Sejarah Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Dalam konteks 

sejarah Malaysia (‫)سجاره مليسيا‬, walaupun nama "Malaysia" merupakan sebuah


konsep moden yang baru diciptakan pada separuh kedua abad ke-20, Malaysia kontemporari
tetap menganggap keseluruhan sejarah Tanah Melayu dan Borneo, merangkumi ribuan tahun
yang lalu termasuk zaman prasejarah, sebagai sejarahnya tersendiri.[1]
Catatan awal Barat mengenai negara ini bermula sejak orang-orang Yunani seperti Cladius
Ptolemy menamakan semenanjung yang terdapat di negara ini sebagai Semenanjung
Emas (kini digelar Semenanjung Malaysia) atau "Golden Khorsenese" di dalam
buku Geographia yang ditulisnya pada sekitar 150 M.
[2]
 Agama Hindu dan Buddha dari India dan China masing-masing mendominasi sejarah awal
negara ini dan mencapai kemuncaknya semasa pemerintahan kerajaan Srivijaya yang berpusat
di Palembang, Sumatera, Indonesia, yang mempunyai pengaruh yang meluas di seluruh
Sumatera sendiri, Jawa, Indonesia, Semenanjung Tanah Melayu dan sebahagian besar Borneo
dari abad ke-7 hingga ke-17.
Walaupun kedatangan Islam di Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku seawal abad ke-10,
agama tersebut mula mengukuhkan kedudukannya di Tanah Melayu pada abad ke-14.
Penerapan Islam pada abad ke-14 telah menyaksikan kebangkitan kesultanan-kesultanan, yang
paling menonjol ialah Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Brunei. Islam sememangnya
mempun

You might also like