Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

No 25 Kampung Sungai Dua

Jalan Batu Arang


48000 Rawang
Selangor Darul Ehsan

10 Januari 2023

Menemui sahabatku, Vaishnavi yang berada di Johor Bahru. Apa khabar, saudari di sana?
Semoga saudari berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga tersayang. Saya
dan keluarga saya sihat sejahtera di sini.

Saudari,

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan tentang aktiviti
gotong-royong yang telah diadakan di taman saya pada 31 Disember 2022 yang lalu.
Semangat gotong-royong dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa hidup saling bantu
membantu bak kata pepatah “berat sama dipikul ringan sama di jinjing”.

Kami telah berkumpul di dewan orang ramai seawal tujuh pagi. Segalaperalatan
seperti cangkul, sabit, berus, cat dan lain lain peralatan untuk membersihkan
persekitaran telah kami bawa bersama.
Sebelum memulakan aktiviti tersebut Pengerusi Persatuan Kampung Sungai
Dua telah memberi sepatah dua kata untuk merakamkan penghargaan kepada semua
penduduk yang hadir bagi menjayakan program yang dijalankan ini. Beliau berkata
bahawa akitiviti gotong-royong ini akan mendatangkan banyak masiahat. Selepas
ucapan beliau akitiviti gotong royong pun bermula.Selepas tamat ucapan, kami di
pecahkan ke beberapa kumpulan.
Kami berasa gembira dan bersungguh-sungguh apabila menjalankan aktiviti
membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran. Kami berkerjasama bagai
aur dengan tebing membersihkan kawasan perumahan kami.

Selepas empat jam, kawasan perumahan kami telah menjadi bersih dan indah.
Kami berasa sungguh gembira melihat perubahan itu. Sebelum gotong-royong
berakhir, kami telah menikmati hidangan tengah hari yang disediakan olah kaum
wanita. Kami berharap aktiviti ini dapat diadakan lagi kerana amalan ini dianggap tak
basah dek hujan, tak lekang dek panas.

Setakat ini sahaja buat kali ini. Jumpa lagi dalam coretan yang lain. Sampaikan
salam mesra kepada keluarga saudara.

Sekian, terima kasih.


Sahabatmu,
Shrruti Ravindran

You might also like