Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

KBK3043: PENGURURSAN TINGKAH LAKU

DALAM PENDIDIKAN KHAS SESI PENGAJIAN:

SEMESTER 2 2021/2022

TAJUK:

PENULISAN PENILAIAN TINGKAH LAKU


BERFUNGSI (FBA)

NAMA PELAJAR NO MATRIK NO PROGRAM


TELEFON
NURUL IZZATY BINTI AZHAR D20201094257 017- ISMP
9773565 SEJARAH

NAMA PENSYARAH:

DR HASRUL BIN HOSSHAN

KUMPULAN KULIAH:

KUMPULAN B

TARIKH SERAHAN:

15 MEI 2022
1
1.0 Pengenalan tingkah laku sasaran

Kajian yang dilakukan oleh pengkaji ini adalah berkaitan dengan murid berkeperluan khas
kategori disleksia. Tajuk filem yang dipilih oleh pengkaji ini adalah Taare Zameen Par iaitu
sebuah filem Hindustan. Berdasarkan filem ini, seorang murid yang bernama Ishaan Awatshi
telah dijadikan sebagai responden utama dalam kajian ini. Ishaan Awatshi dijadikan sebagai
responden utama kerana, beliau merupakan seorang kanak-kanak yang mempunyai pelbagai
karenah atau tingkah laku yang pelbagai.

Oleh itu, berdasarkan pemerhatian oleh pengkaji terhadap Ishaan Awathi dalam filem ini,
pengkaji telah menemui pelbagai tingkah laku yang sering dilakukan oleh Ishaan. Terdapat
tingkah laku yang telah menarik perhatian pengkaji antaranya, tingkah laku tantrum, tingkah
laku tidak mendengar arahan ibu bapa dan guru serta tingkah laku tidak menumpukan
perhatian ketika belajar. Oleh yang demikian, dalam hal ini pengkaji akan menggunakan
pendekatan Functional Behavioral Assesment (FBA) secara berperingkat dan secara tidak
langsung pendekatan ini dapat membantu pengkaji merancang pelaksanaan intervensi yang
sesuai untuk Ishaan dan dapat membantu kanak-kanak itu daripada terus melakukan perkara
yang negatif.

2.0 Pengumpulan data tingkah laku sasaran


Tarikh Kekerapan Kekerapan Tidak Kekerapan Tidak
Tantrum Mendengar Arahan Menumpukan Perhatian
7/5/2022 4 6 2
8/5/2022 7 3 4
9/5/2022 3 3 3
Jadual 1
Berikut adalah kekerapan tingkah laku yang diperhatikan oleh pengkaji terhadap Ishaan
selama tiga hari berturut-turut. Berdasarkan jadual 1 itu, Ishaan melakukan tingkah laku
bermasalah mengikut mood sendiri. Antara tingkah laku tantrum yang dilakukan oleh
Ishaan adalah menjerit, merosakkan barang, berkelakuan agresif terhadap sekeliling dan
menangis. Bagi tingkah laku tidak mendengar arahan pula, Ishaan melawan cakap ibu
bapa nya dan mengendahkan arahan guru. Akhir sekali, bagi tingkah laku tidak
menumpukan perhatian pula, Ishaan tidak fokus apabila gurunya meminta untuk
membuka halaman buku dan membaca petikan dalam Bahasa Inggeris.
Pengkaji telah melakukan permerhatian awal selama tiga hari berturut-turut dan
meneruskan pemerhatian selama dua minggu. Oleh yang demikian, selama dua minggu
pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji terhadap Ishaan, pengkaji akan merekodkan

2
jumlah kekerapan yang berlaku sepanjang dua minggu itu. Pemerhatian yang dilakukan
oleh pengkaji telah melihat, Ishaan akan melakukan tingkah laku bermasalah apabila dia
dimarahi oleh ibu bapa serta guru dan ketika berada di sekolah. Tingkah laku ini akan
meningkat apabila Ishaan ke sekolah atau di luar rumah dan apabila Ishaan di rumah,
tingkah laku ini tidak begitu ketara. Perkara ini dinyatakan apabila pengkaji melihat
pergaulan antara Ishaan dengan gurunya serta rakan-rakan.

3.0 Perekodan peristiwa dan tingkah laku

Setelah catatan jumlah kekerapan masalah tingkah laku yang dilakukan, pengkaji akan
menerangkan setiap peristiwa tingkah laku tersebut ke dalam jadual analisis A-B-C
(Antecendent, Behaviour, Consequence). Berdasarkan jadual ini, pengkaji akan
memasukkan setiap data pemerhatian tingkah laku sasaran ke dalam satu jadual yang
merangkumi tarikh dan masa peristiwa, perkara yang berlaku sebelum tingkah laku dilakukan
(Antecedent), perkara yang dilakukan oleh murid (Behaviour), tindakan selepas berlakunya
tingkah laku tersebut (Consequence) serta penerangan mengenai fungsi tingkah laku
(Hipotesis). Sebagai contoh, berikut adalah potongan jadual perekodan data di bawah:

Tarikh Masa Anteseden Tingkah laku Akibat Hipotesis


7/5 2:30 pm Ishaan bermain Ishaan bermain bola Jiran datang ke Ishaan
dengan rakan- dan telah membaling rumah Ishaan untuk berkurung di
rakan bola ke rumah jiran mengadu kepada ibu dalam bilik
dan bergaduh bapanya. dan menangis
dengan rakannya

8/5 8:30 am Guru meminta Tidak dapat Guru telah memberi Ishaan tidak
Ishaan membaca kerana hukuman kepada minat untuk
membuka Ishaan tidak tahu Ishaan dengan belajar dan
halaman buku untuk membaca. menyuruhnya berdiri ponteng
untuk membaca di luar kelas. sekolah.
petikan Bahasa
Inggeris

Jadual 2

3
Daripada Jadual 2 ini, pengkaji telah menjelaskan secara terperinci apa yang diperhatikan
olehnya terhadap tingkah laku Ishaan. Tujuan perekodan data ini dilakukan adalah untuk
membuktikan bahawa pengkaji memerhati tingkah laku yang sebenar dan bukan rekaan
semata-mata. Berdasarkan jadual 2 itu, dapat dilihat tingkah laku Ishaan seperti yang berlaku
pada 8/5 ketika di sekolah. Ishaan tidak mendengar arahan guru untuk membaca petikan
Bahasa Inggeris dan guru bertindak untuk memberikan hukuman kepada Ishaan dengan
memintanya untuk berdiri di luar kelas. Maka, hipotesis daripada tingkah laku tersebut adalah
Ishaan mula untuk ponteng sekolah kerana tidak minat untuk belajar.

4.0 Hipotesis terhadap tingkah laku sasaran

Hipotesis dilakukan adalah untuk membantu pengkaji merancang intervensi untuk kanak-
kanak yang mempunyai masalah tingkah laku seperti Ishaan. Pengkaji akan meneruskan
hipotesis secara keseluruhan setelah catatan peristiwa tingkah laku sasaran dimasukkan ke
dalam jadual 2 iaitu jadual analisis A-B-C. Oleh yang demikian, satu hipotesis telah dilakukan
oleh pengkaji terhadap tingkah laku sasaran tersebut iaitu, setiap tingkah laku yang dilakukan
oleh Ishaan terjadi apabila Ishaan berada di luar rumah. Komunikasi Ishaan dengan
sekelilingnya yang menyebabkan Ishaan melakukan tingkah laku sasaran itu. Sebagai contoh,
Ishaan bergaduh dengan rakannya kerana Ishaan telah membaling bola ke rumah jiran
sehingga tingkap rumah jiran itu pecah. Ishaan telah bergaduh dengan rakannya akibat tidak
berpuas hati dengan tingkah laku Ishaan, dan Ishaan telah menjadi tantrum dengan
memecahkan pasu bunga jirannya. Ishaan tidak boleh jika seseorang cuba untuk
memprovoknya kerana Ishaan akan mudah marah dan mengamuk.

5.0 Cadangan intervensi

Setelah melakukan analisis data dan berdasarkan hipotesis yang dilakukan, pengkaji telah
merancang intervensi yang sesuai berdasarkan kepada ketiga-tiga tingkah laku sasaran yang
diperhatikan selama dua minggu. Intervensi yang dirancang oleh pengkaji adalah berbeza
mengikut tingkah laku sasaran tersebut. Oleh yang demikian, bagi masalah tingkah laku
sasaran yang pertama iaitu tingkah laku tantrum, pengkaji telah mencadangkan intervensi
dengan menggunakan kaedah snoezelen theraphy. Kaedah ini adalah untuk menenangkan
kanak-kanak yang tantrum dengan meletakkan mereka ke dalam sebuah bilik yang sunyi dan
mempunyai irama muzik yang tenang, lampu berwarna warni, dan mempunyai wangian yang
menenangkan. Terapi ini sangat berkesan untuk kanak-kanak yang sering tantrum.

4
Penggunaan lampu yang berwarna warni dapat menenangkan emosi kanak-kanak dan dapat
menghasilkan aura yang positif.

Seterusnya untuk tingkah laku tidak menumpukan perhatian, pengkaji telah


mencadangkan intervensi belajar sambal bermain. Guru boleh mengajar kanak-kanak tetapi
dalam bentuk permainan. Contohnya untuk mengajar kanak-kanak dalam membaca, guru
boleh menggunakan kaedah menyanyi. Kaedah ini akan menarik minat kanak-kanak untuk
belajar dan secara langsungnya kanak-kanak tidak akan mudah berasa bosan. Selain itu, jika
mengajar kanak-kanak untuk mengira, guru boleh menggunakan bahan-bahan seperti lego
untuk mengira. Hal ini kerana, kanak-kanak disleksia agak sukar untuk mengira dengan betul
jika tiada bantuan daripada objek yang maujud. Dengan menggunakan kaedah belajar sambil
bermain ini, kanak-kanak disleksia akan lebih fokus dan tidak tertekan untuk belajar.

Akhir sekali, intervensi yang dapat dilakukan bagi tingkah laku tidak mendengar
arahan ialah kaedah memberi ganjaran. Kaedah ini dapat digunakan untuk kanak-kanak yang
sukar untuk menerima arahan yang diberi. Sebagai contoh, guru memberi arahan untuk murid
menyiapkan tugasan yang diberikan dan guru menyatakan jika sesiapa Berjaya menyiapkan
tugasan yang diberi, guru akan memberi ganjaran seperti hadiah, makanan dan lain-lain.
Kaedah memberi ganjaran ini dapat memberi peneguhan positif dan dapat mengubah tingkah
laku negatif kepada positif. Kaedah ini boleh diguna pakai oleh guru apabila berada di dalam
kelas dan ganjaran akan diberikan kepada kanak-kanak yang dapat mendengar arahan
manakala jika sebaliknya, kanak-kanak akan diberikan denda kerana tidak mahu patuh atas
arahan yang diberikan. Kaedah ini secara tidak langsung akan mengajar kanak-kanak agar
lebih berdisiplin terutamanya dalam mematuhi arahan yang diberikan.

RUJUKAN

https://www.youtube.com/watch?v=r5P3mFdCHPA

LAMPIRAN

You might also like