Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN

Bahasa Melayu dituturkan oleh orang Melayu daripada satu generasi kepada satu
generasi yang lain sejak zaman-berzaman. Bahasa Melayu dikatakan menjadi lingua
franca dan bahasa pentadbiran suatu ketika dahulu. Namun, asal usul bahasa Melayu
masih lagi kabur kerana sejarah Asia Tenggara masih memerlukan kajian yang lanjut
dan mendalam selain kurangnya bukti-bukti konkrit yang boleh menerangkan asal usul
bahasa Melayu dengan tepat. Walau bagaimanapun, istilah ‘Melayu’ boleh diberi
penjelasan berdasarkan pandangan tokoh dengan kajian mereka.

2.0 ASAL USUL BAHASA MELAYU

Konsep Melayu mempunyai banyak maksud dan definisi tertentu. Menurut Nik
Safiah (2010) berpendapat bahawa perkataan ‘Melayu’ pada awalnya dikaitkan dengan
konsep kerajaan. Sehubungan dengan itu, pada peringkat awal, istilah Melayu merujuk
kepada kawasan, kerajaan dan tidak melibatkan sebuah bangsa. Menurut Ptolemy
dalam karyanya Geographike Sintaxsis menyebut Melayu sebagai entiti kerajaan yang
wujud selewat-lewatnya sejak abad ke-2 masihi iaitu Maleu-Kolon. Selain itu,
malayakolam atau malaikurram iaitu Tanjung Kuantan berasal daripada Bahasa
Sanskrit. Seterusnya, Malaya Dvipa telah ditemukan dalam kitab Hindu Purba, iaitu
Purana yang bermaksud Pulau Sumatera. Terdapat catatan orang Cina, iaitu catatan
rahib Buddha bernama I’Tsing menggunakan perkataan mo-lo-yo terhadap dua buah
kerajaan yang dilawatinya.

Takrif ‘Melayu’ dari segi Etimologi, iaitu usaha menyusun sejarah bentuk dan makna
kata (Collins, 2003) dapat dibahaskan dengan beberapa pandangan tokoh dan catatan
sejarah. Menurut Zuber Usman (1977), Melayu berasal daripada perkataan ‘Himalaya’
disingkatkan menjadi ‘Malaya’ kemudian menjadi ‘Melayu’. ‘Hima laya’ bererti tempat
sejuk seperti di puncak gunung yang tinggi. Perkataan ‘Melayu’ turut dikatakan berasal
daripada perkataan bahasa Jawa Kuno, iaitu ‘Mlaya’ yang bermaksud ‘mengembara’
atau ‘pergi ke mana-mana’. Seterusnya, perkataan Melayu turut dikatakan berasal
daripada nama sebuah sungai, iaitu ‘Sungai Melayu’ yang dikatakan mengalir deras dan
laju, selaju orang yang berlari. Menurut Abdul Rashid (2006), pemberian nama sebuah
kerajaan atau negeri berdasarkan nama sungai ialah perkara biasa dalam budaya
Melayu seperti nama negeri Johor, Perak, Pahang dan lain-lain lagi.

1
Takrif ‘Melayu’ berdasarkan bangsa, iaitu merujuk keturunan yang ‘berbangsa’ dan
‘berasal’ sahaja. Hal ini dikatakan demikian kerana menurut Nik Safiah (2010) Melayu
dari segi suku bangsa bererti keturunan suku Melayu, berbudaya dan beradat resam
Melayu. Contohnya, di Pantai Sabah. Orang Asia Barat menggelarkan penduduk di
Nusantara sebagai Jawa atau Jawi. Oleh itu, ‘al-jawi’ digunakan di hujung nama.
Sebagai contoh, Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari al-Jawi.

Takrif ‘Melayu’ mengikut perlembagaan Malaysia ialah orang yang bertutur dalam
bahasa Melayu, menganut agama Islam dan mengamalkan cara hidup orang Melayu.
Hal ini bertentangan dengan maksud ‘Melayu’ bagi UNESCO, iaitu satu keluarga yang
menggunakan bahasa yang sama, fizikal yang hampir sama, berkulit sawo matang,
rambut lurus dan tinggi yang sederhana. (Shamsul Azuwani Nawi, 2020)

Bukti yang dapat dirujuk tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu berupa empat
buah batu bersurat iaitu di Kedukan Bukit, Palembang, di Talang Tuwo, Palembang, di
Kota Kapur, Pulau Bangka dan di Karang Brahi, Meringin. Ini menunjukkan bahawa
bahasa Melayu telah lama wujud di kepulauan Melayu sejak tahun 683 Masihi. Sebagai
contoh, “Shuklapaksa wulan Waishakha dapunta” merupakan antara bentuk bahasa
yang terdapat pada batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang. Perkataan condong itu
ialah perkataan Melayu dan yang lain ialah perkataan Sanskrit. Bukti konkrit ini
dikatakan dijumpai di pusat kerajaan Sriwijaya kerana tarikh-tarikh yang tercatat
merupakan tarikh zaman mula naiknya kerajaan Sriwijaya. (Nik Safiah, 1995)

Terdapat beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu


berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Menurut pendapat
R.H Geldern (1899), mereka datang dari daerah Yunan, China dalam bentuk beberapa
gelombang manusia, iaitu yang pertama Proto dan kedua ialah Deutro yang menduduki
wilayah Asia Tenggara. Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Nusantara dalam
keluarga Austronesia dibawah keluarga Austris, iaitu kira- kira 200 hingga 300 bahasa.
Ahli bahasa telah membahagikan bahasa Melayu kepada tiga tahap bahasa Melayu
Kuno, Klasik dan Moden. (Siti Hajar, 2008)

2
BAHASA MELAYU MODEN

- Permulaan zaman bahasa melayu


moden dapat dilihat melalui hasil
- Berasal daripada bahasa Melayu klasik karangan Abdullah Munsyi iaitu 'Hikayat
yang dikatakan bermula pada abad ke 19 Abdullah' pada tahun 1849 hasil daripada
pergaulan beliau dengan orang-orang
Inggeris di negeri-negeri Selat

KONSEP BAHASA
MELAYU MODEN

- Menjadi bahasa pengantar dalam urusan - Awal abad ke-20, bahasa Melayu sudah
pemerintahan negeri terutamanya menjadi bahasa yang penting di
berkaitan dengan adat istiadat dan agama Semenanjung tanah Melayu, Singapura,
Islam Sarawak dan Brunei.
- Sekolah-sekolah dibuka dan syarikat- - Banyak akhbar, jurnal dan buku dalam
syarikat percetakan semakin banyak bahasa Melayu diterbitkan bagi
didirikan menyebabkan buku, majalah, meningkatkan lagi penggunaan bahasa
akhbar, jurnal dan risalah bahasa Melayu Melayu selepas Perang Dunia ke 2 seperti
dicetak di tanah jajahan Inggeris al-Imam (1906)

(Abdul Rashid Melebek, 2006, Sejarah Bahasa Melayu)

3
KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT SERANTAU DAN ANTARABANGSA

BAHASA MELAYU DI SINGAPURA


- Pemimpin negara Singapura dilihat bersikap praktis terhadap bahasa
Melayu (Awang Semang 2002)
-Dari segi pendidikan, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar
di peringkat sekolah rendah sahaja (sekolah dasar)
- Dari segi kesatuan dan pertubuhan, terdapat lebih 30 pertubuhan Melayu
dibenarkan bergiat aktif untuk meningkatkan budaya dan persatuan Melayu
seperti MBMS, KGMS, PGBM ASAS 50 dan KAMUS
-Dari segi media massa, jumlah dan bahan penerbitan dalam bahasa Melayu
bertambah dalam bentuk fiksyen dan bukan fiksyen selain siaran Melayu
KEDUDUKAN BAHASA MELAYU PADA PERINGKAT SERANTAU

pertama diadakan di saluran televisyen, radio, akhbar dan majalah

BAHASA MELAYU DI FILIPINA


- Menurut H.Otler Beyer, bahasa Filipina berasal daripada orang Melayu
yang bermigrasi dari Malaysia dan Indonesia
- Bahasa pemerintahan di Filipina ialah bahasa Melayu dengan penemuan
Inskripsi Plat Tembaga Laguna di Lumbang River
- Menjadi lingua franca di kawasan selatan Mindanao
- Terdapat Melayu dan Indonesia yang tinggal tetap dan menjalankan
perniagaan mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa harian
- Merupakan bahasa kebangsaan di selatan Filipina

BAHASA MELAYU DI THAILAND


- Menurut Paitoon (2005), sebanyak 75% daripada penduduk di lima wilayah
selatan Thai beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan taat kepada
adat resam Melayu seperti penduduk di utara Malaysia
- Masyarakat Melayu Thailand yang terdiri daripada orang tua sahaja masih
menggunakan bahasa Melayu dalam bentuk dialek Satun dan Yala
- Di sekolah pondok, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar dalam mata
pelajaran agama dan bahasa Melayu serta digunakan dalam majlis acara
keagamaan
- Bangsa Thai yang terdiri daripada usahawan dan penanaman modal berminat
dengan bahasa Melayu melalui projek (IMT-GT)

BAHASA MELAYU DI KAMPUCHEA


- Masyarakat Melayu Kampuchea menguasai bahasa Melayu Cham dan
kebanyakannya mahir dalam bahasa Khmer
- Bahasa Melayu dikembangkan ke peringkat antarabangsa melalui majlis
Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM)

4
BAHASA MELAYU DI PERANCIS
- Di Universiti La Rochelle, Selatan Perancis, pengajaran bahasa dan
sastera diperkenalkan pada tahun 2002
- Orang Perancis menerbitkan Kamus Melayu-Perancis pada tahun
1875, Tata bahasa Melayu pada tahun 1876 dan Kamus Perancis-
Melayu pada tahun 1880
KEDUDUKAN BAHASA MELAYU PADA PERINGKAT ANTARABANGSA

BAHASA MELAYU DI AMERIKA SYARIKAT


- Bahasa Melayu-Indonesia diperluaskan melalui Program Musim
Panas di Amerika Syarikat

BAHASA MELAYU DI JEPUN


- Bahasa Melayu diajarkan di Tokyo University of Foreign Studies
pada tahun 1908
- Jepun merupakan negara kedua yang mengajar bahasa Melayu-
Indonesia di University Tenri (Alwi 1995)

BAHASA MELAYU DI CINA


- Penubuhan Pusat Pengajian Melayu Cina sebagai pangkalan
kegiatan ilmiah dan pengembangan bahasa, sastera dan
kebudayaan Melayu
- Penawaran kursus bahasa Melayu varian Malaysia di Guanxi
University of Nationalities
- Pada tahun 2010, jurusan Bahasa Melayu di Universiti Bangsa-
Bangsa Yunan dibuka di kota Kunming

BAHASA MELAYU DI AUSTRALIA


- Kursus di Curtain University of Technology di Perth, University
Griffith dan lain-lain ialah bahasa Melayu
- Pelajar-pelajar dari Australia menyertai kursus bahasa Melayu di
Universiti Putra Malaysia

5
3.0 PENUTUP

Kesimpulannya, memang terdapat banyak pendapat tentang punca bermulanya


bahasa Melayu. Namun perbezaan hanyalah dari segi teknikal sahaja dan mereka
tetap mengakui bahawa penutur asli bahasa Melayu ialah orang Melayu. Bahasa
Melayu mempunyai penutur yang paling banyak dari segi jumlahnya berbanding dengan
bahasa-bahasa sekeluarga yang lain seperti Melanesia, Mikronesia dan Polinesia.
Menurut Awang Sarian (2002), kebitaraan bahasa Melayu pada abad ke 16 dan 17
dapat dirumuskan dengan kenyataan bahawa bahasa tersebut mencapai taraf
antarabangsa dengan kedudukannya sebagai bahasa diplomatik, lingua franca, bahasa
perdagangan sedunia, bahasa sastera dan bahasa penyebaran agama besar dunia.
Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia, kita seyogia bangga menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di negara kita demi
mengekalkan sejarah yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ini.

6
BIBLIOGRAFI

Ab. Razak Ab. Karim. (1994). Bahasa Melayu STPM Kertas 1. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn.
Bhd.

Abdul Rashid Melebek. (2006). Sejarah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications Sdn. Bhd.

Cikgu Ell. (18 November 2017). Kedudukan Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa.

Diambil daripada https://cikgualqahharmson.blogspot.com/2017/11/kedudukan-bahasa-


melayu-di-peringkat.html pada 24 September 2020

Dr. Khairuddin Mohamad. (2015). Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Perkamusan dan
Terjemahan . Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

Habibah Bt. Mohamad. Samin. (2010). Revisi Bahasa Melayu Akademik 1 untuk PPISMP. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim. (1995). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kajang: Percetakan Printsystem Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga . Selangor: My bookpal Sdn. Bhd.

Noriah Mohamed. (1999). Sejarah Sosiolinguistik Bahasa Melayu Lama. Pulau Pinang: Universiti
Sains Malaysia.

Shamsul Aizuwan Nawi . (2020). Pengenalan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. Dolphin Press
International Sdn. Bhd : Kuala Lumpur.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu I. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu I Edisi Kedua . Selangor: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

You might also like