Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KUIZ 1

SOALAN :TERANGKAN BESERTA CONTOH DASAR-DASAR BERIKUT :

1. AGIHAN

Dasar yang memberi peluang sama rata kepada rakyat untuk menikmati kekayaan
negara disamping merapatkan jurang perbezaan sumber negara antara rakyat.
Contoh : dasar ekonomi baru

2. AGIHAN SEMULA

Dasar yang bertujuan memberi persamaan daripada faedah yang tersedia atau
memindahkan faedah yang sedia ada dalam negara dari sesetengah kumpulan kepada
kumpulan lain.
Contoh : percukaian dan subsidi

3. KAWAL SELIA

Dasar yang merujuk satu bentuk dasar yang bertujuan mengawal tingkah laku
individu rakyat supaya patuh dengan peraturan yang ditetapkan bagi tujuan kepatuhan
tersebut. Penggunaan hukuman dan denda dikenakan sekiranya individu ingkar atau
melanggar peraturan yang ditetapkan.
Contoh : kanun keseksaan yang di kenakan kepada individu yang melakukan jenayah.

4. KESELAMATAN

Dasar yang bertujuan untuk mewujudkan perpaduan rakyat serta keadaan yang damai
dalam negara.is juga melibatkan dasar luar negara dalam menjaga keutuhan wilayah
dan kedaulatan negara.
Contoh : dasar luar negara (ASEAN)

5. LIBERAL DAN KONSERVATIF

Dasar yang merujuk kepada fahaman yang dipegang oleh kerajaan.dasar liberal
melihat kepada usaha kerajaan untuk melakukan perubahan sosial khususnya dalam
usaha untuk mewujudkan persamaan dalam masyarakat .walau bagaimanapun,dasar
konservatif merujuk kepada tindakan kerajaan yang lebih terarah kepada
mengekalkan status qua dan memperjuangkan kepentingan golongan tertentu.
Contoh : hak untuk hidup bagi setiap manusia atau kerajaan kecil tidak invasif.

6. SUBSTANTIF DAN PROCEDURAL

Merujuk kepada tindakan kerajaan yang diambil untuk mengatasi masalah


awam.dasar subtansif melihat kepada tindakan kerajaan dalam menangani masalah
berbentuk substantif seperti pembinaan lebuh raya,penjagaan alam sekitar dan
sebagainya. Dasar prosedural pula merujuk kepada penerangan bagaimana sesuatu
tindakanakan diambil dan mengenalpasti siapa yang mengambil tindakan.
Contoh : seperti pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan menggariskan prosedur
yang terkandung dalam pembayaran bonus dan siapa yang layak untuk menerima
bayaran bonus seperti yang dinyatakan oleh kerajaan.

7. MATERIAL DAN SIMBOLIK

Merujuk kepada bentuk faedah yang diberika oleh kerajaan kepada golongan
penerima faedah berkenaan. Dasar berbentuk material merupakan sumber yang
diagihkan kepada golongan yang memerlukan seperti subsidi rumah dan pembayaran
bantuan kebajikan yang berbentuk material. Ia merupakan pengagihan bantuan yang
nampak. Dasar berbentuk simbolik lebih kepada pemberian atau pengagihan nilai dan
ia bersifat intangibles.
Contoh : hari pahlawan mempunyai maksud yang tersendiri kerana sampai sekarang
kita masih mengenang jasa pahlawan negara.

You might also like