Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Seterusnya, cara berkomunikasi dalam masyarakat budaya merupakan salah satu faktor yang

mempengaruhi perkembangan remaja masa kini. hal ini manusia itu perlu berinteraksi anatara
satu sama lain dan jika seseorang remaja begaul dengan masyarakat yang mengamalkan buadaya
komunikasi yang kasar, maka dia turut mengikuti cara komunikasi yang kasar contoh bercakap
lucah, mengeluarkan kata kesat dan sebagai. Namun begitu, budaya masyarakat melayu sebelum
ini kita ketahui bahawa masyarakat melayu sebelum ini sering menggunakan budaya pergaulan
yang lebih baku dan lebih cermat dalam perbicaraan mereka dengan masyarakat melayu yang
lain. Kini dengan kemasukan budaya dari barat, india, cina dan sebagainya, mereka mula
mencampur adukkan bahasa melayu dengan bahasa lain atau lebih dikenali sebagai bahasa rojak.
Isu ini telah diakui oleh ramai guru-guru bahasa melayu di Malaysia. hal ini kerana budaya
remaja yang sering berkomunikasi dalam bahasa inggeris akibat terpengaruh dengan bahasa
barat.

Menurut Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Datuk Abdul Aziz Adzis Abas
(2017), berkata penggunaan bahasa melayu rojak yang menggabungkan bahasa inggeris atau
bahasa yang pelik-pelik memberi kesan jangka panjang kepada pelajar. Beliau enggan
menyatakan menyatakan Enggan menyatakan sama ada penggunaan bahasa Melayu rojak, salah
atau sebaliknya dari segi komersial, namun beliau tidak bersetuju bahasa Melayu 'dilayan'
sebegitu rupa. Meskipun stesen televisyen dan penerbit berhak menggunakan bahasa Melayu
rojak kerana ia antara cara untuk menarik orang ramai menonton drama atau filem mereka,
beliau berkata, ia akan memberi kesan kepada pelajar jika tidak dikawal."Apabila subjek
pembelajaran tatabahasa dan pemahaman bahasa melayu pelajar terkesan dengan penggunaan
bahasa rojak, ia turut memberi impak buruk terhadap kemahiran penulisan pelajar serta jati diri
mereka. Ini membuktikan bahawa budaya komunikasi dalam bahasa melayu yang diamalkan
oleh orang-orang terdahulu di tanah melayu akan sesdikit demi sedikit terhakis akibat budaya-
budaya luar dari faktor komunikasi.

Jelas ini membuktikan bahawa budaya komunikasi masyarakat persekitaran memainkan peranan
penting dalam mempengaruhi perkembangan remaja supaya lebih petah berbicara dengan
masyarakat. Budaya komunikasi yang baik dan tidak bercampur aduk sangat penting supaya
dapat membentuk remaja yang mampu mengekalkan martabat bahasa melayu di Malaysia sekali
gus membantu masyarakat di Malaysia untuk cemerlang dalam aspek akademik di peringkat
sekolah.

KELEBIHAN DARI KESAN BUDAYA

Dalam perkembangan remaja, persekitaran memainkan pernan penting terutamanya dari


aspek budaya. Jika dilihat dari perubahan masyarakat, budaya merupakan salah satu adat yang
menjadi kebiasaan yang diamalkan di Malaysia. kebudayaan yang datang dari luar terkadang
membawa kepada sesuatu perubahan yang membawa kepada kebaikan dan kelebihan pada
masyarakat terutamanya,golongan remaja masa kini sama ada dari perspektif komunikasi,
tingkah laku, pemakaian dan sebagainya. Antara salah satu kelebihan dari kesan budaya luar
adalah dari aspek pergaulan komunikasi dalam berbagai-bagai bahasa. Telah menjadi kebiasaan
di Malaysia, ramai masyarakat mula berjinak-jinak dalam berkomunikasi dalam bahasa asing
contohnya remaja di Malaysia yang petah dalam berbahasa inggeris, arab, india, cina dan
sebagainya. Hal ini terjadi bangsa melayu yang terpengaruh dengan bangsa-bangsa asing yang
datang ke Malaysia untuk melancong. Dalam situasi ini dalam kita simpulkan bahawa bangsa
melayu mula tertarik dengan bangsa asing dalam aspek komunikasi. Segelintir masyarakat
mencemuh seseorang individu yang cuba berkomunikasi dalam bahasa asing kerana mereka
menganggap bahasa asing itu akan mengancam martabat bahasa melayu di Malaysia. Namun
jika dipandang dari perspektif lain, masyarakat yang berkembang dalam komunikasi yang
dipengaruhi pelbagai bangsa ini mampu melahirkan golongan remaja yang mampu
berkomunikasi dalam bahasa asing sekali gus mampu meningkatkan peluang remaja untuk
berjaya pada masa akan datang.

Dalam era kemodenan ini, masyarakat Malaysia perlu lebih mengembara ke luar negara untuk
mencari ilham atau idea yang boleh diaplikasikan di negara kita. Maka dari itu remaja-remaja
yang berkemahiran dalam berkomunikasi dalam bahasa asing mampu bertahan hidup di saat
mereka berada di luar negara. Hal ini kerana budaya asing yang datang ke Malaysia telah melatih
golongan remaja dalam aspek komunikasi mereka. Perkembangan ini membawa perubahan yang
positif dalam diri remaja jika dibandingkan dengan remaja yang tidak dipengaruhi komunikasi
dengan budaya asing. Selain itu bahasa inggeris merupakan bahasa yang digunakan di seluruh
dunia dan dengan penguasaan bahasa asing akan membuatkan seseorang lebih bijak dalam
berinteraksi dengan orang asingbuntuk mengenali budaya dan kedaan masyarakat di luar negara.

You might also like