Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

LATAR BELAKANG SYARIKAT

Industri kecantikan telah berkembang maju dari semasa ke semasa. Penggunaan produk
kecantikan semakin berkembang kerana fitrah manusia yang ingin tampak cantik dan muda. Industri
kecantikkan tempatan masih belum menampakkan kesan yang boleh dibanggakan walaupun terdapat
banyak jenama yang dihasilkan mempunyai mutu yang tinggi dan setanding dengan jenama
antarabangsa. Namun terdapat ramai pengasas produk terkenal di Malaysia yang telah mencipta
produk kecantikkan yang berkesan dan berkembang maju sehingga ke peringkat antarabangsa.
Antaranya ialah usahawan yang berjaya iaitu Puan Rozita bte Ibrahim.

Puan Rozita merupakan pengasas Sendayu Tinggi holdings sdn.bhd. Syarikat sendayu tinggi
sdn. Bhd ditubuhkan pada tahun 1999 dan mula dikenali oleh masyarakat pada tahun 2000. Nama
sendayu tinggi berasal daripada perkataan Senah Dayo iaitu nama sejenis pokok yang mengikut suku
kaum ulu Pahang yang bermaksud Seni Dayung Tinggi di bawah cita-cita agung. Maka lahirlah nama
produk Sendayu Tinggi. Puan Rozita menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan perubatan
tradisional yang berasaskan herba. Syarikat yang ditubuhkan oleh beliau terletak di Bukit Tinggi Klang,
Kuala Lumpur, dan bandar Baru Klang, Selangor. Kini sendayu tinggi mempunyai 400 jenis produk
pelbagai pilihan dari penjagaan wajah, penjagaan kulit dan tatarias diri. Syarikat ini memiliki 27 buah
outlet seluruh Malaysia dengan keahlian yang melebihi 50000 orang setelah hampir 2 tahun outlet
sasaran diperkenalkan. Syarikat ini mempunyai kilang pemprosesan herba bagi produk tradisional yang
terletak di Pulau Indah, Klang, Selangor. Produk yang dikeluarkan oleh syarikat Sendayu Tinggi
Holdings sdn.bhd disasarkan di seluruh negara Malaysia dan juga beberapa di luar negara seperti
Singapura dan Brunei. Melalui usaha MATRADE juga produk ini telah mempunyai pengedar daripada
China, Korea, Jepun dan Taiwan. Beliau memiliki 11 buah anak syarikat termasuk Sendayu Tinggi
Corporation (M) Sdn. Bhd., Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn. Bhd. dan Sendayu Tinggi
Cosmetics & Fragrances (M) Sdn. Bhd. Kesemua syarikat ini bekerjasama dan sentiasa berkaitan
antara satu sama lain. Pada awalnya beliau hanya menjalankan perniagaan dengan menjual
produknya dari satu rumah ke satu rumah dan disebabkan sambutan yang menggalakkan oleh
pelanggan beliau berjaya membuka syarikat sendayu tinggi ini. Setelah dua tahun beliau memegang
jawatan pengarah bagi sendayu Tinggi Holdings sdn.bhd, syarikat tersebut diberikan kepada anaknya
iaitu Noorhayati Kamarzaman atau lebih dikenali sebagai Yatie sendayu tinggi. Puan Rozita
memberikan perniagaan ini kepada anaknya kerana beliau tidak memiliki banyak pengetahuan
mengenai perniagaan.

Selain itu, Puan Rozita juga telah menubuhkan satu lagi syarikat iaitu Jamu Ratu Malaya
sdn.bhd. Jamu Ratu Malaya ini merupakan anak syarikat kepada Sendayu Tinggi Holdings sdn.bhd.
Walaupunbagaimanapun produk yang digunakan dan cara pemasaran produk jamu ratu Malaya
berbeza dengan sendayu tinggi. Syarikat Jamu Ratu Malaya mempunyai bangunan sendiri yang
terletak di Shah Alam dan memulakan operasi pada 30 september 2011. Idea penubuhan syarikat
Jamu Ratu Malaya disebabkan oleh kejayaan Syarikat Sendayu Tinggi sdn.bhd dalam membina
rangkaiannya dan untuk meluaskan lagi perniagaanya. Keistimewaan produk-produk yang dikeluarkan
oleh Jamu Ratu Malaya ialah melalui formulasi dan kombinasi perawatan yang menggunakan herba-
herba ekslusif dari pelusuk dunia. Jamu Ratu Malaya sdn.bhd telah menjalankan perniagaan penjualan
produk sehingga mengeluarkan 27 jenis produk yang berunsurkan makanan kesihatan dan kecantikan,
ubat-ubatan tradisional, kosmetik serta penjagaan kulit wajah. Pemasaran produk syarikat ini lebih
kepada produk kesihatan dan kecantikan. Kini jamu ratu malaya mempunyai stokis dan pengedar di
seluruh Malaysia, Singapura serta Brunei. Jamu Ratu Malaya mengeluarkan produk ini untuk
digunakan oleh lelaki dan perempuan.

Selain menceburi bidang kecantikkan Puan Rozita juga menceburi perniagaan dalam bidang
perkhidmatan. Antara perkhidmatan yang telah ditawarkan oleh beliau ialah urutan, spa dan
penginapan. Melalui perkidmatan penginapan beliau telah membuka rumah hutan bonda Rozita dan
rumah sungai. Perniagaan yang dijalankan ini merupakan usaha beliau bersama suaminya iaitu Ustaz
Saiful Anuar. Rumah hutan ini terletak di Batang Kali, Genting Highlands. Rumah hutan ini diusahakan
untuk dijadikan penginapan kepada pelancong sambil menikmati keindahan alam kerana konsep
rumah yang berlatarkan alam semula jadi dan reka bentuk rumah yang unik kerana dihiasi dengan
ukiran seni di setiap sudut. Beliau menyediakan pusat perubatan khusus untuk para wanita yang ingin
mendapatkan rawatan dan menawarkan urutan badan. Perniagaan ini dijalankan untuk menyasarkan
golongan wanita serta pelancong sama ada pelancong tempatan dan juga pelancong luar negara.
Kecantikkan penginapan beliau dapat menarik perhatian para pelancong. Di rumah hutan ini juga puan
Rozita telah membuka sebuah kedai makan juga dikenali sebagai warong bonda rumah hutan terapi
alam yang menjual makanan seperti aiskrim, buah-buahan yang dikeluarkan olehnya sendiri. Setiap
penginapan yang ditawarkan oleh beliau mempunyai keistimewaan dan keunikkannya yang tersendiri.

Seterusnya, Puan Rozita juga membuka satu lagi industri perkhidmatan iaitu rumah sungai.
Rumah sungai juga terletak di batang kali, Genting highlands. Rumah sungai Baitun Nahri mempunyai
6 pilihan penginapan mengikut kesesuaian yang diinginkan oleh tetamu dan bilangan tetamu yang
datang. Antara penginapan yang ditawarkan ialah rumah bunga raya, rumah chempaka, rumah buloh
kuning, rumah tanjung, rumah kenang dan rumah kaca Setiap penginapan yang ditawarkan
mempunyai keunikan yang tersendiri. Keindahan penginapan ini yang terletak berhampiran dengan
sungai yang jernih dan juga dikelilingi oleh flora dan fauna menyebabkan rumah sungai menjadi tarikan
orang ramai. Bagi pelancong yang ingin merasainya akan datang ke rumah sungai dan terpesona
dengan kecantikkan yang ada di sana. Rumah sungai juga menawarkan perkhidmatan spa kepada
pelanggan yang datang.

Syarikat puan Rozita juga menawarkan produk dan perkhidmatan yang dijalankan kepada
golongan wanita dan lelaki yang berpendapatan rendah dan tinggi. Manakala untuk penginapan yang
dijalankan beliau menyasarkan kepada seisi keluarga untuk menikmati keindahan alam semulajadi di
sana. Puan Rozita melakukan pelbagai cara untuk memajukan syarikat yang ditubuhkan. Beliau
sentiasa mementingkan kualiti setiap produk yang digunakan agar pengguna berpuas hati dengan
produk yang dikeluarkan. Selain itu, pada awal penciptaan produk ini, beliau telah menjadikan dirinya
sebagai bahan uji kaji untuk meyakinkan hati pelanggannya dengan menggemukkan dirinya dan
menggunakan produk pelangsing yang dikeluarkan. Beliau melakukan cara ini sebanyak tiga kali untuk
menyakinkan pelanggannya. Beliau juga sentiasa mengeluarkan produk yang dapat memenuhi
citarasa pelanggan di seluruh Malaysia serta pelanggan dari luar negara. Di samping itu, beliau juga
telah memperkembangkan industri herba tradisional dan diperkenalkan kepada masyarakat di dalam
mahupun di luar negara.

Syarikat ini juga dijalankan dengan pelbagai cara antaranya ialah pelanggan dapat membeli
barang atau produk yang dijual di kedai-kedai jamu yang berdekatan ataupun di syarikatnya tersendiri
dan Beliau juga menggunakan cara pemasaran produk secara atas talian melalui pengedar-pengedar
yang dimilikinya. Cara yang dilakukan ini dapat memudahkan pelanggan untuk membeli produknya.
Apabila pelanggan tertarik untuk ke rumah penginapannya mereka perlulah melakukan tempahan
secara atas talian. Terdapat sesetengah produk yang dikeluarkan di pasaran dan pelanggan boleh
membeli produk tersebut di Rumah Hutan. Perkembangan yang berlaku dalam syarikatnya dapat
membuktikan kebolehan beliau dalam bidang perniagaan walaupun pada mulanya beliau tidak
mempunyai asas dalam perniagaan. Perkembangan syarikat dapat dilihat melalui pemasaran produk.
Sendayu Tinggi Holdings sdn.bhd berjaya menembusi pasaran watson’s personal care strores
menerusi produk herba, penjagaan kulit dan kosmetik. Syarikat ini juga menawarkan produk dengan
harga yang berpatutan dan dapat dimiliki oleh semua orang tidak kira golongan bangsawan ataupun
tidak.

Syarikat yang ditubuhkan oleh beliau mempunyai bilangan kerja yang ramai iaitu sebanyak 200
sehingga 400 orang. Pekerja syarikat beliau bukan sahaja dari warga tempatan malah beliau juga
menawarkan kerja kepada warga asing seperti orang Indonesia. Kelebihan beliau dalam mendekatkan
diri dengan pekerja membuatkan pekerja selesa bekerja dalam syarikatnya. Selain itu, suasana kerja
yang efektif dan melahirkan pekerja yang terlatih serta bermotivasi tinggi dapat meningkatkan lagi
kebolehan perniagaannya. Pada awal perniagaannya, dia hanya mendapat untung sebanyak
RM10,000 sehingga RM30,000 sebulan. Namun berkat usaha beliau yang berani mencuba dan
sanggup menanggung risiko akhirnya beliau mendapat untung yang banyak melalui perniagaan yang
dijalankannya itu.

You might also like