Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 29

KURSUS :

LMCR 1262 LITERASI MAKLUMAT

SET KURSUS :
SET 2

TAJUK TUGASAN :
LAPORAN LAWATAN KE PERPUSTAKAAN

DISEDIAKAN UNTUK :
PUAN AZMAH BINTI ISHAK

DISEDIAKAN OLEH :
KUMPULAN 11

NO. NAMA NO MATRIKS


1. FARRA HAYANI BINTI MOHD TARMIZI A181375
2. MOHD IZZAT NAIM BIN AMDAN A179850
3. MUHAMMAD BIN HANAPI A182483
1.0 PENDAHULUAN

Perpustakaan ialah sebuah bangunan yang menyimpan pelbagai koleksi sumber maklumat dan
menyediakan perkhidmatan, diuruskan untuk digunakan, dan diuruskan oleh perbadanan awam
(kerajaan), institusi mahupun persendirian. Jika dahulu perpustakaan digunakan untuk
menyimpan pelbagai koleksi bahan bercetak seperti buku dan majalah, tetapi disebabkan
kepesatan dunia maklumat, perpustakaan kini dijadikan gudang yang menghimpunkan juga
pelbagai sumber yang bersifat bahan bercetak, elektronik, mahupun bahan bukan cetakan.
Malah, kebanyakan perpustakaan hari ini juga menyediakan perkhidmatan internet untuk
kegunaan umum. "Library of Congress" merupakan sebuah perpustakaan yang terbesar di dunia.
Sehubungan dengan itu, tujuan laporan ini adalah untuk mengetahui apakah perbezaan
kedua-dua perpustakaan ini dan apakah maklumat yang boleh diambil bagi menambah baik
Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) yang digunakan oleh pelajar Universiti Kebangsaan
Malaysia. Bagi menyiapkan laporan ini, kami telah memilih dua buah perpustakaan iaitu
Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Library of Congress di Washington D.C.
Kami tengah mengadakan lawatan ke 2 tempat ini secara maya.

2.0 BAHAGIAN 1: PERPUSTAKAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

a) PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG

Perpustakaan ditubuhkan pada tahun 1969 dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang
bertempat di Malayan Teacher’s College, Gelugor, Pulau Pinang. Perpustakaan telah
berpindah ke Minden (bangunan sementara) pada tahun 1971 dan menduduki bangunan
baharu pada tahun 1979. Perpustakaan Utama II pula telah siap pada tahun 1994. Pada 10
Disember 2004, Perpustakaan Kampus Induk telah dinamakan Perpustakaan Hamzah
Sendut sempena nama Naib Cancelor Pertama Universiti Sains Malaysia, iaitu Tan Sri
Hamzah Sendut.Pada 11 Januari 2011, bangunan tambahan Perpustakaan Hamzah Sendut
yang merupakan sayap penyelidikan Perpustakaan, mula beroperasi dan seterusnya
dirasmikan pada 3Mac 2011 oleh mantan Naib Canselor, Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli
Abdul Razak. Perpustakaan Perubatan ditubuhkan pada tahun 1979 di Kampus Induk dan
telah berpindah ke Kampus Kesihatan, Kubang Kerian pada tahun 1984 secara
berperingkat dan berpindah keseluruhannya pada tahun 1990. Pada 2 Oktober 2005
Perpustakaan Perubatan telah dinamakan Perpustakaan Hamdan Tahir sempena nama
Naib Cancelor Kedua Universiti Sains Malaysia, iaitu Tun Dato’ Seri Utama (Dr.)Hj.
Hamdan bin Sheikh Tahir.

Perpustakaan Kejuruteraan ditubuhkan pada tahun 1986 di Ipoh dan berpindah ke


Kampus Seri Iskandar pada bulan November 1989. Pada bulan Mei 2001, sekali lagi
berpindah ke Kampus Nibong Tebal dan dikenali sebagai Kampus Kejuruteraan, Seri
Ampangan, Nibong Tebal. Perpustakaan Pusat Islam ditubuhkan pada tahun 1990 di
Kampus Induk di bawah pentadbiran Pusat Islam. Pada tahun 2006, Perpustakaan Pusat
Islam telah diserahkan pentadbirannya kepadaPerpustakaan HamzahSendut. Pusat Ilmu
Translasional dan Maklumat (PITM), Institut Perubatan dan Pergigian Termaju telah
ditubuhkan pada Oktober 2002 dan mula beroperasi pada September 2003 di
Perpustakaan Hamzah Sendut 2, Pulau Pinang. Pada 20 Ogos 2006, PITM telah
berpindah ke lokasi sementara di Banguna IPPT di Lot 4, Bandar Putra Bertam,Kepala
Batas, Pulau Pinang. PITM juga turut mempunyai cawangan bertempat di pejabat satelit
IPPT iaitu di Hospital Kepala Batas, Hospital Besar Kuala Lumpur, Pusat Darah Negara
Kuala Lumpur serta Hospital USM Kubang Kerian.

b) CARTA ORGANISASI PERPUSTAKAAN

BIL NAMA JAWATAN

1. MOHD NASIR MD RASHID PEMANGKU KETUA USAHAWAN S54

2. JR. JAREENA ABDUL RASHID SETIAUSAHA PEJABAT N32

3. AINI YUSOH (KS) TIMBALAN KETUA PUSTAKAWAN S52

4. ZAIRANI ZAIREEN MOHD KHALIL PEMBANTU TADBIR (P/O) N19


5. ARINAWATI AYOB (KS) TIMBALAN KETUA PUSTAKAWAN
KANAN S54

6. NOOR FAZLINA MOHTAR SETIUSAHA PEJABAT N29

7. NOR AZAN IBRAHIM (KB) PENOLONG KETUA PUSTAKAWAN S48


(ARKIB USM)

8. MOHD KAMAL MOHD NAPIAH PENOLONG KETUA PUSTAKAWAN S48


(KB) (BAHAGIAN PEMBANGUNAN
KOLEKSI)

9. HUSRIATI HUSSAIN (KB) PENOLONG KETUA PUSTAKAWAN S48


(BAHAGIAN REPOSITORI &
PENERBITAN ILMIAH)

10. YUSLIZA JUSOH (KB) PENOLONG KETUA PUSTAKAWAN S48


(BAHAGIAN PENTADBIRAN &
KEWANGAN)

11. ASMA WATI IBRAHIM (KB) PUSTAKAWAN KANAN S44


(PENGURUSAN KORPORAT &
PENJANAAN KEWANGAN)

12. AHMAD FARIS HASSAN (KB) PUSTAKAWAN KANAN S44


(PENGURUSAN ASET, INVENTORI &
PENYELENGGARAAN)

13. MUSTAQEEM ABDULLAH (KB) PUSTAKAWAN KANAN S44


(PENGURUSAN SISTEM & TEKNOLOGI
MAKLUMAT

14. CIK RAMLAH CHE JAAFAR (KB) PENOLONG KETUA PUSTAKAWAN S48
(BAHAGIAN PENGURUSAN DATA
PENYELIDIKAN)

15. SHAHRIZA FADLY MISARIDIN PENOLONG KETUA PUSTAKAWAN S48


(KB) (BAHAGIAN RUJUKAN & SOKONGAN
AKADEMIK)

16. SUKMAWATI MUHAMAD (KB) PENOLONG KETUA PUSTAKAWAN S48


(BAHAGIAN KHIDMAT PELANGGAN)

c) KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Perpustakaan Universiti Sains Malaysia mempunyai beberapa pengkelasan koleksi,


diantaranya adalah koleksi rak terbuka iaitu pada koleksi ini terdapat koleksi buku
Bahasa Malaysia, koleksi Fiksyen dan Bacaan Ringan. koleksi Rujukan, koleksi Majalah
Berjilid dan koleksi Bahan Media.

(a) Koleksi Simpanan Khas (Bertanda merah/Red spot)


Buku teks dan nota syarahan yang dicadangkan oleh pensyarah. Koleksi ini dihadkan
kepada staf akademik, siswazah lanjutan dan pelajar sahaja.

(b) Koleksi Tesis


Hasil penulisan dan penyelidikan atau kajian yang dijalankan oleh pelajar Universiti
Sains Malaysia di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah.

(c) Koleksi Perkhidmatan Pendidikan Jarak Jauh (PPJJ)


Dikhaskan untuk pelajar PJJ sahaja dan juga terdapat di 10 Pusat Wilayah di
Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Senarai Pusat Wilayah

1. Alor Setar Kolej Sultan Abdul Hamid

2 Ipoh Sek. Men. Keb. Wira Jaya

3. Kuala Lumpur Sek. Men. Sains Selangor

4. Melaka Sek. Men. Keb. Tinggi Melaka

5. Kota Bharu Perpustakaan Hamdan Tahir, Universiti Sains Malaysia

6. Kuala Terengganu Sek. Men. Sultan Sulaiman

7. Kuantan Sek. Men. Sultan Abu Bakar

8. Kuching Kolej Datu Patinggi Abg. Hj. Abdillah

9. Kota Kinabalu Maktab Sabah

10. Arau Sek. Men. Keb. Agama Arau

● Pinjaman melalui Pos


Pelajar boleh memohon melalui surat atau e-mel. Bayaran kos penghantaran dan
pemulangan bahan (bungkusan berdaftar) ditanggung oleh pelajar.

● Perkhidmatan Fotostat
Setiap salinan fotostat bagi artikel/bab daripada buku akan dikenakan bayaran 10 sen
sehelai dan bayaran perkhidmatan pos.

*Nota: Cagaran sebanyak RM20.00 (Wang Pos Malaysia/Cek) atas nama Bendahari
USM bagi setiap perkhidmatan di atas.

(d) Koleksi Mikrobentuk


Koleksi ni terdiri daripada mikrofilem dan mikrofis

● Bahan boleh dipinjam dari i-Kaunter pada waktu pejabat dan hanya boleh dirujuk
di dalam Perpustakaan sahaja.

● Salinan Bahan Mikrobentuk


Salinan boleh dibuat dalam bentuk cetakan (RM2.00/muka surat) atau muat-turun
(RM0.50/muka surat).

(e) Koleksi Buku Haram


Bahan yang diharamkan oleh Kerajaan Malaysia kerana mengandungi unsur-unsur
kontroversi politik, agama, lucah dan sebagainya. Koleksi ini disimpan Bahagian
Malaysiana & Arkib dan hanya boleh dirujuk dengan membawa surat pengesahan
daripada Dekan/Ketua Jabatan berkenaan.

(f) Koleksi Malaysiana


Buku-buku dan risalah mengenai Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam serta
majalah yang diterbitkan di Malaysia.

(g) Koleksi Arkib USM


Buku-buku yang diterbitkan oleh Penerbit, latihan ilmiah pelajar, tesis staf akademik dan
pelajar, laporan projek penyelidikan oleh staf, penulisan mengenai USM, kertas- kerja
seminar anjuran USM serta bahan- bahan lain mengenai USM.

(h) Koleksi Buku Nadir


Buku yang diterbitkan di Malaysia sebelum tahun 1945, dan di luar Malaysia sebelum
abad ke-19. Merupakan naskhah yang sukar didapati kerana penerbitannya terhad.

(i) Koleksi Khas/Persendirian


Koleksi ini merupakan sumbangan daripada orang perseorangan atau pertubuhan yang
mempunyai nilai sejarah tanahair, seperti fail-fail milik perseorangan atau pertubuhan.
Terdapat 10 jenis koleksi tersebut iaitu:

i) Koleksi Gerald Hawkins


ii) KoleksiSharomAhmat
iii) Koleksi Kassim Ahmad
iv) Koleksi V. Veerappen
v) KoleksiLimKeanSiew
vi) Koleksi E. Balasingam
vii) Koleksi Chandra Muzaffar
viii)Koleksi Muhammad Haji Salleh
ix) KoleksiHamdanSheikhTahir
x) Koleksi Syed Hussein Alatas
xi) Koleksi Naib Canselor: Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak

(i) Koleksi Kaum Peranakan Asia Tenggara


Bahan-bahanberkaitankaum PeranakanAsiaTenggara yangterdiridaripadaJawiPeranakan,
CinaPeranakan, IndiaPeranakan(KaumChetty)danSiamPeranakan(KaumSam-Sam).

(k) Koleksi Risalah Malaysiana


Koleksi ini mengandungi risalah, artikel dan lain-lain mengenai Malaysia yang
mengandungi maklumat ringkas mengenai sesuatu judul seperti “Panduan Pindaan
Undang-Undang Pertubuhan Berdaftar” yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan Malaysia.

(l) Laporan Tahunan Syarikat


Koleksi ini mengandungi laporan tahunan syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham
Malaysia dan boleh dirujuk di Perpustakaan Hamzah Sendut 2.
d) PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN

i. PERKHIDMATAN

a) Perkhidmatan Rujukan dan Pencarian Maklumat


Perkhidmatan ini mengendalikan pertanyaan dan membantu pengguna mendapatkan maklumat
secara lebih berkesan. Pertanyaan boleh diajukan melalui e-mel, rujukan@usm.my .

o Pangkalan Data Dalam Talian Perpustakaan


Semua pangkalan data langganan boleh diakses di semua kampus melalui, www.lib.usm.my.
o Maklumat Industri dan Sains (MIDAS)
Perkhidmatan ini ditawarkan kepada syarikat perusahaan dan perdagangan di Pulau Pinang dan
Wilayah Utara Semenanjung Malaysia.
o perkhidmatan Pendidikan Pengguna
Bertujuan melatih pengguna mencari maklumat secara berkesan.
b) Penasihat Pembaca /i-Kaunter
Penasihat Pembaca akan membantu pengguna berkaitan perkhidmatan Perpustakaan.

c) Perkhidmatan Sirkulasi
Perpustakaan menyediakan perkhidmatan pinjaman secara layan diri atau melalui
kaunter-kaunter berikut:
Perpustakaan Hamzah Sendut

Koleks Koleksi

Malaysiana dan Arkib Koleksi Malaysiana, Koleksi Arkib USM,


Koleksi Khas/Persendirian, Koleksi Kaum
Peranakan Asia Tenggara, Buku Haram,
Buku Nadir, Risalah Malaysiana

Rujukan Bahan Rujukan Ringkas

Perpustakaan Hamzah Sendut 1

Kaunter Perkhidmatan Koleksi

Sirkulasi Buku rak terbuka

Media Bahan Media


Koleksi Simpanan Khas Buku Koleksi Simpanan Khas, Pendidikan
Jarak Jauh, Tesis dan Bahan Rujukan
Peperiksaan Perkhidmatan

Perpustakaan Hamzah Sendut 2

Kaunter Perkhidmatan Koleksi

Majalah Kini Majalah Kini, Akhbar Berjilid, Laporan


Syarikat

Tempahan dan pembaharuan pinjaman bahan boleh dilakukan secara dalam talian
(www.lib.usm.my) dan boleh dilakukan sekali sahaja sebelum tarikh pemulangan.

d) Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP)


Perkhidmatan ini disediakan bagi memperolehi bahan yang tidak terdapat dalam koleksi
Perpustakaan. Pengguna boleh membuat permohonan di Kaunter PAP atau melalui e-mel di
alamat: interlib@usm.my.

• Buku dibekalkan secara percuma kecuali jika pembekal mengenakan bayaran.


• Tempoh pinjman diberikan masa selama 14 hari.
• Buku yang dipohon dari luar Malaysia, bayaran penghantaran pas akan dikenakan
mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh pembekal.
• Artikel yang dipohon, bayaran adalah mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh
pembekal.
• Kadar bayaran boleh disemak di Kaunter PAP.
• Denda lewat pemulangan bahan adalah sebanyak RM1.00 sehari.

e) Perkhidmatan Perhubungan Pelanggan


Bahagian ini mengendalikan perkhidmatan seperti berikut:
• Aduan dan Maklum Balas Pelanggan
• i-Kuanter (PHS1)
• Perkhidmatan Faks
• Penggunaan Foyer Perpustakaan
• Pameran Koleksi Perpustakaan
• Lawatan pihak luar ke perpustakaan
• Surat lawatan pengguna untuk membuat rujukan di lain-lain Perpustakaan yang bukan
ahli PERPUN (IPTA dan IPTS yang menjadi ahli) dan agensi kerajaan.
• Hari Bersama Pelanggan/ pelajar

• Pinjaman dan pemulangan


Perkhidmatan pinjaman dan pemulangan disediakan kepada semua pengguna yang berdaftar
mengikut kelayakan masing-masing seperti berikut:
Kad keahlian hendaklah dikemukakan setiap kali berurusan di Kaunter Sirkulasi. Peminjam
dikehendaki memulangkan bahan sebelum atau pada tarikh pemulangan.
• Pembaharuan
Pembaharuan bahan boleh dilakukan dalam talian sebelum tarikh pemulangan. Bahan yang telah
melewati tarikh pemulangan dan pembaharuan kali kedua mestilah dilakukan di Kaunter
Sirkulasi.
• Tempahan
Tempahan bahan boleh dilakukan bagi bahan yang masih dalam pinjaman pengguna lain dan
boleh dibuat secara talian. Bahan yang ditempah akan disimpan di Kaunter Sirkulasi selama 7
hari, dan diberikan kepada penempah lain atau disusun kembali di rak sekiranya tidak dituntut.
• Pinjaman antara perpustakaan
Bahan yang boleh dipohon adalah buku dan salinan artikel bagi bahan yang tiada dalam koleksi.
Bahan media boleh dipohon dari Perpustakaan Induk dan Kejuruteraan sahaja.
• Perkhidmatan media
Urusan pinjaman dan pemulangan bahan media dilakukan di Kaunter Media. Pengguna boleh
menggunakan bahan media di Bilik Tayangan Perpustakaan atau dipinjam keluar.
• Pertanyaan Rujukan Dan pencarian Maklumat
Pengguna boleh mengemukakan pertanyaan melalui telefon, e-mel, surat atau datang terus ke
Kaunter Rujukan
• Program pendidikan pengguna
Perpustakaan menyediakan pelbagai jenis program pendidikan kepada pengguna berdasarkan
permintaan yang meliputi:
A. Program Orientasi perpustakaan
Program ini dijalankan untuk pelajar baharu bagi Kursus Ijazah dan Ijazah Sarjana.
B. Bengkel Kemahiran Literasi Maklumat
Pengguna diberi tunjuk ajar mengesan, menilai dan menggunakan sumber-sumber maklumat
dalam pelbagai bidang.
C. Bengkal Endnote
Peserta diajar penggunaan perisian Endnote untuk mengurus senarai rujukan dengan lebih mudah
dan efisien.
D. Klinik KRISALI (WebOPAC)
Individu dan kelompok kecil diajar menggunakan KRISALIS secara berkesan. Semua pelajar
baharu disarankan mengikuti latihan pada awal semester pertama.

• Pameran Buku
Terdiri daripada buku perolehan baharu serta pameran buku mengikut subjek tertentu. Pengguna
dibenarkan meminjam bahan yang dipamerkan.
• Pangkalan Data Langganan
Pengguna boleh mengakses pangkalan data langganan dalam talian sama ada di dalam atau luar
kampus. Akses dari luar kampus perlu melalui http://ezproxy.usm.my.
• Pangkalan Data Dalaman (In-house database)
Boleh diakses melalui laman web Perpustakaan dan hanya boleh dicapai di dalam kampus
sahaja.

ii. KEMUDAHAN

• Katalog Dalam Perpustakaan (KRISALIS)


Katalog Perpustakaan adalah rekod mengenai bahan yang terdapat di Perpustakaan. KRISALIS
disediakan di setiap tingkat di semua Perpustakaan USM.
• Bilik Pelbagai Guna dan Bilik Tayangan
Bilik ini digunakan untuk tayangan bahan dari koleksi bahan media Perpustakaan. Permohonan
boleh dibuat di Bahagian Perkhidmatan Media.
• Lokar
Perpustakaan menyediakan kemudahan loker berkunci kepada semua pengguna.

• Kotak Pemulangan Buku


Kemudahan ini disediakan di Perpustakaan Hamzah Sendut 1 dan 2 untuk pengguna
memulangkan buku rak terbuka sahaja.
• Kemudahan Orang Kelainan Upaya (OKU)
Beberapa kemudahan disediakan khas untuk golongan ini:
I. Kawasan membaca
II. Katalog Dalam Talian Perpustakaan (KRISALIS)
III. Internet
IV. Pinjaman bahan melalui orang perantaraan (surat kuasa diperlukan)
V. Pencarian bahan oleh staf perpustakaan (atas permintaan)
VI. Penggunaan lif
VII. Tandas
• Kawasan Hot Spot
Pengguna boleh mengakses internet melalui komputer riba di perpustakaan dengan mendaftar
terlebih dahulu di Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi (PPKT)
• Bilik perbincangan
Disediakan Khas untuk pengguna mengadakan sesi perbincangan dan perlu mendaftar terlebih
dahulu. Penggunaan mesti melebihi empat orang.
• Bilik Karet
Disediakan khas untuk pelajar lanjutan (sepenuh masa sahaja)
• Foyer
Pengguna boleh menempah foyer bagi tujuan mempromosi persatuan dan pusat pengajian.
• Stesen internet
Internet disediakan di Tingkat Bawah Perpustakaan untuk kegunaan secara percuma. Pengguna
perlu mendaftar di Kaunter Perkhidmatan Internet sebelum menggunakannya.
erkhidmatan Fotostat Perkhidmatan fotostat swasta secara layan diri disediakan di setiap tingkat.
• kawasan bacaan umum (dilengkapi WiFi)
• Kawasan bacaan 24 jam (dilengkapi WiFi)
• Bilik penyelidikan
• Makmal komputer
• Surau
• Kawasan penggunaan telefon bimbit
• Kawasan pengecasan komputer riba
• KRISALIS (WebOPAC)

• Bilik Tayangan
• Bilik seminar
• Mesin Fotostat
• Kiosk Maklumat

3.0 BAHAGIAN 2: LIBRARY OF CONGRESS


PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG LIBRARY OF CONGRESS

Perpustakaan Kongres atau dikenali sebagai Library of Congress merupakan


perpustakaan yang terbesar di dunia dan terletak di Washington D.C. Ia menjadi tempat
penyelidikan utama bagi Kongres A.S dan rumah bagi Pejabat Hak Cipta A.S. Di sini,
pelbagai sumber pengetahuan yang kaya dan pelbagai dapat diakses dengan mudah.
Selain itu, perpustakaan ini juga mempunyai kakitangan bertaraf dunia yang bersedia
untuk membantu secara peribadi dan dalam talian. Ia mempunyai laman web rasmi yang
boleh diakses secara atas talian. Pembangunan laman web ini memudahkan pengguna-
pengguna dari negara luar untuk meneroka perpustakaan tersebut dengan mudah dan
pantas.

Carla Hayden, Ketua Pegawai Eksekutif Enoch Pratt Free Library di Baltimore,
Maryland, telah dicalonkan oleh Presiden Barack Obama untuk menjadi Pustakawan
Kongres ke-14 pada 2016. Beliau mewarisi sebuah institusi global yang unik, yang
terkenal di peringkat antarabangsa dengan perkhidmatannya yang bebas dan tidak
memihak kepada Kongres, perpustakaan, penyelidik dan orang ramai di Amerika
Syarikat dan di seluruh dunia. Beliau juga merupakan wanita pertama Afrika-Amerika
yang berkhidmat sebagai pustakawan.
b) CARTA ORGANISASI PERPUSTAKAAN

i. OFFICE OF THE INSPECTOR GENERAL (PEJABAT INSPEKTOR NEGARA)

BIL. JAWATAN NAMA

1. Librarian of Congress (Pustakawan Kongres)

Carla
Hayden

Principal Deputy Librarian of Congress (Timbalan Ketua


2.
Pustakawan Kongres)
J. Mark
Sweeney

Chief Information Officer (Ketua Pegawai Maklumat),


3. Judith Conklin
Office of the Chief Information Officer (Pejabat Ketua
Pegawai Penerangan)

4. Chief Operating Officer (Ketua Pegawai Operasi) Edward R.


Jablonski

Director of Congressional Research Service (Pengarah


5. Mary B. Mazanec
Perkhidmatan Penyelidikan Kongres)
Register of Copyrights and Director (Daftar Hak Cipta
6. Shira Perlmutter
dan Pengarah),United States Copyright Office (Pejabat
Hak Cipta Amerika Syarikat)

ii. OFFICE OF THE LIBRARIAN (PEJABAT PUSTAKAWAN)

BIL. JAWATAN NAMA

Chief of Staff (Ketua Kakitangan),Office of the Chief of


1. Ryan Ramsey
Staff (Pejabat Ketua Staf)

Chief Communications Officer (Ketua


Roswell Encina
Pegawai Komunikasi),Office of Communications and
2. External Relations (Pejabat Komunikasi dan
Perhubungan Luar)
iii. LIBRARY COLLECTIONS AND SERVICES GROUP

(KUMPULAN KOLEKSI DAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN)

BIL. JAWATAN NAMA

Deputy Librarian for Library Collections and Services


1.
(Timbalan Pustakawan bagi Koleksi dan Perkhidmatan
Perpustakaan) Robin L. Dale

Director of National Library Service for the Blind and


Print Disabled (Pengarah Perkhidmatan Perpustakaan
2. Negara untuk Orang Buta dan Orang Kurang Upaya) Jason Broughton

Law Librarian (Pustakawan Undang-undang), Law


3. Aslihan Bulut
Library (Perpustakaan Undang-undang)
Associate Librarian for Researcher and Collections
Services (Pustakawan Bersekutu untuk
4. Perkhidmatan Penyelidik dan Koleksi),

Researcher and Collections Services Vacant


(Perkhidmatan Penyelidik dan Koleksi)

Acting Associate Librarian for Discovery and


Preservation Services (Pemangku Pustakawan
5. Bersekutu untuk Perkhidmatan Penemuan dan
Pemeliharaan),Discovery and Preservation Services
(Perkhidmatan Penemuan dan Pemeliharaan) Katherine R. Zwaard
c) KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Pada hari ini, Perpustakaan Kongres menjadi sumber dunia yang tiada tandingannya.
Pengumpulan lebih daripada 173 juta item termasuk lebih daripada 51 juta buku
berkatalog dan bahan cetakan lain dalam 470 bahasa, lebih daripada 75 juta
manuskrip, koleksi buku langka terbesar di Amerika Utara dan koleksi bahan
undang-undang, filem, peta, helaian muzik dan rakaman suara terbesar di dunia.

Berikut ialah beberapa koleksi yang terdapat di Perpustakaan Kongres:

1. General Collections

Koleksi buku dan risalah perpustakaan yang disusun mengikut Skim Klasifikasi
Perpustakaan Kongres yang biasa dikenali sebagai koleksi umum. Bahan boleh
ditemui menggunakan Katalog Dalam Talian Perpustakaan Kongres dan boleh
diakses oleh penyelidik di bilik bacaan perpustakaan berikut:

● Main Reading Room

● Business Reference Services

● The Law Library of Congress

● Local History and Genealogy

● Newspaper and Current Periodical

● Science Reference Services

● Children’s Literature Center

2. Special Format Collection

Koleksi format khas perpustakaan termasuk gambar, peta, muzik, bunyi, filem,
manuskrip dan media lain. Perpustakaan menyediakan ratusan koleksi format,
bahasa dan subjek khas melalui pelbagai alat pengkatalogan dan rujukan di bilik
bacaan khususnya:

● American Folklife Center

● Geography and Map

● Manuscript

● Microform

● Motion Picture and Television

● Performing Arts

● Prints and Photographs

● Rare Book and Special Collections

● Recorded Sound Reference Center

● Technical Reports and Standards

3. International Collections

Koleksi antarabangsa perpustakaan terdiri daripada bahan-bahan dari seluruh


dunia dan bahan-bahan bahasa asingnya menakjubkan dalam skop dan kualitinya.
Akses kepada koleksi antarabangsa berbeza mengikut bahasa dan jenis bahan.
Bilik bacaan perpustakaan adalah pintu masuk utama kepada sumber ini. Bilik
bacaan perpustakaan ini menawarkan bantuan rujukan yang mendalam,
menyediakan taklimat substantif mengenai pelbagai subjek yang berkaitan dengan
negara, bahasa dan budaya yang terdapat dalam koleksi mereka dan menghasilkan
panduan kepada sumber perpustakaan tertentu serta bekerjasama dalam
membangunkan dan memelihara koleksi perpustakaan yang tiada tandingan.

Perpustakaan ini menyediakan akses kepada bahan bahasa asingnya melalui


pelbagai alat pengkatalogan dan rujukan di bilik bacaan berikut:

● Asian

● African and Middle Eastern

● European

● Hispanic

a) PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN

PERKHIDMATAN

i. Pengkatalogan dan Pemerolehan


Perpustakaan Kongres memperoleh bahan dalam semua format iaitu buku, terbitan berkala, peta,
muzik, cetakan, gambar, rakaman suara, video, elektronik dan sebagainya dalam semua mata
pelajaran kecuali pertanian, teknikal dan perubatan klinikal dari seluruh dunia. Mereka
menggunakan enam kaedah untuk memperoleh bahan iaitu pengkatalogan dalam penerbitan, Hak
Cipta, pertukaran, hadiah, pemindahan persekutuan dan pembelian. Koleksi ini dibentuk oleh
Penyata Dasar Koleksi Perpustakaan dan berjumlah lebih 138,000,000 item.

ii. Penerangan Arkib


Ia merupakan sistem panducari contoh dan piawaian. Ia membantu untuk mencipta rekod katalog
dan mencari alat bantu untuk penemuan dan penggunaan kertas peribadi, rekod organisasi dan
koleksi arkib lain.
iii. Khidmat Tanya Pustakawan
Pengguna boleh mendapatkan bantuan pakar daripada pustakawan dan pakar subjek penyelidikan
mengenai persoalan kajian dan bantuan menggunakan perpustakaan.

iv. Pengkatalogan/Pengelasan
Perkhidmatan pengkatalogan perpustakaan termasuk pencarian perbendaharaan kata, klasifikasi,
dasar, produk, latihan & program kerjasama.

v. Hak Cipta
Pejabat Hak Cipta A.S., sebuah jabatan Perpustakaan, mentadbir undang-undang hak cipta
Negara dan menawarkan perkhidmatan serta sokongan kepada pengarang dan pengguna karya
kreatif.

vi. Perkhidmatan Penduaan


Menyediakan salinan digital, mikrofilem & kertas, serta pengeluaran semula tersuai dengan
bayaran daripada koleksi Perpustakaan.

vii. Bahagian Penyelidikan Persekutuan


Bahagian Penyelidikan Persekutuan (FRD) ialah unit penyelidikan dan analisis dalam
Perpustakaan Kongres. Ia menyediakan produk dan perkhidmatan tersuai menggunakan koleksi
bahasa Inggeris dan bahasa asing Perpustakaan yang meluas, bahan sumber terbuka dan
kepakaran kakitangan.

viii. Pinjaman Antara Perpustakaan


Mana-mana perpustakaan tempatan boleh membuat pinjaman bahan daripada Perpustakaan
Kongres bagi pihak peminjam.

ix. Perpustakaan Undang-undang


Perkhidmatan penyelidikan dan rujukan komprehensif kepada Kongres dan orang ramai
mengenai undang-undang asing, undang-undang perbandingan, undang- undang antarabangsa
dan undang-undang A.S.

x. Kad Perpustakaan
Untuk memulakan penyelidikan di Perpustakaan Kongres, kad pengenalan pembaca keluaran
perpustakaan boleh didapatkan.

xi. Penerbitan
Sumber untuk penerbit, editor dan orang ramai yang berminat dengan penerbitan perpustakaan
dan peluang penerbitan bersama.

xii. Penerangan sumber dan akses


Menyediakan informasi berkaitan penerangan sumber dan akses termasuk dasar pengkatalogan,
amalan, latihan dan banyak lagi.

KEMUDAHAN

i. Library of Congress Public Web Site: Maklumat tentang perkhidmatan dan aktiviti, acara
awam harian, kawasan lawatan dan maklumat pelancongan, dan banyak lagi.

ii. Library Shop: Dibuka Selasa hingga Sabtu dari pukul 10 pagi hingga 5 petang. Turut
dibangunkan kedai dalam talian di shopify.

iii. Wireless Network

iv. Concerts, Lectures and Other Events

v. Young Readers Center and Program Lab


vi. Virtual Student Workshops

vii. Concerts From the Library

viii. Virtual Exhibitions

ix. Digital Pathway

x. Reading Rooms

xi. Exhibitions

4.0 PERBANDINGAN PERPUSTAKAAN YANG DILAWATI

BIL PERPUSTAKAAN USM LIBRARY OF CONGRESS

1 Terletak di Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia Terletak di Washington D.C


Amerika Syarikat

2 Menggunakan 3 susunan organisasi iaitu pejabat Menggunakan 3 susunan


ketua pustakawan, seksyen pengurusan teknikal organisasi utama iaitu
dan seksyen pengurusan perkhidmatan. Organisasi Pejabat Inspektor
Negara, Pejabat Pustakawan
dan Organisasi Kumpulan
Koleksi dan Perkhidmatan
Perpustakaan.

3 Laman web rasmi perpustakaan menggunakan Perkongsian maklumat dalam


bahasa Inggeris tetapi bahan dan koleksi yang web rasmi hanya
berada di dalam perpustakaan mempunyai bahasa menggunakan Bahasa
Inggeris dan Bahasa Melayu Inggeris.

4 Mempunyai kemudahan orang kelainan upaya di Mempunyai kemudahan


dalam perpustakaan. kerusi roda.

5 Tidak mempunyai kedai perpustakaan Mempunyai Library Shop dan


kedai atas talian di Shopify.

6 Mempunyai 2,500,000 koleksi perpustakaan Mempunyai 173,000,000


koleksi perpustakaan.

7 Tiada subjek carian terbanyak dan trending di Terdapat subjek carian


laman web muka depan perpustakaan terbanyak dan trending yang
terdapat di laman web muka
depan perpustakaan

8 Mempunyai Virtual Tour yang membolehkan Tidak mempunyai virtual tour


pengunjung di internet melihat di dalam kawasan yang membolehkan
perpustakaan ini. pengunjung di internet untuk
melihat di dalam kawasan
perpustakaan ini
5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN UNTUK PERPUSTAKAAN UKM

Hasil dari lawatan yang telah dibuat untuk kedua-dua perpustakaan yang telah kami pilih,
terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang kami cadangkan kepada pihak perpustakaan
UKM. Cadangan pertama, pihak perpustakaan hendaklah meningkatkan usaha memperkenalkan
kelebihan yang terdapat di perpustakaan kepada mahasiswa terutamanya pelajar baru. Hal ini
kerana, masih ramai pelajar yang tidak menyedari bahawa UKM mempunyai perpustakaan yang
mempunyai pelbagai kemudahan yang lengkap dan antara yang terbaik di Malaysia.

Selain itu, pihak perpustakaan hendaklah membuat kempen kesedaran atau menganjurkan
seminar di setiap fakulti terutamanya kepada pelajar tahun satu agar dapat menarik minat mereka
untuk lebih mengenali perpustakaan.

Disamping itu, pihak perpustakaan hendaklah menggunakan platform media sosial seperti
Facebook, Instagram atau tiktok untuk memberi pendedahkan kepada pelajar tentang kelebihan
dan kemudahan yang ada di perpustakaan UKM dan bekerjasama dengan kelab-kelab yang ada
dalam universiti bagi membantu mempromosikan perpustakaan ukm kepada pelajar.

Akhir sekali, pihak perpustakaan boleh hendaklah sentiasa menaiktaraf sistem website rasmi
perpustakaan. Hal ini penting kerana terdapat beberapa situasi yang berlaku apabila pelajar
merujuk buku yang hendak dipinjam berstatus masih ada di website tetapi apabila mencari di
perpustakaan buku tersebut tidak terdapat.

RUMUSAN
Perpustakaan adalah tempat untuk mencari maklumat kepada semua pelanggannya tidak umur
bangsa dan jantina dan ianya membantu untuk mereka untuk mengkaji kajian untuk menambah
baik apa permasalahan yang berlaku contohnya kepada pelajar perpustakaan menjadi tempat
untuk mereka mencari maklumat bagi menyiapkan kajian mereka dalam kehidupan ini. Ada juga
pelanggan yang mencari maklumat untuk membantunya dari segi kewangan, kesihatan dan
sebagainya. Dengan adanya kemudahan dan keselesaan yang ada di perpustakaan ianya akan
menarik ramai pengunjung untuk datang perpustakaan itu untuk menimba ilmu dan mencari
maklumat. Selain itu dengan adanya laman web dan sistem carian ianya memudahkan lagi bagi
pelanggan untuk mencarinya dengan cepat dan tepat. Perkhidmatan pelanggan seperti
peminjaman buku melalui pos dan drive thru juga memudahkan pelanggan bagi mendapat bahan
dan buku yang diingini. Akhir sekali mungkin masih ramai yang tidak tahu kelebihan dan
kemudahan di perpustakaan ini bila mereka tidak tahu mungkin tidak akan mengunjunginya dan
hanya menganggap bahawa perpustakaan hanya membaca buku sahaja.

You might also like