Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KAJIAN KES 3:

1. Subjek :Sejarah
2. Tingkatan: Empat
3. Tarikh bermula : 01.09.2022 hingga 22 Sept 2022 ( 3 minggu )

TUGASAN:
TAJUK: PERJUANGAN RAKYAT KE ARAH KEMERDEKAAN TANAH
AIR
STANDARD KANDUNGAN:
10.3 Era peralihan Kuasa British di Negara Kita
STANDARD PEMBELAJARAN:
10.3.5 Menghuraikan penentangan penduduk tempatan terhadap penyerahan Sarawak

1. Berdasarkan gambar di atas, bina pernyataan masalah berkaitan kajian .


Cth:

LANGKAH 1 : MEMBINA PERNYATAAN MASALAH DAN PERSOALAN KAJIAN

Selepas Perang Dunia Kedua, Charles Vyner Brooke telah menyerahkan


Sarawak kepada kerajaan British. Penyerahan ini mendapat tentangan
hebat daripada penduduk tempatan.
b. Pernyataan masalah dan persoalan kajian hendaklah dibina sendiri oleh murid dengan
bimbingan guru.

c. Contoh Persoalan Kajian


1) Apakah faktor penentangan rakyat Sarawak kepada kerajaan British (P)
2) Bentuk penentangan gerakan anti penyerahan Sarawak (KPS)
3) Adakah wajar tindakan yang dilakukan oleh Rosli Dhobi Rukun 13.

LANGKAH 2 : MEMBUAT KAJIAN LITERATUR


Mengenal pasti bahan rujukan dan kajian lepas yag berkaitan dengan pernyataan masalah dari buku
ilmiah, jurnal, majalah dan sebagainya.
LANGKAH 3 : MENENTUKAN OBJEKTIF KAJIAN
a. Membina 3 objektif kajian yang mengandungi objektif pengetahuan, objektif kemahiran dan
objektif nilai.
b. Contoh
i. Mengenalpasti faktor penentangan masyarakat tempatan terhadap penyerahan
Sarawak (pengetahuan)
ii. Meneroka bukti tentang gerakan anti penyerahan yang dilakukan oleh
penduduk Sarawak (KPS)
iii. Memberi pendapat wajar atau tidak tindakan Rosli Dhoby dan Rukun 13
membunuh Sir Duncan Steward.

LANGKAH 4 : MENENTUKAN KAEDAH KAJIAN


a. Menentukan 3 kaedah kajian yang akan digunakan dalam kajian kes
b. Contoh kaedah kajian :-
• Kajian Perpustakaan
• Temubual (Skrip)
• Melawat tempat Kajian
• Audio Visual
• Melayari Intenet
• Pemerhatian
• Kajian Dokumen
• Lain-lain (Ensiklopedia / Akhbar / Majalah / Brosur / Laporan Tahunan dll)

LANGKAH 5 : MENGENALPASTI SUMBER RUJUKAN


Menyediakan sekurang-kurang 3 sumber rujukan yang bersesuaian dengan kaedah kajian berserta
format penulisan sumber yang betul.

LANGKAH 6 : ANALISIS DATA


Berdasarkan sumber rujukan, murid perlu menganalisis data untuk menjawab persoalan kajian.

LANGKAH 7 : LAPORAN KAJIAN


a. Laporan Kajian perlu mengandungi perkara berikut :-
(i) Pernyataan Masalah
(ii) 3 Objektif Kajian
(iii) 3 Kaedah Kajian
(iv) Dapatan Kajian
(v) Kesimpulan dan Cadangan
(vi) Sumber Rujukan
(vii)Lampiran

b. Laporan kajian boleh berbentuk seperti :-


• Kerja projek
• Video
• Esei
• Buku Skrap
• Lukisan
• Folio
• Powerpoint
c. Jika laporan kajian berbentuk penulisan , hendaklah ditulis tangan dalam kertas bersaiz A4/ ditaip
sebanyak 5 halaman.

You might also like