Kebaikan Bersenam

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KEBAIKAN-KEBAIKAN BERSENAM DAN BERSUKAN

Secara umumnya, senaman atau sukan merujuk mepada aktiviti yang dilakukan untuk
meningkatkan tahap kesihatan badan seseorang. Antara contoh aktiviti bersenam termasuk berjoging,
berlari, berjalan kaki, berbasikal, berenang, lompat tali dan tarian. Hakikatnya, kbersenam dan bersukan
merupakan salah satu komponen gaya hidup sihat yang paling mustahak. Namun begitu, sayang seribu
kali sayang apabila kita ternampak anggota masyarakat kini ghairah mengejar kekayaan dan kebendaan
duniawi sehingga aspek kesihatan badan dan amalan bersenam semakin dipandang serong bagai
melukut di tepi gantang. Khonghucu, ahli falsafah cina berkata:” Sesiapa yang tidak berfikir
panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya.” Pernahkah anda berfikir, wajarkah kita
mengorbankan kesihatan, khazanah yang tidak ternilai untuk mengejar kekayaan secara sementara?
Tentulah tidak. Sesungguhnya, jika direnung sejenak, kita akan mendapati bahawa amalan bersenam
seyogianya kita titikberatkan kerana mendatangkan kemaslahatan yang tidak terkira kepada kita.
Persoalannya, apaka…?Tepuk dada, tanyalah selera.

Sebagai mukadimah dan lontaran idea yang dominan, seseorang yang membudayakan kegiatan
sukan dalam kehidupan seharian tentu dapat mencergaskan badan dan mencerdaskan otak. Dalam hal
ini, laporan daripada Kementerian Kesihatan Negara telah menunjukkan bahawa insan yang kerap
melibatkan diri dalam aktiviti senaman dikatakan lebih bermaya dan bersemangat dalam pelaksanaan
tugas. Malar-malar,kajian menunjukkan bahawa amalan bersenam sebanyak tiga kali seminggu dapat
mengurangkan risiko seseorang dihidapi penyakit kronik seperti hipertensi, strok sakit jantung atau
tekanan darah tinggi. Hal ini disebabkan kita dapat mengeluarkan toksin-toksin tubuh badan menerusi
perpeluhan, melancarkan saluran darah dalam badan dan membakar kalori berlebihan. Lebiih-lebih lagi,
bersenam merupakan langkah awal seperti kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan” dalam
pengawalan isu obesiti yang bagai duri dalam daging di tanah air kita. Lagipun, amalan bersukan
dapat menguatkan tulang bagi mengurangkan risiko golongan wanita menghidapi penyakit
osterioporosis apabila tua kelak. Pendek kata, amalan sukan merupakan wadah ampuh untuk
menyihatkan badan bagi mengelakkan serangan penyakit,dek mencegah lebih baik daripada mengubati.
Francis Bacon, “Badan yang sihat merupakan kamar tamu kepada jiwa, badan yang sakit merupakan
kamar penjara”

Beralih ke jendela yang lain, amalan bersukan menjadi wahana yang mujarab bagi
mengurangkan stress kita . Kontemporari, kita hidup dalam abad yang memperlihatkan persaingan yang
begitu sengit untuk mendaki ke mercu kejayaan. Tekanan atau beban yang terlalu berat ada kalanya
memudaratkan kesihatan mental kita. Walau bagaimanapun, kita boleh cuba melakukan senaman demi
mengalihkan perhatian, menghilangkan stressdan menenangkan fikiran. Hal ini disebabkan keseronakan
bersenam membolehkan kita berhibur seperti anak kuda bulu kasap. Pada masa yang sama, kita
berkesempatan menghirup udara segar semasa bersenam terutama pada waktu pagi yang
membolehkan kita berfikiran tenang. Otak kita turut melepaskan endorfin yang dapat meningkatkan
perasaan senang dan sejahtera. Impaknya, golongan remaja dapat berfikiran tenang dan bersikap
tenang seperti air dalam kolam. Justerunya, perkembangan mental yang sihat terjamin dan perlakuan
perkara yang tidak senonoh dielakkan. Tegasnya, bergelanggang di mata orang ramai bahawa amalan
senaman afdal bagi mengurangkan tekanan anggota masyarakat demi kezahiran masyarakat yang
berfikiran positif, bertindak tenang dan hidup dalam ketenteraman.

Jika ditinjau dari skop yang lebih holistik, penglibatan dalam aktiviti senaman merupakan suatu
inisiatif bagi mengisi waktu senggang secara berfaedah. Pepatah Arab ada menyebut, “Masa itu ibarat
pedang, jika kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu.” Tidak dapat dinafikan bahawa
masa lapang kita akan menjadi lebih bermakna jika digunakan untuk bersenam bagi memulihkan tenaga,
menghilangkan kelesuan dan melegakan ketegangan. Bagi golongan remaja pula, penglibatan dalam
bidang sukan tidak membazirkan masa mereka, serentak mengelakkan mereka terjebak dalam
gejala sosial seperti gengsterisme, gejala buli, merokok, melepak dan minum arak. Bukan itu sahaja,
amalan bersenam atau bersukan mampu memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan generasi muda
seperti keyakinan diri,sifat ketabahan, sifat kepimpinan , sifat bekerjasama, sifat bertoleransi dan sifat
berdikari. Implikasinya,masyarakat yang kaya dangan nilai murni dan berketerampilan tinggi dapat
dilahirkan supaya swadaya nusa tercinta kita ditingkatkan sehingga berupaya duduk sama rendah,
berdiri sama tegak tengan negara gergasi lain. Sesungguhnya, bersukan atau bersenam dapat
mendisiplinkan masyarakat supaya memanfaatkan masa lapang dengan lebih bermakna.

Sebagai penghias penutup bicara, bulan kian terang, bayang kian jelaslah bahawa kemaslahatan yang
tidak terkira dapat didatangkan jika kita sentiasa mempraktikkan amalan bersenam dalam
kehidupan seharian. Pepatah Cina ada sebut bahawa jika anda ingin bunga ros esok,
tanamlahnya hari ini. Maka,jika ingin merealisasikan aspirasi negara mewujudkan masyarakat
yang rakyat  sihat, otak cerdas,prakarsa-prakarsa yang drasrik dan pragmatik untuk menyemai
amalan sukan wajarlah diadaptasikan secara menyeluruh dan bersungguh-sungguh persis kata
mutiara genggam bara api, biar sampai jadi arang. Kolaborasi daripada semua lapisan
masyarakat seikat bak sirih, serumpun bak serai adalah diwajibkan kerana bersatu teguh,
bercerai roboh. Sesungguhnya,semua anggota masyarakat tidak boleh memekakkan telinga,
menutup mata dan membutakan hati sekiranya ingin melihat gaya hidup sihat menjadi
kenyataan kerana pengayuh sayang dibasahkan, smpan tidak akan sampai ke
seberang. William Shakespear pernah berkata, “Jangan pernah berhenti
mengusahakan sesuatu usaha yang mulia selagi hasilnya belum kita kecapi.”
Semogalah segala usaha dapat dijalankan secara berterusan, bukanlah seperti hangat-hangat
bulu ayam sahaja demi kesihatan rakyat dan kemajuan negara. Malaysia Boleh!

You might also like