Teks Pengacara Program Uce Kompang

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SKRIP LDK1 PROGRAM UCE

1 Selamat pagi kepada hadirin sekalian, pada hari ini, hari yang
Pembuka bicara
cukup ceria ibarat,

Pagi indah cuaca nyaman,


Udara segar sinar mentari,
Selamat pagi saya ucapkan,
Semoga hidup sentiasa diberkati.

Bismillahir rahmanir rahim, Assalammualaikum & salam sejahtera.


Terima kasih kepada pengacara majlis, saya Jannati bt Abdul
Murad selaku pengacara pasukan bagi LDK1 turut berbangga pada
hari ini, dapat berkongsi bersama-sama dengan komuniti luar dan
juga rakan-rakan daripada LDK-LDK dan AJK-AJK yang ada.

2 Terlebih dahulu, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat


Ucapan alu-aluan
Allah swt, kerana dengan limpah perkenan dan kurnianya kita
dapat berhimpun untuk sama-sama menjayakan program ini.
Majlis berbesar hati merungkai ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan ribuan terima kasih kepada..

Yang Dihormati, Prof. Madya Dr. Khairul Azman bin Mohd


Suhaimy, selaku Dekan, Pusat Pengajian Umum & Kokurikulum
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Yang Berbahagia, Prof. Madya Dr. Mohd Khir bin Mohd Nor, selaku
Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Umum & Kokurikulum Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia.

Yang Berusaha, Dr Mohd Hairul bin Khamidun, selaku ketua


Jabatan sukan & kebudayaan, Pusat Pengajian Umum &
Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Yang Berusaha, Encik Mohd Nizam bin Talib, selaku Tenaga pelajar
kursus kokurikulum berkredit UQB10401 kompang seksyen 1.

Yang kami kasihi, Encik Syed Harris Shah Bin Syed Johari shah,
selaku tuan pengarah program
Serta,
Barisan saf pimpinan, dan pengarah persatuan kompang gema
pusaka anak seni batu pahat, seterusnya semua pelajar-pelajar
yang terlibat bagi melaksanakan program pada hari ini. Dan tidak
lupa juga kepada kumpulan sasar kami yang berada di luar sana
seramai 30 orang yang telah dibahagikan secara, kumpulan A dan
kumpulan B. Saya selaku pengacara majlis LDK1 pada hari ini
mengucapkan selamat datang dan terima kasih tidak terkira
daripada kami, yang mana hari ini berlangsungnya program ini.

3 Hari ini kami akan menerangkan mengenai pengenalan kompang


Pengenalan
iaitu mengenai sejarah daripada mana..asalnya kompang ini
dibawa dan dari kaedah yang bagaimana ianya di sumbangkan dan
diperkembangkan, serta bahan mentahnya dan juga cara
pembuatannya, akan kami terangkan sedikit sebanyak bersama-
sama rakan-rakan LDK1 yang telah menyiapkan apa yang perlu
untuk kami mempersembahkan pada hari ini.

4 Sukacita ingin kami ingatkan, di hujung pembentangan ini, kami


Peringatan sesi quiz
menyediakan acara permainan kahoot untuk semua peserta.
kahoot
Diharapkan semua menumpukan perhatian kepada pembentang.

5 Untuk tidak melenggahkan masa, marilah kita sama-sama


Tayangan video
menyaksikan, sebuah tayangan video pembentangan, yang telah
pembentang ldk1
disediakan oleh LDK1.

6
Pembentang
pertama (aliaa) Seterusnya, marilah kita menyaksikan pembentang pertama bagi
kumpulan LDK1, iaitu cik Aliaa yang akan membentangkan tentang
pengenalan terhadap alat muzik tradisional. Dipersilakan…
7 Terima kasih kepada cik Aliaa, Alhamdulillah apa yang cik Aliaa
Tamat pembentang terangkan tadi, membantu untuk bersama-sama kita memahami
pertama (aliaa)
tentang pengenalan terhadap alat muzik tradisional.

8 Selepas ini, kita akan bersama-sama dengan Encik Haziq yang akan
Pembentang ke2
menerangkan sejarah kompang dan pengenalan terhadap
pertama (haziq)
kompang, kita teruskan kepada Encik Haziq. Dipersilakan…

9
Tamat pembentang Terima kasih kepada Encik Haziq, diharapkan apa yang Encik Haziq
ke2 (haziq)
terangkan sebentar tadi, dapat kita sama-sama fahami.

10
Pembentang ke3 Seterusnya, pembentang yang ke 3 ialah Encik Hisyam yang akan
(hisyam)
menerangkan tentang jenis-jenis kayu pembuatan kompang.
Dipersilakan…

11
Tamat pembentang Terima kasih kepada Encik Hisyam, atas penerangan tentang jenis-
ke3 (hisyam)
jenis pembuatan kompang sebentar tadi.

12 Selepas ini, kita akan bersama-sama dengan Encik Amirul pula,


Pembentang ke4
yang akan menerangkan tentang penghasilan kompang, kita
(amirul)
teruskan kepada Encik Amirul. Dipersilakan…

13 Terima kasih encik amirul atas penerangan tentang penghasilan


pass ke hisyam
kompang.
Demikian tadi, tayangan video penghasilan kompang. Seterusnya
Encik Hisyam pula yang akan menerangkan kesimpulan kompang.
Dipersilakan…

Tamatlah sudah tayangan video pembentangan tentang kompang


yang telah dijalankan oleh ahli LDK1.
14 Hadirin sekalian,
Tayangan video Seterusnya, marilah kita sama-sama berhibur dengan menyaksikan
raya
tayangan video raya yang ditayangkan khas pada pagi ini.
Mari kita saksikan…

Selepas ini, kita akan ke acara permainan seterusnya iaitu kahoot


15 quiz. Quiz ini mempunyai 5 soalan yang perlu dijawab dengan
Sesi quiz
betul berdasarkan pembentangan tadi.

Hadirin sekalian link quiz ini telah dikongsikan di dalam chat box
google meet.

Baiklah. Hadirin sekalian kita akan ke acara permainan kahoot,


para hadirin diberi tempoh selama 3 minit untuk mengimbas code
QR bagi memasuki laman web kahoot.

Usai 3 minit acara akan dimula.

16 Tahniah kepada hadirin yang dapat menjawab semua soalan ini


Sesi quiz tamat
dengan betul, berikan tepukan ( tepuk tangan). kepada yang mana
tidak dapat jawab dengan betul tak mengapa, anda telah mencuba
sebaiknya.
Terima kasih kepada anda semua yang sudi memberi kerjasama
dalam melancarkan sesi quiz kahoot ini.

17 Hadirin sekalian,
Penutup

Dengan berakhirnya sudah pembentangan kami, dari ahli-ahli


LDK1. Sekali lagi, LDK1 merakamkan jutaan terima kasih kepada
dif-dif kehormat serta hadirin dan hadirat sekalian atas kesudian
untuk bersama-sama menjayakan program ini.

Semoga pendedahan program seperti ini, dapat memupuk


semangat kepada mahasiswa dan mahasiswi yang lain, untuk terus
bergiat aktif dalam seni kebudayaan kompang.

Bunga seroja diatas cemara,


Jatuh sekuntum diatas para,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua yang kami pinta.

Diatas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.

Sekian sahaja, saya Jannati mewakili LDK1 menyusun 10 jari andai


ada kekurangan dan kesilapan sepanjang program ini
berlangsung..
Wabillahitaufiq wahidayah wbt…

Baiklah . Kita menjemput encik mohd nizam, mungkin ada sedikit


penjelasan daripada beliau…

You might also like