Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

doi:10.15364/ris17-0401-01 Vol. 4 No.

1 (2017): 1-16

Original Article

Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia Sebagai Suatu Aplikasi


Memenuhi Keperluan Konsep Halalan Tayyiban: Suatu Analisis
Khairul Anuwar Mustaffaa, Joni Tamkin Borhana & Mohd Roslan Mohd Norb,c*
a
Department of Syariah and Economy, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, Malaysia
b
Department of Islamic History and Civilisation, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, Malaysia
c
Institute of Halal Research UM (IHRUM), Academy of Islamic Studies, University of Malaya, Malaysia
* Corresponding author, email; m_roslan@um.edu.my

ABSTRACT
This article is an attempt to analyze the extent of the procedure laid down in the Manual
Procedure of Malaysian Halal Certification (MPPHM) to meet the requirements and comply with
the concept of halalan tayyiban practiced among food manufacturers in the food industry. In
general, there are four main elements in this manual procedures that meet the requirements of
halalan tayyiban practice that needs confirmation of the ingredients source, the need for food
safety control practices and quality, the implementation of halal assurance system and control
regulations compliance. To ensure that these elements can be strengthened continuously, the
scope of the audit should be detailed, halal assurance system and compliance monitoring and
enforcement needs to be improved in addition to the implementation of rigorous research to
product output in order to ensure the quality and safety of food produced.

Keywords: Halal, Halalan Tayyiban, Manual Procedure, JAKIM, Malaysia

Pengenalan
Sistem pensijilan halal yang diamalkan di Malaysia dianggap sebagai suatu sistem yang
berjaya membentuk aplikasi halal bagi membangun industri halal yang berkembang di peringkat
global. Justeru, Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) yang merupakan perincian
kepada prosedur pensijilan halal adalah merupakan suatu garis panduan yang dijadikan rujukan
pihak pengusaha industri yang ingin memohon sijil pengesahan halal yang dikeluarkan oleh
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Jika diteliti
secara lebih mendalam, pensijilan halal adalah suatu proses untuk memastikan pengusaha
industri mengamalkan konsep halalan tayyiban secara berkesan dalam penghasilan produk
makanan.
Namun, persoalan yang sering ditimbulkan adalah sejauh manakah prosedur pensijilan halal
sedia ada memberi keyakinan kepada pengguna bahawa produk yang dihasilkan oleh pihak
pengeluar yang mendapat pengesahan halal adalah benar-benar memenuhi keperluan konsep
halalan tayyiban. Di samping itu, sejauhmanakah prosedur yang terdapat dalam manual ini
Khairul Anuwar Mustaffa, et.al / Online Journal of Research in Islamic Studies 4(1) (2017): 1-16

benar-benar membentuk kepatuhan dalam kalangan pengusaha terhadap amalan halalan


tayyiban.
Sebenarnya jika diteliti terhadap prosedur sedia ada, terdapat empat elemen penting yang
membuktikan pensijilan halal adalah suatu usaha berterusan mendidik pengusaha beramal
dengan konsep halalan tayyiban. Elemen tersebut termasuklah pematuhan halal terhadap
ramuan makanan, amalan tayyiban dalam pengendalian makanan, pelaksanaan sistem jaminan
halal dan pematuhan perundangan dan kawalan yang berterusan oleh pihak pengurusan
pensijilan halal.

Aplikasi Halalan Tayyiban


Umumnya dapatlah difahami bahawa konsep halalan tayyiban adalah suatu konsep Islam
berkaitan ciri-ciri makanan atau produk yang dihasilkan untuk kegunaan manusia. Ia juga adalah
suatu bentuk keyakinan terhadap amalan pengusaha yang dilaksanakan terhadap ramuan yang
digunakan dan amalan kebersihan yang dilaksanakan. Ia juga ditambah dengan jaminan yang
dibentuk melalui sistem yang diwujudkan.
Sebenarnya, keperluan terhadap amalan halalan tayyiban telah dinyatakan secara jelas di
dalam al-Quran dalam empat ayat suci al-Quran yang disebut secara berasingan. Ini termasuklah
ayat-ayat seperti berikut:
ٌ‫س كُلُى ْا ِمّمَا فًِ ٱلۡأَرۡضِ حَلَـٰالً۬ طَّيِبً۬ا وَلَا تَّتَ ِبعُىاْ خُطُىَٲتِ ٱلّشَّيۡطَـٰنِۚ إِّنَهُ ۥ َل ُكمۡ عَدُ ٌ۬و مُبِّين‬
ُ ‫يَٓـٰأَُيهَا ٱلّنَا‬
Terjemahan: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi,
yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana
sesungguhya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(Surah al-Baqarah, 2: 168)

َ‫َوكُلُى ْا ِمّمَا رَسَ َق ُك ُم ٱللَهُ حَلَـٰالً۬ طَّيِ ًب۬اۚ وَٱَتقُى ْا ٱللَ َه ٱلَذِيٓ أَّنّتُم بِهِۦ مُؤۡ ِمّنُىن‬
Terjemahan: Makanlah makanan yang halal lagi baik daripada apa yang
Allah telah rezekikan kepada kamu, dan bertakwalah kepada Allah yang
kamu beriman kepadaNya.
(Surah al-Maidah, 5: 88)

ٌ۬‫غفُىرٌ۬ رَحِّيم‬
َ َ‫ن ٱللَه‬
َ ِ‫َفكُلُى ْا ِمّمَا غَ ِّنّمّۡتُمۡ حَلَـٰالً۬ طَّيِ ًب۬اۚ وَٱَتقُى ْا ٱللَهَۚ إ‬
Terjemahan: Makanlah dari apa yang kamu telah dapat (dalam peperangan)
itu, sebagai (benda) yang halal, lagi baik, serta bertaqwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, Lagi Maha Mengasihani.
(Surah al-Anfal, 8: 69)

2
Khairul Anuwar Mustaffa, et.al / Online Journal of Research in Islamic Studies 4(1) (2017): 1-16

َ‫ت ٱللَهِ إِن كُّنُّتمۡ إِيَاهُ َتعۡبُدُون‬


َ َ‫ڪ ُم ٱللَهُ حَلَـٰالً۬ طَّيِبً۬ا وَٱشۡڪُزُواْ ّنِعّۡم‬
ُ َ‫َفكُلُى ْا ِمّمَا رَسَق‬
Terjemahan: Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa
yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal
lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya
menyembah Dia semata-mata.
(Surah al-Nahl, 16: l14)

Dengan meneliti ayat-ayat di atas, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat dua elemen
penting yang dinyatakan Allah yang perlu diberi perhatian dalam peringat pelaksanaan aplikasi.
Yang pertama elemen halal dan yang kedua adalah elemen tayyib yang dirangkumkan dalam
satu rangkaian kata. Selain menyentuh keperluan kepatuhan terhadap sumber makanan, sikap
berhati-hati dalam memilih makanan juga menyentuh keperluan amalan tayyib yang
menganjurkan amalan kebersihan dan kualiti makanan. Di samping itu, produk yang dihasilkan
adalah berkualiti dan baik untuk jasmani, rohani dan mental. Justeru, ia membentuk suatu
amalan yang dizahirkan dalam bentuk aplikasi yang secara umumnya dapatlah diringkaskan
seperti berikut:
Jadual 1: Ciri-Ciri Kepatuhan Konsep Halālan Tayyiban
Elemen Kepatuhan Tujuan
Sumber Halal Menerima sumber makanan yang halal daripada aspek binatang,
tumbuhan dan kimia.
Halal
Jauhi Yang Terdapat empat jenis yang diharamkan termasuklah khinzir,
Haram bangkai, darah dan segala najis.
Elak Syubhah Mengelak unsur percampuran halal dan haram.
Amalan Mewajibkan amalan kebersihan terhadap proses yang dilakukan
Kebersihan dalam penghasilan makanan untuk kebaikan jasmani, rohani dan
Tayyiban
mental.
Khasiat Memastikan makanan adalah mempunyai khasiat dan tidak
Makanan memudaratkan
Pengurusan Memastikan ada pihak yang mengawalnya dan memastikan tiada
Halal unsur haram dan syubhah
Pengawalan Mewujudkan sebuah jawatankuasa halal dalaman yang mesti
Halal berperanan
Sumber: Ubahsuai Sistem Jaminan Halal, JAKIM 2012

Sehubungan dengan itu, dalam usaha merealisasikan konsep halalan tayyiban, usaha yang
dilaksanakan dalam program pensijilan halal dilihat sebagai suatu aplikasi yang dibangunkan
untuk membimbing pengusaha syarikat terutamanya dalam industri makanan untuk memenuhi
keperluan halal sebagaimana yang ditakrifkan bagi mencapai maksud halalan tayyiban.

3
Khairul Anuwar Mustaffa, et.al / Online Journal of Research in Islamic Studies 4(1) (2017): 1-16

Di samping itu, Standard Malaysia (MS 1500:2009) Makanan Halal – Pengeluaran,


Pengendalian dan Penyimpanan – Garis Panduan Umum (Semakan Kedua) dilihat sebagai usaha
merealisasikan konsep halalan tayyiban1 yang jelas menyatakan definisi halal seperti berikut:
a) Tidak mengandungi apa-apa bahan daripada haiwan yang tidak halal kepada orang
Islam mengikut hukum syara’ atau daripada haiwan yang tidak disembelih mengikut
hukum syara’.
b) Tidak mengandungi najis mengikut hukum syara’.
c) Selamat dimakan, tidak beracun, tidak memabukkan atau tidak memudaratkan
kesihatan;
d) Tidak disediakan, diproses atau dikilang menggunakan peralatan yang dicemari najis
mengikut hukum syara’;
e) Tidak mengandungi mana-mana bahagian dari anggota manusia atau hasilan
daripadanya yang tidak dibenarkan oleh hukum Syara’; dan
f) Semasa penyediaan, pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan atau pengangkutan,
makanan tersebut diasingkan dari makanan lain yang tidak menepati keperluan dalam
butiran a), b), c), d) atau e) di atas atau bahan-bahan lain yang telah disahkan sebagai
najis mengikut hukum syara’.
Dalam takrifan ini jelas menunjukkan bahawa istilah halal yang ditakrifkan adalah memenuhi
keperluan elemen halal dan tayyib yang dikaitkan dengan sesuatu dengan kepatuhan syara’,
amalan kebersihan, kekemasan, berkualiti, selamat, terjamin dan terkawal. Di atas asas inilah,
prosedur yang ditetapkan dalam pensijilan halal dilaksanakan. Bahkan, aplikasi halal tersebut
telah diperkukuhkan Sistem Jaminan Halal (SJH) dan penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan
2011 (APD) yang mempunyai terma-terma yang jelas bagi memperkukuhkan amalan halalan
tayyiban khususnya terhadap industri halal.

Keperluan Dalam Prosedur Pensijilan Halal Malaysia


Keperluan Umum
Jika diteliti dalam prosedur pensijilan halal ini, terdapat keperluan umum yang perlu
dipatuhi terlebih dahulu. Selain daripada dimaklumkan cara permohonan yang dibuat melalui
sistem online melalui MyeHalal di www.halal.gov.my, prosedur menyatakan keperluan bagi
sesebuah syarikat yang memohon berdaftar secara sah sebagai syarikat melalui Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM). Di samping itu, permohonan melalui online menghendakkan syarikat
menghantar dokumen sokongan terhadap produk yang ingin dipohon dan ditetapkan jumlah
yuran yang perlu berdasarkan saiz industri sama ada mikro, kecil, sederhana mahupun
multinasional.
Secara umumnya, dalam manual prosedur tersebut menyatakan syarat permohonan di
samping menyatakan bentuk permohonan yang layak dan tidak layak. Oleh kerana, permohonan
pensijilan halal adalah dikaitkan dengan syarikat, maka syarikat yang ingin memohon pensijilan
halal hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mempunyai lesen PBT
dan telah beroperasi.

1
MS 1500:2009 Makanan Halal – Pengeluaran, Pengendalian dan Penyimpanan – Garis Panduan
Umum (Semakan Kedua)

4
Khairul Anuwar Mustaffa, et.al / Online Journal of Research in Islamic Studies 4(1) (2017): 1-16

Jadual 2: Syarat Permohonan Pensijilan Halal Malaysia


Syarat Permohonan
1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
2. Mempunyai lesen PBT atau surat akuan agensi kerajaan
3. Beroperasi sepenuhnya sebelum memohon pensijilan,
4. Mengeluarkan produk halal sahaja
5. Memastikan ramuan makanan yang disahkan halal,
6. Memohon semua jenis produk yang dikeluarkan.
7. Mengemukakan sijil halal untuk produk repacking

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, 2011
Sebenarnya, skim pensijilan halal adalah bersifat pilihan dan sukarela ini. Ia sebenarnya
tidak menerima sepenuhnya permohonan yang dibuat oleh pengusaha syarikat terhadap
produk-produk yang diklasifikasikan tertentu yang melanggar syara’ dan dilihat sukar dalam
membuat pengesahan halal. Ini termasuklah seperti berikut:
Jadual 3: Kriteria Tidak Layak Memohon
Tidak Layak Memohon
1. Permohonan yang tidak mempunyai rujukan
2. Mengeluarkan produk halal dan tidak halal
3. Penggunaan jenama yang sama untuk produk halal dan tidak halal
4. Produk yang tidak halal
5. Produk/Premis yang memberi implikasi negatif
6. Produk semulajadi
7. Baja dan makanan binatang
8. Pinggan mangkuk
9. Kertas
10. Produk sinonim dengan istilah yang mengelirukan
11. Produk siap dari luar negara yang dilabel semula
12. Dapur/Premis yang menyediakan makanan yang haram
13. Produk dalam peringkat R&D
14. Produk yang membawa kepada penyelewengan aqidah
15. Hotel yang menyediakan menú berasaskan babi.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, 2011

5
Khairul Anuwar Mustaffa, et.al / Online Journal of Research in Islamic Studies 4(1) (2017): 1-16

Syarat yang ditetapkan ini dalam prosedur pensijilan ini dilihat penting untuk memastikan
syarikat yang memohon pensijilan halal adalah terdiri daripada syarikat yang berdaftar, tidak
illegal dan mematuhi peraturan lain yang ditetapkan undang-undang. Di samping itu, pihak
pengurusan pensijilan halal menyedari bahawa tidak semua perkara memerlukan pensijilan halal
sebagaimana dinyatakan dalam jadual di atas. Bahkan, permohonan pensijilan halal hanya
terhad kepada produk yang melaksanakan pemprosesan dan dipastikan tiada berlaku
percampuran produk halal ataupun haram.
Keperluan Khusus
Bagi melaksanakan pensijilan halal seperti yang termaktub dalam MPPHM, terdapat tujuh
kategori permohonan dalam pensijilan halal iaitu produk makanan, premis makanan, barang
gunaan, kosmetik dan dandanan diri, farmaseutikal, rumah sembelih dan logistik. Malah, bagi
setiap industri ini mempunyai prosedur dan keperluan yang ditetapkan seperti yang dinyatakan
dalam MPPHM.
Dalam manual tersebut dengan jelas menyatakan bagi produk makanan yang dihasilkan oleh
syarikat bertaraf multinasional, mereka dikehendaki mewujudkan jawatankuasa halal dalaman,
eksekutif halal dan sekurangnya dua orang pekerja muslim berwarganegara dan jawatan tetap.
Bagi industri sederhana, mereka diwajibkan mewujudkan jawatankuasa halal dalaman
sekurangnya empat orang, melantik seorang eksekutif halal dan sekurangnya dua orang pekerja
muslim berwarganegara dan jawatan tetap. Bagi industri kecil pula mereka diwajibkan
mempunyai seorang penyelia dan pekerja muslim warganegara dam berjawatan tetap. Namun,
bagi industri makro, memadai mempunyai seorang pekerja muslim.
Bagi premis makanan, ia dibahagikan kepada bentuk restoren, kantin, kafe, restoren
berangkai, restoren francais, hotel (dapur/restoren), medan selera, kafeteria, kiosk, katering,
premis bergerak (ada dapur berpusat sahaja) dan kedai bakeri atau kek dan pastri, terdapat
keperluan dalam pematuhan halal melalui mewujudkan jawatankuasa halal dalaman, eksekutif
halal, penyelia muslim ataupun pekerja muslim. Tidak semua bentuk premis makanan
dikehendaki memenuhi keperluan yang dinyatakan. Secara umumnya, premis berkenaan
dikehendaki mempunyai pekerja muslim yang berwarganegara dan berjawatan tetap. Begitu
juga terhadap syarikat yang mengeluarkan barang gunaan, kosmetik dan dandanan diri,
farmaseutikal, rumah sembelih dan logistik, masing-masing mempunyai keperluan yang perlu
dilaksanakan bagi memenuhi keperluan yang dinyatakan.
Keperluan khusus yang ditetapkan dalam pensijilan halal jelas menunjukkan bahawa
pensijilan halal adalah melibatkan keyakinan pihak pengurusan pensijilan halal terhadap sistem
pengurusan syarikat terhadap aspek amalan yang dilakukan oleh pihak pengurusan.
Bentuk Aplikasi Halalan Tayyiban
Di Malaysia, usaha membangun kepatuhan halalan tayyiban dilihat dilaksanakan secara
berterusan dengan memperkukuhkan aplikasi seperti prosedur pensijilan halal, membangun
standard halal Malaysia dan mengawal konsep halal melalui kawalan perundangan.

6
Khairul Anuwar Mustaffa, et.al / Online Journal of Research in Islamic Studies 4(1) (2017): 1-16

Jadual 4: Aplikasi Halālan Tayyiban Secara Menyeluruh di Malaysia


Tahap Aplikasi Semasa Ciri-Ciri Aplikasi

Amalan dan MS1500:2009  Standard Piawaian


Standard
(Semakan Kedua)  Diselaraskan oleh Jabatan Standard Malaysia
Praktis
 Garis Panduan Umum
 Tidak diwajibkan
 Diiktiraf di peringkat antarabangsa
 satu-satunya standard bagi makanan halal
 Menggunakan rujukan KKM dalam aspek
keselamatan makanan.
 Tidak menyentuh aspek keperluan sumber
kewangan dan pengurusannya dalam
syarikat.

Manual Prosedur  Prosedur untuk mendapat Pensijilan Halal


Pensijilan Halal
 Dibangunkan oleh JAKIM
Malaysia (MPPHM)
2014  Garis Panduan Khusus untuk auditor halal
 Mengguna rujukan KKM dalam aspek
kebersihan, keselamatan dan kesihatan
makanan.
 Diwajibkan untuk mendapat sijil halal
 Tidak mensyaratkan pengeluar yang terlibat
dalam industri haram seperti perjudian dan
arak.

Sistem Jaminan Halal  Sistem Pengurusan Halal Dalaman


(SJH)
 Dibangunkan oleh JAKIM
 Garis Panduan Pematuhan Pengurusan
Dalaman
 Diwajibkan untuk syarikat multinasional
 Menerima pakai rujukan KKM dalam
membangunkan sistem (HACCAP, GMP,
MeSTI, BeSS).
 Akan diwajibkan untuk syarikat IKS

Kawalan dan Akta Perihal Dagangan  Undang-Undang & Peraturan berkaitan halal
Pencegahan 2011
 Dikuatkuasakan oleh KPDNKK

7
Khairul Anuwar Mustaffa, et.al / Online Journal of Research in Islamic Studies 4(1) (2017): 1-16

 Berbentuk kawalan dan pencegahan


 Diwajibkan untuk semua pengeluar makanan
patuh.

Undang-Undang  Kuasa negeri-negeri


Syariah
 Peruntukan khas bagi mereka yang
menyalahgunakan istilah dan terma
halal.

Pengurusan MS1900:2014  Sistem Pengurusan Islam


Patuh Syariah
Sistem Pengurusan  Jabatan Standard Malaysia
Kualiti Syariah
 Pelengkap kepada ekosistem halal
 Pematuhan syariah sepenuhnya dalam aspek
input, sistem dan output.
 Penolakan Syubhah dan Haram dalam Elemen
Perniagaan dan Pengurusan seperti Riba,
Gharar, ghish dan sebagainya.
Sumber: Analisis Penyelidik, 2016
Dalam usaha memenuhi keperluan konsep halalan tayyiban, peranan pengusaha adalah
penting kerana komitmen dan kesungguhan merekalah memberi kesan yang positif terhadap
pembangunan masyarakat. Sikap positif mereka dalam pematuhan konsep halalan tayyiban
amatlah penting kerana hasil output mereka akan turut dinikmati oleh pengguna dalam
mengukuhkan industri halal itu sendiri. Sehubungan dengan itu, langkah kerajaan Malaysia
menawarkan pelbagai bentuk aplikasi akan dapat mengukuhkan amalan halalan tayyiban itu
sendiri.

Elemen Utama Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia


Dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia terdapat beberapa perkara penting yang
perlu dilaksanakan oleh pemohon pensijilan halal. Selain daripada pendaftaran syarikat, mereka
hendaklah memastikan dua elemen utama dilaksanakan iaitu elemen halal dan tayyib.
Menyedari perkara tersebut, mereka hendaklah memastikan dalam bentuk amalannya dan
bentuk pembuktiannya yang jelas. Ini termasuklah perkara berikut:
Pengesahan Ramuan yang Digunakan
Perkara utama yang menjadi asas kepada permohonan pensijilan halal adalah berkaitan
dengan produk yang dihasilkan. Pihak syarikat perlu memastikan dan mengesahkan bahan
mentah dan ramuan yang digunakan adalah benar-benar halal. Pengesahan ini dapat dirujuk
kepada status ramuan yang digunakan sama ada mempunyai sijil halal atau tidak.
Begitu juga berkaitan peralatan, pemprosesan dan penghasilan produk adalah dipastikan
memenuhi kehendak halalan tayyiban. Justeru semua bentuk sumber bahan mentah
termasuklah haiwan yang diimport adalah dipastikan dari loji yang diiktiraf JAKIM dan Jabatan

8
Khairul Anuwar Mustaffa, et.al / Online Journal of Research in Islamic Studies 4(1) (2017): 1-16

Perkhidmatan Vaterinar (JPV). Spesifikasi yang lengkap (mengandungi komposisi bahan, carta
alir dan sumber bahan mentah) hendaklah disertakan sekiranya tidak mengandungi sijil halal
bagi sesuatu bahan mentah yang digunakan. Semua bahan-bahan tersebut dikehendaki
dinyatakan secara terperinci dalam borang permohonan.2 Malah, pembungkusan dan pelabelan
yang mempunyai kriteria tertentu yang perlu dipatuhi seperti label pembungkusan yang perlu
dicetak dengan jelas, maklumat mengikut peraturan, akta dan standard berkaitan. Begitu juga
pelabelan tidak harus melanggar prinsip hukum syarak serta tidak menonjolkan unsur-unsur
tidak sopan yang bertentangan dengan hukum syarak. Dalam pada itu juga, logo halal tidak
boleh disalahgunakan untuk tujuan yang melanggar syarak yang melanggar prinsip akidah dan
akhlak.
Di samping itu, mengesahkan ramuan yang digunakan adalah benar-benar berstatus halal
adalah aspek penting dalam pensijilan halal. Dalam aspek ini pentarjihan (pengesahan) sumber
adalah suatu yang amat penting kerana ramuan kritikal yang tidak dikenalpasti sumbernya boleh
dikategorikan dalam kategori syubhah. Ini lebih-lebih lagi berkaitan ramuan yang bersumberkan
haiwan. Sehubungan dengan itu, dalam proses pensijilan, keperluan kepada dokumen sokongan
seperti sijil pengesahan halal bagi ramuan yang digunakan adalah penting untuk menjelaskan
sumber yang digunakan.
Bagi sesetengah syarikat yang prihatin dengan status halal, mereka membangunkan
pengurusan halal yang mempunyai team sendiri yang bertanggungjawab mengauditkan sumber
ramuan di tempat ia diperolehi. Langkah ini dilihat bukan sahaja mengukuhkan keyakinan
mereka terhadap ramuan yang digunakan, malah memperkukuhkan integriti halal dalam
syarikat itu sendiri.
Pada masa ini, menghilangkan keraguan terhadap ramuan yang digunakan adalah menjadi
suatu keperluan. Kebanjiran produk yang tidak diketahui sumbernya sama ada daripada haiwan,
tumbuhan, bahan kimia dan sebagainya memerlukan sistem pengesahan. Contohnya ramuan
haiwan yang digunakan adakah menepati kehendak penyembelihan mengikut syara’ atau
sebaliknya. Begitu juga sumber ramuan yang terdedah kepada elemen keraguan adalah seperti
gelatin, lemak, enzim, gliserin dan sebagainya. Oleh kerana, bahan ramuan daripada sumber
haiwan telah digunakan secara meluas di dalam industri pada hari ini seperti gelatin, gliserin,
kolagen, lecithin, lemak haiwan, pankreatin, pepsin, protein plasma, bahan pengemulsi, rennin
dan lain-lain lagi, tidak syak lagi bahawa keperluan pensijilan halal adalah tinggi.3
Menurut JAKIM, antara bahan ramuan yang dikhuatiri menimbulkan keraguan apabila
sumbernya tidak dinyatakan dengan jelas termasuklah seperti berikut;

2
Halal Industry Development Corporation, Buku Panduan Halal Panduan Untuk Pengeluar
Makanan, 19.
3
Suhaimi Ab Rahman, Yaacob Che Man, “Sumber Haiwan dalam Pemprosesan Makanan dan
Bioteknologi Moden”, dalam Halal Haram dalam Kepenggunaan Islam Semasa, ed. Suhaimi Ab
Rahman, Mohammad Aizat Jamaludin (Serdang: Penerbit UPM, 2011), 130

9
Khairul Anuwar Mustaffa, et.al / Online Journal of Research in Islamic Studies 4(1) (2017): 1-16

Jadual 5: Jenis Ramuan Yang Memerlukan Pengesahan Halal


Jenis Keterangan Produk
Ramuan
Menghasilkan kestabilan dan tekstur pada produk. Contoh
penstabil adalah gum, kanji, dektrin, pektin, amilose, gelatin,
Penstabil Aiskrim, yogurt,
karagenan. Gelatin contohnya adalah sejenis protein yang
produk jeli, minuman
dihasilkan daripada kulit atau tulang binatang seperti lembu, babi
susu, coklat, gula-gula
dan ikan. Penghasilan gelatin daripada tulang babi dikatakan amat
dll
tinggi dan permintaannya juga dikatakan tinggi disebabkan
harganya yang murah dan mudah didapati. 46% gelatin adalah
bersumberkan babi dan hanya 0.7% sahaja daripada sumber
halal.4 Oleh itu, pengesahan halal terhadap penggunaan ramuan
ini adalah suatu keperluan.
Shortening adalah nama komersial bagi lemak dan minyak.Sumber Biskut, pizza, pudding
lemak adalah daripada tumbuhan dan haiwan, Namun, krim dan lain-lain.
Lemak dan
penggunaan lemak haiwan dikatakan lebih banyak berbanding
Minyak
tumbuhan. Lemak babi yang digunakan untuk produk seperti kek
dan biskut diperolehi daripada perut babi.5 Oleh itu, sumber lemak
dan minyak yang digunakan hendaklah disahkan halal.
Digunakan untuk mencampur air dan minyak. Contoh pengemulsi Ramuan untuk
adalah lecithin, monoglycerides dan diglycerides. Monogliserida menghasilkan roti,
Pengemulsi
dan digliserida adalah campuran bahan berlemak yang dihasilkan macaroni, kek,
daripada pecahan lemak dan minyak. Bahan ini mungkin aiskrim, marjerin dan
diperolehi daripada minyak sayuran, lemak lembu, lemak babi lain-lain.
atau lemak ikan. Oleh itu, ia perlu disahkan halal.
Ia diperolehi daripada binatang, tumbuhan atau mikrob. Enzim Aiskrim, yogurt,
binatang biasanya adalah rennin. Ia diperolehi daripada perut produk jeli, minuman
Enzim
anak lembu. Manakala pepsin pula merupakan enzim susu, coklat, gula-gula
penghadaman yang diperolehi daripada perut babi. dll
Mengelakkannya daripada sumber yang haram, ia perlu disahkan.
Ia juga terhasil daripada lemak binatang, minyak sayuran, atau Ubat gigi, syampu dan
bahan-bahan sampingan petroleum yang diproses sehingga sabun.
Gliserin
menjadi cecair yang tidak berwarna, manis, pekat dan mudah
melekat. Banyak digunakan untuk membuat gula-gula, sosej dan
sebagainya. Oleh itu, ia perlu disahkan daripada sumber yang
halal.
6
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2014

4
Nor Nadiha Mohd Zaki et all, “Gelatin Halal”, dalam Halal Haram dalam Kepenggunaan Islam
Semasa, ed. Suhaimi Ab Rahman, Mohammad Aizat Jamaludin (Serdang: Penerbit UPM, 2011),
167
5
Nur Illiyyin Mohd Roslan dan Yanty Noorzianna Abdul Manaf, “Isu Penggunaan Lemak Haiwan
dalam Makanan”, dalam Isu Halal Kontemporari, ed. Russly Abd Rahman et all (Serdang,
Penerbit UPM, 2014), 118. Lihat juga Nurrulhidayah Ahmad Fadzillah et all, “Kaedah Penentuan
Lemak Khinzir dalam Produk Makanan” dalam Halal Haram dalam Kepenggunaan Islam
Semasa, ed. Suhaimi Ab Rahman, Mohammad Aizat Jamaludin (Serdang: Penerbit UPM, 2011),
103
6
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 6 Ramuan Kritikal dalam Makanan, rislalah Bahagian Hab
Halal JAKIM, 2013

10
Khairul Anuwar Mustaffa, et.al / Online Journal of Research in Islamic Studies 4(1) (2017): 1-16

Amalan Kebersihan
Produk yang layak untuk diberikan sijil halal hendaklah memenuhi kriteria yang meyakinkan
bahawa ia tidak terdedah kepada sebarang perkara yang meragukan dan merbahaya kepada
pengguna. Sesuatu kilang itu layak untuk dipertimbangkan sekiranya mempunyai mekanisme
pengawalan bagi mencegah haiwan peliharaan atau haiwan liar daripada memasuki atau berada
di dalam kawasan kilang tersebut. Manakala unsur yang membawa dan terdedah kepada najis
dan pencemaran adalah perlu dielakkan.
Oleh itu, amalan kebersihan khususnya oleh sesebuah syarikat yang menghasilkan produk
kegunaan orang ramai, hendaklah dipastikan bersih, suci, ceria dan kemas. Amalan yang
dilakukan terhadap untuk memastikan tahap kebersihan yang memuaskan biasanya adalah
dirujuk kepada garis panduan yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) seperti Good Manufacturing Practice (GMP) dan Good Hygine Practice (GHP).
Sehubungan dengan itu, mereka harus memastikan premis hendaklah sentiasa bersih dan
terjaga.
Dalam Pensijilan halal, untuk membolehkan sesebuah premis mendapat pengesahan halal,
aspek tayyib dalam pengendalian premis ini amat dititikberatkan. Oleh itu, sesuatu premis itu
hendaklah memastikan peralatan yang digunakan, susun atur peralatan dan barangan di premis
adalah suci, bersih, kemas dan disusun dengan baik dan teratur. Sebagaimana pentingnya
ditegaskan dalam manual ini larangan pekerja tinggal menetap di premis dengan kriteria yang
dinyatakan seperti dalam perkara 5.5 manual tersebut.
Di samping itu, pekerja yang mengendalikan makanan mestilah bersih dan beramanah
dalam melaksanakan tanggungjawab. Di samping kemahiran sedia ada, pekerja hendaklah
memenuhi kehendak yang ditetapkan iaitu penekanan kepada aspek amalan kod etika pekerja
dan amalan kebersihan yang baik (Good Hygiene Practices) sepertimana yang termaktub dalam
Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan peraturan-peraturan lain yang berkaitan.7
Amalan Sistem Jaminan Halal
Premis yang menjalankan proses pengeluaran hendaklah dipastikan memenuhi kehendak
aplikasi halal melalui pembentukan sistem jaminan halal. Ia hendaklah dipastikan memenuhi
kehendak halalan tayyiban dalam pemprosesan sesuatu makanan kerana ia memberi kesan
kepada makanan yang diproses sama ada mengelak pencemaran atau sesuatu yang memberi
kemudaratan.8
Berdasarkan standard ini juga, jelas menunjukkan bahawa keperluan kepada aspek tayyib
dalam premis amat dititikberatkan. Mungkin bagi sesetengah pihak, aspek ini adalah suatu
kerumitan, khususnya usahawan-usahawan yang bertaraf perusahaan kecil dan sederhana.
Namun, bagi pihak auditor khususnya dalam pensijilan halal, memenuhi aspek asas dalam
menyediakan sistem jaminan halal yang bersifat komprehensif yang dibuktikan dalam bentuk
amalan bagi membentuk kepatuhan syara’ melalui elemen halal dan tayyib (selamat, bersih dan
tidak memberi risiko) adalah suatu pencapaian yang baik.
Dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal juga dengan jelas keperluan adanya pekerja Islam.
Sungguhpun dalam sesetengah keadaan, ia adalah suatu yang dilihat tidak relevan dengan

7
Guidelines on Good Hygiene Practices, (2002), op.cit., hlm. 3.
8
Guidelines on Good Hygiene Practices for Small and Medium Scale Food Industries Towards
HACCP, Ministry of Health Malaysia, 2002, hlm. 1.

11
Khairul Anuwar Mustaffa, et.al / Online Journal of Research in Islamic Studies 4(1) (2017): 1-16

kedudukan mereka sebagai orang bawahan, mereka wajar ditaklifkan untuk menjaga
tanggungjawab menjaga integriti halal melalui syarikat. Sehubungan dengan itu, mereka wajar
diberi latihan dan pendedahan tentang konsep dan aplikasi halal. Apatah lagi dalam prosedur ini
dinyatakan dengan jelas bahawa sesebuah syarikat yang ingin memohon pensijilan halal
haruslah mempunyai seorang Eksekutif Halal berlatarbelakangkan Pengajian Islam yang tahu
selok belok hukum hakam Syariah dan bertanggungjawab membangunkan sistem jaminan halal
dalam sesebuah syarikat.
Aplikasi sistem jaminan halal juga merangkumi aspek pengangkutan di mana ia hendaklah
memenuhi ciri-ciri keselamatan bagi menjamin kualiti produk yang dihasilkan sebagai memenuhi
konsep halal dan tayyib. Antara aspek penting yang perlu diawasi adalah unsur keraguan yang
wujud sekiranya berlakunya percampuran bahan yang halal dengan najis. Oleh itu, pengusaha
mestilah memastikan pengangkutan yang digunakan adalah dalam keadaan bersih dan jauh
daripada sebarang pencemaran.
Di samping itu, kenderaan pengangkutan seperti trak pengangkutan hendaklah dikhaskan
serta bersesuaian dengan jenis produk halal tersebut dan mematuhi keadaan kebersihan dan
sanitasi sepertimana dinyatakan seperti syarat-syarat berikut: 9
i. Semua dalaman kenderaan mestilah bersih, berkeadaan baik, lancar dan jika perlu
dinyahjangkitan dan dibalut bagi mencegah daripada kemasukan serangga dan bahan-
bahan tercemar.
ii. Mengasingkan makanan yang berbeza atau dari yang bukan jenis makanan jika perlu
ketika pengangkutan dan pengedaran. Menyediakan pencegahan yang berkesan
daripada kontaminasi termasuklah habuk dan asap.
iii. Boleh mengekalkan suhu, kelembapan, udara, dan lain-lain keadaan yang perlu untuk
menjaga makanan dari bahaya atau pembiakan bakteria dan kemerosotan mutu dan
tidak sesuai untuk digunakan.
iv. Membolehkan suhu yang perlu, kelembapan dan lain-lain keadaan yang perlu
diperiksa.
Oleh kerana keperluan ini perlu dipastikan dilaksanakan oleh pemohon pensijilan halal,
proses penguditan halal oleh pihak berkuasa seperti JAKIM atau JAIN akan memastikan aspek ini
dipenuhi dengan sebaiknya.
Konsep halālan tayyiban yang terjamin daripada aspek kualiti, bersih dan suci juga
merangkumi peralatan yang digunakan termasuk mesin yang mestilah bebas daripada segala
kekotoran, tiada pencampuran najis sama ada bahan mentah itu sendiri atau peralatan dan
mesin yang digunakan. Ini juga berdasarkan kehendak Garis Panduan Dalam Amalan Kebersihan
Yang Baik dalam Perkara 7 menyatakan syarat tambahan seperti berikut:10
i. Peralatan dan perkakasan yang digunakan bagi pemprosesan makanan hendaklah
mempunyai bentuk yang sesuai dan permukaan yang bersentuh terus dengan makanan
mestilah dibuat daripada bahan yang bukan toksid yang mudah dibersihkan dan
disanitasi.
ii. Peralatan hendaklah diletakkan jauh daripada dinding untuk memudahkan
pembersihan.
9
MS 1500: 2009, op.cit.hlm. 11.
10
Guidelines on Good Hygiene Practices, (2002), op.cit., hlm. 3.

12
Khairul Anuwar Mustaffa, et.al / Online Journal of Research in Islamic Studies 4(1) (2017): 1-16

Tambahan pula dalam Garis Panduan Dalam Amalan Kebersihan Yang Baik dalam Perkara
11 juga telah memperincikan perkara ini dengan melihat kepentingan pengawalan mutu produk
sepanjang perjalanan sebelum sampai kepada pengguna, kawalan terhadap penggunaan
kenderaan dan penyelenggaraan kenderaan supaya tiada sebarang pencemaran berlaku
terhadap makanan. Secara teknikalnya kawalan ini dapat melengkap dan melaksanakan
keperluan halalan toyyiban terhadap produk halal.11.
Pendek kata, dalam mengesahkan sesuatu produk itu adalah halal, ia hendaklah dilihat
secara menyeluruh dari mula hinggalah akhir penghasilan produk tersebut termasuk dalam
aspek pengangkutan. Ini jelas menunjukkan bahawa pengiktirafan terhadap sesuatu produk
adalah dilakukan secara teliti berdasarkan sistem pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak
berkuasa.
Sistem Kawalan Halal
Di samping terdapat keraguan terhadap penggunaan sumber makanan seperti yang berlaku
di premis-premis makanan dalam keadaan seperti berikut;12
i) Penggunaan lambang dan ayat tertentu untuk menggambarkan keislaman sama ada
dalam bentuk tulisan, gambar mahupun logo. Kadang-kadang mengguna logo halal
palsu.
ii) Penggunaan bahan mentah yang mencurigakan. Ini termasuklah ayam sembelihan
daripada rumah-rumah sembelihan yang tidak mendapat pengiktirafan.
iii) Penggunaan bahan ramuan yang mencurigakan yang digunakan bertujuan
menyedapkan kelazatan makanan, memanjangkan jangka hayat produk dan
sebagainya.
iv) Penggunaan mesin dan peralatan yang tidak sesuai dan tercemar.
Oleh yang demikian, mengenalpasti ramuan dan menyelidiki keadaan seumpama ini adalah
penting untuk memastikan produk yang ingin digunakan atau dikeluarkan benar-benar jelas
sumbernya dan tidak wujud sebarang keraguan yang sudah tentu menjejaskan konsep dan
aplikasi halālan tayyiban itu sendiri.

Cadangan Penambahbaikan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia


Perluaskan Skop Pengauditan
Jika ditinjau berdasarkan prosedur sedia ada dalam MPPHM, ia amat mementingkan aspek
kepatuhan dalam output produk yang dihasilkan. Prosedur sedia ada harus ditambahbaikkan
keperluan amalan patuh syariah dalam aspek kewangan dan amalan produk-produk Islam yang
lain. Prosedur sedia ada yang menumpukan aspek output produk yang dihasilkan harus juga
dikembangkan kepada pematuhan halal dalam aspek keseluruhan amalan industri.
Sehubungan dengan itu, pengauditan yang dijalankan harus juga secara umumnya
menyentuh tentang kepatuhan syarikat terhadap perbankan Islam sebagai suatu yang
mempunyai kaitan dengan amalan kepatuhan halal. Ini kerana percampuran produk yang halal

11
Guidelines on Good Hygiene Pratices, (2002), op.cit., hlm. 9.
12
Yusof Abdul Rahman, “Pemakanan Halal, Pengguna dan Hak”, dalam Makanan antara Sunnah &
Sains (Kuala Lumpur: Penerbit IKIM, 2015), 67

13
Khairul Anuwar Mustaffa, et.al / Online Journal of Research in Islamic Studies 4(1) (2017): 1-16

dengan yang syubhah mahupun yang haram harus dielakkan dengan memperkenalkan suatu
polisi baru membolehkan syarikat mematuhi konsep halālan tayyiban secara lebih menyeluruh.
Perkara ini sungguhpun telah lama dibincangkan, harus dilihat suatu anjakan paradigma untuk
mencari penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku dalam industri makanan halal supaya
dilengkapkan dengan ekosistem halal secara lebih menyeluruh.
Pengukuhan Program Penyelidikan
Dalam membuat pengesahan terhadap sesuatu produk yang dihasilkan oleh pengusaha dan
pemain industri, aspek kepastian dan keyakinan terhadap kualiti sesuatu produk harus
dibuktikan secara berkesan dengan pelbagai cara khususnya melalui kekuatan penyelidikan.
Bahkan dalam industri kini, pelbagai pihak cuba mencari keuntungan dengan cara yang mudah
dengan melibatkan penipuan, penyalahgunaan sesuatu perkara untuk mendapatkan keyakinan
pengguna.
Sehubungan dengan itu, sudah sampai masanya bagi pihak berkuasa untuk
memperkukuhkan penyelidikan berkaitan halal sama ada berkaitan produk yang dihasilkan
mahupun sumber ramuan yang digunakan supaya benar-benar menepati kehendak piawaian
keselamatan makanan. Ini penting supaya jenama halal tidak mudah dipergunakan untuk
mengaut keuntungan sesetengah syarikat dengan menggunakan cara yang salah.
Pengukuhan Sistem Jaminan Halal
Usaha yang dilakukan oleh JAKIM untuk menguatkuasakan Sistem Jaminan Halal
sepertimana yang dinyatakan juga dalam prosedur adalah merupakan suatu langkah yang bijak
dan perlu diperkasakan dengan langkah-langkah yang proaktif dan berkesan. Sistem Jaminan
Halal bukanlah suatu bentuk jaminan yang hanya ditulis di atas kertas, tetapi memerlukan
amalan dan praktikaliti yang dibuktikan dalam bentuk amalan.
Sehubungan dengan itu, pihak JAKIM mahupun JAIN harus mempertegaskan sikap dan
pendirian terhadap sistem jaminan ini dengan melengkapkan garis panduan dan SOP yang
disusun khas secara lebih mantap untuk diterapkan dalam industri. Mereka harus diperkasakan
tenaga kerja mahir yang bukan sahaja melakukan pengauditan terhadap pematuhan MPPHM
tetapi melakukan audit khas terhadap Sistem Jaminan Halal. Dengan sistem tersebut akan
dikenalpasti bentuk dan ruang penambahbaikkan yang dijalankan oleh syarikat terhadap amalan
dan kepatuhan halal dan ruang-ruang yang perlu bagi mencapai tahap amalan konsep halālan
tayyiban .
Peningkatan Modul Bimbingan dan Latihan
Sehingga kini, modul bimbingan dan latihan untuk menghasilkan usahawan dan pengusaha
bagi menghasilkan produk yang mencapai tahap konsep halālan tayyiban , masih gagal
dilaksanakan. Sungguhpun, terdapat ramainya pihak yang menzahirkan kesungguhkan mereka
tentang aspek bimbingan dan latihan, sehingga kini belum ada hasilnya yang benar-benar
berkualiti. Sebenarnya jika ditinjau terhadap realiti yang sedia ada, modul yang digunakan dalam
membentuk program bimbingan dan latihan masih dalam bentuk recycle modul-modul yang
terdahulu yang sesuai pada waktu itu.
Oleh itu, penglibatan mereka yang mempunyai asas-asas pengetahuan agama yang
mendalam amat diperlukan dalam memenuhi ruang-ruang kosong yang wujud dalam industri
halal. Keadaan ini hanya dapat diatasi, sekiranya modul-modul yang sesuai dengan sasaran

14
Khairul Anuwar Mustaffa, et.al / Online Journal of Research in Islamic Studies 4(1) (2017): 1-16

peserta dan kehendak semasa dihasilkan bagi membentuk kumpulan sasar ini memahami
aplikasi halālan tayyiban dengan lebih mendalam dan berusaha menceburkan diri dalam bidang
keusahawanan dengan lebih mendalam.

Kesimpulan
Secara umumnya, Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia adalah suatu langkah yang
ditetapkan oleh kerajaan Malaysia untuk mengukuhkan aplikasi halal dalam kalangan syarikat. Ia
melibatkan kesungguhan pihak industri untuk mematuhi prosedur yang ditetapkan dan amat
berkait langsung dengan proses yang dilakukan oleh pengurusan pensijilan halal secara telus dan
bertanggungjawab.
Berdasarkan kepada perubahan yang dilakukan dari semasa ke semasa terhadap
perkembangan industri, adalah wajar untuk pihak pengurusan untuk melihat sejauh manakah
keberkesanannya terhadap permohonan pensijilan halal dalam kalangan pengusaha kecil dan
sederhana. Analisis itu perlu supaya Manual Pensijilan Halal Malaysia tidak memberi bebanan
kepada pengusaha dalam memasarkan produk keluaran mereka dan bertindak secara lebih
bersungguh-sungguh bagi memberi kefahaman dan kesedaran kepada pengusaha untuk
memahami dan memenuhi kehendak yang ditetapkan dalam manual berkenaan.
Pematuhan terhadap MPPHM masih lagi dianggap umum kerana ia tidak menyeluruh
menyentuh tentang amalan sebuah industri yang mengusahakan makanan. Untuk memenuhi
kehendak aplikasi halalan tayyiban ia hendaklah memenuhi keperluan halal terhadap input,
proses dan output. Apa yang dilihat pada hari pensijilan halal hanyalah menyentuh tentang
output produk semata-mata, namun dalam aspek input dan proses ia tidak diletakkan sebagai
skop penting dalam prosedur pematuhan pensijilan halal Malaysia.

Penghargaan: Penulis ingin merakamkan penghargaan kepada Universiti Malaya khususnya


IHRUM di atas geran yang disediakan untuk menjalankan kajian ini. Geran no: 2017-03.

Rujukan
Ahmad H. Sakr. Ramuan Makanan Islam. terj.Maisham Yunus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1991.
Halal Industry Development Corporation. Buku Panduan Halal Panduan Untuk Pengeluar
Makanan. Petaling Jaya: Halal Industry Development Corporation, 2013
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 6 Ramuan Kritikal dalam Makanan. Cyeberjaya: Bahagian
Hab Halal JAKIM, 2013.
Jamal Khair Hashim. Makanan: Keracunan dan Keselamatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2003.
Kementerian Kesihatan Malaysia. Guidelines on Good Hygiene Practices for Small and Medium
Scale Food Industries Towards HACCP. Putrajaya: Ministry of Health Malaysia, 2002.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Putrajaya:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2011.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Handbook of Halal Food Additive. Cyberjaya: JAKIM, 2006

15
Khairul Anuwar Mustaffa, et.al / Online Journal of Research in Islamic Studies 4(1) (2017): 1-16

Jabatan Standard Malaysia. Malaysian Standard MS 1514:2001 General Principles of Food


Hygiene. Putrajaya: Jabatan Standard Malaysia, 2001.
Jabatan Standard Malaysia. Malaysian Standard MS1500:2004 (Makanan Halal: Pengeluaran,
Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan – Garis Panduan Umum Semakan Pertama).
Putrajaya: Jabatan Standard Malaysia, 2004.
Jabatan Standard Malaysia. Malaysian Standard MS 1480:2007 Food Safety Accoeding to Hazard
Analysis and Crtical Point (HACCP) System (First Revision). Putrajaya: Jabatan Standard
Malaysia, 2007.
Jabatan Standard Malaysia. Malaysian Standard MS1500:2009 (Makanan Halal: Pengeluaran,
Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan – Garis Panduan Umum (Semakan Kedua).
Cyberjaya: Jabatan Standard Malaysia, 2009
Jabatan Standard Malaysia. Malaysian Standard MS1514:2009 Good Manufactruring Practice
For Food (Fisrt Revision) Cyberjaya : Jabatan Standard Malaysia, 2009.
Nor Nadiha Mohd Zaki et all. “Gelatin Halal”, dalam Halal Haram dalam Kepenggunaan Islam
Semasa, ed. Suhaimi Ab Rahman, Mohammad Aizat Jamaludin. Serdang: Penerbit UPM,
2011.
Nur Illiyyin Mohd Roslan dan Yanty Noorzianna Abdul Manaf,. ‘Isu Penggunaan Lemak Haiwan
dalam Makanan’, dalam Isu Halal Kontemporari, ed. Russly Abd Rahman et all . Serdang,
Penerbit UPM, 2014.
Nurrulhidayah Ahmad Fadzillah et all. ‘Kaedah Penentuan Lemak Khinzir dalam Produk
Makanan’ dalam Halal Haram dalam Kepenggunaan Islam Semasa, ed. Suhaimi Ab
Rahman, Mohammad Aizat Jamaludin. Serdang: Penerbit UPM, 2011.
Suhaimi Ab Rahman, Yaacob Che Man. ‘Sumber Haiwan dalam Pemprosesan Makanan dan
Bioteknologi Moden’, dalam Halal Haram dalam Kepenggunaan Islam Semasa, ed.
Suhaimi Ab Rahman, Mohammad Aizat Jamaludin. Serdang: Penerbit UPM, 2011.
Yusof Abdul Rahman. ‘Pemakanan Halal, Pengguna dan Hak’, dalam Makanan antara Sunnah &
Sains. Kuala Lumpur: Penerbit IKIM, 2015.

16

You might also like