Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Tenaga Biomass – Tenaga boleh diperbaharui

Apa yang anda fahami tentang istilah tenaga biojisim (biomass). Rencana ringkas ini

akan membincangkan topik ini.

Secara ringkas, tenaga biojisim merupakan tenaga yang terhasil daripada bahan-bahan

yang berasal dari tumbuhan. Istilah biojisim (Biomass) berasal daripada perkataan

Inggeris yang digabung iaitu biology dan mass. Makna asalnya memberi maksud jisim

sesuatu bahan biologi. Bagaimanapun daripada sudut istilah, biomass sering dirujuk

kepada tenaga daripada bahan-bahan tumbuhan itu.

Sebenarnya manusia telah menggunakan biomass sejak dari zaman purba lagi sebagai

sumber tenaga untuk memasak, memanaskan badan, melebur logam dan pembuatan

senjata. Belakangan ini minat untuk menggunakan tenaga biomass sebagai sumber

tenaga semakin mendapat tempat. Ini kerana bahan biomass boleh diperolehi dengan

mudah dengan jumlah yang banyak, boleh diperbaharui dan dapat mengurangkan

kebergantungan terhadap bahan api fosil yang semakin berkurangan.

Bumi kita dipenuhi dengan pelbagai tumbuhan samada yang tumbuh meliar atau

ditanam. Tumbuhan-tumbuhan ini merupakan rumah simpanan bagi tenaga solar dan

bahan kimia. Sumber tumbuh-tumbuhan ini yang datang samada dari darat atau lautan
dipanggil biomass. Biomass juga merangkumi segala hasil tumbuh-tumbuhan khusus

untuk sumber tenaga atau hasil buangan yang berpunca daripada pelbagai kayu-kayan,

tanaman dan juga bahan buangan perbandaran. Biomass boleh mengandungi pelbagai

bahan, kandungan utamanya ialah selulosa, lignin, hemiselulosa, sedikit minyak dan

pelbagai unsur lain. Unsur kimia utama bagi semua bahan ini ialah karbon dan hidrogen.

Biomass dianggap sebagai sumber yang boleh diperbaharui kerana karbon dioksida dari

atmosfera dan air dari bumi bergabung melalui proses fotosintesis menghasilkan

karbohidrat yang merupakan asas binaan utama biomass. Melalui proses fotosisintesis,

tenaga solar disimpan dalam ikatan kimia antara molekul-molekul tumbuhan. Apabila

biomass dibakar secara cekap, oksigen dari atmosfera bertindak dengan karbon dalam

biomass menghasilkan karbon dioksida dan air. Ini boleh menghasilkan biomass yang

baru. Oleh itu, biomass dikatakan sebagai satu sumber tenaga penting yang boleh

diperbaharui dan mempunyai potensi mengurangkan penggunaan sumber tenaga fosil

yang semakin berkurangan.

Kaedah menukar Biomass kepada tenaga.

Terdapat beberapa kaedah yang berkesan untuk menukar biomass kepada tenaga. Antara

kaedah utama ialah pembakaran, penapaian alkohol dan pencernaan anaerobik.

Pembakaran

Cara yang paling ringkas ialah pembakaran bagi menghasilkan tenaga. Walaupun proses

pembakaran ini mudah dan telah digunakan sejak zaman dahulu kala lagi, tetapi hari ini

pembakaran mesti dijalankan dengan cara yang moden agar tidak menghasilkan

pencemaran udara yang memudaratkan. Tenaga haba yang boleh diperolehi dalam

proses pembakaran ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti pemanasan bahan

dan ruang dan juga untuk menghasilkn wap panas (stim) bagi penjanaan elektrik.

Penapaian alkohol
 Dalam proses ini karbohidrat daripada bahan organik biomass ditukar kepada gula di

dalam satu reaktor biologi dengan kawalan suhu yang rapi. Proses ini sama dengan

proses pembuatan arak tetapi produk yang dihasilkan boleh dijadikan bahan api. Oleh itu

hasil utamanya ialah etanol atau metanol.

Untuk pembakaran di dalam sebuah enjin, biasanya etanol atau metanol ini dicampur

dengan bahan pembakar cecair lain untuk dijadikan bahan pembakar yang lebih sesuai

dan campuran ini dikenali sebagai gasohol.

Pirolisis

 Proses pirolisis melibatkan pemanasan bahan biomass pada suhu yang tinggi dalam

keadaan tanpa oksigen atau jumlah oksigen terhad. Dalam proses ini bahan organik

terurai menjadi pelbagai gas dan karbon. Gas-gas yang terhasil kemudiannya

dikondensasikan menjadi cecair untuk digunakan semula sebagai bahan bakar atau

sumber bahan kimia.

Pencernaan anaerobik

 Proses ini melibatkan penguraian bahan organik dan tak organik tanpa kewujudan

oksigen molekul dengan menggunakan mikroorganisma tertentu. Mikroorganisma yang

bertanggungjawab menukar sebatian organik yang kompleks kepada asid organik mudah

seperti asid asetik dan asid propinik. Kemudian asid-asid ini ditukarkan kepada gas

metana dan karbon dioksida.

You might also like