Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Perjuangan Dato’ Maharaja Lela

Dato' Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak yang mentadbir kawasan Pasir Salak. Nama sebenar
beliau ialah Pandak Limo Bin Machang Lela Tok Mahmud. Beliau berketurunan Daeng Selili, anak Bugis yang
berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dan
dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran Dato' Maharaja Lela. Dato' Maharaja Lela merupakan pemimpin
yang mengetuai perjuangan menentang British di Perak. Beliau bertanggungjawab mempertahankan rajanya
daripada sebarang ancaman Menguasai Pasir Salak hingga ke Sungai Dedap. Seorang pembesar yang gagah dan
mempunyai kedudukan yang tinggi susunan ke tujuh dalam hirarki bangsawan Perak.

Faktor utama yang membawa kepada perjuangan Dato’ Maharaja Lela ialah kerana British mengambil hak
mengutip cukai. Pada 24 Julai 1875, J.W.W. Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang
membolehkan British mengambil hak mengutip cukai. Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan
menandatangani pengisytiharan tersebut. J.W.W. Birch membakar rumah Raja Ngah, Orang Besar Perak kerana
meneruskan kutipan cukai di Bidor. Seterusnya, residen British campur tangan dalam pentadbiran negeri yang
menyebabkan kemarahan Sultan dan pembesar Perak memuncak pada 2 Oktober 1875. Sultan Abdullah dipaksa
menandatangani surat penyerahan kuasa kepada British. Kuasa mentadbir negeri diserahkan kepada residen yang
berkuasa melantik hakim, menguruskan cukai dan melantik penghulu. Kemudian, J.W.W. Birch mencabuli adat
resam orang melayu apabila mengharamkan sistem perhambaan yang menjadi adat resam Melayu. Residen British
ini sengaja menimbulkan kemarahan orang Melayu dengan menyimpan hamba-hamba perempuan di rumahnya.
Akhir sekali, British memperkenalkan cukai baharu yang membebankan rakyat. J.W.W. Birch bertindak sesuka hati
dengan memperkenalkan cukal baharu seperti cukai padi, perahu atap, senjata dan bayaran permit untuk membalak.
Setiap isi rumah perlu membayar 2 Dolar sebagai cukai kelamin.

Peristiwa perjuangan Dato’ Maharaja Lela ini ialah pada Februari 1875. Sultan Abdullah, Dato' Maharaja
Lela dan pembesar Melayu membuat bantahan terhadap campur tangan British. Pada September 1875. Dato'
Maharaja Lela bersetuju mengambil tanggungjawab untuk membunuh Residen British, iaitu JW.W. Birch.
Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat Durian Sebatang yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri
oleh pembesar- pembesarnya. Pada November 1875, J.W.W. Birch dibunuh oleh Seputum atas arahan Dato'
Maharaja Lela di Sungai Perak, Pasir Salak. Pada tahun 1877. Dato' Maharaja Lela dan Seputum ditangkap dan
kemudian mereka dijatuhi hukuman gantung sampai mati di Taiping,Perak.

Peristiwa perjuangan Dato’ Maharaja Lela ini telah memberikan iktibar bahawa kita perlulah mencontohi
kesungguhan dan semangat juang yang tinggi yang ditonjolkan oleh Dato’ Maharaja Lela. Antara iktibar-iktibar
berikut ialah kita perlulah menghormati budaya tempatan. Selain itu, kita haruslah sentiasa bersemangat
mempertahankan negara daripada penjajah asing.

Pelbagai usaha yang boleh dilakukan bagi menghargai perjuangan tokoh-tokoh tempatan di negara kita.
Antaranya termasuklah dengan menyiarkan dokumentasi dan rancangan-rancangan khas berbentuk pendidikan
melalui media massa agar masyarakat diberikan pendedahan yang berterusan mengenai kisah perjuangan tokoh
tanah air. Selain itu, mengabadikan nama-nama pejuang tokoh tempatan pada tempat- tempat yang sewajarnya
seperti bangunan, sekolah, jalan raya dan sebagainya agar nama mereka kekal terpahat dalam ingatan rakyat.
Seterusnya, membina tugu atau memorial pejuang-pejuang tanah air yang dapat menarik kedatangan para pelancong
di samping memperingati peristiwa perjuangan tokoh.

Akhir sekali, saya berharap masyarakat masyarakat di Malaysia akan bersatu-padu dan mengukuhkan
perpaduan kaum agar kuasa asing tidak berpeluang untuk campur tangan lagi di negara kita. Oleh itu, kita haruslah
meningkatkan ilmu pengetahuan serta jati diri bagi memajukan diri seterusnya da memberikan sumbangan terhadap
kemajuan keluarga, masyarakat dan negara agar kehidupan yang ama dan sentosa dapat dinikmati untuk selamanya.

You might also like