Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

5b.

Watak dan Perwatakan:


Soalan: Berdasarkan novel yang anda kaji, kemukan tiga perwatakan
watak utama dan berserta contoh peristiwa yang terdapat dalam novel.
Jawapan:
Berdasarkan novel Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini yang
saya kaji, watak utama dalam novel ialah Firdaus. Dia ialah seorang
yang tinggi lampai dan berhidung mancung. Firdaus ialah abang
kepada Azlina dan sepupu kepada Johari. Firdaus ialah seorang yang
berperwatakan lembut. Contonya, Firdaus suka melakukan kerja
perempuan seperti membantu kakaknya memasak di dapur dan mengubah
bunga. Selain itu, dia ialah seorang yang gemar membaca. Contohnya,
Firdaus suka membaca cerita-cerita bintang filem dan penyanyi di rumah.
Seterusnya. Firdaus ialah seorang berdendam. Misalnya, Firdaus
berasa puas menyindir adiknya, Azlina yang cedera akibat tercampak
dari basikalnya yang terbabas ke kiri jalan apabila kereta terlalu laju
menghampiri Azlina. Di samping itu, Firdaus ialah seorang yang
sombong. Sebagai contoh, Firdaus dipuji oleh rakan-rakannya kerana
berjaya berbasikal sejauh 50 kilometer dari Klang ke Pantai Morib Baru
dan lupa akan pertolongan Johari dan Azlina sewaktu perjalanan.

You might also like