Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 63

1

23 PANDUAN AM
MEMULAKAN BISNES
untuk usahawan.



Noraminah Omar
www.noraminahomar.com
Penasihat Perniagaan | Penulis | Speaker


HAK CIPTA
© Life Tract Learning Resources (002870886-V)

Terbitan Pertama: Oktober 2020




Hakcipta terpelihara

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk,
diterbitkan atau disimpan semula dalam bentuk dan cara yang boleh
dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau
dengan sebarang cara sama ada secara elektronik, komputer,
fotokopi, mekanik, rakaman, gambar atau cara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada penerbit terlebih dahulu.

Diterbitkan oleh


Life Tract Learning Resources (002870886-V)
013 380 8831
info.lifetractresources@gmail.com

KANDUNGAN

Tentang Penulis

BAB 1
Pengenalan

PANDUAN 1: Latar Belakang Pendidikan
PANDUAN 2: Hadir Kursus Bisnes
PANDUAN 3: Berkuli
PANDUAN 4: Kerja Berkumpulan


BAB 2
Fahaman Dan Mindset Bisnes

PANDUAN 5: Berhenti kerja untuk berbisnes
PANDUAN 6: Menerima modal untuk berbisnes
PANDUAN 7: Berhenti Kerja untuk Berbisnes
PANDUAN 8: Menerima Modal Untuk Berbisnes
PANDUAN 9: Cara Bekerja dan Berfikir
PANDUAN 10: Mengurus Kewangan

BAB 3
Persediaan Diri

PANDUAN 11: Langkah 1: Persediaan diri sendiri
PANDUAN 12: Langkah 2: Validasi dan pengesahan.
PANDUAN 13: Langkah 3 : Kemahiran Asas dalam Bidang
PANDUAN 14: Langkah 4 : Membina Karisma
PANDUAN 15: Langkah 5 : Ilmu dan Mentor

4



BAB 4
Modal Dan Pemodal

PANDUAN 16: Modal
PANDUAN 17: Pemodal
PANDUAN 18: Nilai modal
PANDUAN 19: Panduan Menerima Modal
PANDUAN 20: Model perkongsian keuntungan
PANDUAN 21: Panduan Sebagai Pemodal
PANDUAN 22: Pilihan Model Perkongsian Sebagai Pemodal
PANDUAN 23: Panduan Am Menjadi Pemodal dan
Persediaan Menerima Modal

BAB 5
Keusahawanan sebagai Kerjaya








TENTANG PENULIS
Noraminah Omar, merupakan seorang
Penasihat Perniagaan (Business Advisor),
Konsultan dan Jurulatih.

Terdahulu beliau menguruskan sebuah syarikat bisnes pendidikan
dengan 5 cawangan dan memberi khidmat kepada lebih 3500 anak
anak-anak dan keluarga dari tahun 2007-2013.

2014, beliau merupakan individu yang ditangunggjawabkan untuk
menjadi sebahagian daripada kumpulan pengurusan di ABS Holdings
Sdn Bhd. Beliau juga terlibat dalam pembangunan konsep
perkongsian terbuka untuk rangkaian pendidikan.

2012 -2014, beliau dilantik sebagai Setiausaha Kehormat WENA. Kini
merupakan ahli aktif persatuan “Private Education Entrepreneurs
Association of Malaysia (PEEAM)”. Beliau juga merupakan ahli
Toastmasters Club Kajang.

Beliau menamatkan program CEO@University kendalian SMECorp
pada tahun 2013. Beliau menamatkan latihan professional dalam
bidang pendidikan termasuk Certificate in Early Childhood, Pam
Arnold College, Sijil Perguruan Tadika (Persatuan Tadika Malaysia)
dan Certificate in Early Childhood, DiKa College. Beliau merupakan

graduan Universiti Malaya dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan


CAD/CAM.

Beliau menerbitkan sendiri 5 tajuk buku bergambar kanak-kanak
yang dilancarkan di Singapura pada tahun 2014.

Pada tahun yang sama beliau terlibat sebagai salah seorang
fasilitator dalam program “Education in Business in Diversified
Culture : A Lean Start-Up” 28 April - 2 May 2014, kendalian NAM
Institute for the Empowerment of Women.

Bidang konsultasi dan khidmat nasihat beliau termasuklah
pengurusan proses kerja (SOP) dan pengurusan perniagaan untuk
SME.

Beliau menulis di www.noraminahomar.com. Menyokong kepada visi
“shared prosperity”, beliau yakin bahawa perubahan hanya bermula
daripada setiap individu dalam sebuah masyarakat.






7






BAB 1:
PENGENALAN

















Bisnes, bukanlah satu perkara yang biasa bagi saya yang
dibesarkan dalam suasana yang sederhana. Secara jujur,
ramai yang memulakan bisnes berdasarkan
kecenderungan dan minat masing-masing.

Tanpa sedar, ramai yang terperangkap dalam set minda
ini apabila apa yang mereka lakukan tidak dapat mereka
‘jual’

Pada masa yang sama, ramai juga percaya kepada
kekuatan kepakaran masing-masing dalam bisnes untuk
berjaya. Namun, ia mesti disokong dengan
pembangunan sistem pengurusan yang kukuh.

Umum juga sedia maklum bahawa bisnes hanya boleh
dilakukan apabila mereka mempunyai matlamat dan
sebab yang jelas dalam menjalankan bisnes. Membuka
perniagaan memerlukan persediaan. Perjalanan bisnes
mengambil masa untuk berjaya.

9

PANDUAN 1:

Latar Belakang Pendidikan

Latar belakang pendidikan banyak membantu seseorang
untuk berjaya menjalani hidup berbisnes. Pendidikan
formal bukanlah satu faktor yang muktamad.
Pembelajaran secara berterusan dapat memastikan
kelangsungan ilmu dan pembangunan diri seseorang
dalam bisnes.

PANDUAN 2:

Hadir Kursus Bisnes



Kelompongan antara kemahiran dan bakat mesti diisi
dengan betul. Pengurusan masa untuk menghadiri
kursus, program latihan dan sesi jaringan menjadi
platform penting untuk membangunkan kemahiran,
mengasah bakat dalam bisnes dan kepakaran dalam
industri.

10

Bangga dan sentiasa rasa hebat dengan profesion


pilihan.

PANDUAN 3:

Berkuli

Pengalaman adalah guru yang terbaik. Sebelum
menceburkan diri dalam pengurusan, saya sendiri
menimba ilmu dengan bekerja dengan beberapa buah
institusi bisnes yang menggunakan sistem yang berbeza.


Pengetahuan yang sedikit dikumpul menjadi satu buku
pelajaran yang sangat membantu apabila situasi yang
dihadapi perlu ditangani. Ia hanya untuk mereka yang
memerhati dan berfikir.



11

PANDUAN 4:

Kerja Berkumpulan

Bagi pengurusan sistem sumber manusia pula, ia
memerlukan banyak kesabaran untuk dibangun dan
diurus. Menjadi keperluan untuk orang bisnes
mempunyai karisma kepimpinan.
Apabila masuk fasa mengurus bisnes, kerja menyusun
tim dan membangunkan profesionalisme menjadi
kritikal. Ia adalah sesuatu yang boleh dipelajari.

Membina kepercayaan dan kesefahaman dalam bekerja
menjadi nadi kepada keserasian dan kejayaan antara
kumpulan pengurusan dan kumpulan eksekutif (staf).

Inisiatif seperti program pembangunan berterusan yang
dijalankan melalui sesi latihan dan kursus perlu
dirancang secara berkala.

12

Komunikasi dan maklumbalas yang dinilai dapat


membantu perkembangan kualiti dalam produk dan
servis yang ditawarkan.

Keyakinan yang tinggi adalah faktor utama dalam kerja
berkumpulan. Mazhab dan fahaman yang sama
membentuk gerak kerja yang lebih tersusun.

Kandungan bahagian ini adalah perkongsian pengalaman
praktikal.

Ia juga memuatkan langkah-langkah yang mudah
difahami. Ia boleh diambil dan disusun semula
berdasarkan situasi unik bagi setiap jenis bisnes dengan
kepelbagaian sistem yang ada.

Ia tidak hanya mengandungi maklumat dan proses asas
membuka atau menubuhkan sebuah bisnes semata-
mata. Ia adalah pendekatan diri secara emosi dan

13

falsafah kepercayaan dalam perjalanan menjadi


usahawan.

Buku ini adalah untuk mereka yang mahu pergi jauh
dalam bisnes dan tidak hanya berhenti pada tahap
nilaian angka.

Perkembangan diri usahawan bisnes tidak harus disekat
dengan kewujudan satu sistem. Sistem yang baik adalah
sistem yang berubah mengikut keperluan semasa.

Formulanya memenuhi keperluan terkini. Ia
membolehkan mereka yang berada di dalamnya
berkembang dengan sekata.

Buku ini juga menjadi inspirasi kepada mereka yang
mahu membina modal sosial diri yang tinggi melalui
bisnes berprestasi tinggi. Tujuan dan objektif yang jelas,
memudahkan keputusan bisnes dibuat dengan tepat.


14







BAB 2:
FAHAMAN DAN
MINDSET BISNES












15

Apabila mahu memulakan bisnes, ramai yang mempunyai


latar belakang yang berbeza. Malah, tujuan menjalankan
bisnes juga berbeza antara satu dengan yang lain.

Dua situasi yang menyebabkan seseorang membuat
keputusan untuk berbisnes.

PANDUAN 5:

Berhenti kerja untuk berbisnes



Ada beberapa situasi biasa apabila seseorang berhenti
kerja dan membuat keputusan memulakan bisnesnya.
Mereka boleh berhenti daripada pekerjaan dan
menceburi pelbagai bidang. Sama ada ia bermula dengan
minat atau kepakaran sedia ada.

• Dari bidang dan industri yang sama
• Dari bidang dan industri yang berbeza



16

PANDUAN 6:

Menerima modal untuk berbisnes



Pada masa yang sama, ada juga yang memilih untuk
memulakan bisnes kerana ada modal. Ini berlaku dalam
dia keadaan:

• Ada pengalaman berbisnes
• Ada pengalaman bekerja

PANDUAN 7:

Berhenti Kerja untuk Berbisnes



Mereka yang berhenti kerja mempunyai banyak sebab.
Sama ada memilih untuk berhenti dan berbisnes sepenuh
masa atau diakibatkan oleh situasi pembuangan pekerja
oleh syarikat.

Perkara yang membezakannya adalah latar belakang dan
pengalaman kerja mereka.

17

Ada yang mempunyai latar belakang pendidikan yang


berbeza dengan industri tetapi mempunyai pengalaman
kerja yang relevan.

Ada yang memang datang daripada latar belakang
industri secara khusus yang berkaitan tetapi bukan dari
bidang yang sama.

PANDUAN 8:

Menerima Modal Untuk Berbisnes

Ada satu lagi kumpulan yang menceburi bisnes dengan
sebab mempunyai modal. Ada ramai yang mempunyai
modal hasil daripada jualan aset, pampasan
diberhentikan kerja atau dimodalkan oleh ahli keluarga.

Mempunyai modal bukan satu-satunya faktor kejayaan
dalam menjalankan bisnes.

18

Mempunyai modal semata-mata, tanpa ada kepakaran


dan rakan kongsi yang betul, situasi yang tidak baik masih
boleh timbul.

PANDUAN 9:

Cara Bekerja dan Berfikir

Apabila kita berada dalam situasi yang dipilih sendiri
dalam kerjaya dan kehidupan peribadi, banyak perkara
yang kita lakukan dan yang kita fikirkan perlu diubah
caranya.

PANDUAN 10:

Mengurus Kewangan

Pengurusan kewangan merupakan antara yang penting
dalam menguruskan bisnes. Mengurus kewangan syarikat
tidak sama dengan mengurus wang sendiri, wang
perbelanjaan keluarga dan perbelanjaan dapur di rumah.

19

Pengurusan kewangan dalam syarikat melibatkan


sekumpulan orang yang semuanya mempunyai hak dan
kuasa masing-masing dalam bahagian dan bidang masing-
masing.

Ada bahagian pentadbiran, akaun, kewangan, jualan,
pengurusan stok, belian dan pengurusan sumber manusia
yang semuanya melibatkan kos dan perbelanjaan yang
tertentu.

Orang bisnes mesti bersedia belajar dan menerima
nasihat yang betul daripada mereka yang betul agar
keputusan bisnes yang dibuat dapat memastikan syarikat
berjalan dan ditadbir dengan baik.

20

BAB 3:
PERSEDIAAN DIRI













21

Berdasarkan maklumat yang terkumpul, rata-rata


terdapat beberapa sebab utama yang menyebabkan
seseorang itu mahu menceburi bisnes.

Antara yang paling jelas adalah di kalangan individu yang
mahukan kebebasan dari belenggu jam bekerja di
pejabat. Sebahagian besar mahu meluangkan lebih masa
bersama-sama anak mereka sendiri.

Amnya, ramai yang mahu tahu, apakah persediaan yang
perlu untuk memulakan bisnes? Banyak perkara teknikal
tentang bisnes yang telah dibincangkan oleh pengendali
kursus atau seminar tentang cara memulakan bisnes.

Tidak kurang juga, terdapat beberapa agensi yang
sememangnya fokus mengendalikan program untuk
membantu mereka yang mahu menceburi bisnes dengan
memberikan maklumat tentang semua proses teknikal
yang terlibat.

22

Berikut ialah 5 langkah awal menyiapkan diri dalam


bisnes.

PANDUAN 11:

Langkah 1: Persediaan diri sendiri

Sumber yang paling penting dan kritikal dalam fasa awal
bisnes adalah diri usahawan itu sendiri. Sumber ‘diri
sendiri’ ini melibatkan semua yang berada dan berlegar
di sekelilingnya.

a. Ahli Keluarga

Ahli keluarga terdekat termasuklah pasangan, ibu
bapa dan anak-anak ahli keluarga yang lain.

Melibatkan diri
dalam bisnes terutamanya bisnes tidak
memerlukan persediaan orang di sekeliling

23

usahawan. Tetapi, memerlukan persediaan


menyantuni orang di sekeliling mereka.
Ini adalah persediaan penting untuk sekurang-
kurangnya 12 bulan pertama melalui fasa tempoh
kritikal bisnes.

b. Rekod peribadi

Ramai yang tidak menyedari bahawa rekod
peribadi seorang usahawan itu adalah penting
dan memberi kesan kepada perjalanan bisnes.

Rekod peribadi boleh dibahagikan kepada dua
bahagian:

1. Latar belakang peribadi.
Katakanlah, jika usahawan adalah seorang
guru sebelum ini. Paradigma umum yang
biasa, kebarangkalian melihat bisnes

24

sebagai satu institusi yang patut diurus oleh


mereka yang layak adalah tinggi.

Manakala apabila usahawan adalah seorang
pegawai korporat yang baru berhenti kerja
dan memilih untuk menceburkan diri
dalam bisnes , pandangannya berbeza.

Amnya, ramai berpendapat bahawa pusat
pendidikan tersebut pasti tidak dikendalikan
dengan baik dan hanya dijalankan dengan
tujuan membuat keuntungan. Pandangan
seperti ini mempunyai kebarangkalian yang
tinggi.

Dalam situasi tertentu pula, jantina
usahawan turut memberi kesan. Umum
melihat usahawan lelaki lebih dominan dan
lebih dipercayai daripada usahawan wanita.

25

Namun, kebelakangan ini, situasi ini sudah


berubah.

2. Latar belakang kewangan

Bisnes ada pelbagai risiko yang mesti diurus.
Ia boleh dimulakan dengan kos serendah
RM2K dan dilihat sebagai model bisnes yang
ringkas. Untuk keluar dari bisnes juga
kelihatan mudah.

Walaupun begitu, perancangan bisnes
dengan teliti dan latar belakang kewangan
usahawan adalah penting untuk memastikan
kelangsungan perjalanan bisnes untuk jangka
masa yang lebih panjang.

Sebagai contoh, meskipun modal permulaan
adalah kecil, usahawan masih perlu

26

membuka akaun semasa. Ini adalah termasuk


dalam tatacara menjaga akaun kira-kira.

Pembukaan akaun untuk perjalanan bisnes di
bawah kendalian syarikat adalah satu cara
yang betul untuk menjalankan bisnes. Yuran
atau sebarang bayaran tidak boleh
dimasukkan ke dalam akaun peribadi.

Pada peringkat permulaan membuka bisnes,
kebiasaannya modal awal atau working
capital adalah agak besar jumlahnya.

Selain daripada membuat bantuan dari
institusi kewangan, ramai usahawan yang
mendapat kepercayaan daripada pelabur
atau venture capitalist untuk membantu
melepasi fasa ini.
Untuk tujuan ini, rekod kewangan yang
bersih juga sangat membantu.

27

Dalam bisnes juga, meskipun aliran


kewangan sering berubah dan namun ia
masih boleh dijangkakan.

Sebagai contoh, apabila cuti sekolah bermula
pada hujung bulan hadapan, kebarangkalian
aliran tunai yang masuk lewat dan tersekat
adalah tinggi.

Situasi sebegini, biasanya memerlukan
usahawan untuk bersedia dengan kebolehan
mendapatkan kemudahan ‘overdraft’ untuk
membantu dalam tempoh singkat.

Untuk tujuan seperti ini juga, usahawan
memerlukan rekod kewangan yang bersih.
Pendek kata, untuk terjun dalam dunia
bisnes, rekod kewangan usahawan mesti
bersih!

28

PANDUAN 12:

Langkah 2: Validasi dan pengesahan.

Meneruskan keputusan untuk melibatkan diri
dalam bisnes memerlukan beberapa perkara yang
perlu diberikan perhatian. Antaranya
termasuklah:

a. Meneliti semula tujuan dan objektif berbisnes

Pada satu ketika ramai yang menyangka bahawa
mereka berniaga untuk mendapatkan kebebasan
masa dan kewangan dalam hidup.

Mereka mahu bebas dalam membuat keputusan
dan mempunyai masa yang fleksibel dalam
bekerja.

29

Apakah kenderaan yang bakal dipilih?


Bagaimanakah memilih kenderaan untuk ke
destinasi tersebut?

Apakah risiko dan peluang sepanjang perjalanan
itu nanti?

Objektif bisnes boleh dimulakan dengan
menyusun perkara yang boleh dicapai dalam
tempoh 3 bulan pertama, kemudian 6 bulan
pertama dan seterusnya.

Apabila memulakan bisnes, semua objektif mesti
jelas dan spesifik termasuklah:

• Objektif Pengurusan
Contoh: Kadar turnover staff dalam
tempoh 11 bulan pembelajaran hanya
sebanyak 3 peratus sahaja.

30

• Objektif Kewangan
Contoh : Mendapat 50 orang pelanggan
dengan belian minima RM100

• Objektif Pencapaian
Contoh : Menambah bilangan aset setiap
tahun.

Dengan adanya objektif yang berkala dan bersifat
‘boleh-capai’, keputusan yang cepat dan tepat
boleh dilakukan dengan mudah.

Apabila keputusan untuk berbisnes boleh dibuat
sebegini, bermakna seseorang itu sudah bersedia
untuk berada dalam bisnes.

b. Semakan persiapan diri mengurus untuk bisnes

Berbisnes memerlukan sokongan. Dalam setiap
bisnes, perlu ada aliran dan rantaian yang

31

tertentu. Maka, tidak dinafikan bahawa


kemahiran dalam industri membantu orang
bisnes berjaya dalam bisnesnya.

Sebagai contoh, seorang usahawan kedai kek
perlu tahu selok-belok dan tatacara membuat
kek.

Walau bagaimanapun, tidak semua pembuat kek
boleh berbisnes.

Oleh itu, dalam industri pendidikan, seseorang
yang sudah bersedia, mesti tahu tentang selok-
belok dan keperluan bisnes, meskipun beliau
bukan pakar dalam bidang.





32

PANDUAN 13:

Langkah 3 : Kemahiran Asas dalam Bidang

Secara amnya, ada 2 bahagian penting dalam
menjalankan bisnes.

1. Pengetahuan dalam bidang

a. Kelulusan kemahiran minima yang diperlukan
seperti sijil profesional. Diploma atau
sebagainya.

b. Pengalaman (hands-on) adalah antara yang
penting untuk bermula. Biasanya, pengalaman
minima selama 12 bulan sudah memadai sebagai
permulaan.

c. Faham dan fasih tentang tatacara pengendalian
operasi.

33

2. Asas pengurusan bisnes



Bahagian ini terbahagi kepada 2 iaitu memulakan bisnes
dan menguruskan bisnes.

a. Memulakan Bisnes : Kemahiran asas memulakan
bisnes
• Menyediakan rancangan perniagaan
• Melakukan kajian pasaran
• Menyediakan unjuran kewangan

Secara ringkasnya, bakal usahawan perlu mahir
menggunakan Business Model Canvas (BMC)
sebagai persediaan memulakan bisnes.
b. Menguruskan Bisnes :
• Operasi
o Pengurusan syarikat pengurusan
bisnes dan pengurusan am syarikat.
o Aktiviti pembelajaran, operasi dan
program yang berkaitan

34

o Aktiviti pemasaran dan pengurusan


pelanggan

• Kewangan
o Asas pengurusan kewangan
o Penyusunan rekod berkaitan
kewangan

• Pengurusan sumber manusia
o Pengambilan dan pemberhentian
o Pembangunan dan perkembangan
profesional
o Asas perundangan pengurusan

Maka, apabila ditanya :
Apakah yang perlu saya lakukan untuk persediaan
membuka bisnes?

Berikut ialah sedikit panduan asas:

35

a) Rancangkan bagaimana perkara 1 (pengetahuan


asas ) dan perkara 2 (asas pengurusan bisnes) dapat
diadakan.
• Mempelajari kedua-dua bahagian perkara
1 dan 2; ATAU
• Mencari rakan kongsi yang dapat
melengkapkan keperluan 1 dan 2.

b) Bercakap-cakap dengan mereka yang sudah dan
sedang menjalankan bisnes itu.

c) Menghadiri program yang boleh membantu kita
membina ‘network’ seperti kongres, konvesyen,
kelas latihan dan seumpamanya.
d) Membaca dan mengumpulkan maklumat
berkaitan melalui bahan bacaan atau sumber
khusus seperti Jabatan atau Agensi kerajaan dan
swasta.

36

e) Bermula dengan berkuli atau bekerja terlebih


dahulu dengan mana-mana institusi atau syarikat
bisnes yang mahu kita ceburi.

f) Rancangkan bagaimana modal dapat dikumpulkan
dalam tempoh tertentu sebelum bermula.

PANDUAN 14:

Langkah 4 : Membina Karisma

Apabila seseorang masuk ke dalam dunia bisnes, dia
perlu bersedia untuk membina karisma diri sebagai
pemimpin dan pengurus bisnes.

Bisnes hanya berlaku apabila ada transaksi wang antara
satu pihak dengan pihak yang lain. Maka, kemahiran dan
karisma diri membolehkan seseorang mempengaruhi
orang lain untuk mempercayai idea dan nilai bisnesnya.

37

Kemahiran mengurus dan pandai mendorong diri sendiri


akan membantu mereka menguruskan bisnes, membina
karisma dan mengekalkan motivasi dalaman orang bisnes
itu sendiri.

PANDUAN 15:

Langkah 5 : Ilmu dan Mentor

Dalam semua jenis bisnes, ilmu dan panduan daripada
mereka yang pernah, telah dan sedang menjalankan
bisnes tersebut menjadi satu persediaan yang penting
juga.

Selain mentor dalam bidang pendidikan, mentor untuk
bahagian pengurusan, kewangan dan strategi banyak
membantu orang bisnes mempersiapkan diri dalam
melangkah ke fasa menjalankan bisnes kelak.

38

BAB 4:

MODAL DAN PEMODAL














39

PANDUAN 16:

Modal

Salah satu perkara penting yang diperlukan dalam semua
bisnes ialah modal.

Modal ini boleh datang dalam banyak bentuk termasuk
modal nama baik, kemahiran, kepakaran dan wang.

Modal berbentuk wang diperoleh daripada banyak cara:
• Wang simpanan sendiri
• Wang hasil jualan aset
• Pinjaman daripada ahli keluarga
• Pinjaman daripada bank dan institusi kewangan
atau ejensi

Fokus penulisan ini adalah modal tanpa melibatkan diri
dalam risiko pinjaman.

40

Tidak semua orang mempunyai wang simpanan yang


besar selagi belum mencapai usia tertentu dengan
kerjaya dan gaji tertentu. Maka, pada kebanyakan masa
dinasihatkan agar bisnes dimulakan dengan apa yang ada.

Dalam konteks bisnes tadika dan pendidikan, modal awal
paling minima ialah modal pemasaran dan sewaan
premis bisnes. Oleh itu, modal wang sememangnya
diperlukan dalam proses membuka bisnes tadika.

Persediaan memulakan bisnes memerlukan pendiri
bisnes merancang cara dan keperluan mendapatkan
modal tanpa perlu terlibat dalam apa-apa pinjaman yang
membebankan.

Salah satu perkara yang dibolehkan adalah membawa
masuk pemodal dengan menawarkan saham dalam
syarikat bisnes.



41

PANDUAN 17:

Pemodal

Pemodal merupakan satu istilah yang dipilih untuk
digunapakai dalam konteks perbincangan ini bagi
mengelakkan kekeliruan dengan istilah pelabur yang
banyak dimanipulasikan.

Pemodal merupakan individu atau syarikat yang
mempunyai wang lebihan dan tidak perlu
menggunakannya dalam tempoh yang panjang.

Tempoh ini mungkin mengambil masa sesingkat 18 bulan
dan sepanjang hayat individu atau syarikat berkenaan.

Pemodal dapat memberikan sokongan kepada ekosistem
bisnes dan membolehkan bisnes dijalankan dan
dikembangkan tanpa perlu melibatkan pinjaman bank.
Pemodal merupakan antara orang-orang yang mahu
mempunyai kepentingan dalam bisnes-bisnes pilihan
dalam industri tertentu.
42

PANDUAN 18:

Nilai modal

Dalam kebanyakan bisnes, kos membuka adalah rendah
secara relatif kepada kos-kos jelas dalam memulakan
bisnes perkhidmatan terutama tanpa premis.

PANDUAN 19:

Panduan Menerima Modal

Apabila menerima modal daripada pemodal, pendiri
bisnes perlu bersedia dengan keperluan berbisnes secara
bersyarikat dan budaya melapor. Berikut adalah perkara
yang perlu diteliti:

Jumlah sebenar modal yang diperlukan
a) Sediakan unjuran kewangan bisnes untuk 3 tahun
pertama.
b) Semak jumlah wang yang ada dan anggaran
keperluan wang cukup untuk menanggung kos
operasi.
43

c) Kira jumlah sebenar dan masa yang diperlukan


untuk modal masuk.

Untuk tujuan ini, khidmat nasihat daripada akauntan
yang bertauliah dan berpengalaman akan membantu.

Latar belakang pemberi modal
Ada pemodal yang profesional dan pemodal amatur. Pilih
pemodal profesional. Antara ciri pemodal profesional:

a) Merupakan orang bisnes dan mempunyai ilmu
bisnes meskipun tidak mempunyai bisnes sendiri
(business acumen).
b) Pernah melabur dalam bisnes lain
c) Faham hal-hal asas persyarikatan
d) Mempunyai wang lebihan yang tidak akan
digunakan dalam tempoh yang panjang.



44

PANDUAN 20:

Model perkongsian keuntungan

Tentukan model perkongsian keuntungan dan cara
pembayaran yang sesuai. Antara yang biasa dilakukan
ialah:

a) Melalui pegangan saham dalam syarikat dengan
terma-terma yang tidak melanggar Akta Syarikat.
b) Melalui pinjaman sementara dengan perkongsian
keuntungan yang jelas kiraannya.

Kos-kos yang timbul
Mengambil pemodal akan melibatkan kos tambahan
meskipun sedikit. Ini termasuklah:

a) Kos menyediakan bahan dan mengendalikan sesi
taklimat.
b) Kos menyediakan dokumen dan borang-borang
termasuk perjanjian dan setem cukai.

45

PANDUAN 21:

Panduan Sebagai Pemodal

Menjadi pemodal bisnes melibatkan 2 fasa iaitu sebelum
dan semasa menjadi pemodal.

Seorang pemodal perlu bersedia sebelum menjadi
pemodal. Maka, pendiri bisnes yang mahu menerima
modal juga mestilah memastikan pemodal melalui fasa 1
dan fasa 2 ini.

Pemodal akan dapat bersedia dengan lebih baik apabila
bakal penerima modal bersedia untuk memastikan
pemodal melalui semua perkara dalam fasa sebelum dan
semasa.

Fasa 1 : Sebelum

a) Kefahaman
• Memahami model dan jenis pemodal

46

• Mengetahui tugas dan tanggungjawab


pemodal
• Bersedia menjadi pemodal profesional
b) Modal
• Menyemak jumlah nilai modal yang ada
• Mengira berapa lamakah nilai ini tidak
diperlukan untuk kehidupan seharian
• Menganggarkan masa bila wang modal ini
bakal diperlukan untuk diambil semula
atau tidak

c) Jenis bisnes
• Semak jenis bisnes yang mahu
dimodalkan. (cawangan, lesen, kerjasama,
francais)
• Teliti syarikat dan individu yang
menguruskan bisnes
• Dapatkan maklumat tentang budaya,
falsafah dan cara kerja pihak pengurusan

47

d) Sesi penerangan atau taklimat


Pemodal mesti hadir dan dapatkan maklumat
berikut:
• Profil syarikat yang lengkap : Ahli Lembaga
Pengarah, tim pengurusan, jenis bisnes
• Unjuran kewangan bisnes / projek
• Rancangan pengembangan projek dalam
jangka masa tiga hingga lima tahun
• Semak model bisnes yang digunakan
• Teliti semua risiko terbabit
Draf perjanjian perkongsian
• Semak klausa untuk keluar, tarik diri,
menjual semula saham dan mengambil
semula modal
• Semak klausa cara pembayaran
keuntungan
• Semak klausa perwarisan


48

Fasa 2 : Semasa

a) Pertemuan
• Menghadiri mesyuarat yang diadakan
• Membaca, menyimpan minit mesyuarat
• Mengambil tindakan sekiranya perlu
berdasarkan keputusan mesyuarat

b) Dokumentasi
• Rekod penyerahan modal dan kewangan
• Perjanjian pemodal – syarikat pengurusan
bisnes
o Memasukkan penama dan waris
yang berhak ke atas pulangan
modal
o Sediakan wasiat
• Laporan
o Menerima laporan secara berkala
o Membaca dan menyimpan
laporan

49

o Mengambil tindakan sekiranya


perlu berdasarkan laporan

PANDUAN 22:

Pilihan Model Perkongsian Sebagai Pemodal

Jangka Masa Panjang
Menjadi pemegang saham dalam syarikat bisnes secara
tetap dengan menerima dividen tahunan.

Contoh 1

Pemodal memasukkan satu nilai wang yang dikirakan
sebagai % pegangan saham dalam syarikat SDN BHD.

• XYZ Learning & Consultancy Sdn Bhd menawarkan
pegangan saham sebanyak 10 peratus dengan
modal RM50,000. Bermakna, 1 peratus saham
bernilai RM5,000

50

Contoh 2

Semua pemodal memasukkan satu nilai wang yang
dikirakan sebagai % pegangan saham dalam syarikat PLT.

• XYZ Learning Centre PLT memerlukan RM60,000
dan dapat mengutip jumlah itu daripada
sekumpulan pemodal untuk memulakan satu
Pusat Tuisyen.
Terdapat 50 orang pemodal yang membawa
masuk nilai modal minima RM1,000 dan maksima
RM21,000

% pegangan saham dinilai seperti berikut:

Nilai wang dibawa (RM) / RM60,000 x 100
Jika Pemodal A memodalkan RM5,000, %
sahamnya ialah: (5000/60,000) x 100 = 8.33%

51

Jangka Masa Sederhana Panjang


Menjadi pemegang saham sementara dengan pilihan
menjual saham yang ada dengan peratusan saham
minima dikekalkan.

Contoh

Pemodal C bersetuju membawa satu nilai modal, RMYK
yang memberikan 10% pegangan saham dalam syarikat
bisnes.

Syarikat bisnes dan Pemodal C bersetuju dengan
pembayaran semula modal melalui penjualan saham
sebanyak 7% (1dengan harga yang dipersetujui) selepas
tempoh2 lapan belas (18) bulan daripada perjanjian
ditandatangan.

Baki saham 3% akan dikekalkan, sehingga notis menjual
saham diberikan oleh Pemodal C atau apabila beliau
menerima tawaran pembelian saham dari pihak lain.

52

Nota:

1
saham yang dijual semula biasanya dinilaikan dengan
nilai semasa ATAU dengan nilai pada masa belian awal
saham mengikut persetujuan dalam perjanjian.

2
tempoh ini diletakkan berdasarkan kiraan tempoh break-
even bisnes.

Jangka Masa Sederhana Pendek

Menjadi pemegang saham sementara dengan pilihan
menjual saham yang ada sepenuhnya.Contoh

Pemodal C bersetuju membawa satu nilai modal, RMYK
yang memberikan 10% pegangan saham dalam syarikat
bisnes.

Syarikat bisnes dan Pemodal C bersetuju dengan
pembayaran semula modal melalui penjualan semua

53

a
saham selepas tempoh tiga puluh enam (36) bulan
daripada perjanjian ditandatangan dengan nilaian
semasa.

a
tempoh ini disebut berdasarkan kiraan di mana bisnes
sudah melalui break-even dan mula membuat
keuntungan tetap.

Pilihan Lain Sebagai Pemodal dan Menerima Modal

Pilihan lain bagi pendiri bisnes dan pemodal ialah dengan
memberi dan menerima modal untuk jangka masa
pendek.

Apakah maksudnya?

Memberi modal tertentu dalam projek kecil bisnes
dengan perkongsian keuntungan.

54

Contoh projek kecil:



• Modal untuk menghasilkan produk
• Modal untuk mencetak bahan
• Modal untuk mengeluarkan pakaian seragam
• Modal untuk mengendalikan event

Contoh perkongsian keuntungan:

Biasanya, pembayaran semula modal sepenuhnya dengan
keuntungan antara 1% hingga 3% daripada jumlah modal
yang dibayar dalam tempoh 3 hingga 6 bulan selepas
jualan produk /pengendalian projek berjalan.

Contoh

Tadika Ceria mempunyai 10 cawangan dan mempunyai
murid seramai 500 orang. Tadika ceria mahu mencetak
1000 pasang baju sekolah yang kosnya ialah RM25
sepasang.

55

Tempahan dari pembekal mesti dibuat seawal Ogos


tahun ini. Pembayaran perlu dibuat pada bulan
September.

Tadika Ceria memerlukan RM25,000 untuk menanggung
kos keseluruhan. Pembekal mahukan deposit 50% iaitu
RM 14,500 dibayar pada 10 November. Tadika Ceria
hanya mempunyai RM10,000 yang disimpan untuk
‘operational expenses’ 10 cawangannya.

Tadika Ceria tidak mahu mengambil fasiliti overdraft dari
bank. Maka, Tadika Ceria membuat keputusan untuk
mendapatkan pemodal memodalkan RM20,000 untuk
projek ini dan selebihnya dimodalkan sendiri.

Contoh kos sepasang baju sekolah dikira seperti berikut:

Harga dari pembekal : RM25,000
Kos lain (termasuk kos pengurusan, logistik dan
simpanan): RM 10

56

Harga kos sebenar baju sekolah ialah: RM35


Harga jualan kepada pelanggan: RM45
Untung kiraan : RM10
Tadika Ceria menawarkan keuntungan atas setiap baju
sekolah yang dibeli dengan duit modal sebanyak RM3
sepasang.

Pembayaran semua modal sepenuhnya adalah pada 10
Disember dan baki keuntungan pada 1 Januari tahun
hadapan.
Puan Azimah bersetuju untuk memodalkan projek
pembuatan ‘baju sekolah’ untuk Tadika Ceria dengan
memasukkan wang sebanyak RM20,000 pada 1
November tahun ini.

Kiraan pembayaran keuntungan:

Jumlah baju yang dibeli dengan duit modal:

RM20,000 (jumlah modal) / 25 = 800 pasang baju

57

Jumlah keuntungan :
Perkongsian untung satu baju = RM3
Jumlah keuntungan dibayar kepada pemodal = RM3 x 800
pasang baju = RM2400

Bermakna Puan Azimah akan menerima semula
RM20,000 pada 10 Disember tahun ini dan keuntungan
sebanyak RM2400 pada 1 Januari tahun hadapan.
Tempoh wang Puan Azimah ditangan Tadika Ceria
hanyalah 2 bulan sahaja.


PANDUAN 23:

Panduan Am Menjadi Pemodal dan Persediaan
Menerima Modal

a) Pengurusan bisnes mestilah dilakukan secara
bersyarikat
b) Syarikat pengurusan bisnes mestilah berdaftar PLT
atau SDN BHD.

58

c) Maklumat syarikat dan individu dalam syarikat


boleh disemak di SSM dengan sedikit bayaran.
d) Syarikat mestilah mempunyai ‘Setiausaha
Syarikat’ yang aktif dalam pengurusan syarikat.
e) Perjanjian yang disediakan dirujuk kepada
peguam sebelum ditandatangani.
f) Semak adanya terma pembahagian perkongsian
yang jelas.
g) Semak terma untuk pemindahan / pembayaran
semula modal.
h) Semak terma untuk menarik diri sebagai pemodal.
i) Semua transaksi dan komunikasi mestilah
direkodkan.
j) Syarikat yang menguruskan pemodal dengan
betul akan:
• Memberikan semua maklumat berkenaan
syarikat bisnes dengan telus
• Menjalankan / menguruskan bisnes
dengan kepakaran dan pengalaman
• Menerangkan risiko sebagai pemodal

59

• Mempunyai cara-cara mengurus yang


melibatkan pengurusan risiko yang baik
k) Kewujudan internal dan external auditor dalam
syarikat akan meminimakan risiko bisnes sekaligus
meminimakan risiko pemodal.
l) Syarikat yang menguruskan bisnes mestilah
syarikat yang mempunyai pemegang saham yang
sah, Ahli Lembaga Pengarah dilantik dan tim
pengurusan yang berwibawa.
m) Pengurusan bisnes mestilah bersistem dan
mempunyai SOP yang membolehkan pengiraan
dividen dibuat dengan betul.
n) Elakkan daripada melabur dalam syarikat yang
diuruskan sepenuhnya oleh keluarga tertentu
untuk meminimakan risiko sebagai pemodal.
o) Menggunakan khidmat valuer untuk melakukan
due diligence adalah yang biasa dilakukan oleh
syarikat korporat yang melabur dalam syarikat
bisnes lain.

60







BAB 5:
KEUSAHAWANAN
SEBAGAI KERJAYA

61

KEUSAHAWANAN SEBAGAI KERJAYA

Sebagaimana semua jenis kerjaya yang ada, ia


mempunyai cabaran can juga halangan. Ramai yang
melihat ‘usahawan’ bukan sebagai satu kerjaya. Malah,
menjadi usahawan tidak ada dalam senarai ‘cita-cita’
dikalangan anak-anak kita.

Selepas membaca buku ini, sudah tentu kita perlu
melihat dengan satu cara yang berbeza. Usahawan
merupakan satu jenis kerjaya. Maka, ia perlu
dirancangkan. Perancangan termasuklah tentang melihat
perkembangan dalam menjalankan perniagaan itu.

Dalam kerjaya biasa, kita bercakap tentang kenaikan
pangkat dan gaji. Ia juga sama apabila kita menjadi
usahawan. Ada perubahan tugas dan juga jenis imbuhan
yang berbeza.

62

Secara amnya, buku ini bertujuan untuk memberikan


input dan maklumat kepada pembaca untuk bersedia
dengan lebih teliti apabila menjadi seorang usahawan.

Ia bukan hanya tentang jualan dan membuat keuntungan,
tetapi menjadi salah satu cara kita berkembang dalam
kehidupan. Membangunkan diri dan pada masa yang
sama mengembangkan potensi orang di sekeliling kita.

Selamat menempuh dunia keusahawanan!

63

You might also like