Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

5.

2 Cabaran Perniagaan Yang Dihadapi Oleh Syarikat KFC Di Malaysia

5.2.1 Struktur Organisasi


Menurut Ahmad, struktur organisasi ialah sebagai suatu garis hirarki yang
mendeskripsikan berbagai komponen yang menyusun perusahaan, dimana setiap individu
atau sumber daya manusia pada lingkup perusahaan tersebut kemudian memiliki posisi dan
fungsinya masing-masing. Manakala menurut Firda Nur Asmita, struktur organisasi
merupakan komponen-komponen penyusun perusahaan, yang memperjelas kedudukan setiap
posisi, termasuk juga pembahagian hak dan kewajiban atas pekerjaan di dalamnya. Dengan
gambar rajah atas ini, jelaslah dapat mengetahui Syarikat KFC telah mengamalkan struktur
organisasi yang berdasarkan fungsi. Menurut Sabri HJ.Hussin struktur organisasi berdasarkan
fungsi merujuk kepada pembentukan struktur fungsian berdasarkan fungsi atau tugas yang
dilakukan oleh bahagian tersebut seperti pemasaran, pengeluaran, kewangan, personel,
penyelidikan dan pembangunan dan logistik.

Berdasarkan rajah di atas, struktur organisasi KFC yang berdasarkan fungsi telah
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu ‘GM Operation’ , ‘GM Bussines Developer’ dan ‘GM
Finance & Administration’. Ketiga-tiga bahagian fungsian telah berada di bawah kawalan
‘Board of Director (BOD)’. Di bawah setiap bahagian fungsian struktur organisasi KFC juga
telah mempunyai ramai kakitangan bawahan. Setiap kakitangan KFC Malaysia telah
menjalankan tugas-tugas masing-masing. Maka, struktur organisasi KFC berdasarkan fungsi
telah menjadi cabaran kepada Syarikat KFC Malaysia kerana mempunyai banyak kelemahan
yang boleh memjejaskan prestasi syarikat.

You might also like