Background & Problem Statement

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 15

DRAF

KEDUA

USAHAWAN BATIK DAN SONGKET WANITA DI PANTAI TIMUR:


INTERAKSI GENDER DAN BUDAYA

NOR HANIM AWANG @ MOHD NOOR (GSK 1474)

PENYELIA-PENYELIA:
DR. NOR HAYATI SA’AT
DR. ROSLINA ISMAIL
PROF. MADYA DR. WAN IBRAHIM WAN AHMAD
Latar Belakang

Penyertaan wanita Melayu dalam bidang keusahawanan telah wujud sejak sekian lama.

Ia dikatakan bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi bagi membantu

suami meningkatkan dan memperbaiki taraf sosio-ekonomi keluarga. Kini, penyertaan

mereka sebagai usahawan meningkat dengan mendadak disamping sokongan yang

diberikan oleh pihak kerajaan. Peningkatan yang agak ketara ini didorong oleh

pembangunan di negara ini sebagai pusat buruh intensif dalam eksport pembuatan

(Ariffin et al., 1996; Kaur, 2000; Ng et al., 2006; Noor, 1999; Ong, 1987).

Walaupun wanita bergiat aktif dalam aktiviti keusahawanan, namun peranan domestik

mereka sebagai seorang isteri dan ibu sentiasa dikekalkan. Hal ini kerana wanita perlu

memikul tanggungjawab untuk menguruskan urusan rumah tangga dan

mensosialisasikan anak-anak walaupun mereka bekerja di luar rumah. Secara

umumnya, wanita mempunyai tiga peranan yang utama iaitu peranan produktif, peranan

reproduktif dan peranan menguruskan masyarakat (Moser, 1993). Peranan normal

wanita biasanya hanya berada di rumah dan membesarkan anak manakala lelaki kekal

mendominasi dalam struktur kuasa, pendidikan, kewangan dan berulang-alik dari satu

tempat ke tempat yang lain (Hamad, 2005; Ahmad, 2011).

Pada masa ini, kadar penglibatan wanita dalam pasaran buruh yang biasanya dilakukan

oleh lelaki semakin ketara dari semasa ke semasa. Pasaran buruh tradisi seperti sektor

pembuatan dan pembinaan didominasi lelaki pada ketika dahulu telah menarik minat

wanita untuk menceburinya (Buttner, 1993). Namun begitu, kadar penglibatan wanita

dalam pasaran buruh di Malaysia kekal berada di bawah paras 50 peratus (Fernandez,

2012). Ini menunjukkan suami masih lagi dianggap sebagai seorang ketua dan pembuat

2
keputusan, bekerja dalam masa yang panjang dan meninggalkan urusan domestik

keluarga kepada isteri mereka (Marshack, 1994; Baines & Wheelock, 1997).

Keadaan ini mewujudkan pengkhususan sesuatu pekerjaan berasaskan gender. Gender

ialah proses pembentukan status sosial yang berbeza bagi mengekalkan hak dan

tanggungjawab (Lorber, 2009). Istilah gender juga merujuk kepada peranan, sumber

dan tanggungjawab sosial lelaki dan wanita kerana ia berkaitan antara satu sama lain

(Whitehead, 1971; Murray Li, 1993). Ia wujud apabila wanita dan lelaki melakukan

pekerjaan yang berbeza dalam pasaran buruh (Noor Rahamah, 2006). Situasi ini berlaku

kerana lelaki dan wanita mempunyai perbezaan peranan dan tanggungjawab tersendiri

iaitu mereka menggunakan cara yang berbeza untuk mendapatkan sumber dan

kemudahan yang sesuai dengan keperluan mereka (Maimunah, 1996; Mueller & Dato-

On, 2008). Sesetengah pekerjaan secara tradisinya sesuai dilakukan oleh lelaki dan

sesetengah pekerjaan yang lain hanya sesuai dilakukan oleh wanita (Williams & Best,

1982).

Terdapat stereotaip berasaskan gender yang mengandaikan wujudnya perbezaan ciri-ciri

psikologikal lelaki dan wanita. Wanita dianggap lebih emosional dan sentimental

berbanding lelaki sementara lelaki pula dipercayai lebih agresif dan berdikari

berbanding wanita. Stereotaip gender ini mempengaruhi lelaki dan wanita dalam

memilih pekerjaan yang berbeza peranannya (Williams & Best, 1982; Williams,

Satterwhite & Best, 1999). Kenyataan tersebut turut dipersetujui oleh Fatimah (2000)

iaitu nilai masyarakat tentang gender amat mempengaruhi jenis pekerjaan yang diceburi

oleh wanita. Wanita dan lelaki berkemungkinan menjadi subjek amalan sosialisasi yang

berbeza kerana peraturan jantina mereka (Kimmel, 2000). Amalan ini menyebabkan

wanita dan lelaki dianggap mempunyai perbezaan peranan dan berhadapan dengan

3
jangkaan peranan yang berbeza juga sehingga memberi kesan apabila memilih kerjaya

dan keutamaan (Yordanova & Tarrazon, 2010).

Walaupun berbeza peranan, wanita bekerja sendiri dengan menjadi usahawan wanita

disebabkan oleh kesukaran mendapatkan pekerjaan kerana kekangan pendidikan, umur,

perbezaan sosial atau bahasa (Pines, Lerner & Schwartz, 2010). Bekerja sendiri menjadi

aktiviti popular dalam kalangan wanita kerana ianya memerlukan modal permulaan

yang kecil, menggunakan kemahiran semulajadi dan membolehkan wanita melakukan

tugas domestik. Selain itu, ia mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan sesuai

dengan tahap pendidikan mereka yang rendah berbanding dengan pekerjaan lain

(Heyzer, 1986).

Di negara ini, wanita dan keusahawanan telah sebati dalam diri mereka sejak sekian

lama. Wanita di Malaysia sangat aktif dalam keusahawanan seperti wanita di Utara

Semenanjung, Selatan Semenanjung, Pantai Barat Semenanjung dan Sabah dan

Sarawak. Namun, hanya golongan wanita di Pantai Timur sahaja yang dilihat agak

menonjol dengan ketara. Namun, penglibatan wanita dalam keusahawanan di Utara

Semenanjung, Selatan Semenanjung, Pantai Barat Semenanjung dan Sabah serta

Sarawak tidak dapat dinafikan memdayaupayakan ekonomi negara.

Penerokaan wanita dan keusahawanan di Utara Semenanjung Malaysia, dikaitkan

dengan kajian Franck (2012). Kajian Franck ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor

memotivasikan usahawan wanita informal dalam keusahawan mikro di Malaysia, kajian

kes di Pulau Pinang dan melibatkan 39 peniaga kecil wanita. 80 peratus peniaga kecil

wanita yang ditemui menjalankan perniagaan berasaskan makanan manakala selebihnya

melakukan perniagaan berkaitan perkhidmatan iaitu, menjahit dan membuka syarikat

4
percetakan. Faktor yang dianggap memotivasikan peniaga kecil wanita di Pulau Pinang

ialah mendapatkan pendapatan, minat dalam perniagaan, meningkatkan fleksibiliti dan

autonomi, tanggungjawab ke atas keluarga dan mempraktikkan latihan.

Analisis kajian dilakukan oleh pengkaji lepas di Selatan Semenanjung Malaysia iaitu

Ma’rof, Abd. Razak & Nurfazreen Aina (2012) berusaha mengenal pasti hubungan

antara latar belakang dengan tahap pembentukan keupayaan individu dalam kalangan

usahawan wanita industri kecil di Selatan Semenanjung Malaysia. Seramai 200 orang

peniaga wanita di negeri Melaka dan Johor terlibat dalam kajian mereka. Dapatan

dalam kajian mereka juga menunjukkan sebahagian besar usahawan wanita mempunyai

tahap pembentukan keupayaan individu yang tinggi dan ia turut dipengaruhi oleh latar

belakang peniaga tersebut.

Penyertaan wanita di Sabah dalam keusahawanan turut meningkat. Kenyataan ini

diperhatikan dalam kajian Kasim, Beatrice & Marysia (2006) yang menganalisis

penglibatan wanita Bumiputera dalam sektor tidak formal di Pekan Tamparuli, Tuaran,

Sabah. Kajian mereka ini melibatkan 70 orang usahawan wanita Bumiputera dalam

sektor tidak formal berskala kecil. Hasil kajian mendapati faktor ekonomi menyumbang

kepada penglibatan wanita dalam perniagaan. Ia disebabkan oleh tekanan beban

ekonomi rumah tangga di samping tiadanya punca pendapatan tetap ketua isi rumah

mendorong wanita Bumiputera untuk berniaga bagi memenuhi keperluan tersebut.

Penyelidikan ke atas usahawan wanita di negara membangun seperti Singapura

mendedahkan bahawa sebahagian besar usahawan wanita terlibat dalam industri

pembuatan dan peruncitan. Lima faktor utama memotivasikan usahawan wanita di

Singapura terlibat dalam keusahawanan adalah; mempunyai peluang memulakan

5
perniagaan, keinginan menggunakan pengetahuan dan kemahiran, kebebasan dan

fleksibiliti, mencapai kemajuan peribadi dan penghargaan dan memerlukan pendapatan

sampingan. Perspektif usahawan wanita memulakan perniagaan adalah untuk

memenuhi keperluan peribadi dan ia tidak dipengaruhi oleh faktor keluarga dan rakan

(Maysami et al., 1999).

Pernyataan Masalah
Golongan wanita adalah aset yang besar dalam pembangunan sesebuah negara. Mereka

mempunyai peranan yang unik sebagai peserta dalam proses pembangunan (Iakovidou,

Koutsou & Partalidou, 2009). Akhir-akhir ini sumbangan wanita terhadap

pembangunan negara sama ada dari segi ekonomi, politik mahupun sosial semakin

ketara. Dalam bidang ekonomi misalnya, wanita Malaysia telah lama memainkan

peranan yang penting dalam ekonomi negara. Bagaimanapun, majoriti wanita yang

terlibat dalam keusahawanan tertumpu dalam perniagaan yang bersaiz sederhana dan

kecil (Fatimah, 1975, Fatimah, 2000).

Penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan menjadi semakin meningkat selaras

dengan peluang-peluang yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka. Pernyataan ini

adalah selari dengan Rancangan Malaysia Kelapan iaitu mempergiatkan usaha ke arah

mempertingkatkan tahap penglibatan wanita dalam perniagaan atau aktiviti

keusahawanan (Rancangan Malaysia Kelapan, 2001).

Berasaskan kepada perspektif sejarah dan tradisi, wanita di Malaysia dikatakan sudah

lama menceburkan diri dalam dunia perniagaan dan menjadi usahawan (Nor Aini,

2003). Sejarah awal penglibatan wanita Melayu dalam perniagaan terutama di negeri

Kelantan dan Terengganu, bermula di pasar (Laderman, 1982 & Abdullah, 1968).

6
Mengikut sejarah, pasar mula ditubuhkan sejak lama dahulu apabila wujud lebihan dari

petani sara diri. Ini merupakan faktor utama yang mendorong pertumbuhan pasar dan

penglibatan wanita. Bermula dengan aktiviti pertukaran barang melalui sistem barter

atau pertukaran barang dengan barang, kemudian beralih pula kepada penggunaan

wang sebagai alat pertukaran, pasar mula berkembang dari kawasan luar bandar ke

kawasan pinggir bandar dan bandar yang lebih besar (Nor Aini, 2010).

Aktiviti keusahawanan wanita semakin mendapat perhatian di seluruh dunia

(Nearchou-Ellinas & Kountouris, 2004). Secara tradisinya wanita di Negara-negara

Asia Tenggara dan Afrika banyak melibatkan diri dalam perniagaan (Boserup, 1970).

Di Afrika terutamanya di Ghana dan Tanzania, penguasaan wanita di dalam perniagaan

pasar merupakan fenomena biasa. Kajian menunjukkan walaupun negara mereka

kurang membangun, namun kadar penglibatan wanita di dalam aktiviti ekonomi

terutamanya dalam perniagaan dan pertanian adalah tinggi. Hal ini berlaku kerana

dalam masyarakat tradisional Ghana, wanita mempunyai tanggungjawab untuk

melakukan kerja-kerja di ladang, berniaga dan mengeluarkan hasil kraftangan. Di Asia

Tenggara juga, aktiviti perniagaan banyak dikuasai oleh wanita sehingga mewujudkan

satu pola perniagaan wanita (Boserup, 1970).

Namun, sehingga kini kebanyakan wanita di negara membangun menjadikan aktiviti

berniaga sebagai peluang untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Bagi yang

berminat, akan mengambil langkah untuk berhenti kerja dan memilih berniaga sebagai

satu kerjaya. Sementara bagi sesetengah wanita pula, berniaga dijadikan sebagai

sumber pendapatan sampingan sahaja (Nor Aini, 2003). Jika menggunakan istilah

usahawan wanita, ianya membawa maksud wanita yang menceburkan diri dalam

kegiatan keusahawanan (Affifuddin, 1996).

7
Kajian ini meneliti usahawan batik dan songket wanita di Pantai Timur yang

memfokuskan kepada interaksi gender dan budaya di Kelantan dan Terengganu. Dalam

konteks gender, keusahawanan wanita dapat dikaitkan dengan analisa Maimunah

(1996) yang dijalankan ke atas pengusaha wanita di Lembah Kelang. Ia bertujuan untuk

meneliti ciri-ciri dan profil perniagaan usahawan wanita, mengenal pasti keperluan

usahawan wanita dari persepektif gender. Sejumlah 33 orang pengusaha wanita yang

dikaji dalam kajian beliau terdiri daripada pengusaha yang mengusahakan perniagaan

kecil yang berasaskan perkhidmatan, perkhidmatan profesional, pembuatan dan

pemborong. Kajian menunjukkan keperluan utama pengusaha wanita ialah

mendapatkan pendedahan yang sebaiknya dalam keusahawanan. Di samping itu,

keperluan latihan dalam kemahiran pengurusan perniagaan, sistem penasihat dan

kaunseling kerjaya, pembentukan persatuan usahawan, akses yang lebih baik terhadap

kredit dan penglibatan yang lebih aktif dalam perniagaan yang selama ini diceburi oleh

lelaki.

Dalam aspek budaya pula, difokuskan kepada analisa Chin Yee Whah. Chin (2002)

dalam kajian beliau menyarankan agar penyelidik berkaitan penglibatan wanita dalam

keusahawanan turut memberikan tumpuan ke atas faktor-faktor ini kerana bagi beliau

faktor-faktor inilah yang sebenarnya yang mempengaruhi tahap penglibatan wanita.

Bagi Chin, faktor peranan budaya keusahawanan boleh mempengaruhi tahap

penglibatan wanita secara langsung, sedangkan faktor lain, termasuk faktor minat dan

pendapatan hanya mempengaruhi penglibatan wanita secara tidak langsung.

Bagaimanapun, sehingga kini belum banyak kajian dilakukan untuk menyelidik

perkaitan antara interaksi gender dan peranan budaya usahawan wanita ini ke atas

usahawan wanita dalam industri batik dan songket di Pantai Timur.

8
Kajian mengenai penglibatan wanita dalam pembangunan ekonomi negara

sememangnya telah berjaya menarik minat ramai pengkaji untuk menerokanya. Tokoh-

tokoh seperti Winstedt (1961), Firth (1964), Abdullah (1968), Boserup (1970), Strange

(1971), Fatimah (1975), Nik Zainab (1979), Mohd Fauzi (1981), Katiman Rostam

(1983), Wan Sarah, Abdul Halim & Hapsah (1992), Nor Aini (1994), Orhan & Scott

(2001), Jalihah (2004), Thuaibah@Suaibah et al. (2005), Hanisah (2006), Azlah dan

rakan-rakan (2008), Azmi, Nik Hairi & Lee (2012), Rohayu (2012) dan Sharifah Nazira

(2012) telah menonjolkan mengenai aktiviti keusahawanan yang diceburi oleh peniaga

wanita dalam kajian mereka. Kajian-kajian mereka ini dikelaskan secara kronologi

bermula dari tahun-tahun iaitu 1960-an-1970-an, 1980-an-1990-an dan tahun 2000

sehingga kini.

Bagaimanapun tokoh-tokoh ini hanya memberikan tumpuan ke atas aspek tertentu

sahaja berkaitan penglibatan wanita dalam keusahawanan ini, misalnya pengaruh

persekitaran dan institusi keluarga (Mohd Nor Hakimin & Mohd Rafi, 2010; Orhan &

Scott, 2001; Rohayu, 2012), psiko-sosial individu, kesan pengalaman kerja, faktor

situasi (Chin, 2002), menjana pendapatan sampingan keluarga (Winstedt, 1961; Jalihah,

2004; Azlah dan rakan-rakan, 2008), membantu menambah pendapatan suami (Firth,

1964), membantu suami (Abdullah, 1965), menambah pendapatan suami (Boserup,

1970), meningkatkan ekonomi keluarga (Strange, 1971), menambah pendapatan suami

dan galakan kerajaan (Fatimah, 1975), menambah pendapatan keluarga (Nik Zainab,

1979), membantu suami (Mohd Fauzi, 1981), minat yang bersungguh-sungguh dan

dasar kerajaan (Katiman, 1983), sumber wang, kestabilan punca kewangan,

meneruskan budaya warisan nenek moyang dan memelihara maruah keluarga (Wan

Sarah, Abdul Halim & Hapsah, 1992), meningkatkan pendapatan keluarga, mengisi

masa lapang, galakan suami dan lain-lain faktor (Nor Aini, 1994), mencari punca

9
pendapatan, minat dan kurang berpuas hati dengan pekerjaan terdahulu

(Thuaibah@Suaibah dan rakan-rakan, 2005), minat, menambah pendapatan dan

inginkan perubahan dalam diri (Hanisah, 2006), keinginan mencapai kebebasan dan

kepuasan, membantu menyara keluarga, ingin kaya, cita-cita, ingin berdikari dan tidak

suka bekerja makan gaji (Azmi, Nik Hairi & Lee, 2012), kepuasan kerja dan ingin

berdikari dalam hidup (Sharifah Nazira, 2012) serta faktor budaya (Donny Abdul

Latief, 2012).

Walaupun ramai di antara pengkaji tersebut turut menganalisis penglibatan wanita

dalam keusahawanan, khususnya faktor-faktor di sebalik tahap penglibatan mereka

dalam keusahawanan, tetapi tidak ramai penyelidik yang cuba memberikan tumpuan ke

atas hubungan interaksi gender dan budaya usahawan batik dan songket wanita di

Pantai Timur. Selain itu, kajian yang pernah dilakukan ke atas wanita dalam

keusahawanan juga kebanyakan menggunakan satu pendekatan sahaja, sama ada

kuantitatif seperti kajian Sexton & Bowman-Upton (1990) yang menganalisa usahawan

wanita dan usahawan lelaki di Columbus, Ohio, Amerika Syarikat berasaskan ciri-ciri

psikologikal dan peranan gender mereka yang dikaitkan dengan diskriminasi. Kajian

wanita yang menggunakan pendekatan kualitatif dilakukan oleh Holmen, Thaw &

Saarelainen (2011). Analisis kajian mereka dilakukan ke atas lapan orang usahawan

wanita di Afghanistan bertujuan meneliti motivasi mereka dalam memulakan

perniagaan mereka sendiri. Di samping itu, masalah yang dihadapi semasa memulakan

perniagaan dan ketika menjalankan perniagaan turut dikenal pasti.

Kajian ini mengupas isu usahawan wanita dalam industri batik dan songket yang

bertujuan untuk meneroka perkaitan gender dan budaya usahawan batik dan songket

wanita Melayu dalam industri tersebut di bandar. Selain itu, kajian ini turut

10
menekankan bagaimanakah isu gender dan peranan budaya keusahawanan mampu

menjadi faktor pendorong kepada usahawan-usahawan wanita ke dalam bidang

keusahawanan.

Sehingga kini, industri batik dan songket masih lagi satu industri yang kurang menjadi

tumpuan penyelidikan dalam kalangan ahli akademik. Walaupun kajian ke atas

penglibatan pengusaha wanita dalam industri kecil dan sederhana telah banyak

dilakukan. Beberapa aspek seperti sejauhmana hubungan gender dan peranan budaya

dalam keusahawanan batik dan songket wanita tidak dikaji oleh pengkaji seperti yang

telah disebutkan.

Oleh yang demikian, sejauhmanakah interaksi gender dan peranan budaya

keusahawanan dapat dikatakan berperanan sebagai faktor pendorong terhadap golongan

wanita dalam bidang keusahawanan masih lagi belum dapat dijawab dengan pasti.

Adakah interaksi gender dan budaya keusahawanan ini berperanan dalam kalangan

usahawan-usahawan batik dan songket wanita di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu,

Kelantan dan Pasar Payang, Kuala Terengganu, Terengganu? Sejauhmanakah tahap

penglibatan usahawan wanita dalam industri batik dan songket? Dan apakah faktor-

faktor yang mempengaruhi keusahawanan usahawan wanita dalam industri batik dan

songket yang mungkin wujud? Persoalan-persoalan ini merupakan persoalan yang

masih belum terungkai dengan sepenuhnya. Untuk menjawab kesemua persoalan ini

maka kajian ini perlu dilakukan.

Objektif Kajian

Secara umum, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan usahawan wanita

dalam industri kecil dan sederhana khususnya dalam industri batik dan songket.

11
Dapatan kajian ini seterusnya dapat diketengahkan supaya perkaitan antara interaksi

gender dan budaya keusahawanan usahawan batik dan songket wanita ini dapat

dijadikan pendorong kepada golongan wanita yang lain melibatkan diri dalam

keusahawanan. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk:

Pertama, mengenal pasti peranan usahawan batik dan songket wanita.

Kedua, menganalisis tahap penglibatan usahawan batik dan songket wanita.

Ketiga, meneliti faktor-faktor yang mempengaruhi keusahawanan usahawan batik dan

songket wanita.

Keempat, menghuraikan peranan budaya usahawan batik dan songket wanita.

Soalan–soalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian yang telah dihuraikan, soalan-soalan kajian disenaraikan

sebagaimana berikut:

Pertama, sejauhmanakah peranan usahawan batik dan songket wanita? Peranan

usahawan batik dan songket wanita dalam kajian terbahagi kepada empat peranan.

Peranan-peranan tersebut adalah; sumber wang dan kestabilan punca kewangan,

meneruskan budaya nenek moyang, memelihara maruah keluarga dan mewujudkan

pekerjaan.

12
Kedua, sejauhmanakah tahap penglibatan usahawan batik dan songket wanita? Tahap

penglibatan usahawan batik dan songket wanita dalam kajian ini dikelaskan kepada tiga

tahap, iaitu tinggi, rendah dan sederhana.

Ketiga, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi keusahawanan batik dan songket

wanita? Melalui pelbagai wacana mengenai usahawan-usahawan wanita yang telah

diperincikan dan dikenal pasti, terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi

usahawan batik dan songket wanita iaitu; faktor luaran, faktor motivasi dan faktor diri

usahawan wanita itu sendiri yang menyumbang kepada penglibatan mereka dalam

aktiviti keusahawanan ini.

Keempat, bagaimanakah peranan budaya usahawan batik dan songket wanita?

Penelitian terhadap peranan budaya usahawan dalam kalangan usahawan batik dan

songket wanita adalah berdasarkan kepada empat unsur yang telah dikenal pasti iaitu,

minat, sikap, motivasi dan pengalaman usahawan yang dimiliki mereka.

RUJUKAN
Ahmad, S. Z. (2011). Evidence of the characteristics of women entrepreneurs in the
Kingdom of Saudi Arabia: An empirical investigation. International Journal of
Gender and Entrepreneurship. Vol. 3. No. 2: 123-143.
Ariffin, J., Horton, S., & Sedlacek, G. (1996). Women in the labor market in Malaysia.
In Horton, S. (Ed.). Women in industrialization in Asia. London: Routledge.
Baines, S., & Wheelock, J. (1997). A business in the family: An investigation of the
contribution of family to small business survival, Maintenance and growth.
Monograph No. 3, Institute for Small Business Affairs, Research Series.
Buttner, E. H. (1993). Female entrepreneurs: How far have they come? Business
Horizons. Vol. 36: 59-65.
Fatimah Abdullah. (2000). Penyertaan wanita dalam ekonomi negara. Dalam Negara
pasaran dan pemodenan Malaysia. Abdul Rahman Embong. (Penyunting).
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Fernandez, J. (2012). Gender differentials in the Malaysian labour market. In Ng, C.,
Shuib, R. and Endut, N. (Eds). Gender studies: A Malaysian reader. Penang:
USM Press.

13
Franck, A. K. (2012). Factors motivating women’s informal micro-entrepreneurship:
Experiences from Penang, Malaysia. International Journal of Gender and
Entrepreneurship. Vol. 4, No. 1: 65-78.
Hamad, A. (2005). Women and education in Saudi Arabia: Challenges and
achievements. International Education Journal. Vol. 6. No. 1: 42-64.
Heyzer, N. (1986). Working women in Southeast Asia – Development, Subordination
and emancipation. Philadelphia: Open University Press, Milton Keynes.
Holmen, M., Thaw, Tar Min, & Saarelainen, E. (2011). Female entrepreneurship in
Afghanistan. Journal of Developmental Entrepreneurship. Vol. 16. No. 3: 307-
331.
Iakovidou, O., Koutsou, S., & Partalidou, M. (2009). Women entrepreneurs in the
Greek countryside: A typology according to motives and business characteristics.
Journal of Developmental Entrepreneurship. Vol. 14. No. 2: 165-179.
Kasim Hj Mansur, Lim Fui Yee, Beatrice, & Marysia Engkok. (2005). Wanita
Bumiputera sector tidak formal berskala kecil: Satu tinjauan di Pekan Tamparuli,
Tuaran, Sabah. Dalam Prosiding Konferensi Antarauniversiti di Borneo –
Kalimantan Ke-1; UMS, 29-30 Ogos 2005.
Kaur, A. (2000). Working on the global conveyor belt: Women workers in
industrializing Malaysia. Asian Studies Review. Vol. 24. No. 2: 213-230.
Kimmel, M. (2000). The gendered society. New York: Oxford University Press.
Lorber, J. (2009). The social construction of gender. In Estelle Disch. Reconstructing
gender: A multicultural anthology. Boston: McGraw-Hill Higher Education.
Maimunah Ismail. (1996). Gender needs analysis of women entrepreneurs. Pertanika J.
Soc. Sci. & Hum. 4(1): 1-9.
Ma’rof Redzuan, Abd. Razak Abd. Rahman, & Nurfazreen Aina Muhamad Nasharudin.
(2012). Pembentukan keupayaan individu dalam kalangan usahawan wanita
industri kecil. Akademika. 82(1). 57-64.
Marshack, K. (1994). Copreneurs and dual career couples, are they different?.
Entrepreneurship, Theory and Practice. Vol. 19. No. 1: 49-69.
Maysami, C. et al. (1999). Female business owners in Singapore and elsewhere: A
review of studies. Journal of Small Business Management. 37(2): 96-105.
Moser, O. N. C. (1993). Gender planning and development theory: Practice and
training. London: Routledge.
Mueller, S. L., & Dato-On, M. C. (2008). Gender-role orientation as a determinant of
entrepreneurial self-efficacy. Journal of Developmental Entrepreneurship. Vol.
13, No. 1: 3-20.
Murray Li, T. (1993). Gender issues in community-based resource management:
Theories, Application and Philippine case studies. Environment and Resource
Management Project (ERMP), UPLB, Philippines.
Nearchou-Ellinas, L., & Kountouris, I. S. (2004). Women entrepreneur in Cyprus: A
new dynamic in Cyprus economy. Women in Management Review. Volume 19.
Number 6: 325-332.
Ng, C., Mohamad, M., & Beng, H. T. (2006). Feminism and the women’s movement in
Malaysia: An unsung revolution. New York: Routledge.
Noor Rahamah Hj. Abu Bakar. (2006). Pendidikan dan segregasi pekerjaan mengikut
gender. Akademika. 67: 53-75.
Noor, N. M. (1999). Roles and women’s well being: Some preliminary findings from
Malaysia. Sex Roles. Vol. 41. No. 3/4:123-145.
Ong, A. (1987). Spirits of resistance and capitalist discipline: Factory women in
Malaysia. New York: State University Press.

14
Pines, A. M., Lerner, M., & Schwartz, D. (2010). Gender differences in
entrepreneurship: Equality, Diversity and inclusion in times of global crisis.
Equality, Diversity and Inclusion: An International Journal. Vol. 29. No. 2: 186-
198.
Sexton, D. L., & Bowman-Upton, N. (1990). Female and male entrepreneurs:
Psychological characteristics and their role in gender-related discrimination.
Journal of Business Venturing. 5: 29-36.
Whitehead, A. (1971). Some preliminary notes on the subordination of women. IDS
Bulletin. 10(3): 10-13.
Williams, J. E., & Best, D. L. (1982). Measuring sex stereotypes. Beverly Hills, CA:
Sage Publications Inc.
Williams, J. E., Satterwhite, R. C., & Best, D. L. (1999). Pan-cultural gender
stereotypes revisited: The five factor model. Sex Roles. 40(7/8): 513-525.
Yordanova, D. I., & Tarrazon, M. A. (2010). Gender differences in entrepreneurial
intentions: Evidence from Bulgaria. Journal of Developmental Entrepreneurship.
Vol. 15. No. 3: 245-261.

15

You might also like