SSAJ Skema GG PP3 2020

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

SULIT*

1. Huraikan teori keusahawanan yang berikut;


Bahagian A 4
(i) Pendekatan Ekonomi (50 Markah)
(ii) Pendekatan Psikologi

(i) Pendekatan Ekonomi


 mengikut Joseph Schumpeter (1990), usahawan ialah orang yang
memperkenalkan inovasi sebagai inti keusahawanan [1]
 Alfred Marshal (1946) pula mendefinisikan usahawan melalui proses masa,
iaitu evolusi perniagaan daripada mulakan perniagaan sehinggalah perniagaan
itu dibubarkan. [1]
 Israel Kirzner memberikan definisi usahawan sebagai orang tengah dan
mengaut keuntungan.

\
(ii) Pendekatan Psikologi
 Rotter (1966) memperkenalkan model baka bahawa seseorang yang bergelar
usahawan akan sentiasa cenderung untuk memiliki ciri-ciri yang lahir daripada
identitinya sendiri.

 McClelland memperkenalkan model motivasi keusahawanan bahawa


seseorang usahwan mempunyai kehendak pencapaian yang tinggi dan berani
memikul tanggungjawab yang diberikan kepadanya

 De Vries memperkenalkan model psikodinamik jika seseorang individu


sentiasa hidup dalam keadaan tertekan dan tidak mendapat kemudahan-
kemudahan tertentu semasa kecil, individu tersebut akan terdorong untuk
membuktikan keupayaannya kepada dunia apabila mencapai usia dewasa.
[H2x2 = 4m]

2. Jelaskan tiga langkah pertama dalam proses merealisasikan produk baru iaitu jalanraya
menggunakan campuran getah 6

Proses merealisasikan produk baru jalanraya menggunakan campuran getah


ialah:

 Tahap idea - Usahawan akan kumpul dan kenal pasti idea-idea untuk
menghasilkan jalanraya menggunakan getah yang boleh menjanjikan kejayaan
seperti idea reka bentuk yang boleh memberi cenkaman yang baik

 Tahap menapis idea - Pemilihan Idea yang baik dan praktikal bagi jalanraya
yang boleh menyerap hentakan dengan lebih baik

 Tahap membina konsep - Idea yang telah dipilih akan diterjemahkan melalui
gambaran jalanraya yang dikehendaki seperti lebih selamat dan tahan dalam
sebarang keadaan cuaca.
[F-1, KK-1, 3 x 2m = 6m]
[Tidak kait dengan kes, markah = 0]

3. Nyatakan kaedah menjana dan mengembangkan idea perniagaan 4


Kaedah menjana dan mengembangkan idea ialah:
 Sumbang saran
 Kumpulan fokus
 Soal selidik

SKEMA GERAK GEMPUR 2020 PP3 SMKSAJ Lihat sebelah


SULIT*
SULIT*

 Pemerhatian
[F-1 = 4m]
4. Terangkan kepentingan rancangan perniagaan kepada pembiaya dan pelabur bagi 4
sebuah syarikat pengeluar perabot
1. Kepentingan rancangan perniagaan kepada pembiaya dan pelabur bagi
sebuah syarikat penegeluar perabot :

Pembiaya :
- untuk melihat keupayaan sykt menghasilkan aliran tunai dan keupayaan
membayar balik pinjaman yang akan diluluskan.
- untuk melihat jumlah modal yang diperlukan oleh syarikat.

Pelabur :
- untuk menilai potensi masa hadapan syarikat
- untuk membuat keputusan sama ada akan membuat pelanuran atau tidak
dalam syarikat.
- untuk menentukan sama ada akan menambahkan pelaburannya atau
sebaliknya di syarikat perabot tersebut.
- untuk membandingkan prestasi perniagaan dengan rancangan perniagaan.

Setiap huraian jawapan hendaklah dikaitkan


dengan situasi pembiaya & pelabur di syarikat perabot.
[ ( 2H = 2M ) x 2 = 4 markah ]

5. Senaraikan tiga elemen yang perlu dihuraikan dalam rancangan pengeluaran bagi 6
sebuah rancangan perniagaan.

1) Produk yang dikeluarkan oleh perniagaan


-jenis produk yang ditawarkan sama ada barang atau perkhidmatan.

2) Proses pengeluaran
- bagaimana input ditukarkan kepada output dengan menggunakan carta

3) proses pengeluaran, gambar rajah proses pengeluaran dan langkah2 dalam


proses pengeluaran.

4) Kapasiti mesin
- keupayaan pengeluaran yang boleh dihasilkan oleh setiap mesin yang
digunakan dalam tempoh masa mengikut jam, hari, minggu, bulan atau
tahun.

5) Rancangan volum pengeluaran


- volum pengeluaran yang dirancang dalam jangka masa tertentu seperti
hari, minggu, bulan atau tahun.
- menentukan asas rancangan volum pengeluaran sama ada mengikut
permintaan pasaran atau sebagainya.

6) Mesin dan peralatan/ teknologi


- maklumat tentang mesin dan peralatan yang digunakan seperti nama
mesin, model, spesifikasi dan sebagainya.

7) Perabot dan kelengkapan

SKEMA GERAK GEMPUR 2020 PP3 SMKSAJ Lihat sebelah


SULIT*
SULIT*

- maklumat tentang perabot dan kelengkapan seperti nama perabot,


harga belian, susut nilai, dan sebagainya,

8) Susun atur loji dan mesin


- lakaran susun atur loji dan mesin dalam bahagian pengeluaran.

9) Bahan mentah
- bahan mentah yang digunakan dalam aktiviti pengilangan atau
pembuatan.
- nama bahan mentah yang digunakan, senarai pembekal dan alamat
pembekal, jumlah kuantiti bahan mentah yang diperlukan dan
harganya.

10) Tenaga kerja


- menyenaraikan nama pekerja2 yang terlibat dalam mengeluarkan
produk, nama jawatan, senarai bayaran gaji dan elaun lain kepada
pekerja, status pekerja, tugas, tanggungjawab dan sebagainya.

11) Jaminan kualiti

[ (1 F = 1M) x 4 = 4 markah ]

6. Jelaskan tiga tahap perniagaan antarabangsa yang terlibat oleh syarikat pengeluar 6
kereta terkemuka TOYOTA Motor Corporation.

Tahap-tahap Perniagaan Antarabangsa yang terlibat oleh syarikat pengeluar kereta


terkemuka TOYOTA Motor Corporation ialah:
1. Tahap domestik [1]
-perniagaan TOYOTA Motor Corporation yang menjalankan aktiviti di
peringkat tempatan/dalam Negara iaitu Jepun[1]
-menjalankan urusniaga jual beli kereta dalam lingkungan sempadan negara[1]
-penggunaan mata wang adalah sama semasa jual beli kereta[1]
-contoh : TOYOTA Motor Corporation menjual kereta dalam Negara Jepun
sahaja [1]

2. Tahap Antarabangsa [1]


- TOYOTA Motor Corporation menjalankan aktiviti penjualan kereta dengan
negara lain[1]
- TOYOTA Motor Corporation mempunyai persaingan yang luas dengan
pengeluar kereta dari negara lain[1]
-contoh: TOYOTA Motor Corporation dari Negara Jepun mengeksport kereta
ke negara lain [1]

3. Tahap multinasional [1]


-Syarikat tempatan atau syarikat asing yang menjalankan operasi

SKEMA GERAK GEMPUR 2020 PP3 SMKSAJ Lihat sebelah


SULIT*
SULIT*

perniagaannya di sesebuah negara asing. [1]


- TOYOTA Motor Corporation syarikat kereta dari Jepun membuka kilang
pembuatan kereta di Thailand dan akan menjual kereta buatan nya di Thailand
dan sekitarnya.[1]
4. Tahap Global
- Toyota Motor Coorporation beroperasi dipelbagai tempat di merata dunia
bertujuan menjalankan perniagaan dan mendapatkan keuntungan.
Fakta Khusus: 3 x 1 = 3 markah

Huraian/contoh : 3 x 1 = 3 markah
Nota: Mesti dikaitkan dengan Syarikat Toyota
7. a) Nyatakan empat konsep lokalisasi dalam konteks perniagaan antarabagsa bagi 4
sebuah perniagaan francais restoran makanan segera KFC Holding (Malaysia) Bhd.
Empat konsep lokalisasi dalam konteks perniagaan antarabagsa bagi sebuah
perniagaan francais restoran makanan segera KFC Holding (Malaysia) Bhd.
Ialah:

1. Lokalisasi Produk:
2. Lokalisasi laba /keuntungan
3. Lokalisasi pengeluaran: .
4. Lokalisasi Pengurusan
Fakta Khusus: 4 x 1 = 4 markah

8. Jelaskan tiga kempen kerajaan yang dijalankan untuk melindungi industri tempatan 6
bagi negara yang terlibat dengan perniagaan antarabangsa.
Tiga tempen kerajaan yang dijalankan untuk melindungi industri tempatan
bagi negara yang terlibat dengan perniagaan antarabangsa.
1. Zon Perdagangan Bebas
Zon bebas adalah satu kawasan yang berada di luar kawasan utama kastam
yang terdiri daripada Zon Perdagangan Bebas dan Zon Perindustrian
bebas.

2. Koridor Raya Multimedia (MSC)


Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor – MSC) merupakan
zon pelaburan khas yang diwujudkan bagi membolehkan syarikat
berteknologi tinggi bekerjasama untuk memajukan bidang teknologi
maklumat.

3. Galakan Cukai
Galakan cukai merujuk pada insentif yang diberikan oleh pihak kerajaan
dalam bentuk percukaian kepada pelabur Pengecualian dan pengurangan
cukai dalam sector-sektortertentu.

4. Pengecualian cukai
Pengecualian cukai merujuk kepada penggunaan wang untuk sesuatu

SKEMA GERAK GEMPUR 2020 PP3 SMKSAJ Lihat sebelah


SULIT*
SULIT*

perbelanjaan boleh ditolak daripada pembayaran cukai.

5. Pembiayaan Eksport
Pembiayaan eksport merujuk pada penyediaan kemudahan pembiayaan
kepada syarikat yang menjalankan perniagaan mengeksport produk ke luar
Negara.

6. Taraf Printis
Di bawah taraf printis, kerajaan akan memberi pengecualian cukai
keuntungan kepada pelabur baharu untuk satu tempoh antara dua tahun
himgga lima tahun.

7. Subsidi
Subsidi merupakan bantuan yang diberikan oleh kerajaan samaada dalam
bentuk bayaran langsung atau memberi kesan secara langsung terhadap
perniagaan.

8. Kempen Beli Barangan Malaysia


Menggakkan rakyat membeli produk keluaran tempatan.
Fakta Khusus: 3 x 1 =
3 markah
Huraian : 3 x 1 = 3 markah

9. Jelaskan tiga pihak berkepentingan (pemilik taruh) sekunder dalam melaksanakan 6


tanggungjawab sosial.

Tiga pihak berkepentingan (pemilik taruh) sekunder dalam melaksanakan


tanggungjawab sosial ialah seperti berikut:

Pihak berkepentingan sekunder ialah:


1. Kerajaan
- Pihak yang berkuasa untuk menggubal undang-undang, membentuk
peraturan dan kawalan supaya dapat menjamin sistem perniagaan di
sesebuah negara berjalan lancar.
- Menstabilkan ekonomi negara, menggalakkan aktiviti perniagaan,
meningkatkan gunatenaga dan melindungi pengguna, pekerja, masyarakat
serta alam sekitar.

2. Media
- Ialah saluran komunikasi yang digunakan oleh perniagaan untuk
meyampaikan maklumat tentang barangan yang ditawarkan di pasaran
sama ada media cetak atau media elektronik.
- Saluran media membantu orang awam memperoleh maklumat terkini
tentang aktiviti perniagaan, keadaan pasaran dan kedudukan ekonomi
dalam neegara dan antarabangsa.

3. Masyarakat
- Masyarakat ialah komuniti setempat di mana organisasi menjalankan
aktiviti perniagaan yang akan menjadi pelanggan dan pengguna produk
yang dihasilkan dan dipasarkan oleh perniagaan.
- Masyarakat menawarkan guna tenaga kepada perniagaan supaya dapat
terus beroperasi dalm pasaran.

SKEMA GERAK GEMPUR 2020 PP3 SMKSAJ Lihat sebelah


SULIT*
SULIT*

4. Kumpulan Pendesak
- Kumpulan pendesak merupakan organisasi bukan bermotifkan keuntungan
yang ditubuhkan oleh individu atau sekumpulan individu bertujuan untuk
memperjuangkan sesuatu isu yang mempunyai kepentingan terhadap
masyarakat dan negara.
- Kumpulan ini akan cuba mempengaruhi, mendedak dan memberikan
tekanan kepada perniagaan dan kerajaan untuk menukarkan polisi dan
keputusan tertentu supaya matlamat mereka tercapai.

Pilih mana- mana 3 fakta yang pertama:


1F + 1H = 2m x 3= 6m
*terima mana-mana huraian/contoh yang bersesuaian
10. Terangkan dua bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dan dua jenis 4
tuntutan yang boleh dikemukakan.

Dua bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia ialah seperti berikut:
1. Mendengar dan mengadili tuntutan – tuntutan yang dibuat di bawah Akta
Perlindungan Pengguna 1999 dan tertakluk kepada Akta tersebut.
2. Mendengar apa-apa tuntutan berkaitan barang atau perkhidmatan yang baginya
tiada mekanisme tebus rugi diperuntukan di bawah mana – mana undang –
undang bertulis.
3. Menyediakan satu saluran alternatif kpd pengguna untuk mebuat tuntutan
gantirugi berkenaan pembelian barang atau perkhidmatan dengan cara mudah,
cepat dan murah.
Pilih mana-mana 2 fakta yg pertama
2F x 1m = 2m

Dua jenis tuntutan yang boleh dikemukan ialah;


1. Kegiatan perniagaan yang mengelirukan dan bertujuan memperdaya, membuat
representasi palsu dan amalan tidak adil dalam perniagaan.
2. Penjualan barang dan perkhidmatan yang membahayakan keselamatan dan
kesihatan pengguna.
3. Hak terhadap pembekal berkenaan waranti tersirat tentang pembekalan barang.
4. Hak terhadap pembekal berkenaan waranti tersirat tentang pembekalan
perkhidmatan.
5. Hak terhadap pengilang berkenaan waranti nyata tentang pengilangan barang.
Pilih mana-mana 2 fakta yg pertama
2f x 1m = 2m

SKEMA GERAK GEMPUR 2020 PP3 SMKSAJ Lihat sebelah


SULIT*
SULIT*

Bahagian B
(50 markah)

Baca kajian kes di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.

11. Mydin Mohamed Holding Berhad (Mydin), mengamalkan kegiatan pembelian secara
pukal untuk menikmati harga yang lebih rendah daripada pengeluar. Konsep penjimatan kos
ini bertepatan dengan falsafah perniagaan Mydin yang menawarkan pelbagai pilihan barang
kepada pengguna pada harga borong. Selain itu, Mydin turut berjaya meraih keyakinan para
pembeli beragama Islam dengan menawarkan pelbagai produk yang dapat memenuhi
keperluan golongan ini seperti sejadah, barang hiasan berkonsepkan Islam dan pakaian ihram.

Pendekatan harga rendah yang merupakan falsafah perniagaan Mydin ternyata meningkatkan
imej perniagaan tempatan dan menambah nilai promosi pada tanggungjawab sosial korporat.
Pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat oleh Mydin yang memfokus pada usaha
memenuhi keperluan golongan kurang bernasib baik seperti ibu tunggal dan anak-anak yatim,
telah membantu meningkatkan imej perniagaan di mata orang ramai. Antaranya, Mydin
memberi duit raya kepada anak-anak yatim, selain membawa mereka membeli belah dan
menjamu selera menjelang perayaan Hari Raya Puasa.

Di samping itu, pemilik Mydin, Dato’ Ameer Ali sering mewakili Mydin bagi memberi
ceramah motivasi kepada pelajar dan usahawan muda. Dalam ceramah tersebut, Dato’ Ameer
Ali akan berkongsi ilmu dengan mereka tentang selok belok perniagaan dan cara-cara untuk
berjaya dalam perniagaan. Walaupun Dato’ Ameer Ali amat dikenali ramai sebagai seorang
usahawan yang amat berjaya, beliau lebih selesa melabelkan dirinya sebagai seorang
pemimpin yang rendah diri, bertanggungjawab, penyayang dan sering mengambil berat
tentang kebajikan pekerja serta masyarakat. Ada beberapa kes terpencil, kakitangan Mydin
Holding di beri peluang menghadir kursus peningkatan dan melanjutkan pelajaran di
peringkat tertinggi di bidang perniagaan di institusi pengajian tinggi awam dengan penajaan
yuran belajar kepada pekerja tetapnya.

Sesungguhnya, penglibatan Mydin dalam aktiviti kemasyarakatan setempat telah


memperkukuh penjenamaan korporat syarikat ini. Sifat Dato’ Ameer Ali yang amat prihatin
dan pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat dengan baik dan berkesan telah memberi
kelebihan kepada Mydin untuk mengatasi pesaingnya dari segi jual dan keuntungan.

(Dipetik dan disesuaikan daripada https://ml.scribd.com/dcl…/


Pengurusan Mydin yang dicapai pada 2 Mac 2015)

Berdasarkan kajian kes pada halaman di atas:


(a) (i) jelaskan pihak yang digelar sebagai warga korporat dalam Mydin Mohamed
Holding Berhad.
(4)
(ii) terangkan peranan warga korporat dalam (a)(i) kepada pekerja, pelanggan dan
masyarakat dalam melahirkan masyarakat penyayang.
(11)

SKEMA GERAK GEMPUR 2020 PP3 SMKSAJ Lihat sebelah


SULIT*
SULIT*

(a) Jelaskan 5 sebab Mydin Mohamed Holding Berhad menyokong konsep


tanggungjawab sosial korporat.
(15)

(a) (i) Pihak yang digelar sebagai warga korporat dalam Mydin Mohamed Holding
Berhad ialah

Fakta: Pihak Pengurusan (1)

Huraian Fakta: Terdiri daripada golongan professional yang menguruskan sesebuah


syarikat bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan atasan
termasuk memaksimumkan keuntungan (1)

Kaitan kes: Warga korporat Mydin terdiri daripada Dato’ Ameer Ali sebagai pengurus
tertinggi (1) (pemilik) pengurus atasan, pengurus pertengahan dan pengurus bawahan.

(F=1,H=1,KK=1,
M=3)
(ii) Peranan warga korporat iaitu pihak pengurusan Mydin dalam melahirkan
masyarakat penyayang ialah

Pekerja
 Menawarkan syarat pekerjaan (termasuk imbuhan) yang baik untuk pekerja,
selaras dengan jawatan dan bidang tugas mereka (1)
 Mewujudkan suasana tempat kerja yang kondusif, selamat dan selesa untuk
pekerja (1)

Perkaitan dengan kes:

Walaupun Dato’ Ameer Ali amat dikenali ramai sebagai seorang usahawan yang
amat berjaya, beliau lebih selesa melabelkan dirinya sebagai seorang pemimpin
yang rendah diri, bertanggungjawab, penyayang dan sering mengambil berat
tentang kebajikan pekerja serta masyarakat (1)

Ada beberapa kes terpencil, kakitangan Mydin Holding di beri peluang menghadir
kursus peningkatan dan melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi di bidang
perniagaan di institusi pengajian tinggi awam dengan penajaan yuran belajar
kepada pekerja tetapnya. (1)

Pelanggan
 Menawarkan produk yang berkualiti kepada pelanggan pada harga yang murah (1)
 Menawarkan produk yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan
(1)

Perkaitan dengan kes:

Mydin mengamalkan kegiatan pembelian secara pukal untuk menikmati harga


yang lebih rendah daripada pengeluar. Konsep penjimatan kos ini bertepatan

SKEMA GERAK GEMPUR 2020 PP3 SMKSAJ Lihat sebelah


SULIT*
SULIT*

dengan falsafah perniagaan Mydin yang menawarkan pelbagai pilihan barang


kepada pengguna pada harga borong (1)

Mydin turut berjaya meraih keyakinan para pembeli beragama Islam dengan
menawarkan pelbagai produk yang dapat memenuhi keperluan golongan ini
seperti sejadah, barang hiasan berkonsepkan Islam dan pakaian ihram (1)

Masyarakat
 Melaksanakan tanggungjawab social korporat dengan menghulurkan bantuan
kepada golongan memerlukan (1)
 Memberi latihan keusahawanan kepada golongan muda dan bakal usahawan yang
berminat menceburi bidang perniagaan (1)

Perkaitan dengan kes:

Mydin berusaha membantu golongan kurang bernasib baik seperti ibu tunggal dan
anak-anak yatim. Antaranya Mydin memberi duit raya kepada anak-anak yatim, selain
membawa mereka membeli belah dan menjamu selera menjelang perayaan Hari Raya
Puasa. (1)

Dato’ Ameer Ali sering mewakili Mydin bagi memberi ceramah motivasi kepada
pelajar dan usahawan muda. Dalam ceramah tersebut, Dato Ameer Ali akan berkongsi
ilmu dengan mereka tentang selok belok perniagaan dan cara-cara untuk berjaya
dalam perniagaan.(1)

(H=2, KK=2,
M=12)

b) Sebab Mydin Mohamed Holding Bhd menyokong konsep tanggungjawab social


ialah:

1. Meningkatkan taraf hidup masyarakat.(1)


 Pelaksanaan tanggungjawab social merupakan saluran berkesan untuk membantu
golongan yang memerlukan (1)
 Bantuan kewangan dan bukan kewangan yang diberikan dapat membantu
golongan memerlukan untuk menjalani kehidupan yang lebih baik (1)

Perkaitan dengan kes:

Mydin berusaha memenuhi keperluan golongan kurang bernasih baik seperti ibu
tunggal dan anak-anak yatim dengan memberi duit raya kepada anak-anak yatim dan
membawa mereka membeli belah serta menjamu selera menjelang perayaan Hari
Raya Puasa (1)

2. Memberi sumbangan balik kepada masyarakat (1)


 Perniagaan Mydin yang semakin berkembang telah mendorong Dato’ Ameer Ali
untuk membalas jasa dan sokongan masyarakat terhadap perniagaan selama ini
(tetap membeli barangan Mydin walaupun terdapat banyak pesaing di pasaran) (1)

SKEMA GERAK GEMPUR 2020 PP3 SMKSAJ Lihat sebelah


SULIT*
SULIT*

 Salah satu cara ialah berkongsi ilmu perniagaan dengan generasi pelapis bagi
melahirkan usahawan muda yang berkebolehan (1)

Perkaitan dengan kes:

Dato’ Ameer Ali melalui Mydin sering memberi ceramah motivasi kepada pelajar dan
usahawan muda bagi berkongsi ilmu dengan mereka tentang selok belok perniagaan
dan cara-cara untuk berjaya dalam perniagaan (1)

3. Meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan(1)

 Konsep pembelian secara pukal bagi mendapatkan harga borong yang rendah dan
pilihan barang yang luas di gedung beli belah Mydin menjadi daya tarikan kepada
banyak pelanggan. (1)
 Kesannya jualan dan keuntungan perniagaan Mydin meningkat(1)

Perkaitan dengan kes:

Mydin mengamalkan kegiatan pembelian secara pukal untuk menikmati harga yang
lebih rendah daripada pengeluar. Konsep penjimatan kos ini bertepatan dengan
falsafah perniagaan Mydin yang menawarkan pelbagai pilihan barang kepada
pengguna pada harga borong. (1)

Sifat Dato’ Ameer Ali yang amat prihatin dan pelaksanaan tanggungjawab social
korporat dengan baik dan berkesan telah memberi kelebihan kepada Mydin untuk
mengatasi pesaingnya dari segi jualan dan keuntungan(1)

4. Meningkatkan imej korporat perniagaan(1)

 Penglibatan Mydin dalam aktiviti kemasyarakatan mampu mendekatkan pihak


pengurusan syarikat dengan orang awam(1)
 Nama perniagaan lebih dikenali ramai dan ini akan meningkatkan imej korporat
perniagaan di mata masyarakat dan pelabur/pemegang saham(1)

Perkaitan dengan kes:

Pelaksanaan tanggungjawab social korporat oleh Mydin yang memfokus pada usaha
memenuhi keperluan golongan kurang bernasih baik seperti ibu tunggal dan anak-
anak yatim telah membantu meningkatkan imej korporat perniagaan di mata orang
ramai(1)

Penglibatan Mydin dalam aktiviti kemasyarakatan setempat telah memperkukuh


penjenamaan korporat syarikat ini. (1)

5. Menunjukkan sokongan kepada kerajaan(1)

 Pelaksanaan tanggungjawab social oleh Mydin juga merupakan salah satu cara
untuk menunjukkan sokongan kepada pihak kerajaan(1)
 Hal ini kerana usaha Mydin sedikit sebanyak dapat meringankan beban kerajaan
dari segi masa dan kos untuk menjalankan program kemasyarakatan(1)

SKEMA GERAK GEMPUR 2020 PP3 SMKSAJ Lihat sebelah


SULIT*
SULIT*

Perkaitan dengan kes:

Mydin berusaha membantu golongan kurang bernasib baik seperti ibu tunggal dan
anak-anak yatim dengan memberi duit raya kepada anak-anak yatim, membawa
mereka membeli belah serta menjamu selera menjelang Hari Raya Puasa. Usaha ini
telah dapat meringankan beban agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat.
(1)

(F=1,H=1,KK=1, M=3)

12. a. Lima kelemahan yang dihadapi oleh usahawan apabila mengambil sesuatu perniagaan
daripada usahawan lain.

Lokasi Perniagaan Tidak Strategik

 Lokasi perniagan yang diambil alih mungkin sudah tidak strategik pada masa kini.
 Hal ini akan menyebabkan berlaku masalah kekurangan pelanggan dan seterusnya
akan menyebabkan perniagaan berisiko untuk mengalami kerugian.
 Sebagai contoh, lokasi yang terlibat dengan masalah pencemaran akan menyebabkan
penduduk yang terlibat berpotensi tinggi untuk berpindah ke tempat lain. Hal ini
secara langsung akan mengurangkan permintaan terhadap lokasi perniagaan di
kawasan tersebut.
Imej Perniagaan Yang Terjejas

 Tindakan pemilik asal melakukan hal-hal yang tidak berintegriti seperti menipu
pelanggan boleh menjejaskan nama perniagaan. Hal ini seterusnya akan menyebabkan
imej perniagaan yang buruk ini akan diwarisi oleh pemilik baharu dan meningkatkan
risiko perniagaan untuk mengalami masalah kemerosotan.
 Sebagai contoh, usahawan terdahulu mengeluarkan produk yang tidak berkualiti telah
menyebabkan nama perniagaan terjejas, akibat usahawan baharu terpaksa beradapan
dengan imej ini.
Keadaan Fizikal Perniagaan Yang Telah Lama

 Kemudahan fizikal perniagaan seperti perabot, bangunan dan mesin telah lama dan
uzur.
 Usahawan terpaksa menanggung kos membaik pulih kemudahan fizikal tersebut.
 Sebagai contoh, kilang dan kenderaan lama telah mengalami susut nilai yang besar
dan menyebabkan usahawan memerlukan modal pelaburan yang besar kerana
terpaksa menggantikan kilang dan kenderaan lama dengan kilang dan kenderaan yang
baharu.
Rekod Perniagaan Yang Telah Buruk

SKEMA GERAK GEMPUR 2020 PP3 SMKSAJ Lihat sebelah


SULIT*
SULIT*

 Rekod perniagaan yang telah buruk dan tercalar boleh menjejaskan keuntungan
syarikat.
 Usahawan sebelumnya mungkin menghadapi masalah seperti tindakan undang-
undang dan maslah yang lapuk.
 Masalah ini akan menjejaskan reputasi perniagaan yang diambil alih.
 Sebagai contoh, usahawan asal telah gagal mengutip hutang jualan kredit yang
menyebabkan perniagaan berhadapan dengan bebanan lain kerana kegagalan
memungut hutang seperti banyak berhutang dengan pembekal.

Harga Pembelian Perniagaan Yang Tidak Setimpal Dengan Harga Pasaran

 Harga pengambilalihan perniagaan yang setimpal dengan nilai semasa ketika


perniagaan tersebut diambil alih dan menjejaskan keuntungan masa hadapan.
 Hal ini menjadikan usahawan yang mengambil alih berasa tidak puas hati.
 Sebagai contoh, kegagalan usahawan baharu dalam menghitung nilai-nilai aset tetap
dan aset semasa boleh menyebabkan usahawan yang terlibat berisiko tinggi untuk
mengalami kerugian sebelum perniagaan dijalankan.
Gaya Pengurusan Yang Berbeza

 Gaya pengurusan dan budaya organisasi yang dilaksanakan oleh pemilik terdahulu
mungkin tidak bersesuaian dengan pemilik baharu
 Perubahan budaya organisasi oleh usahawan baharu mungkin tidak disenangi dan
sukar diterima atau diadaptasi oleh pekerja sedia ada.
Pekerja Sedia Ada

 Pekerja sedia ada dalam perniagaan uang diambil alih mungkin mempunyai masalah
disiplin atau kurang kemahiran.
 Hal ini seterusnya akan membantutkan proses pengeluaran perniagaan.

(5 F, 5 H, 5 C = 15m)
12. b. Lima jenis francais yang boleh dipilih oleh usahawan untuk menjalankan perniagaan

ialah

1. Pemegang francais berformat


2. Francais wakil pengedar
3. Francais pengilang produk
4. Francais pengajur
5. Francais lesen bertanda dagang atau jenama

(5 F= 5m)

SKEMA GERAK GEMPUR 2020 PP3 SMKSAJ Lihat sebelah


SULIT*
SULIT*

13. a. Empat jenis risiko syarikat multinasiona dan kaedah mengatasi risiko tersebut

Risiko Kredit

 kemungkinan yang akan dihadapi oleh negara pengeksport apabila menjual produk ke
negara asing ialah kegagalan mendapat bayaran daripada negara pengimport. Keadaan
ini mudah berlaku kerana urus niaga melibatkan dua buah negara yang berlainan serta
pengurusan yang berbeza.
 Untuk mengatasi masalah ini, negara pengeksport boleh menyediakan kaedah
pembayaran yang berkesan seperti menyediakan surat kredit kepada negara
pengimport. Selain itu, negara pengeksport hendaklah memastikan mempunyai satu
pihak yang menjadi wakil menerima bayaran daripada negar pengimport.

Pemilikan Negara

 Pemilikan negara merupakan pengambilalihan perniagaan penting atau sesuatu


perniagaan asing oleh kerajaan tempatan yang memerintah. Risiko pemilikan negara
lebih terdedah kepada negara yang mengamalkan sistem ekonomi komunis dan
sosialis.
 Cara yang terbaik menghadapi risiko yang seumpama ini ialah dengan menyediakan
satu memorandum melalui kerjasama kerajaan antara dua buah negara dan
ditandatangani secara resmi untuk memberi jaminan tidak berlakunya peimilkan
negara.
Penghantaran Balik Tunai Dan Dividen

 Penghantaran tunai dan dividen berlaku apabila keuntungan yang diperoleh akan
diberi kepada pemiliknyadan hal akan menyebabkan wang atau modal akan mengalir
keluar negara. Kebanyakan pekerja asing yang memperoleh pendapatan di dalam
negara akan menghantar wang pendapatan ke negara asal mereka. Keadaan -keadaan
ini menyebabkan berlakunya pergerakan modal ke luar negara.
 Untuk mengurus risiko tersebut, pihak kerajaan perlu memainkan peranan secara
sistematik dengan mengawal modal melalui peraturan dan kawalan negara. Tindakan
yang boleh dilakukan ialah dengan mengehadkan sejumlah wang yang boleh dibawa
ke luar negara. Untuk syarikat asing beroperasi di dalam negara, perkongsian
pemilikan asset boleh dilaksanakan dan hanya dibenarkan mengambil pekerja
tempatan sahaja.
Kadar Pertukaran Asing

SKEMA GERAK GEMPUR 2020 PP3 SMKSAJ Lihat sebelah


SULIT*
SULIT*

 Kadar pertukaran asing merupakan kedudukan nilai mata wang tempatan berbanding
nilai mata wang negara asing. Nilai mata wang yang sentiasa berubah akan
menyebabkan berlaku keadaan kadar pertukaran yang tidak stabil. Hal ini seterusnya
boleh menjejaskan nilai dan kos operasi perniagaan antarabangsa .
 Untuk mengelakkan keadaan ini berlaku, kerajaan sesebuah negara boleh mengambil
dua tindakan, iaitu dengan menyimpan banyak rizab emas dan wang asing sebaagai
tindakan penstabil dengan melakukan jual beli mata wang jika berlaku ketidakstabilan
niali mata wang. Selain itu, kerajaan juga boleh menjalankan dasar menetapkan kadar
pertukaran mata wang tempatan berbanding dengan mata mata wang asing.
Risiko Ekonomi

 Peningkatan permintaan terhadap sesuatu keluaran disebabkan oleh peningkatan


kuasa beli pengguna yang membeli keluaran tersebut. Kitaran ekonomi juga akan
memberi kesan terhadap kegiatan pelaburan di luar negara.
 Dua masalah utama sering dikatikan dengan kitaran ekonomi ialah kemelesetan
ekonomi dan inflasi.
Risiko Politik

 Risiko terhadap kerugian yang mungkin dialami oleh syarikat multinasional akibat
keadaan kerajaan asing di tempat syarikat multinasional beroperasi.
 Tindakan yang dilakukan oleh kerajaan luar negara akan memberi kesan kepada
syarikat multinasional sama ada dari aspek peningkatan cukai, perhubungan dengan
negara luar, kestabilan tempatan, konflik dengan negara luar, dan sebagainya.

( F4, H4, T8 , = 16m) T : Tindakan

13. b. Tujuan syarikat multinasional ialah :

 Mendapatkan sumber yang lebih murah


 Mengelakkan tarif dan kuota
 Meningkatkan saiz pasaran
 Mendapat pindahan teknologi

(4F = 4m)

SKEMA GERAK GEMPUR 2020 PP3 SMKSAJ Lihat sebelah


SULIT*

You might also like