Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

 

“DRIFT TRIKE BIKE”

oleh:

Roland Tsok Vui Liang


(roland@kkmiri.edu.my)
(Face book Drift Trike Bike Community - Miri)
Kolej Komunit Miri
5600 Jalan permyjaya utama
Bandar baru permyjaya
98100 miri, sarawak

ABSTRAK

Program tranformasi nasional adalah usaha kerajaan untuk menjadikan Negara Malaysia sebuah
Negara yang berdaya saing yang menerapkan budaya inovasi dan kreativiti, seiring dengan usaha
kerajaan yang membentuk masyarakat menjadi golongan yang berwawasan tinggi terhadap
inovasi dan kreativit. “Drift trike bike” adalah sebuah jentera basikal atau pun motorsikal yang
digabungkan menjadi tiga roda dan dipacu menggunakan kuasa enjin motorsikal berjenama
honda dengan kuasa pecutan 100cc, sistem gear dikekalkan dengan transmisi 4 kelajuan cuma
kendalian transmisi agak berbeza daripada motosikal yang dimana kendalian transmisi ini
mengunakan tangan. Sistem brek pula terdiri daripada gabungan cekera disc depan dan angkup
belakang dengan menggunakan pump yang diletakkan pada bahagian batang handle. Kerangka
pula dibina daripada besi berbentuk segi empat dan batang fork berbentuk bulat yang dikimpal
berdasarkan saiz tayar yang digunakan. Bangku dihasilkan daripada bahan fiber glass dan dilapis
menggunakan penebat getah. Komponen bahgian belakang pula terdiri daripada batang shaft
yang dilarik mengikut kesesuaian saiz rim go kart, tayar go kart yang diselitkan paip pvc
digunakan bagi memudahkan ianya menggelongsor ketika daya tujahan dihasilkan daripada
hantaran kuasa motor. “Drift trike bike” boleh ditakrifkan sebagai kenderaan bermotor,
motosikal atau moped. “Drift trike bike” direka cipta bagi memupuk budaya inovasi dan
kreativiti dikalangan pelajar-pelajar Kolej Komuniti Miri Sarawak bagi program sijil
penyenggaraan industri di semester akhir iaitu semester 3 sebelum pelajar keluar ke alam
industri. Kumpulan sasaran projek ini terdiri daripada semua pelajar semester akhir sesi julai
2013 dan sesi November 2013. Projek ini bermula daripada sebuah lakaran ynag menggunakan
program auto CAD seterusnya proses pembinaan kerangka, pemesinan kelengkapan komponen,
penyambungan dan pencantuman komponen-komponen kerangka bahagian hadapan dan
bahagian belakang sehingga menjadi sebuah motorsikal yang beroda tiga. Disini pelajar di
semester akhir akan mempraktik sepenuhnya kemahiran teknikal mereka yang telah pelajari
daripada semester 1 hingga semester 3. Dengan itu pelajar-pelajar lebih mahir dan lebih kreatif
sejurus itu juga menarik minat pelajar dalam pembelajaran dan pengajaran. Projek ini juga secara
tidak lansung dapat mengembangkan potensi pelajar dalam mencuba sesuatu yang baru ,
memupuk semangat inovasi, meningkatkan daya saing yang sihat dikalangan pelajar ,

 
 

meningkatkan rasa kebertanggungjawab terhadap tugas-tugas yang diberi dan secara lansung
menghasilkan pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai kemahiran.

You might also like