Musawwa Ting4 Dan Ting5

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

MODUL MUSAWWA TASAWWUR ISLAM KSSM

©Hak cipta Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah


MODUL MUSAWWA TASAWWUR ISLAM KSSM

ISTILAH – ISTILAH TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 4


A-ISLAM SEBAGAI AL-DIN
TEMA 1 : PEL 1 :ISLAM ADALAH CARA HIDUP
Bil ISTILAH HURAIAN
1 Islam Cara hidup yang lengkap merangkumi akidah,ibadah dan akhlak
sebagai Al-
Din
2 Islam Sejahtera,selamat dan penyerahan
3 Islam Taat dan patuh kepada perintah Allah SWT ,meninggalkan
laranganNya ,beroleh kesejahteraan dan keselamatan apabila
berserah kepadanya.
4 Iman Yakin dan percaya
5 Iman Membenarkan dengan hati,berikrar dengan lisan dan beramal
dengan anggota badan terhadap segala perintah dan suruhannya.
6 Ihsan Berbuat kebaikan
7 Ihsan Kesungguhan dalam memikirkan sesuatu ibadah dan pekerjaan
semata-mata kerana Allah SWT.
8 Rukun Asas atau prinsip yang mendasari sesuatu
9 Salafusoleh Golongan umat Islam generasi terdahulu yang hidup dalam kurun
pertama sehingga kurun ketiga Hijrah.
10 Qadak Sesuatu yang berlaku kepada makhluk Allah SWT semasa hidupnya
11 Qadar Sesuatu hal yang telah ditentukan oleh Allah SWT yang akan berlaku
kepada makhluknya ,sebelum makhluknya dijadikan.
12 Zakat Bahasa : Suci, subur, bersih, berkat , berkembang
Syarak : Mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu dengan
syarat tertentu dan diberikan kepada golongan tertentu

©Hak cipta Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah


MODUL MUSAWWA TASAWWUR ISLAM KSSM

TEMA 1 : PELAJARAN 2 : AKIDAH MENURUT ISLAM


BIL ISTILAH HURAIAN
1 Akidah Keyakinan yang teguh terhadap kewujudan Allah SWT serta sifat-sifat
kesempurnaan berdasarkan dalil
naqli dan akli.
2 Dalil Naqli Bukti berdasarkan quran dan hadis
3 Dalil akli Bukti menggunakan pemikiran/akal semata-mata.
4 Nubuwwah Kenabian dan Kerasulan
5 Perkara Perkara yang tidak dapat ditanggapi oleh akal fikiran.
Ghaib
6 Asma’ Ul Nama-nama Allah SWT yang indah
Husna
7 Af’allullah Perbuatan Allah SWT
8 Nabi Lelaki pilihan Allah SWT yang diutuskan Wahyu untuk dirinya dan
tidak wajib disampaikan kepada umatnya
9 Rasul Lelaki pilihan Allah SWT yang diutuskan Wahyu untuk dirinya dan
wajib disampaikan kepada umatnya
10 Zat Allah Sifat dan zat Allah SWT yang tidak sama dengan makhluk
11 Siddiq Benar
12 Amanah Bertanggungjawab
13 Tabligh Menyampaikan
14 Fatanah Bijaksana
15 Kizb Bohong
16 Khianah Pecah amanah
17 Kitman Menyembunyikan
18 Baladah Bodoh
19 Mujahadah Berusaha bersungguh melawan hawa nafsu
20 Bertawakkal Berserah diri kepada Allah setelah berusaha
21 Berzikir Mengingati Allah SWT
22 Muhasabah Menilai dan melihat kekurangan diri
23 Bertaubat Menyesal dan tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut

©Hak cipta Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah


MODUL MUSAWWA TASAWWUR ISLAM KSSM

TEMA 1 :PELAJARAN 3: IBADAH MENURUT ISLAM


BIL ISTILAH HURAIAN
1 Ibadah Pengabdian diri kepada Allah SWT melalui perbuatan,perkataan dan
pengakuan hati yang ikhlas semata-mata kepadaNya berlandaskan syariat
Allah SWT.
2 Ibadah Semua amalan khusus yang disyariatkan oleh AllahSWT sama ada Fardu
Khusus atau sunat.
3 Ibadah Semua amalan kebaikan yang disyariatkan oleh AllahSWT bagi
Umum menghubungkan manusia dalam sesebuah masyarakat demi kebaikan dan
keharmonian hidup bersama.
4 Fardu Kewajipan individu atas sesuatu amalan yang dituntut secara tegas oleh
Ain syarak ke atas setiap mukallaf .Pengamalannya mendapat pahala dan
pengabaian mendapat dosa.
5 Fardu Kewajipan secara kolektif yang merujuk kepada suatu amalan yang
Kifayah dituntut oleh syarak ke atas seluruh kaum muslimin secara umum untuk
mengerjakannya .Apabila sebahagian daripada mereka melaksanakan nya
sebahagian yang lain terlepas daripada kewajipan tersebut.
6 Asnaf Kelompok/golongan berhak menerima zakat
7 Mukallaf Orang yang baligh dan beragama islam diamanahkan untuk melakukan
perintah Allah
8 Ittiba’ Ikut Sunnah
al-
sunnah

©Hak cipta Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah


MODUL MUSAWWA TASAWWUR ISLAM KSSM

TEMA 1 :PELAJARAN 4 & 5 : AKHLAK MENURUT ISLAM DAN PRINSIP PANDANGAN


HIDUP ISLAM
BIL ISTILAH HURAIAN
1 Akhlak Sifat yang tertanam dalam jiwa yang mendorong sesuatu perbuatan
dan perlakuan tanpa memerlukan pertimbangan yang mendalam.
2 Akhlak Akhlak terpuji bersumberkan wahyu Al Quran dan Hadis.
Mahmudah
3 Akhlak Akhlak terkeji yang dilarang oleh Al Quran danHadis daripada
Mazmudah diamalkan.
4 Rabbaniyyah Bahasa: Ketuhanan
Istillah : Segala hukum,konsep,prinsip,nilai dan peraturan yang
terkandung dalam islam bersumberkan al-quran dan hadis .
5 Syumuliyyah Bahasa :Sempurna / lengkap
Istillah : Agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sempurna
dan lengkap serta meliputi kehidupan di dunia dan akhirat .
6 Alamiyyah Bahasa :Sarwajagat
Istillah : Agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sesuai bagi
semua manusia tanpa mengira bangsa,tempat dan zaman .
7 Waqi’yyah Bahasa :Praktikal atau Realiti.
Istillah : Agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW bersifat
praktikal dan mampu diamalkan dalam kehidupan oleh semua
golongan manusia.
8 Thabat Bahasa :Tetap dan Teguh
Istillah : Agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW tetap dan
dan tidak berubah/qat’ie dari segi dasar.prinsip dan perlaksanaannya
9 Murunah Bahasa :Luwes / Anjal / Fleksibel
Istillah : Agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW boleh
berubah namun prinsip asal tetap teguh / tidak boleh berubah.
10. Utopia Perkara yang mustahil untuk dilaksanakan

©Hak cipta Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah


MODUL MUSAWWA TASAWWUR ISLAM KSSM

TEMA 2 : PELAJARAN 6 , 7 & 8 : MANUSIA SEBAGAI HAMBA DANKHALIFAH ALLAH S.W.T


BIL ISTILAH HURAIAN
1 Insan Makhluk ciptaan Allah SWT yang dikurniakan akan dan ditugaskan
untuk mengabdikan diri kepada Allah serta memakmurkan alam.
2. Nutfah Sperma lelaki dan ovum perempuan bercantum dan disenyawakan
di dalam Rahim perempuan
( permanian)
3. Alaqah Percantuman nutfah menjadi segumpal darah.
4. Mudghah Seketul daging ( terbentuk tangan, kepala, kaki dan tulang rusuk
5. Izam dan Lahm Daging membaluti tulang sehingga membentuk lembaga manusia
yang sempurna fizikalnya
6. Alam Roh Alam yang dirahsiakan oleh Allah SWT
7. Roh Nyawa yang menyebabkan jasad hidup dan bergerak
8. Alam Rahim Alam dalam kandungan ibu
9. Alam dunia Alam nyata yang kita diami/tinggal untuk beribadah dan menjadi
khalifah
10. Alam Alam yang memisahkan antara alam dunia dengan alam akhirat
Barzakh/Alam sebagai tempat persinggahan sementara menunggu hari kiamat
Kubur sesudah kematian.
11. Alam Akhirat Alam kekal abadi setelah terjadi kiamat.
12. Alam Alam nyata yang dapat ditanggapi oleh pancaindera dan akal
Musyahadah manusia tentang kewujudannya seperti haiwan,manusia dan
tumbuhan .
13. Alam Ghaib Alam yang tidak dapat ditanggapi oleh pancaindera dan akal
manusia.seperti syurga ,Neraka dan sebagainya.
14. Hamba Manusia wajib mengabdikan diri kepada allah dan melaksanakan
perintahnya.
15. Khalifah Manusia wajib mentadbir dan memakmurkan bumi selari mengikut
kehendak syariat.
16. Wahyu Kalam Allah SWT yang disampaikan kepada para Nabi dan Rasul
melalui perantaraan Malaikat Jibril atau terus daripadaAllah SWT.
17. Akal Keupayaan berfikir yang dikurniakan oleh Allah SWTkepada
manusia untuk membezakan antara haiwan.
18. Abu Al-Basyar Bapa semua manusia

©Hak cipta Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah


MODUL MUSAWWA TASAWWUR ISLAM KSSM

TEMA 3 : PELAJARAN 9, 10, 11, 12 & 13 : SISTEM SOSIAL ISLAM ( SSI )


BIL ISTILAH HURAIAN
1 Sistem Sistem yang mengawal dan memberi panduan berkaitan cara manusia
sosial Islam berhubung antara satu sama lain.
2. Al Quran Kalam Allah SWT yang diturunkan melalui malaikat Jibrila.s kepada
Rasulullah SAW untuk diamalkan dan disampaikan kepada umat
manusia.
3. Al Sunnah Segala perkara yang disandarkan kepada nabi Muhammad SAW dari
segi perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat fizikal atau akhlak.

4. Al Ijmak Kesepakatan para ulama mengenai sesuatu hukum syarak berasaskan


Al Quran dan As Sunnah selepas kewafatan Rasulullah.

5. Al Qias Menyamakan suatu hukum yang tiada nasnya dengan suatu hukum
yang ada nasnya disebabkan adanya persamaan illah ( sebab ) pada
hukum.
6. Keluarga Sosial yang dihubungkan melalui pertalian darah,perkahwinan atau
pengambilan anak angkat .
7. Mahmudah Sifat terpuji yang diamalkan oleh seseorang individu semasa
berinteraksi dengan orang lain.
8. Mazmumah Sifat buruk yang diamalkan oleh seseorang individu semasa
berinteraksi dengan orang lain.

©Hak cipta Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah


MODUL MUSAWWA TASAWWUR ISLAM KSSM

ISTILAH – ISTILAH TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 5

PELAJARAN 1 -SISTEM EKONOMI ISLAM


BIL ISTILAH HURAIAN
1 Ekonomi Ilmu tentang asas-asas pengeluaran,pembahagian,penggunaan
barang-barang dan perkhidmatan serta isu-isu kewangan yang
bersangkutan dengannya.
2 Ekonomi Ilmu yang digunakan oleh manusia bagi memenuhi keperluan
Islam ekonomi individu dan masyarakat berteraskan aturan syariat Islam
serta mencegah ketidakadilan dalam pemerolehan dan penggunaan
sumber alam.
3 Sistem Sistem ekonomi yang ditentukan oleh manusia dan tidak
ekonomi mempunyai piawaian yang mutlak tetapi bersifat anjal dan berubah
Konvensional mengikut ketentuan masyarakat.

4 Pemilikan Sesuatu yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba Nya untuk
Harta dimiliki dan dimanfaatkan menurut kehendak syarak.seperti Rumah.

5 Hak milik Pemilikan harta secara individu diperolehi secara sah seperti tanah
Individu
6 Hak milik Pemilikan harta bersama masyarakat terhadap sesuatu
Umum sumber,barangan dan perkhidmatan seperti laut
7 Hak milik Pemilikan harta diuruskan oleh kerajaan untuk kepentingan awam
Negara selaras dengan tuntutan agama Islam dan keperluan semasa seperti
galian.
8 Pekerjaan Satu kegiatan yang dilakukan bagi mendapatkan sumber pendapatan
dan memiliki harta secara halal.

9 kapitalis Fahaman berpaksikan pemikiran/lojik akal semata-mata,amalan


riba’serta berlaku ketidakadilan.

10 Komunis Fahaman Keputusan ekonomi dibuat oleh pemerintahan,wujud


ketidakadilan,Pemilikan individu/Faktorpengeluaran dihapuskan.
11 Sosial Fahaman gabungan kapitalis dan komunis,pemilikan individu
dihadkan.

12 Campuran Fahaman sistem kebebasan dengan sistem sosialis ,ekonomi


dibangunkan bersama-sama pemerintah dan pihak swasta.

©Hak cipta Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah


MODUL MUSAWWA TASAWWUR ISLAM KSSM

PELAJARAN 2 -SISTEM KEWANGAN ISLAM


BIL ISTILAH HURAIAN
1 Muamalah Hubungan antara manusia dengan manusia lain dalam semua
kehidupan meangkumi kekeluargaan,politik,ekonomi dan sebagainya.
2 Muamalat Tatacara urusan harian sesama manusia memenuhi keperluan masing-
dalam masing melibatkan transaksi kewangan mengikut cara Islam
sistem
kewangan
Islam
3 Gharar Ketidakpastian dalam sesuatu akad atau kontrak jual beli dari segi
kuantiti,kualiti,harga ,waktu penyerahan dan sebagainya.
4 Al Wadiah Mewakilkan sesuatu barang atau harta kepada oranglain untuk
disimpan.
5 Al Pelabur memberi modal kepada pengusaha untuk
Mudarabah diperniagakan.Keuntungan akan dibahagikan mengikut perjanjian.
6 Al Jual beli sesuatu barangan dengan makluman harga kos bersama-sama
Murabahah tambahan margin keuntungan.
7 Al Akad antara dua orang atau lebih untuk berkongsi modal dan
Musyarakah keuntungan dalam sesuatu perniagaan.
8 Al Rahnu Proses menyerahkan harta sebagai cagaran untuk mendapatkan
hutang.
9 Al Ijarah Perjanjian yang membolehkan seseorang mengambil faedah atau
manfaat daripada milik orang lain dengan bayaran tertentu.
10 Al Bai’ Penjualan barangan berasaskan pembayaran terangguh pada harga
bithaman tertentu secara ansuran atau sekali gus mengikut tempoh yang
Ajil ditetapkan.
11 Al Takaful Pelan perlindungan berdasarkan prinsip syariah melalui caruman
sejumlah wang yang akan disalurkan kepada pihak yang mengalami
kemudaratan atas dasar Taawun dan Tabaruk.
12 Margin Perbezaan antara dua jumlah
13 Taawun Tolong menolong antara rakan antara rakan peserta skim takaful
14 Tabarru’ rakan peserta skim takaful mendermakan sebahagian atau menyeluruh
wang sumbangan yang dibayar semasa menyertai skim takaful
15 Jizyah Cukai dikenakan kepada orang bukan Islam yang menetap dan
berlindung dibawah sebuah Negara Islam.
16 Ghanimah Harta rampasan dalam peperangan
17 Fai’ Harta yang dikuasai daripada orang bukan Islam tanpa melalui jalan
perang.
18 Wakaf Harta untuk orang Islam berkaitan dengan agama Islam seperti masjid
19 Baitul mal Harta orang Islam yang diuruskan oleh pengurusan zakat

©Hak cipta Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah


MODUL MUSAWWA TASAWWUR ISLAM KSSM

PELAJARAN 3 -SISTEM PERUNDANGAN ISLAM


BIL ISTILAH HURAIAN
1 Perundangan Hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah dalam pelbagai aspek
Islam kehidupan manusia merangkumi
Akidah,Ibadat,Akhlak,Munakahat,Muamalat dan Jenayah untuk
kebahagiaan dunia dan akhirat.
2 Syirik Perbuatan menyekutukan Allah dalam segala bentuk melalui
perbuatan,perkataan dan iktikad ( kepercayaan ) dengan menjadikan
sesuatu yang sekutu bagi Nya.
3. Bidaah Mereka-reka perkara baru dalam agama (beribadat) yang tidak
pernah diamalkan pada zaman Rasulullah dan para sahabat

PELAJARAN 4 -SISTEM KEHAKIMAN ISLAM


BIL ISTILAH HURAIAN
1 Kehakiman/Qadha’ Bahasa:Menghukum/Menyelesaikan/Menetapkan/Memutuskan
/Mencegah.
Istillah :Menyelesaikan pertikaian atau tuntutan antara dua
pihak atau lebih melalui proses undang-undang berdasarkan
hukumsyarak.
2 Hudud Kesalahan dan hukuman yang ditetapkan oleh syarak dan
Wajib dilaksanakan sebagai hak Allah.
3 Qisas Kesalahan dan hukuman yang ditetapkan oleh syarakmelalui
al-quran dan hadis kerana kesalahan yg melibatkan hak
individu seperti kecederaan tubuh badan dan nyawa.
4 Takzir Kesalahan dan hukuman yang ditetapkan oleh syarakdengan
diserahkan kepada budi bicara hakim atau kadi untuk
memutuskannya.
5 Diat Harta benda yang wajib diberikan kepada waris orang yang
dibunuh sebagai ganti hukum qisas yg tidak dapat dilaksanakan.
6 Qazaf menuduh perempuan baik berzina tanpa empat orang saksi
yang adil
7 Murtad Keluar dari agama Islam sama ada perbuatan,perkataan dan
iktikad
8 Ijtihad Usaha untuk mendapatkan sesuatu kesimpulan baharu melalui
kajian atau penyelidikan berdasarkan sumber dan kaedah yang
sah (Kaitan agama Islam ).

9. Muhsan Individu yang sudah berkahwin


10. Ghairu Muhsan Individu yang belum berkahwin

©Hak cipta Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah


MODUL MUSAWWA TASAWWUR ISLAM KSSM

PELAJARAN 5 -SISTEM PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN ISLAM


BIL ISTILAH HURAIAN
1 Pentadbiran Menyelaraskan tenaga manusia agar mengikut satu
perancangan untuk mencapai sesuatu objektif yang ditetapkan.

2 Pengurusan Mengguna serta menyenggarakan sumber manusia dan sumber


alam untuk kebajikan manusia.

3 Pentadbiran dan Perancangan dan pergerakkan oleh sesuatu organisasi


pengurusan Islam berhubung dengan kaedah ,peraturan dan tanggungjawab dan
tugas dalam pengolahan sumber manusia dan sumber alam
selari dengan tanggungjawab sebagai hamba dan Khalifah Allah
di muka bumi .

4 Syura Mesyuarat yang dijalankan bagi melakukan pertimbangan


secara kolektif dan membuat keputusan yang paling berkualiti
berdasarkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
5 Sahib Al-Syurtah Pegawai polis
6 Sahib al-Kharaj Pegawai cukai
7 Sahib Bait Al Mal Pegawai perbendaharaan
8 Asabiyyah Perasan taasub perkauman
9 Integriti Menjalankantugas dengan amanah
10 Efektif Tindakan dan usaha yang mendatangkan hasil seperti yang
diharapkan
11 Efisien Individu/Organisasi/mesin dan lain-lain yang menjalankan
tugas dengan cekap tanpa pembaziran waktu dan tenaga.
12 Sistematik Perancangan
13 Beriman Melaksanakan pentadbiran dengan penuh ketakwaan dan
keimanan.
14 Berwawasan Mempunyai perancangan untuk memajukan organisasi
pentadbiran.
15 Positif Berfikiran terbuka kea rah perubahan ,cadangan,teguran dan
nasihat kea rah kebaikan.
16 Inovatif Menjana idea baru kea rah kemajuan
17 Dinamik Berupaya menyesuaikan diri dengan pelbagai setuasi untuk
melaksanakan perubahan
18 Integriti Bersikap telus dalam melaksanakan tadbir urus sesebuah
masyarakat dan negara

©Hak cipta Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah


MODUL MUSAWWA TASAWWUR ISLAM KSSM

PELAJARAN 6 -SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM


BIL ISTILAH HURAIAN
1. Khulafa Al Gelaran kepada empat ( 4 ) orang sahabat yang memegang
Rasyidin jawatan ketua negara Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW
2. Negara Islam Segala urusan pemerintahan dan pentadbiran tunduk kepada
hukum Islam bersumberkan al- Quran dan hadis serta ijtihad
yang sebenar.
3. Piagam Satu perjanjian Rasulullah bersama penduduk Madinah
Madinah/Sahifah
Madinah
4. Khilafah Sistem pemerintahan Islam yang dinaungi seorang pemimpin
Islam yang adil,taat dan patuh kepada syariat Islam.

5. Khalifah Individu yang diamanahkan oleh Allah untuk mengurus dan


mentadbir dunia mengikut Syariat Allah SWT.

6. Rakyat Seluruh penduduk dalam sesebuah negara yang berkewajipan


untuk mentaati khalifah selagi tidak bercanggah dengan syariat
agama Islam.

7. Adil Sesuatu tindakan atau keputusan diambil menyebelahi pihak


yang benar

8. Amar Makruf Perintah supaya mengerjakan perbuatan baik

9. Nahi mungkar Melarang perbuatan jahat

10. Daruriyyat Barang asas

11. Hajiyyat Barang Keperluan

12. Tahsiniyyat Barang mewah

©Hak cipta Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

You might also like