis atau


disertasi perlulah lebih nipis, lebih ringkas, dan tidak melebihi 300
halaman termasuk bibliografi dan indeks dengan melangkau dua
(double spacing).

Tesis atau disertasi secara umumnya mempunyai lima bab


(rujuk Jadual 1, hlm. 2) dan bab akan bertambah mengikut standard
pihak universiti masing-masing kerana setiap universiti mempunyai
standard penyediaan laporan tesis atau disertasi yang berbeza-beza.
Walau bagaimanapun, lima bab tersebut adalah sama bagi semua
universiti di seluruh dunia.

You might also like