Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN JOHOR JAYA 1

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL BIL 2/(2022)

Tarikh : 30 Jun 2022

Masa : 12.45 petang

Tempat : Bilik Sains SK Taman Johor Jaya 1

Pengerusi : En. Che Wan Ahmad Aiman bin Che Wan Ahmad Shaifuddin

Kehadiran(Bilangan) : 5

Turut Hadir (Jika ada) : -

1 PERUTUSAN PENGERUSI

En. Che Wan Ahmad Aiman selaku Ketua Panitia PSV mengucapkan terima kasih
kepada semua guru kerana hadir pada mesyuarat kali ini.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Tiada

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Tiada

4 PENGURUSAN PANITIA 2022

4.1. Dialog Prestasi Panitia (DPP).


4.1.1 Setiap guru PSV menyediakan kutipan data Tahap Penguasaan (TP)
murid dalam subjek PSV mengikut kelas yang diajar.
4.1.2 Guru PSV memilih aliran/ tahun 3 sebagai fokus dalam DPP bagi
mengenalpasti isu, punca dan intervensi yang boleh dilaksanakan.
4.1.3 Perbincangan DPP PSV direkodkan dalam OPR1.
Tindakan: Ketua Panitia PSV

4.2. Penataran KrMJ dalam PSV

4.2.1 Tujuan Pelaksanaan : Untuk menerapkan identiti Johor dalam PdPC


terutamanya dalam subjek Pendidikan Seni Visual.
4.2.2 Menggunakan Modul KrMJ yang telah disediakan untuk setiap sekolah di
Pasir Gudang.
4.2.3. Modul KrMJ ini dijadikan sebagai BBM.
4.2.4 Elemen yang banyak yang digunakan dalam subjek PSV ialah 3.3.5.5 –
Mengamalkan seni budaya Johor.
4.2.5 Penerapan KrMJ dalam PSV tidak melibatkan semua unit dalam buku
teks. Penerapannya melibatkan unit tertentu dan bersesuaian sahaja.
4.2.6 Pelaksanaan KrMJ dalam PdPC perlulah dibuktikan di dalam RPH. RPH

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

tersebut kemudiannya dikumpulkan di dalam fail panitia di bawah pelaksanaan


KrMJ bagi panitia PSV. Tidak perlu untuk membuka fail baharu.
4.2.7 Dalam Eprema, elemen KrMJ iaitu 3.3.5.5 diletakkan di dalam ruangan
aktiviti. Manakala di bahagian BBM, guru perlu menulis modul KrMJ dan
halaman berapa yang dirujuk.
4.2.8 Pelaksanaan KrMJ dalam PSV mengikut tahun:
 Tahun 1 – 2 kali
 Tahun 2 – 3 kali
 Tahun 3 – 4 kali
 Tahun 4 – 4 kali
 Tahun 5 – 6 kali
 Tahun 6 – 4 kali

Tindakan: Guru PSV

5 HAL-HAL LAIN
5.1. Meneydiakan tong air khas untuk kelas PSV memandangkan sekolah sedang
menghadapi krisis air di sekolah. Tujuannya bagi memudahkan murid-murid untuk
membasuh alatan seni sewaktu kelas PSV bagi mengelakkan murid bergerak jauh
semata-mata untuk ke tandas.
Tindakan: Ketua Panitia PSV

6 PENUTUP
6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan tarikh
mesyuarat yang berikutnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.40 petang.

Disediakan oleh,

................................................
(CHE WAN AHMAD AIMAN BIN CHE WAN AHMAD SHAIFUDDIN)

Ketua Panitia PSV,


SK Taman Johor Jaya 1.
Tarikh : (7/11/ 2022)

* Minit mesyuarat tidak perlu ada tanda tangan, no. PK, header dan footer.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00

You might also like