Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Biodiesel Ganti Bahan Api Fosil

DITAMBAH pula krisis penggunaan bahan api fosil di samping pembakarannya yang
memudaratkan alam semulajadi menjadikan bahan api sebagai alternatif kini.

 
Bagaimanapun kita tidak memiliki pilihan kerana untuk meneruskan kehidupan
kenderaan amat diperlukan justeru apakah jalan penyelesaian yang perlu diambil?
 
Penggunaan bahan api bio merupakan antara penyelesian paling sesuai buat masa kini
Antaranya kerana ia dihasilkan menggunakan tumbuh-tumbuhan.
 
Biodiesel adalah bahan api alternatif yang boleh digunakan sebagai pengganti diesel
petroleum dan bahan api tersebut merujuk kepada ester metil lemak yang dihasilkan
daripada minyak sayuran dan lemak haiwan melalui proses kimia.
Antara minyak biodiesel yang sedang dihasilkan adalah daripada minyak sawit yang
dikenali sebagai minyak diesel kelapa sawit.
 
Minyak biodiesel kelapa sawit dihasilkan melalui proses transesterifikasi dan
esterifikasi, manakala diesel petroleum adalah pecahan spesifik yang diperoleh daripada
penapisan minyak petroleum mentah.
 
Penggunaan minyak kelapa sawit yang diolah untuk dijadikan biodiesel menjadikan
bahan api tersebut sebagai sumber bahan api yang boleh diperbaharui.
 
Ini berbeza dengan diesel petroleum yang diperolehi daripada sumber yang terhad dan
tidak boleh diperbaharui.
Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Douglas Uggah
Embas, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Biobahan Api Negara sejak tahun 2006
dan telah memberi penekanan kepada penggunaan bahan api bio.
 
Ujarnya lagi tumpuan adalah kepada penggunaan bahan api bio yang berasaskan kelapa
sawit untuk sektor pengangkutan, perindustrian, pembangunan teknologi bahan api bio,
bahan api bio untuk tujuan eksport dan pemeliharaan alam sekitar.
 
"Dasar ini merupakan pelengkap kepada dasar-dasar berkaitan tenaga hijau seperti
Dasar Kepelbagaian Lima Bahan Api dan Dasar Teknologi Hijau Negara.
 
"Objektif utama dasar-dasar ini adalah untuk memanfaatkan sumber tenaga yang mesra
alam, mampan dan mampu mengurangkan kebergantungan kepada bahan bakar fosil,"
katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Penggunaan Biodiesel Sawit di
Wilayah Selatan di Pasir Gudang, Johor baru-baru ini. Yang turut hadir Ketua Pegarah
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr. Choo Yuen May.
 
Douglas menjelaskan, kelapa sawit merupakan antara penyumbang pendapatan eksport
terbesar iaitu RM73.2 bilion atau 57.48 peratus daripada jumlah eksport produk-produk
komoditi yang lain.
 
Selain dijadikan sumber utama dalam pengeluaran makanan, kelapa sawit juga turut
digunakan dalam menghasilkan produk bukan makanan.
 
Minyak sawit turut digunakan sebagai feedstock bagi pengeluaran bahan api bio yang
boleh digunakan sebagai sumber tenaga yang boleh diperbaharui.
 
Oleh itu, sebagai salah sebuah negara pengeluar minyak kelapa sawit terbesar dunia,
Malaysia memiliki potensi yang tinggi untuk meningkatkan pengeluaran biodiesel
berasaskan kelapa sawit.
 
Bagi menyahut komitmen negara secara sukarela semasa Conference Of The Parties ke 15
di United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCC) di Copenhagen,
Denmark pada tahun 2009 yang mahu mengurangkan intensiti pelepasan karbon
berasaskan GDP sehingga 40 peratus, penggunaan bahan api bio kini perlu difokuskan.
Lanjutan daripada pengumuman komitmen tersebut, negara pada tahun 2011 telah
memulakan program biodiesel secara berperingkat bermula dengan Wilayah Tengah di
Semenanjung Malaysia dengan memperkenalkan minyak diesel B5 di stesen-stesen
minyak di sekitar Putrajaya.
 
B5 merupakan hasil adunan lima peratus diodiesel bersama 95 peratus lagi diesel
petroleum dan program tersebut seterusnya diperluaskan ke Melaka, Negeri Sembilan,
Kuala Lumpur dan Selangor.
 
Sejak program B5 dilaksanakan Jun 2011, sebanyak 113,000 tan biodiesel berasakan
kelapa sawit telah digunakan dalam jangkamasa setahun.
Tambah Douglas, program bahan api bio negara mempunyai potensi untuk terus
dibangunkan kerana peranan bahan api bio tersebut tidak sahaja terhad untuk
menstabilkan harga minyak sawit mentah.
 
"Program ini turut memberi sumbangan penting dari aspek alam sekitar dan selaras
dengan perubahan semasa di peringkat global di mana kebanyakan negara sedang
beralih kepada penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui," katanya.
 
Bagaimanapun dalam usaha kerajaan untuk mempromosi serta memperluaskan program
penggunaan bahan api bio daripada kelapa sawit turut berdepan dengan pelbagai
cabaran dan dakwaan yang tidak munasabah.
Antaranya, penggunaan bahan api bio daripada kelapa sawit didakwa akan menyebabkan
pencemaran yang lebih besar berbanding sumber bahan api fosil.
 
Di samping itu, negara-negara seperti Amerika Syarikat (US) serta Kesatuan Eropah
telah meletakkan syarat kemampanan yang tidak melayakkan biodiesel kelapa sawit
menikmati insentif di pasaran negara-negara tersebut.
Ini kerana Europen Union Directive on the Promotion of the Use of Energy from
Renewable Sources telah menetapkan kriteria kemampanan minimum sebanyak 35
peratus penjimatan pelepasan gas rumah hijau (greenhouse gases-GHG) berbanding
diesel petroleum.
 
Di Amerika Syarikat, Renewable Fuel Standards 2 menetapkan peraturan di mana
penggunaan biodiesel perlu mematuhi penjimatan minimum sebanyak 50 peratus GHG
berbanding diesel petroleum.
Bagaimanapun di peringkat serantau masih terdapat peluang untuk memperkukuhkan
penggunaan bahan api bio berasaskan kelapa sawit iaitu menerusi ASEAN Ministerial
Meeting on Science and Technology (AMMST) dan ASEAN Ministers on Energy
Meeting (AMEM).
 
Menerusi kerjasama tersebut, negara-negara ASEAN bukan sahaja boleh menangani
dakwaan-dakwaan berkaitan kemampanan pengeluaran bahan api bio, malah dapat
berkongsi amalan-amalan yang baik dalam pembangunan sektor bahan api bio.

Sumber : Utusan Malaysia

You might also like