Taman Ekosistem Geo

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

LAMPIRAN 9.

3
TAMAN EKOSISTEM GEOGRAFI SMK BONGOR

1. PENGENALAN
Projek Taman Ekosistem Geografi telah dilaksanakan oleh murid-murid
Tingkatan 5 Ibnu Sina & 5 Ibnu Majjah Bersama dua orang guru mata
pelajaran Geografi iaitu Cikgu Afnan Bin Razali dan Puan Aini Hasliza Binti
Husin. Projek ini mula dilaksanakan pada awal tahun 2022. Ini adalah satu
pengayaan daripada sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran
Geografi. Hasil daripada pembinaan Taman Ekosistem ini ia dapat memberi
manfaat kepada semua murid SMK Bongor untuk menggunakan Taman
Ekosistem Geografi ini sebagai wadah pembelajaran di luar kelas dan
menjadi sumber rujukan secara in situ.

2. OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan kemahiran murid untuk menanam pokok
2.2 Memberi peluang kepada murid untuk menyumbang usaha dalam
penghijauan Kawasan sekolah.
2.3 Meningkatkan minat dan pemahaamn murid dalam mata pelajaran
geografi
2.4 Meningkatkan kesedaran murid mengenai kepentingan menjaga
kelestarian alam sekitar.
2.5 Mewujudkan suatu atmosfera hijau yang seimbang dan boleh dijadikan
sebagai penghasil oksigen kepada alam sekitar.

3. NAMA PPROGRAM: TAMAN EKOSISTEM GEOGRAFI

4. PELAKSANA

GURU PENASIHAT:
1. Cikgu Afnan Bin Razali
2. Cikgu Aini Hasliza Binti Husin

PENGLIBATAN MURID : 5 Ibnu Sina dan 5 Ibnu Majjah


5. SASARAN
Semua murid SMK Bongor

6. KONSEP
Taman Ekosistem Geografi berkonsepkan taman untuk sumber
pembelajaran di luar kelas.

Antara topik yang berkaitan adalah:


Geografi Tingkatan 1 : Sistem fizikal bumi.
Geografi Tingkatan 2 : Langkah – Langkah mengurangkan pemanasan global.
Geografi Tingkatan 3: Tumbuh – tumbuhan semulajadi di Malaysia.
Geografi Tingkatan 4 : Pandang darat fizikal dan pandang darat budaya.
Geografi Tingkatan 5 : Tumbuh – tumbuhan semulajadi dunia.

7. KOS

Bil Perkara Kos


1 Pasu RM 22.00
2 Bunga Kertas RM 16.00
3 Bunga Exora Rose RM 20.00
4 Kucai RM 5.00
5 Listik Merah RM 36.00
6 Tanah RM 10.00
Jumlah RM 109.00
8. DOKUMENTASI BERGAMBAR

 Kolam menjadi habitat semulajadi bagi hidupan akuatik.


 Air adalah unsur Abiotik
 Pokok sebagai Biotik dan menghasilkan oksigen dan menyegarkan persekitaran.
 Peta Dunia dan Peta Malaysia menjadi rujukan utama murid untuk mengenal peta.

DISEDIAKAN OLEH:
ENCIK AFNAN BIN RAZALI
KETUA PANITIA GEOGRAFI SMK BONGOR

You might also like