Management 1

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN

______________________________________________________________________________

AMRM5104
RESEARCH METHODOLOGY
(TUGASAN 2)
SEMESTER SEPTEMBER 2019
______________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Jawab dalam BAHASA MELAYU sahaja.

2. Jumlah patah perkataan: 3000 hingga 5000 patah perkataan (15-20 halaman) tidak
termasuk rujukan

3. Hantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail.

4. Tugasan ini dihantar secara ONLINE.

5. Tarikh penghantaran: 9 DISEMBER 2019 hingga 16 DISEMBER 2019.

6. Tugasan ini menyumbang sebanyak 70% dari jumlah markah kursus.

1/6
SOALAN TUGASAN

OBJEKTIF: Tugasan ini bertujuan untuk menguji keupayaan pelajar menghasilkan satu
kertas cadangan penyelidikan yang baik, lengkap dan boleh dikembangkan
menjadi disertasi.

ARAHAN: Kenal pasti tajuk penyelidikan dan jelaskan dengan terperinci TIGA bab utama
yang meliputi Pengenalan (Bab Satu), Sorotan Literatur (Bab Dua) dan
Metodologi (Bab Tiga). Olahan perbincangan perlu meliputi aspek-aspek yang
dijelaskan dalam garis panduan berikut:

GARIS PANDUAN:
Anda boleh menggunakan kerangka seperti berikut:

1. Tajuk Penyelidikan
 Kenal pasti skop dan subjek serta pembolehubah (variable) utama dan perhubungannya.

2. Bab Satu: Pengenalan


 Latar belakang kajian.
 Pernyataan masalah.
 Objektif kajian.
 Soalan kajian dan/atau hipotesis kajian.
 Kepentingan kajian.
 Batasan kajian.
 Definisi istilah.

2/6
3. Bab Dua: Sorotan Literatur
Anda dicadangkan mengambil kira perkara-perkara berikut:
 Objektif sorotan.
 Teori dan/atau hipotesis yang berkaitan dengan kajian anda.
 Kajian-kajian terkini yang berkaitan dengan kajian anda.
 “Gap” antara teori sedia ada dan kajian anda.
 Implikasi teori sedia ada serta dapatan kajian dan bagaimana semua itu memberi
justifikasi kepada kajian anda.

Anda perlu merujuk sekurang-kurangnya 5 artikel jurnal yang berkaitan secara langsung
dengan cadangan kajian anda. Pastikan artikel tersebut daripada jurnal berwasit atau peer
reviewed. Anda boleh merujuk kepada jurnal-jurnal dalam talian seperti berikut:
 Proquest, http://proquest.libguides.com/socsci_home
 Electronic Journal of University of Malaya, http://ejum.fsktm.um.edu.my/
 Directory of Open Access Journals (DOAJ), http://doaj.org/
 Islamiyyat http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index atau
http://www.ukm.my/ijis/index.html
 Jurnal Syariah, http://ejum.fsktm.um.edu.my/VolumeListing.aspx?JournalID=21
 QURANICA - International Journal of Quranic Research,
http://ejum.fsktm.um.edu.my/VolumeListing.aspx?JournalID=22
 Online journal of Islamic Education (O-jIE), http://ojie.um.edu.my/
 AFKAR, http://e-journal.um.edu.my/publish/Afkar/Aabout
 INTERNATIONAL JOURNAL OF ISLAMIC THOUGHT (IJIT),
http://www.ukm.my/ijit/index.html
 MyJurnal, http://www.myjurnal.my/public/browse.php
 International Journal of Islamic Studies and Arabic Language Education (IJISAE),
http://ssj.aies.org.my/index.php/ijisae

3/6
4. Bab Tiga: Metodologi
 Huraian populasi dan sampel serta kaedah persampelan.
 Huraian reka bentuk dan instrumentasi.
 Huraian prosedur kajian.
 Huraian kaedah analisis dengan merujuk kepada soalan/hipotesis kajian.
 Huraian pelan analisis yang jelas.
 Perbincangan isu kesahan data (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) serta
langkah penambahbaikan.
 Huraian kaedah analisis yang dicadangkan untuk setiap soalan/hipotesis kajian dan
justifikasi penggunaannya.

Format Tugasan:
a. Gunakan jenis huruf Times New Roman bersaiz 12 dan langkau baris 1.5.
b. Teks tugasan mengandungi antara 3000-5000 patah perkataan.
c. Format penulisan rujukan hendaklah mengikut American Psychological Association
(APA). Rujukan yang disebut dalam teks mesti wujud dalam senarai rujukan dan begitu
juga sebaliknya.
d. Rujukan sebaiknya yang terkini (mulai tahun 2014 dan ke atas).

Nota:
 Tugasan mesti diserahkan mengikut tarikh yang ditetapkan.
 Plagiarisme tidak boleh diterima. Jika anda tidak jelas apakah plagiarisme, sila rujuk
kepada laman web yang membincangkannya seperti owl.english.purdue.edu/handouts.

4/6
AMRM5104
RESEARCH METHODOLOGY
SEMESTER SEPTEMBER 2019
SKEMA PEMARKAHAN TUGASAN 2 (70%)

Bil. Perkara /Aspek Markah Jumlah

1. Tajuk Kajian yang menunjukkan konstruk serta 5 5


setting
2. Bab 1:
a) Latar belakang kajian/Pengenalan 2
b) Pernyataan masalah 3
c) Tujuan kajian 2
d) Objektif kajian 2
e) Soalan kajian dan/atau hipotesis kajian 3
f) Signifikan kajian 2
g) Limitasi kajian 2
h) Definisi istilah 2
i) Rumusan 2
20
3. Bab 2:
a) Objektif sorotan ini 1
b) Teori dan hipotesis yang berkaitan dengan
kajian anda 3
c) Kajian-kajian terkini berkaitan dengan kajian
anda 5
d) “Gap” di antara teori sedia ada dan kajian anda 4
e) Implikasi teori sedia ada serta dapatan kajian
dan bagaimana semua ini memberi justifikasi 5
kepada kajian anda
f) Rumusan 2
20
4. Bab 3:
a) Huraian populasi dan sampel serta kaedah 2
persampelan
b) Huraian reka bentuk dan instrumentasi 2
c) Huraian prosedur kajian 2

5/6
d) Huraian kaedah analisis dengan merujuk
kepada soalan kajian/hipotesis kajian 2
e) Huraian pelan analisis yang jelas
f) Perbincangan isu kesahan dan 2
kebolehpercayaan dan langkah untuk
penambahbaikan 3
g) Huraian kaedah analisis yang dicadang untuk
setiap soalan kajian/hipotesis dan justifikasi 5
untuk menggunakannya
h) Rumusan
2
20
5. Rujukan dan format 5

JUMLAH MARKAH 70

6/6

You might also like