Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

PEMBELIAN ALATAN SUKAN


1.0 Pengenalan
Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah meninjau dan menyelenggara stor
sukan Sekolah Kebangsaan Seri Tanjung pada 20 Januari yang lalu. Hasil daripada
pemantauan tersebut didapati bahawa terdapat beberapa peralatan sukan yang
telah rosak perlu diganti dan ditambah kuantiti. Oleh itu, Panitia Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan telah menyediakan kertas kerja bagi menerangkan butir-butir yang
diperlukan berkenaan dengan pembelian alatan stor sukan.

2.0 Rasional
Rasional pembelian alatan ini ialah bagi memenuhi keperluan pengajaran dan
pembelajaran (P&P) subjek Pendidikan Jasmani.. Selain itu, aktiviti tambahan yang
diadakan di sekolah seperti sukan tahunan, hari PIBG dan sebagainya.

3.0 Objektif
3.1 Objektif pembelian alatan sukan ini ialah :
3.1.1 Memastikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) Pendidikan
Jasmani berjalan dengan lancar dan berkesan menggunakan
alatan.
3.1.2 Memudahkan pengurusan aktiviti-aktiviti yang melibatkan
penggunaan alatan sukan.

4.0 Perancangan Aktiviti


Perancangan yang rapi sebelum membeli alatan telah dijalankan bersama unit
panitia Pendidikan Jasmani agar pembelian alatan ini memberi manfaat dan
kegunaan yang maksimum kepada murid khususnya kepada sekolah. Penyediaan
alatan yang diperlukan dengan lengkap sangat membantu pelbagai aktiviti yang
telah dirancang. Beberapa aktiviti yang akan dijalankan dalam masa yang terdekat
adalah seperti:
Bil. Aktiviti Tarikh perancangan
1. Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Pendidikan Sepanjang sesi
Jasmani persekolahan
2. Saringan Wakil Sekolah dalam Pertandingan
2022/2023
Badminton
3. Latihan Sepak takraw Pasukan Sekolah 2022/2023

5.0 Perancangan Jangka Panjang


Di samping aktiviti yang dinyatakan, Panitia Pendidikan Jasmani juga telah
merancang aktitviti sekolah yang ingin dicapai dalam jangka panjang. Aktiviti yang
dirancang ini dilihat mempunyai potensi yang tinggi untuk lebih aktif dan memberi
sumbangan dalam aktiviti sukan sekolah. Antara aktiviti yang telah dirancangan
adalah seperti berikut:
1. Menubuhkan kelab badminton sekolah yang aktif dan dapat menganjur serta
menyertai pelbagai pertandingan.
2. Melahirkan pasukan sepak takraw bawah 14 tahun yang mantap dalam
jangka masa 3 tahun.

6.0 Alatan (detailkan nama jenama)


Bil Alatan Kategori Jenama Kuantiti Harga seunit Jumlah
(RM) (RM)
1. Bulu tangkis Ringan Dunlop 5 Dozen 25.00 125.00
2. Raket Ringan Yonex 15 batang 45.00 675.00
3. Bola sepak Ringan Adidas 10 biji 70.00 700.00
4. Bola tampar Ringan Molten 5 biji 60.00 300.00
5. Kayu hoki Ringan Grays 15 batang 50.00 750.00
6. Tilam lompat Berat Admiral 2buah 250.00 500.00
tinggi
7. Papan lonjak Berat Korobori 2 buah 150.00 300.00
JUMLAH RM 3350.00

7.0 Senarai Pembekal (alamat penuh)


7.1 S. Sandhu Sports Sdn. Bhd
7.2 Alee Sport Sdn. Bhd
7.3 Syarikat Ahmad Bersaudara Sdn. Bhd
7.4 G.S Sports Equipments Sdn. Bhd

8.0 Sumber Kewangan / Peruntukan


8.1 Bantuan Sukan Sekolah (BSS)

9.0 Penutup
Diharapkan menerusi pembelian alatan baru ini, peralatan di dalam stor sukan akan
lebih lengkap serta dapat membekalkan alatan-alatan mengikut keperluan dan silibus
pembelajaran murid. Selain itu, murid akan dapat mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran dengan baik serta dapat mengalami pengalaman yang sebenar ketika
bermain dan bersukan.

Disediakan oleh Disemak oleh

…………………………………… …………………………………………..

PANGAT ANAK AGUP KONG SIEN MIN


Ketua Unit Kokurikulum Penolong Kanan PPKI
SK Abang Haji Matahir, Sarikei SK Abang Haji Matahir, Sarikei
Tarikh: Tarikh:
No. Rujukan :

KERTAS CADANGAN)
___________________________________________________________________________________

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan(Pertandingan Syarahan Bahasa Cina)

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan(Pertandingan Syarahan Bahasa Cina)

Ulasan :

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

ROSE WONG TAI MING


Guru Besar
SK Methodist Anglo-Chinese, Sarikei
Tarikh :
Disediakan oleh,

..................................
(ALBERT CHI HUA HWA)
Setiausaha Panitia Pendidikan Jasmani,
SK Seri Tanjung.

Disemak oleh,

.................................
(HADI BIN ABU BAKAR)
Ketua Panitia Pendidikan Jasmani,
SK Seri Tanjung.

Diluluskan oleh,

.................................
(TUAN HJ. AHMAD FAIZ BIN ABDULLAH)
Guru Besar,
SK Seri Tanjung.

You might also like