Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK

VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA     

KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA

NOTA KULIAH 1
SEMESTER SEMESTER 2 DVM SESI 2

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK

KOD/KURSUS DEB2233 ELECTRONICS PRINTED CIRCUIT BOARD DESIGN

01 CONSTRUCT COMPLEX AUDIO VIDEO PRINTED CIRCUIT


KOMPETENSI
BOARD (PCB)

1.1 Identify circuit.


1.2 Obtain circuit diagram.
KOMPETENSI UNIT
1.3 Install component layout.
1.4 Perform etching trace diagram on PCB.

Upon completion of the course, students will be able to:


1. Illustrate electronics schematic circuit diagram and component layout in
KOMPETENSI reference to circuit requirement. (C3,PLO3)
PEMBELAJARAN 2. Construct printed circuit board based on given circuit diagram. (P4,PLO2)
3. Comply with the standard operation procedure in ensuring the functionality of
circuit design. (A2,PLO8)

NAMA

ANGKA GILIRAN

NO KOD DEB2233/K01/NK 01-04 MUKA : 01 DARIPADA 19

PENGENALAN KEPADA REKABENTUK PAPAN LITAR TERCETAK

1
PCB/Printed Circuit Board/Papan Litar Tercetak adalah terdiri daripada sekeping papan (board) yang
diperbuat daripada Synthentic Resin Banded Paper Fibrerglass sebagai penebat, manakala di
atasnya pula adalah lapisan pengalir (cooper) yang telah dicorakkan untuk menyambung komponen
elektronik di atas board mengikut corak diagram/gambarajah litar (circuit diagram)

Corak Cooper (pattern cooper boleh didapati dalam 2 bentuk):-

1) Sebelah sahaja (single side cooper)

- Biasanya digunakan untuk membuat projek–projek elektronik yang ringkas atau mudah seperti
litar Power Supply, Amplifier dan sebagainya.

2) Kedua-dua belah permukaan (double side cooper)

- Biasanya digunakan untuk membuat projek–projek elektronik yang rumit dan untuk
memperkecilkan saiz PCB. Pembuatan itu memerlukan teknik yang baik dan peralatan yang
agak mahal.

1.6.1 BOARD

Pemasangan komponen untuk projek likar elektronik biasanya dibuat pada board khas. Berbagai jenis
board boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Diantaranya ialah veroboard, board litar tercetak, bloboard.
Setiap board mempunyai bentuk yang berlainan. Board ini dibuat daripada bahan penebat. Satu daripada
permukaanya diletakkan dengan tembaga nipis sebagai bahan konduktor. Berikut adalah contoh
sebahagian board.

1.6.2 STRIP BOARD.

Mempunyai jalur-jalur tembaga sebagai konduktor dan disusun selari dalam barisan. Lubang-
lubang kecil telah tersedia pada board menembusi jalur jalur tembaga. Semua komponen
dan pendawaian tambahan diletakkan pada permukaan yang tiada jalur tembaga yang kakinya
dimasukkan menembusi board. Kemudian kaki komponen dipateri pada jalur tembaga supaya
kedudukkannya kukuh disamping menjadi sambungan diantara satu komponen dengan komponen
dengan yang lain mengikut gambarajah skematik. Kadangkala jalur tembaga perlu dipotong untuk
mengelakkannya daripada berlakunya short (terpintas). Ini boleh dilakukan dengan menggunakan
gerimit, stripboard cutter atau pun pisau.

2
Rajah 17 : Gambarajah strip board

1.6.3 MATRIK BOARD

Bahan konduktor matrik board tidak berjalur tetepi di susun berkelompok iaitu dicorakkan dengan 4
segi kecil lengkap dengan lubang-lubang kecil di atasnya.

Rajah 18 : Gambarajah matrik board

1.6.4 CLAD BOARD

Ia merupakan sekeping papan (board) yang disaluti oleh lapisan cooper di sebelah atau di kedua-dua
belah permukannya. Ianya tidak mempunyai lubang-lubang kecil di atasnya.

Rajah 19 : Gambarajah clad board

Ia memerlukan masa yang agak lama serta melalui beberapa proses untuk mendapatkan corak di
atasnya di mana sesuai dengan litar elektronik yang hendak dipasang.

3
1.7 TEKNIK MEREKABENTUK LITAR TERCETAK

Papan litar tercetak memang tidak asing lagi bagi kerja-kerja pemasangan komponen elektronik.
Setiap alat kegunaan yang menggunakan komponen elektronik memerlukan papan litar tercetak
untuk menempatkan pendawaian komponennya. Setiap papan litar tercetak mempunyai corak jalur
pengalir yang berlainan iaitu rekabentuknya mengikut kedudukan susunan komponen. Untuk
menentukan corak jalur pengalir memerlukan pengetahuan merekabentuk litar tercetak kerana dalam
kerja-kerja ini terdapat beberapa perkara yang perlu di ambil perhatian. Oleh yang demikian sebelum
papan litar tercetak dihasilkan, lazimnya persediaan awal hendaklah dibuat pada kertas terlebih
dahulu. Dengan melukis corak rangka pengalir di atas kertas, pasti dapat membetulkan kesilapan jika
berlaku kesalahan atau pembetulan untuk corak yang lebih berkesan. Setelah kerja-kerja merangka
corak jalur pengalir disiapkan yang kemudiannya dilukis dengan tepat, barulah corak ini dipindahkan
ke papan cetak untuk diproses dan seterusnya menghasilkan litar tercetak. Rajah 20 memperlihatkan
satu contoh corak jalur pengalir pada papan litar tercetak.

Setelah kerja-kerja merangka corak jalur pengalir disiapkan yang kemudiannya dilukis dengan tepat,
barulah corak ini dipindahkan ke papan cetak untuk diproses dan seterusnya menghasilkan litar
tercetak. Rajah 20 memperlihatkan satu contoh corak jalur pengalir pada papan litar tercetak.
Persediaan awal ini memerlukan kerja-kerja yang teliti kerana merangka corak pengalir tidaklah
begitu mudah sebagaimana yang disangkakan. Oleh yang demikian terdapat beberapa langkah
tertentu yang perlu dipraktikkan semasa merangka lukisan litar tercetak.

Rajah 20 : Contoh corak pengalir pada papan litar tercetak.

4
1.7.1 LANGKAH-LANGKAH SEMASA MEREKABENTUK LITAR TERCETAK

1.7.1.1 Langkah Pertama

Tentukan terlebih dahulu saiz litar tercetak yang hendak dilukis. Saiz litar lazimnya ditentukan
mengikut bilangan komponen serta kelegaan ruang berpandukan kepada saiz komponen. Setelah
saiz ditentukan kemudian pindahkan saiz tersebut diatas sehelai kertas jenis lutsinar kosong atau
jenis lutsinar yang mempunyai tanda graf.

Merujuk kepada rajah 22 (a) lukiskan saiz litar tercetak di atas kertas. Selepas itu bahagiakan saiz
litar tercetak tersebut kepada beberapa petak kecil yang sama ukurannya. Pembahagian saiz litar
tercetak kepada petak kecil dengan melukis garisan-garisan halus yang ditunjukkan pada Rajah 22
(b).

Rajah 22 (a) : Menentukan Saiz Litar Tercetak Rajah 22 (b) : Bahagikan Kepada beberapa
ketak kecil.

1.7.1.2 Langkah Kedua

Lukiskan gambaran bentuk komponen mengikut anggaran saiz sebenar di atas kertas pada ruang
petak kecil. Gambaran komponen ini hendaklah disusun mengikut anggaran jarak setiap petak serta
kesesuian ruang yang ada. Susunkan gambaran komponen sebenar ini seberapa kemas dan teratur
berpandukan garisan-garisan pada petak kecil. Gambaran komponen boleh disusun mengikut corak
dalam keadaan menegak dan mengufuk seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 23 (a).

1.7.1.3 Langkah Tiga

Setelah kedudukan komponen dipastikan mengikut susunan yang sesuai pada ruangan saiz litar
tercetak, kemudian tandakan kedudukan pangkalan kaki komponen pada petak-petak kecil seperti
yang ditandakan pada rajah 23 (b).

5
Rajah 23 (a) : Komponen-komponen Rajah 23 (b) : Setelah disusun dengan rapi
disusun mengikut lubang-lubang terminal kaki
kesesuaian ruang komponen hendaklah
di sebelah atas ditandakan pada permukaan
permukaan kertas kertas .

1.7.1.4 Langkah Empat


Apabila pangkalan komponen telah selesai ditandakan pada permukaan kertas, terlebih dahulu
sambungkan satu pangkalan dengan pangkalan yang lain secara lakaran mengikut pendawaian litar
skema. Pada peringkat ini pelajar mula membentuk corak jalur-jalur pengalir litar bercetak seperti
yang ditunjukkan pada rajah 24. Pada masa membentuk corak ini, sambungan-sambungan di
antara pangkalan hendaklah dibuat seberapa tepat dengan panjang laluan jalur pengalir yang
minimum. Ketika ini juga tandakan perkara-perkara yang penting untuk komponen seperti tanda
kekutupan, punca-punca masukan, keluaran dan tanda-tanda lain yang difikirkan perlu.

Rajah 24 (a): Menyambungkan secara lakar di antara Rajah 24 (b):Corak jalur-jalur pengalir yang dilukis
lubang-lubang terminal supaya dapat secara lakar dilihat dari permukaan
membentuk corak jalur pengalir yang sebelah. Kedudukan bentuknya
sesual juga menandakan kekutuban terbalik dan corak inilah yang akan
komponen. dipindahkan ke permukaan papan
tercetak.
1.7.1.5 Langkah lima
Corak secara lakaran jalur-jalur pengalir pada langkah empat dilihat dari sebelah belakang
permukaan kertas jenis lutsinar seperti yang ditunjukkan pada rajah 24 (b). Corak yang dilihat dari
sebelah belakang inilah yang akan dibentuk mengikut kelebaran saiz jalur-jalur yang lebih sesuai
pada rekabentuk tersebut. Dalam proses sebenar membuat litar tercetak, pandangan corak jalur
yang terbalik inilah sebenarnya dipindahkan atau dilukis pada permukaan pengalir papan litar
tercetak.

6
REKABENTUK CORAK JALUR PENGALIR

Corak jalur pengalir perlu direkabentuk dan dilukis dengan tepat serta kemas terutamanya
sambungan di antara satu kedudukan tapak dengan tapak yang lain. Kedudukan tapak-tapak ini
lazimnya dihubungkan dengan jalur-jalur pengalir. Rekabentuk corak jalur pengalir adalah seperti
yang ditunjukkan pada rajah 25 Contoh 1(a) menunjukkan kedudukan tapak untuk komponen.
Rajah (b) adalah corak jalur-jalur yang menghubungkan satu tapak ke satu tapak yang lain,
tetapi corak yang ditunjukkan ini kurang sesuai. Rajah (c) pula menunjukkan corak yang telah
diubah supaya corak jalur-jalur pengalir lebih sesuai rekabentuknya.
Contoh yang kedua seperti pada rajah (d) menunjukkan kedudukan tapak yang telah disusun
mengikut kesesuaian komponen. Rajah (e) adalah corak jalur-jalur yang tidak begitu baik
rekabentuknya. Laluan jalur-jalur dari tapak ke tapak yang lain adalah lebih panjang. Corak ini
boleh diubahsuaikan kepada corak yang lebih ringkas dan laluan corak yang minimum seperti pada
rajah (f), iaitu tapak 1 disambung kepada tapak 5, 6, 7 dan tapak 3 kepada tapak 5, tapak 4 ke tapak
2.

Contoh 1

(a) (b) (c)

Kedudukan Tapak Rekabentuk corak jalur pengalir Corak jalur pengalir yang
yang kurang sesuai lebih sesuai

Contoh 2

(d) (e) (f)

Rajah 25 : Contoh rekabentuk corak jalur


* Bahan yang digunakan untuk membuat lakaran corak jalur pengalir pada papan litar tercetak
ialah dengan menggunakan permanent marker pen (PCB Marker Pen) atau Etch Resist PCB
Transfers dab PCB Artwork Track yang bersesuaian.

1.7.1.6 Langkah enam

7
Berpandukan kepada corak pengalir yang dilihat dari sebelah belakang kertas lutsinar, kerja
seterusnya adalah merangka kelebaran saiz jalur. Sebelum merangka kelebaran saiz jalur
terlebih dahulu lukiskan kedudukan tapak komponen dengan menanda bentuk bulat tanda
pangkalan kaki komponen yang telah ditandakan seperti pada langkah ketiga. Di bahagian tengah
tapak berbentuk bulat inilah lubang akan ditebuk mengikut saiz kaki komponen. Tentukan juga
supaya saiz tapak tidak terlalu kecil, ini memandangkan kepada lubang yang akan ditebuk dan
juga kaki komponen akan dipateri pada tapak. Jika rekabentuk tapak terlalu kecil boleh
menyebabkan tidak kukuh dan mudah tanggal daripada papan tercetak. Dengan itu tentukan
rekabentuk untuk saiz tapak mencukupi serta sesuai bagi menempatkan kaki komponen. Saiz
terkecil yang boleh digunakan dalam rekabentuk tapak lebih kurang 4 mm. Pada rajah 26 (a)
ditunjukkan rekabentuk kedudukan tapak untuk kaki komponen yang dilukis dengan bulatan.

Rajah 26 (a) : Melukis tapak lubang-lubang terminal dalam bentuk bulatan.Tapak ini menjadi
tempat untuk kaki komponen.

1.7.1.7 Langkah tujuh

Setelah kesemua rekabentuk tapak dilukis, seterusnya disambungkan pula corak pengalir dengan
melukis garisan-garisan penghubung dari satu tapak kepada tapak yang lain mengikut rekabentuk
corak yang telah dibuat. Corak jalur hendaklah dilukis semula dengan saiz kelebaran yang sesuai
supaya rekabentuk dalam kerja-kerja persediaan terakhir ini kelihatan lebih kemas dan teratur.
Setelah siap melukis rekabentuk corak litar tercetak, kerja terakhir adalah melabel litar
tercetak. Lengkapkan lukisan rekabentuk dengan menulis nama litar, contohnya 'penguat audio'
serta tanda-tanda punca masukan, punca keluaran, punca arus terus dan lain-lain yang difikirkan
perlu seperti kekutupan punca bekalan, pemuat elektrolit dan lain-lain lagi. Rekabentuk corak
jalur pengalir ditunjukkan pada rajah 26 (b).

8
Rajah 26 (b) : Melukis dan membentuk corak jalur pengalir  tembaga
dengan menyambungkan satu tapak ke satu tapak yang
ada lubang terminal komponen, juga melabelkan tulisan dan
tanda.

4.1 Lukisan Litar Elektronik

Fungsi litar ini adalah untuk mengenal komponen pada sesuatu papan litar serta memahami
kendalian atau operasi litar tersebut. Ianya juga menukarkan bentuk penyambungan komponen
pada papan litar kepada lukisan litar iaitu dengan menggunakan simbol-simbol atau sebaliknya.
Lukisan litar elektronik ini sangat penting demi kemahiran untuk memahami serta mengingat
sesuatu simbol adalah penting agar segala rekaan, pemasangan serta pengujian sesuatu litar
menjadi mudah dan piawai (standard).

4.1.1 Jenis – Jenis Lukisan Elektronik

i. Lukisan Blok

Lukisan blok digunakan untuk menerangkan fungsi serta operasi sesuatu unit di dalam
sesuatu sistem atau litar. Ia juga menunjukkan perkaitan di antara setiap unit dalam sesuatu sistem.

9
Rajah 1.9 : Lukisan Blok
ii. Lukisan Litar

Lukisan ini menunjukkan keseluruhan fungsi sesebuah litar dan sambungan dilukis
menggunakan simbol elektronik.

Rajah 1.10 : Lukisan Litar


iii. Lukisan Pemasangan

Lukisan ini menggambarkan sambungan dan pemasangan sebenar bagi sesuatu litar dan
kedudukan fizikal sesuatu komponen, pendawaian dan alatambah. Lukisan ini amat berguna kepada
seseorang juruteknik bagi kerja-kerja pemasangan komponen atau tambahan litar atau membaiki
dan mencari kerosakan litar.

10
Rajah 1.11 : Lukisan Pemasangan

iv. Lukisan Skematik

Lukisan ini sama seperti lukisan litar tetapi, ianya ditambah dengan penerangan-penerangan
seperti `power rating’, penyambungan tambahan dan lain-lain lagi. Kadang-kadangan ianya
mempunyai maklumat-maklumat pengujian untuk tujuan pengujian atau baik-pulih (maintenance/
servicing).

Rajah 1.12 : Lukisan Skematik


v. Lukisan Tercetak

Lukisan ini menggambarkan corak jalur pengalir dan susunan komponen yang terdapat di
atas papan litar tercetak (printed circuit board). 2 kaedah memindahkan litar skematik ke litar PCB
iaitu :
- secara manual (lukisan menggunakan littering atau marker)
- menggunakan perisian PCB

11
Rajah 1.13 : Menggunakan kaedah manual

Rajah 1.14 : Menggunakan perisian PCB

4.2 Rekabentuk Papan Tercetak

PCB adalah terdiri daripada sekeping papan (board) yang diperbuat daripada Synthentic
Resin Banded Paper Fibreglass sebagai penebat Di atasnya pula adalah lapisan pengalir (cooper)
yang telah dicorakkan untuk menyambung komponen elektronik. Corak cooper terbahagi kepada 2
iaitu :

i. Sebelah sahaja (single side cooper)

Biasanya digunakan untuk membuat projek–projek elektronik yang ringkas atau mudah
seperti litar Power Supply, Amplifier dan sebagainya.

12
ii. Kedua-dua belah permukaan (double side cooper)

Biasanya digunakan untuk membuat projek–projek elektronik yang rumit dan untuk
memperkecilkan saiz PCB. Pembuatan itu memerlukan teknik yang baik dan peralatan yang agak
mahal.

4.2.1 Teknik Merekabentuk PCB

Setiap papan litar tercetak mempunyai corak jalur pengalir yang berlainan iaitu
rekabentuknya mengikut kedudukan susunan komponen. Kebiasaanya perkara yang perlu di titik
beratkan semasa proses pembuatan papan PCB ini adalah susun atur komponen , saiz dan bentuk
papan litar tercetak. Ini kerana susun atur komponen di atas papan PCB akan memberi kesan kepada
hasil saiz papan litar tercetak itu.

4.2.1.1 Rekabentuk Secara Manual

Merekabentuk litar PCB secara manual adalah dengan menggunakan teknik melukis jalur
penyambungan komponen atas PCB. Kebiasannya jalur penyambungan tersebut akan dilukis
menggunakan PCB marker pen ataupun lettering.

Rajah 1.15 : Melukis litar menggunakan marker pen

13
Rajah 1.16 : Lettering

Langkah – langkah penghasilan litar PCB secara manual :

i. Tentukan litar skematik yang hendak dibuat penyambungan atas PCB.


ii. Lukis penyambungan secara kasar pada kertas supaya dapat membetulkan kesilapan untuk
mendapatkan corak yang lebih berkesan.
iii. Rangka corak jalur pengalir dan lukis dengan tepat di atas kertas.
iv. Akhir sekali, corak ini dilukis semula ke PCB untuk diproses dan seterusnya menghasilkan
litar PCB.

4.2.1.2 Rekabentuk Litar PCB Menggunakan Perisian

14
Langkah – langkah penghasilan litar PCB secara manual :

i. Ubah Format Litar Skematik kepada Litar Bercetak

a. Litar skematik yang telah direka perlu disemak sebelum diubah format.
b. Pastikan susun atur komponen, sambungan litar dan label komponen telah
dilakukan dengan betul. Ubah format litar skematik kepada format litar bercetak.
c. Pastikan saiz litar dan susunan komponen adalah sesuai dan mudah untuk disiapkan.

Rajah 1.17 : Litar skematik ditukar ke litar tercetak

ii. Cetak litar di atas lapisan transperancy

a. Litar bercetak yang telah direka perlu dilabelkan sebelum dicetak di atas lapisan
transparency.
b. Gunakan menu INSERT TEXT yang terdapat dalam perisian.
c. Label litar bercetak dengan meletakkan TAJUK PROJEK, NAMA dan NOMBOR
PENDAFTARAN PELAJAR.
d. Cetak litar yang telah disiap di atas lapisan transparency yang bersih menggunakan
printer. Setkan kualiti cetakan kepada High Quality Printing.

iii. Proses Ultra Violet (UV) Transfer

a. Salah satu teknik yang boleh digunakan dalam penghasilan PCB ialah UV transfer.
b. Sinar UV dihasilkan oleh alat UV Exposure yang akan memindahkan cetakan litar di
atas lapisan transparency kepada Presensitized PCB.

15
c. Presensitized PCB dilengkapi dengan lapisan pelindung cahaya. Pelindung ini perlu
dibuka sebelum melakukan proses ini.
d. Lapisan transparency perlu dilekatkan di atas bahagian peka cahaya Presensitized
PCB dengan menggunakan pita pelekat lutsinar.
e. Pastikan kedudukan lapisan transparency yang dilekatkan TIDAK TERBALIK kerana
proses ini menggunakan kaedah Positive Acting UV Transfer.

Rajah 1.18 : Presentized PCB

iv. Melaksanakan Proses UV Exposure

a. Potong Presensitized PCB mengikut saiz litar di atas lapisan transparency.


b. Buang lapisan pelindung pada Presensitized PCB. Lekatkan transparency pada
c. Presensitized PCB dengan pita pelekat. Pastikan cetakan transparency yang
dilekatkan TIDAK TERBALIK !
d. Letakkan PCB di atas permukaan alat UV Exposure. Tutup pelindung atas UV
Exposure, set masa dedahan selama 120 saat dan tekan START.

Rajah 1.19 : Pengunaan Expsore Machine

16
v. Proses Develop

a. Proses ini melibatkan penggunaan bahan kimia. Sila patuhi langkah-langkah


keselamatan, peraturan penggunaan dan pelupusan bahan kimia.
b. Bahan kimia Sodium Metasilicate Pentahydrate (Na2SiO3*5H2O) digunakan untuk
menghasilkan larutan developer.
c. Bahan kimia ini boleh di dapati dalam bentuk kristal atau larutan. Patuhi penyediaan
larutan seperti yang dinyatakan oleh pengeluar.
d. Proses ini dilakukan untuk menyingkirkan lapisan peka cahaya pada PCB yang telah
didedahkan kepada sinar UV.
e. PCB perlu direndam dalam larutan developer untuk menghakis lapisan yang telah
terdedah kepada sinar UV dan akan meninggalkan bentuk litar di atas PCB.
f. Pastikan PCB tidak direndam terlalu lama untuk mengelakkan Over Develop.

vi. Melaksanakan Proses Develop

a. Masukkan 500ml air ke dalam tray.


b. Larutkan 25g Sodium Metasilicate ke dalam tray berisi air.
c. Rendam PCB dalam larutan developer dan ayak tray sehingga litar kelihatan.
d. Setelah siap bilas PCB dengan air bersih dan periksa litar yang telah terbentuk.
e. Garisan litar yang tidak jelas atau terputus perlu dihitamkan dengan permanent
marker.

17
vii. Proses Etching

a. Proses Etching dilakukan untuk menyingkirkan lapisan kuprum (copper layer) yang
tidak diperlukan pada PCB dengan menggunakan etchant liquid.
b. Bahan kimia Ferric Chloride (FeCl3) digunakan untuk menghasilkan etchant liquid
yang bersifat menghakis. Berhati-hati apabila mengendalikan bahan kimia ini.
c. Larutan ini akan menghakis lapisan kuprum di atas PCB yang tidak dilindungi oleh
cetakan litar yang terhasil melalui proses developer.
d. Jangkamasa proses ini bergantung kepada kepekatan larutan, suhu larutan dan saiz
PCB yang dihasilkan.
e. Sila patuhi langkah-langah keselamatan, peraturan penggunaan dan pelupusan
bahan kimia ketika melaksanakan proses ini.

viii. Proses Drilling

a. Proses Drilling dilakukan untuk menebuk lubang pada PCB bagi menempatkan kaki
komponen di dalam litar.
b. Saiz lubang bergantung kepada jenis komponen yang digunakan. Gunakan saiz mata
gerudi yang betul bergantung kepada saiz kaki komponen.
c. Mematuhi langkah-langkah keselamatan ketika menggunakan peralatan ini.

18
Rajah 1.20 : Hand Drill

19

You might also like